Sekadar Luahan Insan Kerdil

Assalamualaikum, nama aku Yaya (bukan nama sebenar). Aku ada 3 orang adik beradik. Aku lah yang paling bongsu. Umur aku sekarang masuk 18 tahun. Kakak aku 23, abang aku pula 21.

Aku ni seorang yang pembersih. Kalau tengok rumah bersepah, haa mulalah naik darah aku. Gelabah teruk. Rasa sesak pun ada.

Keluarga aku ni pulak macam macam gaya ada. Ada yang half-falf, ada yang pengotor, ada yang pembersih untuk diri sendiri je(tak kisah keadaan surrounding).

Ni kisah bermula dari dulu dulu tau. Step by step. Kisah ni aku include tahun 2014 hingga sekarang.

Sedikit kisah dari aku;

Aku ni dah start buat kerja rumah start umur 8 tahun(kakak aku dah masuk asrama). Basuh baju? Aku basuh sendiri. Rumah sepah-sepah? Aku yang bersihkan. Pinggang-mangkuk? Aku yang cucikan. Pendek kata, semuanya aku dah belajar urus sendiri sejak kecil lagi.

Aku membesar dengan berdikari sendiri. Kalau tanya aku, apa perkara yang indab masa aku kecil. Jawapan aku, tak ada. Sebab aku tak rasa nikmat waktu zaman kanak-kanak aku dulu. Plus, aku ni takde kawan.

Dekat sekolah, selalu kena buli. Jadi dekat rumah ni, aku main sorang-sorang jelah. Sumpah boring nokk. Abang aku pulak mana nak layan aku. Dia keluar lepak dengan kawan dia.

Back to the story.

Mak aku tugas dia dekat dapur je. Just masak je. Yang lain tu aku lah yang tolong. Kadang-kadang dia buat sendiri kalau larat.

Little things about my mom, mak aku ni dia jenis yang tak suka tengok sepah-sepah, pinggang bertambung ke. Haa, jadi aku kena buat kerja tu on the spot bila dia suruh. Kalau taknak kena bebel and marah lah. Tak boleh tangguh-tangguh.

Mak aku ni pulak, sakit.. Tak boleh buat kerja lama-lama, boleh jadi pitam kalau over penat. Aku tak salahkan mak aku pun. Aku faham keadaan dia. I’m not blaming her.

Aku ikhlas buat semua tu.

Perkara ni berlarut lah sampai kakak-abang aku pergi asrama. Abang aku masuk sebentar je. Bila kakak aku balik asrama, dia ada lah tolong jugak. Setiap kali balik sebulan-sekali tu, dia akan basuh satu dapur. Tu pun beberapa kali je.

Dapur tu sebentar je dah comot balik dah bila guna. Then dia tak buat dah. Sebab dia cakap dia penat sebab yang lain tak jaga pun dapur tu. Waktu tu dia tingkatan berapa entah.

Sampailah tahun 2019..

Masa PKP tu, semua balik duduk kat rumah. Aku? Haa, makin bertambahlah kerja aku.

Aku dah pandai masak dah. Masa tu form 1 nak masuk form 2. Aku akan masak untuk tengahari dan malam. Dua kali sehari yer. Breakfast tak buat lah sebab keluarga aku tak makan berat. Makan roti gardenia je. Aku buat semua tu sorang-sorang lah.

Kakak aku pulak? Terperap je dalam bilik tidur tu. Terbongkang tidur. Time makan, bangun lah dia. Ingatkan taknak bangun sudah. Abang aku tu lagi lah teruk. Tak boleh minta tolong langsung. Katanya, itu bukan tugas dia, itu tugas orang perempuan.

Aiii, menyirap betul aku dengan dia tu. That’s why parents must give an awareness to their sons that weither you’re girl or boy, you must do the house chores no matter what!

Macam yang aku cakap lah, aku ikhlas je buat kerja tu semua. Tapi niat ikhlas tu lama-lama hilang. Sebab kakak-abang aku ni ambil kesempatan atas aku. Diorang sepah-sepahkan rumah, diorang tak simpan balik. Diorang guna dapur, nak masak. Diorang tinggal sepah macam tu je.

Diorang duduk je dekat mana-mana pun, diorang wajib akan tinggal sepah. Sebab diorang tahu ada orang yang akan kemaskan. Siapa lagi? Aku lah tu. Aku adalah jugak membebel, tapi diorang buat derk je. Possibility untuk diorang buat adalah 5 percent sahaja.

Nak dijadikan cerita nya, aku ada lah suruh kakak aku ni tolong basuh pinggan dan bekas-bekas yang aku guna untuk memasak tu. Dia cakap nanti dia buat. Aku iyakan jelah. Alamatnya? Sampai ke malam dia tak basuh basuh lagi.

Aku ni tahan je sabar dalam hati ni tengok pinggan yang dah macam gunung Everest tu. Mana tak nya? Dah masing-masing tak basuh pinggan lepas makan.

Bila mak aku balik je dari masjid lepas solat isyak tu kan, dia marahkan aku sebab biarkan je pinggan-mangkuk tu bertambung macam tu. Endingnya, aku lah yang basuh semua tu.

Kadang-kadang tu ayah aku basuhkan. Sebab tak sampai hati tengok aku kena marah and dia malas dengar mak aku membebel. Haha.

Perkara ni berulang banyak kali jugak lah. Sampai satu tahap tu, aku marahkan kakak aku. Uiiii, dia marahkan aku balik weih. Siap tengking-tengking lagi and hempas barang dia. Hampir-hampir jugak lah dia nak terkam aku. Dia cakap aku kurang ajar dengan dia.

Then ayah aku leraikan pergaduhan kami. Dia pulak yang pergi basuh pinggan tu. Kakak aku pula? Masa tu baru terhegeh-hegeh nak pergi basuh. Katanya tak sampai hati lah tengok ayah buat.

Aku ni geram je tahu! Dengan aku tak kesian pulak?! Dia nak tunjuk yang dia tu anak mithali barangkali. Haih..

Lepas dari beberapa kali insiden bergaduh ‘besar’ tu berlaku, aku mengalah. Sebab taknak gaduh-gaduh dah. And aku tak bagi langsung ayah aku buat kerja rumah.

Aku yang masak, aku lah yang hidang, aku lah yang kemas and aku lah yang basuh pinggan bekas makan tu. Lepastu sambung cuci lantai sebab dapur rumah kami tu cepat basah (setiap kali guna, setiap kali tu lah ada air). Lepastu, pergi sapu-sapu rumah, kemas ruang tamu.

Diorang dah sedap melantak dah masa tu. Aku? Tak ada mood lah babe! Lepas settle je kerja tu semua, aku terus masuk tempat tidur aku.

Oh ya! Tempat tidur aku pun dekat dapur jugak tau. Aku tak duduk dalam bilik sebab aku bagi dekat kakak aku. Why? Sebab aku dengan kakak aku ni ibarat anjing dengan kucing. Tak ngam langsung! Memang tak boleh nak duduk sekali. Kami pula masing-masing jadi api dan minyak. Mana tak maraknya…

Aku turunkan ego aku, aku keluar dari bilik tu and tidur merata-rata tempat sebab dah takde bilik kosong. Kadang dekat ruang tamu, kadang dalam masjid (ayah aku punya), lepastu tidur dekat dapur. Rumah aku tu dah lah tak ada atap apa-apa. Hanya pelantaian simen jer.

Korang boleh bayang tak panas dia macam mana? Serius weih, panas gila. Aku bangun dari tidur tu bantal and tilam lembap dengan peluh aku. Baju tak payah cakap lah. Memang kuyup habis. Kalau perah pun, memang keluar lah air peluh tu.

Back to tbe story.

Seharian lah aku tak makan sebab lost energy dah. Nak marah pun tak larat. Bila time aku nak makan, tengok-tengok lauk dah habis. Hampa betul aku. Yang buat aku panas nya kan, pinggan bekas lauk tu elok jer duduk bawah saji. Siap pakej pinggan nasi tersusun je bawah saji tu. Apa diorang ingat pinggan-pinggan tu boleh berjalan sendiri? Harey betul lah. Aku lah yang kena basuh nya.

Lama-lama aku fadeup. Aku jadi berubah. Maybe sebab stress kut. Dari yang lembut halus je, bertukar jadi kasar. Perwatakan pun ada jantan-jantan sikit. Aku pun dah ada ura-ura panas baran.

Aku dengan kakak aku memang gaduh selalu (tak selesai ye masalah walaupun aku dah mengalah bagi dia concur bilik tu dia sorang. Ada je benda yang nak digaduhkan.) Siap bertumbuk bagai. Aku pulak pandai menjawab. Mulut pun boleh tahan pedas. Sebabtu member tu sentap habis. Asyik bergaduh lah sebab dia cop aku kurang ajar(tagline sama je dia guna).

Eh, salahkan kita pulak? Prinsip aku ni senang je. Orang buat balik, kita balas baik. Orang buat jahat, kita balas jahat. Nak aku hormat kau? Kau kena hormat aku dulu. Tak kira kau tua dari aku ke apa. Sebab ‘yang tua dihormati, yang muda disayangi’.

Konsep ni dua-dua pihak kena main peranan masing-masing, baru valid untuk diguna pakai. Ini tidak. Kau bagi tahi dekat aku, then kau nak aku bagi bunga dekat kau. Macam tu? Heh, lambert lagi sistah.

Acap kali jugaklah kitorang bercakar-bertumbuk. Hihi. Tapi dia ni ada sweet jugak lah. Waktu aku tengah tidur, dia mai tuam kaki aku. Lebam nokkkk. Kuat benor kaki dia tu sepak aku. The real definition of dia yang melukai, dia yang merawat. Cisss.

Aku dengan kakak aku ni 3 bulan tak bertegur sapa. Sebabnya? Aku terasa hati sangat dekat dia. Langsung tak pernah fikir pasal penat-lelah aku (kesnya dia akan marah-marah aku balik bila aku merungut kenapa tinggal sepah macamtu je.

Aku akui je ada lah jugak aku tinggi suara dekat dia. Dah nak buat macamana, keadaan aku tertekan gila. Aku suruh dia kemaskan balik. Banyak lah jugak aku bebel dekat dia. Dia cakap dia tak suka orang suruh-suruh dia. Siap tanya aku, kau siapa nak arah-arah aku. Pakej dengan mata tengok tajam dekat aku lagi. Uishhh, serem mattt).

Kakak aku ni, dia nak orang fikir pasal dia je. Tak kisah pasal orang lain. Yes, she’s nonchalant. Aku faham je masalah dia yang stress dekat sekolah (selalu gaduh dengan kawan(kawan dia yang cari pasal lah)) and bila balik rumah, kena marah dengan mak aku pulak. Sebab dia ni jenis kerasa kepala jugak.

Bila mak aku suruh buat itu-ini, bukan main liat lagi nak buat. And dia lambat-lambatkan kerja tu. Mana tak marah mak aku tu. Mak aku kalau dia nak, dia nak sekarang tu jugak.

Kisah aku dengan abang aku pulak. Hampir 3 tahun (tahun lepas dah cakap dah) aku tak bercakap dengan dia. Sebab? Sebab dia terajang aku masa aku suruh dia basuh periuk yang dia guna. Kebetulan masa tu, aku basuh tangan. Then aku nak keringkan tangan lah, lepastu aku agaklah renjisan air tu kena dekat dia.

Maybe dia fikir aku sengaja renjis air dekat dia sebab nak tunjuk aku marah pasal dia tak basuh periuk tu. Itulah yang hangin tu. Tak pelik pun dia berani naik tangan and kaki, sebab dia memang panas baran.

Acap kali dia lepaskan amarah dia tu. Dia pun pernah lempar pisau dekat aku dari jarak 4 meter. Pisau tu sipi-sipi je nak kena kepala aku. Haa! Gempak idok. Macam ala-ala filem action kan.

Tapi dia tak akan berani naik tangan waktu ayah aku ada. Silap haribulan, dia yang lunyai kena tibai dengan ayah aku. Kita 3 beradik pulak asyik gaduh waktu mak-ayah aku duduk di masjid. Itu yang melarat sampai macam tu sekali gaya gaduhnya.

Mesti korang pelik kan kitorang ni asyik tak bercakap jer. Asal gaduh jer, mesti tak bercakap. Yess, aku akan bagi silent treatment bila aku marah. Ajaran siapa? Ajaran kakak aku. Masa aku darjah 3, bila lepas dia marah aku, dia akan palau aku habis-habisan. Aku memang cakap sorang-sorang lah masatu. Bila selalu dah kena macam tu, aku jadi terbiasa dan terikut-ikut.

I’m just wondering sampai sekarang, kenapa diorang tak pernah concern pasal aku pun..? Aku okay ke tak? Aku penat ke? Do i need any help? Tak pernah! Tak pernah pun diorang tanya aku. Masing-masing buat tak kisah je.

Aku pernah tolong ayah aku buat pagar konkrit (mulanya ayah aku buat sorang-sorang, tapi sumpah aku tak boleh tengok ayah aku susah payah buat semua tu sorang diri macam tu). Aku lah yang pikul simen 60 kg sorang-sorang (bayangkan masa tu aku darjah 5). Tolong angkut air dari hujung sana ke sini. Lepastu tolong bancuh simen.

Then ulang-alik angkat baldi simen pergi dekat ayah aku dengan dua-dua tangan ni. Lepastu angkut bata-bata pulak. Sampai melecet luka tapak tangan aku. Even kakak-abang aku ada je kat rumah masa tu, tapi diorang tak turun tolong pun.

Aku masa tu berharap sangat yang diorang datang tolong sebab aku penat gila masa tu. Lama jugaklah buat kerja tu, dari around 1 pagi hingga pukul 5 pagi. Sampai lembik kaki aku dibuatnya. Ayah aku duk paksa suruh pergi berehat tapi aku tak sampai hati nak tinggal macamtu je.

Sebelum sebelum ni ada lah jugak diorang tolong buat kolah air, itu pun tak sampai sejam, semua blah. Tinggal aku sorang.

Akhir tahun 2021.

Waktu kitorang pindah rumah, akulah yang bersihkan rumah. Packing-packing barang dalam rumah tu. Rumah aku dah lah besar, and barang mestilah banyak. 2 hari non-stop aku packing barang tu. Siang-malam aku buat. Lepastu basuh satu rumah pulak, sebab nak tinggal bersih-bersih. Penat sangat.

Aku suruh kakak aku ikut mak aku balik rumah baru kami. Sebab aku taknak gaduh dengan dia. Kami ni memang bergaduh setiap masa. Jadi aku nak elakkan kejadian bertumbuk ke, kejadian hempas hempas barang ke, merajuk taknak buat kerja ke. Aku taknak. Risau tak berjalan jer kerja, asyik nak bercakar je.

Jadi aku ada dua pilihan samada aku yang buat kerja tu atau ayah aku yang buat sebab kakak aku tak akan buat. So, aku mengalah sekali lagi(masa tu aku form 3 nak masuk form 4).

Conclusion nya, walau macamana pun situasi nya, aku perlu mengalah. Aku demam seminggu lepas pindah rumah tu. Penangan MENGALAH lah katakan. Haha.

Kakak aku tu, umur dab 20 lebih, entah berapa tahun dah tak pegang penyapu. Tetamu datang. Waktu tu aku demam, tak larat nak buat kerja. Jadi rumah bersepah. Apa dia buat? Dia buat derk je. Padahal dia nampak je. Apa dia tak ada rasa malu ke tunjuk dekat orang yang keluarga kita ni pengotor?

Last-last aku yang turun pergi kemaskan. Korang bayangkan… Aku yang sakit-sakit ni yang buat kerja tu. Padahal ada je yang sihat walafiat.

Amacam? Syok tak baca cerita Yaya. Sound boring, right. Takpe, ini lah jalan terakhir aku untuk lepaskan pekung di dada.

Okie, back-to-back.

Untuk pengetahuan semua, aku tak merungut cakap aku penat bila ayah aku ada. Aku hanya tunjuk muka penat je. But no one notice it. Aku risau ayah aku cakap “Takpelah, lepas ni ayah buat. Takyah gaduh-gaduh dah.” Itulah ayat ayah aku bila kitorang gaduh.

Ayah tak tahu ke, bila dia cakap macamtu, ayah dah bagi peluang besar untuk dorang tu buat macam-macam. Sebab? At last, aku juga yang kena buat semua tu. SEBABNYA? Aku tak boleh tengok orang tua buat kerja.

Bila aku membebel dorang waktu ayah aku tak ada, diorang tak makan saman pun. Kalau makan pun, sehari je jadi. Itupun basuh satu je. Pinggan makan dorang lah. Lepas tu back to normal balik.

Ada satu masa tu, aku pernah merungut dekat mak aku, minta jangan sepahkan rumah. Waktu tu first time air mata aku jatuh dengan harapan mak aku faham aku. Tapi tak, mak aku makin tambahkan garam pula dalam luka aku. Mak aku terasa hati dengan aku dan dia anggap aku tak ikhlas pun tolong dia. Habis segala benda dia ungkit.

And dia cakap jangan sampai dia tak halalkan susu yang mengalir dalam badan aku. Sumpah, rasa sakit tu bukan makin berkurang, malah makin bertambah. Sakit sangat sampai aku rasa sesak. Sampai harini aku terasa. Nampaknya, aku memang tak akan ada tempat untuk meluah. Dengan siapa aku nak meminta simpati..? Dengan siapa..?

Waktu dulu-dulu, aku tak rasa penat sangat. Tapi bila masuk form 4, tahap penat tu tak boleh bawak bincang. Rutin aku masih macam biasa, tapi kali ni aku tak masak dah. Sebab tak ada masa. Tapi penat tu tetap ada. Antibody aku pulak start lemah. Dalam sebulan, 3-4 kali jugaklah aku demam. Plus, aku pun ada insomnia (start form 4), sampai almost setiap bulan aku absent sekolah. Sebab betul-betul tak larat.

Sumpah, rasa penat sangat-sangat. Dengan penat belajar lagi. Pergi sekolah pukul 7 pagi, balik sekolah pukul 5.30 petang. Lepastu pergi pulak kelas malam. Lepastu balik tu, kena kemas rumah dulu. Lepastu sambung buat homework and join kelas online tution. Aku tak ada waktu rehat. Aku tertekan sangat-sangat.

Hampir setiap malam aku nangis sorang-sorang dalam bilik. I’m totally lost. Rasa down sangat. Dengan stress belajar nya, stress hadap mulut cikgu dan kawan yang mengata dekat sekolah, tambah pulak dengan stress buat kerja rumah. Penat.. Tak tahu nak luah dekat siapa.. Sebab orang takkan faham aku. Kalau luah, alih-alih aku yang kena balik..

I’m just wondering sampai sekarang, kenapa diorang tak pernah concern pasal aku pun..? Aku okay ke tak? Aku penat ke? Do i need any help? Tak pernah! Tak pernah pun diorang tanya aku. Masing-masing buat tak kisah pun.

Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah merungut cakap aku penat. Aku hanya tunjuk muka penat aku. Sebab ada ayah aku. Aku risau ayah aku cakap ‘takpelah, lepas ni ayah yang buat. Takyah gaduh-gaduh.’ Itulah ayat ayah aku bila aku marah dekat kakak aku.

Orang lain, anak sulung yang galas semuanya, tapi kali ni si bongsu yang kena pikul tanggungjawab tu. Lepas tu kakak aku tu selalu duk claim yang dia tu anak sulung. Dia yang banyak berkorban itu-ini untuk keluarga! Dia yang banyak menderita berbanding dengan aku! Memang menyirap lah darah aku dengar dia cakap macamtu.

Apa lah sangat yang dia berkorban untuk keluarga ni? Bagi aku, bila dia berani nak bandingkan aku dengan dia, means dia tak pernah nampak dan hargai pengorbanan aku. Aku iya iyakan jer. Kita kasi chance dia nak feeling-feeling jadi Cinderella ke apa. Ikut dia lah.

And, orang lain adik-beradik lelaki yang akan buat kerja berat. Tapi aku? Akulah anak sulung, akulah jantan, akulah bongsu.

Lepastu aku kan selalu angkat berat kan, jadi ada komplikasi sekarang. Aku mudah sakit dekat tulang belakang. Aku ada jugaklah merungut cakap sakit pinggang. And guess what? Dorang cakap dah tu siapa yang suruh aku angkat berat.

W-what? Soalan bodoh apa ni? Dah tu kalau aku tak angkat, siapa nak angkat? Bengap tu simpan lah sikit, jangan tunjuk sangat. Lama lama boleh mental aku.

Tak cukup. Ada lagi situasi yang sama..

Aku masa sekolah dulu, selalu ikat perut sebab ayah aku dengar ayah aku cakap dengan mak aku yang dia tak ada duit. Even masa aku form 4&5 pun aku bawa RM2 je pergi sekolah. Korang fikirlah.. apa je aku dapat makan dengan duit sebanyak tu? Ayah aku nak bagi lebih, tapi aku tak sampai hati nak ambil.

Kadang tu aku berpuasa, and aku cakap kawan bawa bekal lah, macam macam aku bagi alasan sebab taknak ambil duit yang ayah aku ulur. Hari-hari aku dalam lapar. Tapi aku tahan je diri ni. Dari pagi sampai ke petang. Sampaikan classmate aku nak belanja aku makan, tapi aku tolak lah. Malu pulak aku nak ambil.

Masuk Form 5 (tahun lepas), aku baru ada kawan rapat. Dia lah selalu kongsi nasi dia dengan aku and selalu bawakan bekal untuk aku. Aku malu dengan dia, tapi dia cakap dia suka share rezeki. Haha aku tak tahu lah dia betul betul maksudkan atau sekadar kesian dekat aku. Apa apa pun, aku doakan semoga dia murah rezeki selalu.

Back to the topic.

Bila aku terlepas cakap yang aku ni ikat perut, dorang boleh pulak cakap dahtu siapa yang suruh kau tak ambil duit? Ayah dah hulur kan. Aku macam terkedu weih.

Sumpahlah?

Diorang tak pernah nampak ke pengorbanan aku selama ni? Sampai perlu persoalkan macam tu sekali. At least hargai lah usaha aku. Hilang lah sikit penat aku.

Aku tak tahu sampai bila aku boleh hadap benda macam ni. Rasa macam tak sabar nak masuk uni. Tapi aku terfikir balik, macamana dengan rumah? Siapa yang nak jaga?

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. i feel you sister. jalan cerita kita sama when i was young. sebijik2. umpama macam your story i yang type actually. it just that i have elder sister and younger brother and i dah kahwin ada anak pon. pengalaman kita sama. kekdg gaduh, mak pon ikot sekali menangis sbb dia ckp bukan dia tak kesiankan kita tapi kita je anak yg dia boleh harap. kalau tak, dia pon tak larat sorang diri nk kemas rumah. dia sanggup ckp cmtu sbb dia sygkan kita, dia cuma boleh berharap pada kita. takpela, just sabar and teruskan kemas demi mak ayah je. permudahkan urusan mereka. bsr ganjaran pahala nya. may Allah bless you always walaupon kita rasa kita la anak yg menyenangkan mak ayah kita tp jugak yg terpalingg banyak buat dosa dgn mak kita sbb melawan balik disebabkan stress dgn org lain. hug you from far!

  2. sedihnya… pengorbanan yang tak nampak dan tak dihargai. belajar rajin rajin ye, semoga awak dapat kerja yang bergaji tinggi nanti supaya awak tak dipijak pijak dengan abang dan kakak awak. time tu, awak dh boleh nak bawa mak ayah awak duduk dengan awak. nanti kalau ada duit lebih, pergila bercuti ke, bawa diri satu malam check in hotel untuk rehat dari semua tu, kumpul kekuatan awak untuk terus berjuang. saya doakan semoga Allah permudahkan urusan masa depan awak, dipermudahkan rezeki halal..

  3. Hi yaya. Virtual hug for you. Lama yer memendam rasa? Thanks for spill out everything here.

    Jaga diri sendiri dulu ya. Body dah bagi sign tu you dah penat. First thing yaya kena buat is set the boundary. Kalau yaya dah kemas haritu then kakak dan abang tu buat sepah balik. Biarkan aja. Mak bising? Bagitau mak.. “Mak, yaya dah kemas tadi pukul sekian2. Ni org lain yg sepahkan. Sekarang yaya nak rehat kejap” Full stop. Cakap baik2 tak yah tinggi2 suara. Kita main psychology kt sini. Nanti mak pun tak jadi marah.

    Perangai kakak abg yaya ni sebijik mcm toddler umur 2-4 tahun. Ha.. Kami mak2 ni pun kena hadap fasa menyepah mcm ni lah. Mmg sakit mata tngok kadang tu pejam mata or buat sikit2 je mana yg larat. Cumanya abg kakak yaya tu dah tua bangka balogh liat tak sedar diri. Budak boleh ajar lagi lps guna brg kemas balik.

    Second. Retaliate back. Haha ni bukan nak ajar jd kurang ajar. Ni nak ajar untuk org yg tak cukup ajar yang ingat kita ni bibik dia kt rumah. Yaya boleh sorok/simpan pinggan mangkuk periuk cwn sudu yg bnyk2 kt dapur tu. Limit kan. Contoh: skrg ada 5 org = 5 cwn. Letak kt luar 3 cwn jer. So nnt diorg nak guna.. Diorg kena basuh balik yg berlonggok dlm sinki tu. Basuh/lipat/angkat baju yaya dgn mak abah jer. Baju kakak abg.. Biar je dlm bakul tu. Dia akan pergi on mesin baju tu once semua baju dia dah habis. Trust me its work. I’ve done this masa mula2 kahwin dulu kat husband. Haha. Lauk lepas dah masak tak payah la berhidang bagai atas meja tu untuk diorg. Lagi bertambah pinggan mangkuk nk kemas. Unless untuk mak ayah yer. Tanya dulu mak ayah nak makan bila yaya p la hidang. Untuk 2 ekor tu biar dia p ambik sendiri.

    Last. Belajar rajin2. Score betul2. Dapat kerja gaji best. Yaya p enjoy healing sorg2. Tapi kena kuat dari sekarang la. Okay yaya? Take care.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *