I can’t seem to tell this to you in real life therefore here I am in the virtual side of the world trying to release everything I’ve felt throughout all these years. Aku dah tak ada siapa siapa nak bercerita. Cukup lah aku meluah bagi aku lega mungkin.
To start; aku belajar, sekarang tengah final year. Sejak tahun pertama masuk universiti awam, aku tanggung diri sendiri dari pinjaman PTPTN & duit bekerja merata-rata tempat. Tahun demi tahun, financial keluar dah mula tak stabil. Business Abah jatuh. Abah tak ada pekerjaan yang beri pendapatan tetap di kampung. Ibu cuma suri rumah. Aku masih ada adik adik yang bersekolah.
Dulu, 10 kali aku fikir nak sambung belajar. Aku fikir nak kerja sebab kena tanggung keluarga. Referring to my results, I was told that I should accept the offer. I wholeheartedly asked for guidance and in the end, Alhamdulillah Allah aturkan pertemuan aku dengan seseorang yang aku tak kenal & orang tu biaya wang pendaftaran untuk kemasukan. So, duit PT yang aku dapat, buat support sampai hujung semester. Tahun berganti tahun, aku sara hidup sendiri dengan duit PT yang ada sampai lah sekarang.
Aku jarang balik. Simpan duit tambang bas balik bila cuti semester je. Bila duduk berjauhan, siapa je tak rindu family? Bila aku penat, stress assignment banyak, group member tak buat kerja aku nak mengadu kat siapa kalau bukan Ibu atau Abah?
Tapi setiap kali aku contact diorang, SETIAP KALI. Aku repeat, tak pernah tak naik isu tak ada duit. Adik adik nak pergi sekolah duit belanja tak cukup. Nak beli barang basah kat rumah, tak cukup. Bil api dengan air asyik kena potong. Belum sempat aku bersuara apa apa achievement aku kat sini, belum sempat aku nak cerita concern aku—mula sesi mengadu dari sana.
Pertelingkahan adik adik kecil kerap jadi sebab aku tak ada nak monitor. Bergaduh Ibu & Abah sebab tak cukup duit dalam rumah. Bukan aku menyampah, bukan aku tak suka. Aku sedih. Beban aku sebagai pelajar belum habis, tapi beban keluarga jatuh kat aku sedangkan aku bukannya anak pertama.
Aku dah nak habis belajar ni. Sikit lagi. Sikit je lagi. Tapi aku dah mental dengan kerja final year yang bertimbun timbun nak ditambahkan dengan masalah keluarga kat sana. Aku habis nanti ye aku kerja, aku bagi family aku duit. Aku jaga.
Tapi untuk sekarang ni aku sedih kenapa family aku tak boleh nak faham situation aku yang survive sorang sorang kat sini. Aku part time sana sini time weekend. Kerja yang perlu tenaga bila kau balik sampai sengal satu badan. Aku meniaga online. Dari sewa rumah sampai ke makan pakai semua aku kena sara sendiri.
Ibu Abah bukan jenis bertanya khabar. Tak ada panggilan dari diorang tanya aku dah makan atau belum. Aku sihat ke tidak. Mental aku berfungsi lagi ke tidak. Menangis sorang sorang bawah selimut dah jadi macam rutin. Tak tahu ke depression tu bukan perkara remeh? Manja? Tak pun, I’ve been supporting my family’s finance since I was in Form 4 lagi and I am not even the oldest among the siblings.
Pernah sekali aku mengadu aku penat kerja seharian. Sebab balik nak kena terus sambung buat assignment, aku faham student semua korban masa tidur. Aku faham. Aku buat part aku as a student. Kadang kadang aku rindu Ibu Abah dengan adik adik. Tapi pantang bila aku contact, terus naik cerita cerita makan pakai yang makin tak cukup.
Hearing any comfort words from your beloved ones je dah cukup untuk aku. Tapi tu pun tak mampu bagi. Seletih-letih aku end up kena hadap aduan tak puas hati masing masing. Bukan communication is key ke dalam perkahwinan antara dua manusia? Kenapa libatkan aku yang tengah serabut nak sara diri sorang sorang kat sini nak habiskan study aku?
Kesudahnya, aku jadi malas nak balik rumah. Nanti aku serabut.
Okay, mungkin ada yang cakap biasa la nama pun parents nak mengadu kat siapa lagi bukan kat anak. Dah kalau Ibu mengadu pasal Abah, Abah mengadu pasal Ibu secara berasingan, aku nak ignore je ke? Orang berusia ni senang terasa hati. AKU PUN ADA HATI DAN PERASAAN JUGAK. Tipu lah kalau aku tak kesian dengar duit tak cukup itu ini, aku jadi serabut kat sini.
Aku tak boleh nak focus pelajaran aku bila macam macam isu timbul yang bukan melibatkan keadaan kat sana. Kalau dah tahap teruk sangat pun, aku transfer je berapa yang aku ada kat Ibu & Abah. Tapi dalam masa yang sama aku kena fikir diri aku jugak. Keperluan nak belajar pun aku kena beli. Orang gastrik macam aku ni kalau ikat perut selalu, satu badan aku jatuh sakit. Nak tak nak aku kena jaga makan.
Nasihat aku kat para ibu bapa kat luar tu, aku cuma harap segala masalah dalaman, tanggungjawab sebagai seorang Ibu & bapa tu bincang sendiri la nak laksanakan macam mana nak selesaikan macam mana. Bukan tak boleh nak luah tapi… why don’t you think twice before ranting on your problems to any of your children? The pros and cons ke apa ke.
Our family wasn’t like this before. Heh, I was a fool to think that happiness could last forever in an institution called family. Aku tak boleh tarik diri sekarang. I’m in my final year. Okay semoga aku berjaya habiskan tanpa sebarang masalah. Amin! In the future, mungkin aku boleh tolong. Sekarang? Aku budak hingusan je tengah cuba nak struggle habiskan pengajian sambil sara hidup.
– Ana
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit