Sekadar Meluah Kesedihan

Aku pun tak tahu nak start dari mana untuk aku tulis disini.

Aku sebenarnya sangat penat dengan apa yang aku lalui.

Kadang aku rasa aku terlalu banyak diuji oleh Allah.

Tapi bila aku lihat kehidupan orang lain yang lagi teruk, aku masih rasa hidup aku lagi “easy”.

Aku selalu rasa nasib tak menyebelahiku setiap kali. Dari aku kecil hingga sekarang.

Bayangkan dari kecil hidup kami sangat miskin. Setiap malam kami bergelap. Elektrik tak ada. Selepas maghrib, makan malam buat kerja sekolah dan tidur.

Pergi sekolah kawan selalu bercerita pasal cerita kartun, power rangers, otramen. Budak2 tahun 80-90an tahu lah.

Aku dan adik ku? Tak tahu apa-apa. Kadang dengar je tanpa faham. Biasalah budak-budak bila berborak, kadang kawan aku pulaukan aku sebab aku tak tahu apa yang depa borak.

Bila waktu rehat, kawan aku boleh makan banyak benda. Sebab mak dorang bagi duit lebih.

Aku dan adik ku. Kadang ada, kadang tak ada. Biasa mak aku kasi 10sen atau 20sen. Cukuplah beli air dengan keropok. Tapi selalu tak bekal apa-apa.

Kadang kawan ajak ke kantin, aku cakap kenyang. Padahal tak. Aku lapar sangat. Selalu aku ke tangki air, minum air paip.

Aku selalu bayangkan, macam mana bestnya duduk rumah kawan aku masa aku sekolah rendah. Ada elektrik, kipas, ada peti sejuk, ada tv. Rumah aku tak ada semua tu.

Kadang bila ada kelas tambahan, aku selalu ikut balik rumah kawan aku. Minta air sejuk dari peti ice. Selalu dalam hati terfikir,bestnya minum air ice. Kalau balik lambat, aku tengok sekali power rangers. Baru aku tau best gila.

Aku penat.

Apa-apa benda nak kena bayar disekolah, aku adalah orang yang selalu paling lambat bayar. Aku malu. Tapi aku tebalkan je muka.

Aku mengadu dengan mak aku pun tak boleh buat apa. Sebab aku tahu dia tak ada duit. Pernah sekali aku check wallet mak aku, ada duit syiling je. Lepas tu aku tak berani nak minta apa2.

Dulu, beras pun kadang kami beli sekilo je.Kampung kan. Semua ada dijual untuk orang yang miskin macam kami kut. Gula pun selalu beli setengah kilo.

Kadang kalau mak aku tak ada duit, kami makan pisang rebus je dengan ikan kering. Tak pun ubi rebus.

Ayah aku tiap hari pergi kerja. Tapi bukan setiap hari dapat duit. Dia bukan makan gaji. Aku selalu tengok ayah kasi duit dia dapat rm10-20. So korang jangan fikir ayah aku loser tak boleh provide kami.

No. Demi Allah, aku saksi lihat ayah aku struggle cari duit untuk kami sekeluarga! Kadang ayah aku bagi kami makan dulu, baru dia makan supaya kami makan lebih.

Ayah aku pergi kerja awal pagi balik kerja paling awal lepas maghrib. Kadang 10 malam pun ada.

Korang tak perlu lah tahu dia kerja apa, yang penting ayah aku struggle cari duit tapi Allah dah tetapkan setakat tu je rezeki ayah dapat.

Alhamdulillah. Kami boleh hidup.

Hidup kami happy je. Cuma aku selalu rasa hidup tak adil untuk kami sekeluarga. Mak ayah aku, aku nampak strugglenya dorang dengan kehidupan. Macam-macam kerja dorang buat.

Aku jadi begini mungkin sebab aku pernah tengok mak ayah aku menangis sebab tak cukup belanja makan kami. Mungkin, sebab tu aku jadi banyak berfikir. Banyak bersedih.

Sampai aku rasa diri aku da “parah” dah. Tapi tak ada siapa tahu.

Sekarang pun aku begini. Struggle dengan kehidupan. Aku da usaha tapi Allah kasi aku setakat ini je.

Aku penat sangat berfikir. Aku penat dengan struggle ni. Aku pernah jumpa orang yang boleh dengar masalah aku ni. bagi aku, dia tak membantu aku keluar dari masalah aku. Malah aku rasa makin aku depress.

Setiap hari aku menangis. Kadang aku sendiri tak tahu why tiba2 aku rasa sedih sangat. Rasa teruk sangat sampai aku menangis macam budak kecik. Kadang aku tak boleh dah control emosi aku.

Tapi kalau orang lain tengok, aku ok je. Tapi otak aku berperang setiap hari. Aku senyum padahal aku tengah bersedih. Aku tergelak padahal aku tengah fikir life aku yang teruk.

Korang jangan fikir aku tak cari Allah. Biasanya, bila ada orang luah masalah depress ke, stress ke, mesti akan ada komen yang blame konon tak cari agama, tak kuat beribadah dan sebagainya.

No, benda ni penyakit. Kau takkan dapat nak berfikir secara normal kadang2. Kau sendiri tak mampu kawal.

Aku penat.

Ibadah aku,biar aku dengan Allah je tahu, macam mana aku jadikan Dia tempat aku meluahkan dari aku kecil lagi. Lagipun, aku nak luah dengan siapa lagi selain Dia?

Kau luah dengan manusia, depa akan suruh kau bersabar yang kau dah buat bertahun tahun. Sebab tu mungkin makin parah.

Depa juga akan suruh kau ingat Allah lebih, macam kau selama ni tak ingat langsung Allah. macam kau murtad. Dah sakit baru ingat Allah. “Kau ni, patut banyakkan solat, kau ni patut banyakan ingat Allah”.

Padahal disetiap saat Dia kau cari, mulut kau tak pernah berhenti memuji Dia, meminta dengan Dia. Semua hanya Dia kau ada. Hanya Dia setia mendengar kau tanpa blame kau begitu begini. Tiap kali kau breakdown, kau ada Dia je.

Kadang, kita luah ni bukan nak dengar kau bagi pendapat. Tapi luah supaya kau dapat lepaskan tekanan dalam diri kau. Macam aku tulis sekarang. Aku sekadar nak luah apa yang aku rasa.

Aku penat.

Aku rasa nak lari jauh dari semua orang yang aku kenal. Aku nak hilangkan rasa stress, rasa penat, rasa sedih. Tapi bila aku lihat anak aku, aku stop bfikir untuk “lari” daripada hidup aku sekarang.

Oh Allah, berilah aku kelapangan fikiran. Aku sangat penat untuk berfikir. Oh Allah, permudahkanlah urusan ku.

Kepada korang yang baca, semoga Allah lindungi korang daripada penyakit dunia. Doakan aku kuat! I need all your doa, terutama di bulan Ramadan ni.

Help me! Help me with your doa. I need it!

Semoga Allah saja balas doa kalian.

– Fulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semoga awk diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki dari pelbagai sudut Aamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *