Salam, hai. Aku seorang suami yang bekerja di utara tanah air. Level pendidikan aku sarjana. Kerja pun sudah berbelas tahun.
Aku anak merantau. Negeri asal ku jauh, lebih 500km kalau nak balik ke kg. Aku kat sini tiada sesiapa melainkan isteri dan anak-anak. Kedua-dua orang tuaku juga masih ada.
Isteriku pula merupakan isteri yang kedua aku nikahi. Yang pertama tak bertahan lama. Jodoh tak panjang.
Aku agak lama juga la menduda. Lebih 5 tahun. Hampir tertutup la pintu hati nak memulakan kehidupan berumah tangga. Tapi siapa sangka akhirnya aku bertemu jodoh dengan kawan seofis. Dia masih single dan umur dia 3 tahun tua dari aku.
Pada mulanya kami tak kenal sangat, cuma dikeneng2 je la oleh geng opis disebabkan dia pun makin tua. Aku pun dah lama menduda. Alhamdulillah akhirnya kami berumah tangga.
Alhamdulillah selepas anniversary pertama kami, isteri selamat melahirkan baby boy. Alhamdulillah semua sihat.
Nampak macam indah je semua kan.. Hmm akan tetapi….
Ada jugak yang tak best. Tapi aku pendam je la selama ni. Kadang aku mendiamkan diri juga, tapi tak lama la..
Apa yang tak best tu?
1. Keluarga mentua (MIL, in law) suka sangat mengata kat anak menantu atau famili besan. Aku tak faham betul la dengan diorang.
Biasa kalau aku dengar diorang bersembang pasal akak ipar atau menantu dia yang lain. Aku akan pekakkan telinga. Kadang aku masuk bilik, kadang aku terus keluar lepak mamak. Dan aku jugak terpikir, ntah-ntah aku pun diumpatnnya juga kalu aku takde kat sana.
2. Pak mentua aku plak suka body shaming anak aku.. telinga capang la. Hidong penyet le. Rambut kerinting la.
Aduh aku kan, kalau nak hidung tinggi, macam bangla baik soh anak2 kahwin ngan bangla.. Confirm hidung macam shahrukh khan.. ada ke time baby dipaksa tarik la apa la.. dah aku melayu totok hidung peset le.
3. Bini aku pulak? Aku ada terbaca wasap antara adik beradik dia, suka sangat mengata kat mak aku. Mak aku ni ngan menantu lagi sayang menantu pada anak2.. disebabkan takde anak perempuan kan.
Di depan, bini aku ni kemain baik. Dibelakang, ehh diumpat2 nya mak aku. Kata mak aku tunggu duit dari aku la baru bleh bercuti mana2. Suka berjalan rmh anak2 la. Bergaya macam orang muda lah. Macam2 lah.
Memang orang perempuan ni jenis suka bergaduh ngan MIL eh? Ke sebab bini aku ni terbawak perangai mak dia yang suka bergaduh ngan menantu perempuan.
Selain daripada mengumpat mak aku, dia pon ada mengumpat adik aku. Siap cakap menyampah kat adik aku masa dia mengandung, sampai tekenan katanya. Haihhhh.. apalah salah adik aku kt dia aku pon tak tahu.
4. MIL suka bergaduh ngan menantu perempuan. Ni pun aku tak paham, sampai abang ipar aku tu jarang la balik kampung sebab taknak bagi bini ngan MIL aku bergaduh. Biasa bergaduh lawan mulut je.
Adik beradik yang perempuan memang sebelah Mak dia je. Semua tak kena kat kak ipar diorang tu. Kesian jugak aku tengok abang tu. Diluah mati mak, ditelan mati bapak.
5. Ni aku terkilan lagi sekali bila mana anak 3 nak lahir, mak aku plan untuk datang ke rumah kami. Mak aku biasa la nak jaga anak no 1 ngan 2 kalau bini aku bersalin nanti. Ehhh tak pasal kena umpat jugak mak aku.
Mak aku tu rela naik public transport nak datang ke rumah kami. Nak tunggu mak dia yang tak smpai 100km tu? Jangan harap. Ada saja alasan.
6. MIL pernah gaduh ngan jiran, ni pun lagi satu hal, dah tua2 bau tanah pun suka bergaduh ngan jiran. Jiran seblah rmh pon sama naik. Haihh.. aku kalau balik rumah MIL memang serabut je la rasa.
Ni aku dah cuba taknak tengok wasap dia, sebabnya kalau lepas baca mesti aku akan sakit hati memendam rasa. haha. Dan sebenarnya dia tak tau pun aku penah scroll group wasap dia ngan adik beradik dia.
So doa2 la ye semua, moga berubah perangai diorang ni. Terutama bini aku la. Aku ni nak la kesyurga bersama anak-anak.
Betul la orang cakap, nak nikah ni kena tengok juga keluarga ipai duai macam mana. Kena tengok, MIL layan suaminya macam mana. Sebab anaknya kemungkinan ikut acuannya. Terkono dennn. Hadap je laaa..
– Amiry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
redho dan pasrah je, jgn dilayankan sgt, nanti jadi panjang, so kena banyakkan bersabar