Sekadar Mimpi, atau ‘Benda’ Lain?

Assalamualaikum, kepada semua pembaca IIUM Confessions. Harap semua berada dalam sihat walafiat.

Aku tak bercadang untuk menulis dengan panjang. Baiklah, aku perkenalkan diri. Nama aku Zana, umur awal 30an telah pun berkahwin dan mempunyai 3 anak lelaki dan tinggal di Utara tanah air.

Macam ni ceritanya.. aku ni jenis seorang yang sering bermimpi. Maksudnya bila aku start tidur saja, aku akan terus bermimpi walaupun tidur tak sampai seminit.

Sebelum ni aku mimpi macam biasa. Mimpi mengarut-ngarut.

Mimpi kawan-kawan zaman belajar, mimpi travel sana sini, mimpi biasa2 lah dan ada juga mimpi yang tak best contohnya mimpi tempat kotor seperti tandas asrama, tapi kadang-kadang jelah.

Sampailah aku berpindah di rumah baru.. taman perumahan aku ni asalnya kebun. Depan rumah aku ada sungai, dan depan sungai ada hutan. (Waktu pagi , waktu hujan memang mendamaikan). Tapi malam.. hehehehe.. sunyi sepi..

Mimpi pertama yang aku rasa pelik apabila aku bermimpi aku ‘join’ pertandingan mencari hantu. Rasa macam kelakar kan.. mengarut saja. Tapi itulah dunia tidur aku.

Ok, sambung cerita. Dalam mimpi tu, aku tidur.. masa tidur tu, aku mimpi diganggu oleh makhluk halus. (Mimpi dalam mimpi).

Aku sedaya upaya untuk melepaskan diri sampailah aku terjaga. Masa hampir terjaga, mamai2 tu aku terdengar orang meniup di telinga kananku. Dan bunyi tiupan tu macam hilang terus ke luar tingkap.

Buat pengetahuan pembaca, suami aku memang suka buka tingkap malam-malam sebab sejuk katanya.

Mimpi kedua pula, aku bermimpi aku di rumah nenek. Dalam mimpi tu, aku mimpi datukku meninggal dunia. Aku berasa hairan lah. Eh, bukan ke atuk dah meninggal lama.. tahun 2010 lagi.

Aku pun pergi bertanya kepada adik dan mak cikku. ‘Weyh, bukan ke atuk lama dah meninggal?’.

Dorang ketawa terbahak-bahak. ‘Eh mana ada la.. mereka sambung ketawa. Tiba2 atukku yang dikatakan meninggal dunia tu bangun dan datang ke arahku, lalu jatuh di sebelahku. Keadaan aku masa tu tengah baring.

(Atuk sebelah kiri, mak cik dan adik sebelah kanan) lepas atuk jatuh tu, aku terasa pergelangan tanganku kiri dan kanan dicengkam kuat dengan kuku yang tajam. Sampailah aku terbangun dan aku masih dapat rasa cengkaman tersebut.

Mimpi pertama dan mimpi kedua ni dalam tempoh yang pendek mungkin lat 1-2 minggu macam tu dan berlaku awal tahun hari tu.

Nak dipendekkan cerita minggu lepas aku mimpi aku bersalin.. bersalin anak lelaki. Tapi mimpi bersalin ni bukan mimpi darah2.

Tapi yang tak seronoknya dalam mimpi tu, suamiku tiada di sampingku. Bila aku terjaga aku beritahu suami.. suami cakap patutlah tengok aku tidur macam tidak lena.. sekejap pusing ke kiri sekejap pusing ke kanan.

Suamiku berpesan supaya jangan terlalu fikir tentang mimpi tersebut. Dia kata mimpi tu hanya mainan tidur.. aku fikir, yelah.. mungkinlah kut.. sebab beberapa hari ni asyik bercakap tentang baby saja..

Malam tadi aku mimpi lagi baby. Beli baju baby girl. Seronok sangatlah sebab ketiga2 anakku sekarang ni lelaki..

Ok, lepas mimpi shopping baju baby, aku mimpi jatuh dari tempat tinggi pula, lepas mimpi jatuh tempat tinggi, aku mimpi lagi.

Kali ni mimpi arwah bapa mertuaku datang ke rumah. Dalam mimpi tu pun aku cakap kat mak mertuaku.. “Ibu, bapak bukan dah meninggal dunia ke?” Ibu mertuaku diam sahaja dan aku terus terjaga..

Bila aku google.. mimpi-mimpi aku ni macam menandakan aku ada gangguan.

1. Mimpi beranak.

2. Mimpi orang yang telah meninggal.

3. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

4. Mimpi seram.

Aku tak tahu sekarang. Sama ada betul gangguan, atau macam suamiku cakap mainan tidur sahaja. Sebab, nak kata gangguan.. buat masa ni, belum pernah lagi berlaku kejadian pelik di rumah ni..

Buat pengetahuan pembaca semua juga, sekarang ni aku ada masalah haid yang terlalu tak teratur kadang2 hampir 5 bulan tak datang haid. Akibatnya, anak bongsu aku dah 6 tahun tetapi tiada rezeki untuk mengandung lagi..

tapi aku redha jela.. sebab fizikal badanku pun sejak lahirkan anak bongsu ni, faham2 jela.. macam dipam-pam.. so aku fikir mungkin sebab gemuk kut..

Aku harap siapa yang ada pengalaman, pengetahuan atau pernah mengalami situasi seperti ini dapat memberi pendapat di komen. Sama ada aku patut abaikan, atau pergi berubat.

Minta maaf kalau cerita aku ni berbelit dan menyukarkan pembaca untuk faham..

Sekian, terima kasih..

– Zana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *