Sekali Dah Kena Santau, Saka, Tiada Istilah Sembuh

Korang pernah dengarkan santau, rasuk, saka?

Aku nak ceritakan apa yang terjadi pada arwah suami aku sendiri sehingga dia meninggal dunia menyebabkan kami sekeluarga sangat ralat kehilangan dia.

Aku harap sharing aku ni dapat membantu mereka yang senasib dengan suami aku.

Suami aku ni memang ada penyakit sebegitu sejak dari persekolahan lagi. Banyak juga aku dengar cerita dari kawan-kawan dia, dari komen kawan-kawan dia berkaitan penyakit yang dia alami.

So far, selepas kahwin hampir 15 tahun ni tak kerap terjadi penyakit dia tu.

Suami aku dia akan jadi macam orang hilang akal, mata dia akan merah menjegil, muka dia akan berubah sedikit, darah fresh akan keluar dari hidung atau mulut.

Pernah jadi time tidur malam, esok pagi penuh darah fresh kat cadar macam orang eksiden.

Aku nak gambarkan betapa banyak darah dia. Tapi pagi dia bangun seperti biasa macam bukan orang hilang banyak darah. Biasa akan jadi begitu kalau dia terlalu letih.

Dia kerja fast food. Kadang-kadang dia akan ot untuk cari duit lebih bila anak semakin membesar.

Memandangkan hampir 20 tahun dia menghidap penyakit tersebut sejak zaman sekolah dan aku dan suami kahwin hampir 15 tahun, menjadikan kami menganggap ia suatu perkara biasa.

Bila muntah darah, kami akan bagi dia rehat. Bila berubah perwatakan letak dalam bilik atau asingkan dari anak-anak.

Sampai satu tahap, 3 tahun sebelum suami aku meninggal, memang aku rasa dia sihat dah. Lupa pantang larang yang dia kena buat, apa yang dia kena jaga, apa yang dia tak boleh makan rupanya, “benda” tu makan dari dalam. Akhirnya suami aku meninggal.

Akidah aku menegaskan bukan sebab “benda” tu dia meninggal tapi dah ajal. Dia meninggal dalam keadaan kesakitan yang amat sangat pada perut. Tapi takda apa-apa report test,lab test kata perut normal. Tak pasti punca kematian.

Aku rasa ralat sebab 3 tahun sebelum dia meninggal aku kerap emosi, merajuk, bagi dia stress, tak bagi berhubung badan, tak bagi apa yang dia nak dari seorang isteri.

Aku banyak gather dengan kawan2 dan dia banyak uruskan anak-anak dan duduk di rumah. Tapi aku rasa dia ok dan rasa dia dah sihat.

Lepas arwah minggal, bila aku tanya ustaz perubatan islam, bila seseorang dah ada santau, rasuk atau saka sampai bila-bila dalam badan dia ada satu lubang untuk “benda” tu menetap. Anytime dia boleh sakit atau dirasuk.

Lebih parah, bila dia stress atau marah, lagi “Benda” tu suka sebab ada “Makanan” untuk diorang. It just like a cancer without notice.

Kematian suami aku membuka mata terhadap seluruh keluarga besar kami tentang bahaya ancaman “halus” ni. Be careful..

Sebagai isteri, suami, ahli keluarga yang ada ahli keluarga penyakit macam arwah suami aku, korang please jangan putus amalan-amalan seperti;

Al-mathurat, solat jemaah, makan jemaah, perkara2 sunat, kebersihan, sebab hanya orang yang “sakit” merasa kesakitan yang kita tak mampu rasa if diorang dan kita tak jaga benda2 ni.

Keep strong and pray pada Allah. Jangan berhenti berdoa. Takde istilah sembuh tapi yang maha menyembuhkan sentiasa ada. Yakin..

– Husna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *