Assalamualaikum n mornight :)
Cuma nak cerita pasal perangai annoying coursemate aku ni:
1. Kutuk Laptop aku
Time tu buat assignment guna laptop aku, boleh pulak dia kata ” laptop ni paling mahal tapi actually paling cepat jahanam” .The point is dia nak cakap yang laptop dia tu the best ever in the world. Aku taktau kenapa ayat tu buat aku koyak gila sebab laptop ni hadiah dari ayah aku time aku Form 5. Bagi aku tak payah kot hina barang orang, sebab ayah aku beli pun guna duit dia..
Sampaikan time tu ada presentation n aku volunteer untuk bawa laptop, coursemate aku ni boleh pulak kata ” Laptop kau tu elok ke? ”
2. Kutuk Handphone aku
Ya im not Iphone user macam kau.. Tapi kalau selalu sangat dok kutuk quality handphone aku , tak boleh juga ye dak.. Asyik la cakp ” baik buang je la handphone kau ni”.
Eh hello! it is hadiah ayah aku bagi time aku dapat offer masuk matrik tau tak.
Bagi aku biarlah phone cikai tapi tak depend on Wifi kolej semata-mata.. huhuhu
3. Kutuk Bag aku
Hari tu memang pack gila jadual start pukul 9 sampai pukul 6 petang, so aku pakai la bag sandang gi kelas sebab nak bawa buku banyak . Dia boleh gelakkan aku depan ramai orang sebab bawa bag macam budak-budak.. Eh hello, aku bawa ni pun tak susahkan bahu kau nak angkut tau tak.. Aku taktau apa masalah dia dekat aku, maybe bagi dia aku bawa bag macam ni ibarat orang miskin bawa bag plastik kot..
4. Pertikai duit belanja aku
One day, dia ajak aku g makan naik grab. Kebetulan aku memang tak bawa duit spare extra time tu n aku tolak ajakkan dia tu sebab alasan aku, aku takde duit nanti nak bayar grab.. HAHA padahal ada je.. dia boleh on the spot tanya aku berapa tiap bulan parents aku bagi? Eh nampak sangat dah kan yang dia memang nak merendah-rendahkan aku. Aku saje la cakap fake value kan sebab mama aku kata jangan cerita dekat orang pasal flow duit kita, sebab takut orang ambik kesempatan.. Dia boleh gelak terbahak-bahak dengan alasan “patut la taknak ikut”. Atleast aku tak berhutang ya girl !
As anak kena la jimatkan even ayah engineer gaji besar sekalipun, takkan lah nak boros.. yang kaya tu ayah aku bukan aku.
5. Pantang dengar aku nak keluar
Asal dengar aku nak keluar g beli barang ke apa kan , mesti la dia nak kirim.. Aku memang tak kisah kalau orang nak kirim, tapi masalahya dia kirim benda-benda mahal n tak bagi duit,. Kirim beli KFC tapi demandnya MashaAlllah.. N aku pulak yang dok terhegeh-hegeh tagih hutang.. ada sekali tu 2minggu selepas KFC di perut baru dia bayar. Thats why la aku tak minat belikan orang tapi tak bagi duit, Macam aku ni pengemis pulak dok minta duit.. COMMON SENSE MANA GIRL ?
6. Pinjam duit
Muka yang dianggap miskin takde duit, tak pinjam pt ni la yang bagi pinjam duit sebab kau nak beli barang urgent.
Aku pesan kat dia untuk transfer je duit yang dia pinjam tu dekat acc aku, dia boleh kata taknak sebab menyusahkan so dia bayar cash.. Bagi aku it is rude la sebab aku ni memang mudah simpati n aku terus g atm n keluar duit bagi kau pinjam, At last kau boleh kata nak transfer dekat acc aku tu benda yang menyusahkan. What the ?
7. Susah bayar hutang
Pelik aku dengan member-member aku ni, nak keluar kemain semangat excited yaRabbi.. Tapi part bayar grab/uber tu kemain liat.. Aku keep on remind banyak kali baru nak bayar..Biasanya muka-muka aku ni la yang kena mengalah bayar, sebab masing-masing macam takde common sense untuk keluarkan wallet ke apa.. Atleast kan acah-acah je la keluarkan wallet kau tu even taknak dahulukan duit.
8. Kawan dengan yang kaya je
One day, dia story pasal kawan aku yang boleh dikatakan rapat jugak dengan aku ni.. kawan aku ni memang aku tau asal dari family berada tapi very very down to earth. Pastu kawan aku yang annoying ni keep on cakap ” Dia kaya kan”. Dari segi ayat aku dah tau dah yang dia memang jenis memilih dalam kawan. N ada sorang kawan aku ni pulak ada kereta n dia cakap ” Bagus la dia ada kereta, senang sikit nak kemana-mana”, See ? Aku tau dia nampak aku ni macam orang yang biasa-biasa, thats why dia macam nak compare aku dalam diam dengan kawan-kawan aku yang lain.
9. Belagak kaya padahal takde duit nak makan.
One day tu kami semua keluar , n dia kemain gelakkan kami semua sebab taknak makan restoran yang rate harga dia sepinggan RM50. Bagi aku la kan as student yang masih mengharap duit parents ni sangat tak wajar untuk makan kedai-kedai macam tu. Dia boleh kata “murah la tu rm50 sepinggan n worth it” . Tak , the problem is kenapa bila dekat kolej kau keep on kata nak makan maggi sebab takde duit ? WHY ? WHY ?
Sekali dua buat, aku boleh terima lagi, tapi kalau dah banyak kali sangat kutuk hina aku dalam diam.. ITU MEMANG ANNOYING TAU TAK !
Kawan aku ni yang aku perasan memang suka sibuk hal orang, orang tak pakai bedak pun dia nak sibuk,tak pakai shawl pun dia nak sibuk, pakai baju pelik-pelik g kelas pun dia nak sibuk .
Tak mustahil dekat belakang banyak je yang dia sibukkan pasal aku .
Every night aku akan call n luah semua dekat mama aku, sebab aku rasa mama aku memang sebaik-baik motivator ..
Apa yang mama aku selalu pesan :
” Biar diri kita je yang tau siapa kita”
” Jangan layan mulut orang”
“Jadikan pengajaran apa yang kita tak suka orang buat”
MORAL OF STORY
~ Even rapat macam mana pun kita dengan kawan, JAGA HATI PERASAAN tu sangat lah penting.. Jangan anggap kita dah rapat, kita boleh buat dia sesuka hati..
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
– Si Bracey
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit