Sekali Sekala Dengarlah Nasihat Anak

Assalamualaikum,

Saya Suri, 31 tahun. Apa saya nak luahkan dekat sini berkisahkan tentang kekeluargaan dan perancangan kewangan. Sebaiknya bila buat tindakan dalam dua-dua perkara ni dalam hidup biarlah bijak. Penulisan ini agak panjang.

Dulu saya pernah hantar luahan tentang keluarga saya, ramai kecam saya masa tu. saya tak salahkan pun orang komen sebab mereka tak faham dan kenal keluarga saya macam mana. Recap secara ringkas, masa tu saya tulis saya nak renovasi rumah keluarga saya tapi keluarga saya tak nak keluar modal. saya pula duduk sekali dgn keluarga saya ni bersama suami saya. Ha bertalu la orang kecam kan kata saya menumpang senang mak bapak la dan suami saya tak bertanggungjawab sebab gagal bagi keperluan rumah.

Rentetan dari peristiwa itu, saya yang dikomenkan sebagai anak yang menumpang senang ni akhirnya push ayah saya untuk tukar nama rumah supaya saya dapat buat loan dan cantikkan rumah ni. Kenapa saya bertindak macam tu? Sebab rumah ni dah serba tak elok dan saya sebagai anak nampak perlunya aura baru yang segar dan lapang dalam rumah supaya semua isi rumah tenang dan bahagia. Usia rumah ni dah 28 tahun. Jika rumah bersih, malaikat pun suka, rumahtangga pun aman bahagia. Selain itu, ayah saya pernah berulang kali cakap pd suami saya nak jual rumah ni. saya macam sayang la rumah ni, tempat saya membesar. Dalam luahan saya sebelum ni, ada yang siap komen kata saya mengharapkan harta mak bapak pula.

saya rasa konflik tu dalam 1 atau 2 tahun yang lepas. Waktu itu gaji saya dan suami tak mampu nak beli rumah sekitar Selangor ni. banyak faktor kena ambil berat sebelum beli rumah. Alhamdulillah, selepas beberapa kali kenaikan gaji saya dapat buat loan dan kami dapat rezeki beli sebiji rumah baru, teres 1 tingkat. Rumah ke-2 la so called kan lulus tak berapa lama selepas loan “beli” rumah ayah saya ni lulus. Syukur dengan rezeki Allah.

Ok back to the issue. Apa yang saya nak kongsi dalam konflik tu, saya rasa tak salah kan anak nak memberi nasihat kepada mak ayah kita. Yang menjadi salah bila semua benda yang anak ni cakap nampak salah. Seolah kita ni muda, tak pandai itu ini. Tak bijak itu ini. Geram je saya.

Hal rumah tu, dulu ayah saya suruh amik personal loan je kami laki bini. saya faham, sebab usul renovasi dr saya jadi tak kan mak ayah saya susah. Memg mereka tak setuju keluarkan modal (tapi lebih pada diam malas amik port, tak ada hati nak rumah cantik macam rumah kawan-kawan diorang). Berkali-kali ayah saya suruh buat personal loan, renovate apa yang mampu je. Kalau pinjam dah puluh ribu je dapat renovate apa? Kabinet rumah saja dah rosak. Belum keadaan tandas dan dapur lagi. Dah pulak gaji kami kecik, kalau amik personal loan nak makan pe? Duduk dgn keluarga pun ada tanggungan kereta, bil bulanan. saya tak duduk free ya dekat rumah keluarga saya.

Masa ni saya tak nampak tau yang ayah saya ni fail bab perancangan kewangan. Pesen mak ayah saya ni suka bercerita dgn suami saya je. Antara punca sebab saya boleh membantah. Kita kan anak, kalau tak kena je rasa nak melawan. Suami saya ni penyabar, jadi mak ayah selesa la bercakap dengan dia walaupun dia pun kadang-kadang nak bertegas tapi sebab orang luar kena tahan. Haha

Selepas loan rumah settle, saya bagi ayah saya sedikit pampasan sbg saguhati la. Lebihan duit loan saya guna untuk reno rumah. Waktu tu ayah saya harapkan dapat banyak. saya pun macam pelik, kalau bg banyak, rumah ni nak reno apa? Lps tu hutang bulan2 suami saya bayar. Sebab dah menjadi sebahagian nafkah la dia nak sediakan tempat tinggal. Masa ni saya da curiga dengan ayah saya. Apa kena nak duit banyak2 ni. Ayah saya ni pesara.

Rupanya, ayah saya plan nak cash kan kereta. Full settlement la. Kereta dia pakai tu nama saya. Amik selepas dia pencen, kereta 2nd hand je. Model tahun 2019. Rekod bayar cantik tapi kereta tu adalah kerete ke dua selepas dia pencen. Kiranya dah 2 kali la ayah saya amik kereta bawah nama saya. Kali pertama saya baru mula kerja, susah nak buat loan masa tu dan saya tak faham apa2. Sign je. Kali ke 2 senang sikit sebab dah ada rekod loan kan. Tapi korang tau tak 2 kereta ni adalah model yang sama, cuma tahun je berbeza. Ayah saya tukar pakai dalam tempoh 2-3 tahun macam tu. Alasan tukar masa tu nak upgrade kereta lebih baik, walaupun model yang sama.

Nak jd cerita, kereta yang dia fikir nak cash kan tu tak lepas la sebab saya bagi duit sikit. Akhirnya apa jadi? Kereta yang dah pakai 2 tahun ni, yang kata niat nak cash ni ayah saya jual. Jual untuk beli kereta 2nd hand lain yang modelnya dah melebihi 8 tahun dengan niat yang sama nak cash kan. Cuma cara dia nak kurangkan kos bulanan kereta dari RM500 ke RM300. Tahu tak model ni downgrade, dan seakan sama dengan model pertama dulu. Apa jadi dengan duit saya bagi? Hangus buat bayar deposit nanti, kereta yang RM300 sebulan tu.

Ya allah, saya macam nak marah. Kenapa ye leburkan duit sekelip mata je macam tu. saya bg untuk dia simpan, sebab pencen manjang nampak tak ckup duit. Tapi duit tu dia nak guna bayar deposit. Sekelip mata hangus. Kereta yang dia jual tu, dah la elok je tak ada masalah. Kalau cash kan pun lagi 3 tahun da boleh habis bayar. Hanya guna duit saya bagi tu campur bayaran bulanan RM500 (kalau dah insist sangat kan, lagi pun dua-dua situasi duit hangus).

Suami saya dah nasihat dah ayah saya. Tak payah bazir duit. Pergi bank tarik je tempoh hutang kurangkan bulanan. Atau pay in advance, sementara tu dapat la simpan bulan2 500 sampai la advance tu habis.

saya da tepuk dahi dengan keputusan ayah saya. saya kesal dengan tindakan dia yang macam tak fikir panjang. Memang salah kiraan hutang kereta yang dia buat. Akhirnya jual kereta tak dapat untung, sebab loan belum habis kena topup duit. Lepas tu nak beli yang lain, bayar deposit bukan full loan. Kejadiannya hutang lama dengan hutang baru tak jauh beza. Dapat kereta buruk la kira da 8 tahun, ada niat nak cash kan semata-mata nak jimat bulanan. saya pun tak faham kiraan macam tu. Tak ada untung. Sekarang ayah saya tengah menunggu bank confirmkan loan kereta tersebut. saya rasa nak cakap je dengan pihak bank jangan luluskan, saya risau rekod kredit saya tak baik sebab selang 2-3 tahun tutup hutang lama buka hutang baru.

Kenapa awal perenggan saya cakap pasal kekeluargaan? Bila dah jadi macam ni baru saya tau ayah saya memang gagal bab perancangan kewangan. Sumber dari suami saya, rupanya mak saya ni banyak support duit tapi ayah saya tak pernah sekali serik dan merasakan terhutang budi pada isteri. Pergi haji, umrah, bayar deposit kereta mak saya topup. Beribu duit mak saya. Dan semalam mak saya sampai kata, selama ni mak tak mintk sesen pun dengan ayah untuk buat apa-apa, beli apa-apa. Sedih saya dengar. Mak saya suka travel, memg aktif. Memg betul juga duit dia banyak, dan dia betul2 berdikari.

Sebab itu masa sebelum saya kahwin, mak saya macam nak brainwash saya jangan kesiankan suami. Biar dia susah, jangan suka-suka bagi duit. Tapi pada saya itu prinsip dia sebab dia dah terkena kan. Dan prinsip saya lain. Alhamdulillah suami saya tak kedekut, saya bantu dia juga sikit2 tapi bukan hal nafkah. Dan sepanjang kami kawin, walaupun menumpang rumah mak ayah saya, suami tau bawa diri. Tak ada duduk saja dekat rumah. Dia sediakan apa yang termampu.

Korang bayangkan la kalau saya terjebak ikut nasihat ayah saya ambil personal loan. Agaknya kami laki bini sampai sekarang tak mampu nak beli rumah sebab nak langsaikan personal loan. Dan reno rumah pun tak seberapa, yang akhirnya buat semua sakit kepala sebab rumah sempit dan banyak barang.

Nasihat saya, siapa pun diri kita, sebagai anak ke isteri ke, suami lagi lah. Perlu ada perbincangan yang baik jika nak buat sesuatu keputusan. Sentiasa beri ruang pada orang lain untuk menasihati dan hati terbuka la menerima nasihat dari yang muda. Satu lagi, wujudkan rasa hormat sesama pasangan. Selepas saya berkahwin saya da mula faham kenapa suami isteri perlu berlembut bila bercakap. Ayah dan mak saya ni, kalau bercakap berdua kadang-kadang dinding yang sambut. Mak bercakap, ayah buat pekak je. saya pun kena macam tu. saya tanya ayah saya apa-apa, dia diam je. Mata tengok fon. Walaupun saya da umur 31, saya rasa ini tak betul dan kecewa macam mana anak kecil kecewa mak ayah tak melayan dia.

Untuk makluman korang, waktu mak saya bagi pendapat supaya jangan jual kerete 2019 tu, ayah saya balas “awak apa tau”. Macam tu ke cara balas yang betul? Dan satu hal lagi, ayah saya masih ada baki personal loan yang dia ambil waktu bekerja dulu. Dah macam tu pun masih nak nasihat anak amik personal loan? Memang nak anak sendiri terduduk ke?

– Suri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *