Sekali Seumur Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kepada admin jika kisah ini disiarkan.

Buat pembaca, ini adalah kisah benar tentang hidup saya dan bukanlah novel. Tidak ada bahagian yang saya reka kecuali nama sebenar dan tahun peristiwa sahaja. Saya Hawa (bukan nama sebenar) .

Orang kata jatuh cinta ini hanya sekali sahaja seumur hidup, apakah benar?

Kisah ini bermula pada akhir tahun 2015 di sebuah sekolah menengah, saya yang baru sahaja selesai berjumpa dengan ayah saya, berjalan seorang diri untuk pulang ke asrama perempuan,

Saya ketika itu memakai baju muslimah berwarna biru, berjilbab koshibo dan seluar trek.

Langkah saya terhenti ketika terserempak dengan Dani (bukan nama sebenar) yang memakai jersi biru, berseluar tiga suku yang dari atas sampai bawah badannya penuh dengan tepung.

Entah kenapa ringannya bibir saya terus bertanya “kenapa tu”. Dia yang tersenyum lebar menjawab befday kawan dia.

Habis disitu, saya meneruskan berjalan pulang ke aspuri, tiba-tiba saya terasa bahang seperti sesuatu yang memekar didalam dada, perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum itu dan tidak pula saya reti untuk terangkan.

Saya berteka teki tentang apa benda yang saya rasa tu, rasa yang tidak tahu nak jelaskan. Adakah ini perasaan jatuh cinta? Tidak mungkin, kerana saya memang tak berminat dengan lelaki yang muda dari saya.

Sudah bertahun-tahun dia bersekolah dengan saya tapi tidak pernah saya tahu tentang kewujudan dia dan tak pernah ambil tahu pasal dia. Anehnya perasaan itu tidak hilang sehinggalah saya memasuki form 5.

Pada tahun 2016, ditakdirkan kelas saya bersebelahan dengan kelas dia, saya senior dan Dani junior saya, kami beza setahun.

Saya yang sedang berperang sendiri untuk menghilangkan perasaan tersebut tidak menyangka bahawa hari hari seterusnya akan berlaku banyak kebetulan yang menumbuhkan lagi perasaan tersebut.

Hampir setiap hari, saya akan berselisih dengan Dani waktu pagi ketika ke kelas, saya datang awal jumpa, saya datang lambat pun bertembung juga.

Habislah rancangan saya untuk move on memang tak menjadi, bila nampak dia saya rasa berdebar dan bahagia pula ya, adoii Hawa Hawa.

Ada moment yang saya masih ingat, pagi itu saya ke bilik guru untuk mengambil teks usrah dan sejurus itu dia juga datang untuk membaca doa pagi, mic ada dekat tepi pintu dan dia berdiri disitu sambil memegang mic,

Dia terlihat seperti sudah bersedia untuk membacakan doa tetapi plot twist nya, saya yang sedang berjalan untuk keluar dari bilik guru..

Sampai je depan pintu boleh pulak dia pergi bukakan pintu sedangkan dia dah pegang mic nak baca doa. Sebelah tangan pegang mic, sebelah tangan bukakan pintu.

Saya acah acah relax padahal jantung dah nak pecah sebab terkejut dengan tindakan dia. Tersenyum la saya dari bilik guru sampai ke kelas, kawan saya pun perasan dan tanya, “dah kenapa Hawa ni duk tersenyum dari tadi”.

Punah lah harapan move on tu, seterusnya.. semasa sambutan hari guru pula.. saya menjadi moderator untuk program forum bersama pengetua dan dua orang panel jemputan.

Semasa saya sedang fokus menjalankan forum, ternampak di bahagian teknikal tepi pentas ada Dani yang sedang duduk sambil memerhati tepat kearah saya.

Bayangkan saya yang sedang bercakap guna mic dan memegang skrip dah jadi terketar-ketar pulak dah sebab dia. Kenapa dia ada kat situ hmm.

Tidak habis disitu, ada satu hari tu saya berjalan seorang diri ke bilik kaunseling untuk berjumpa dengan kaunselor. Bilik kaunseling di tingkat satu berhadapan dengan blok kelas saya dan Dani di tingkat bawah.

Setelah saya settle urusan dengan kaunselor, saya buka je pintu bilik terus nampak dia sedang duduk dekat sofa di ruang tetamu atau menunggu begitulah.. Sambil pegang buku teks, saya berfikir maybe dia datang untuk study di situ. Kebetulan lagi ke ni?

Ada juga beberapa kali time kawan dia nampak saya dan terus tepuk bahu si Dani untuk tengok saya,

Dani pulak tak reti nak cover reaksi muka dia dan membuatkan saya rasa syok sendiri, rasa macam dia bagi hint. Banyak lagi hint hint lain yang saya perasan sorang2 kot. Huuuuu kesiannya saya.

Habis je sekolah menengah, saya ingat saya dah tak akan jumpa Dani. Tetapi takdir menemukan lagi apabila saya terlibat sebagai fasi untuk satu program melibatkan semua batch dia.

Dan itulah kali terakhir saya jumpa dia. Selepas itu saya ingat yang kisah saya dah berakhir. Boleh cuba untuk buang perasaan slow slow. Tetapi tidak ya tuan tuan puan puan.

Takdir menemukan abang saya dan Dani di sebuah institusi. Kebetulan lagi, Dani menyambung pengajiannya di tempat yang sama dengan abang saya.

Abang saya senior dan ada memegang jawatan dalam kepimpinan dan Dani juga memegang jawatan dalam kepimpinan, maka mereka mengenali antara satu sama lain dengan baik sepanjang berada disana.

Abang saya sejak dari awal dia bertemu Dani, dia sudah tahu itulah orang yang saya pernah ceritakan dahulu, saya dulu pernah tunjukkan gambar Dani dekat abang saya.

Masatu kitorang saja saja berkongsi cerita. Namun tidak menyangka juga akan bertemu mata di institusi yang sama akhirnya.

Dani tidak mengetahui itulah abang saya sehinggalah pada hari terakhir abang saya belajar di institusi itu, sebelum pulang abang saya singgah solat zohor di masjid institusi tersebut.

Kebetulan lagi, si Dani tiba-tiba datang solat bersebelahan dengan abang saya, maka selepas solat abang saya telah memberitahu Dani bahawa dialah abang saya,

Dan Dani kata dia tak kenal Hawa, bila abang saya jelaskan detail barulah Dani ingat ohh Hawa senior dia dulu.

Abang saya memberitahu Dani saya kirim salam, walaupun sebenarnya saya bergurau jeeee tapi abang saya betul bagitahu ya. Ya Allah malu sangat bila ingat semula..

Sebenarnya abang saya cakap dia tak nak beritahu pun, tapi kebetulan jumpa pulak.. kalau tak jumpa masatu memang abang saya takkan bagitahu pun.

Ingin tahu kesudahannya? Apa usaha saya untuk move on? Apa effort saya? Adakah cinta dibalas? Nantikan.

Ok lah, dah panjang sangat dah ni, nanti saya sambung part 2 ya. Korang suka ke tak suka cerita saya, saya tetap nak cakap jugak.. hehe. Terima kasih baca kisah ini.

Ikhlas dan Tulus, 

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *