Sekasut Dengan Nor Bila Kahwin Tidak Sekufu

Bila terbaca confession Kak Nor (https://iiumc.com/bila-kahwin-tidak-sekufu/), terus teringat kat diri sendiri.

Aku setujulah dengan confession tersebut. Kahwin biarlah dengan sekufu barulah ngam kita dengan family pasangan. Maklumlah kahwin bukan dengan pasangan je tapi dengan family dia sekali.

Kisah aku lebih kurang confessor la, ibu aku surirumah tangga, arwah bapa kerja buruh. Masa kecil dulu keluarga kami susah.

Tapi sekarang alhamdulillah ibu aku boleh dikatakan senang sejak anak-anak dewasa ni. Education aku dengan suami sama, kerja sama, gaji beza RM50 je.

Tapi yang jadi masalah ibu bapa mertua aku dua-dua bekerjaya. Anak-anak semua berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya sangat baik.

Nak dijadikan cerita akulah satu-satu menantu yang berlatar belakangkan keluarga ibu bapa tidak bekerja dalam kerja kerajaan dan profesional.

Lain menantu semua anak orang bekerja. Adik beradik aku pun ada yang pendidikan spm sedangkan menantu yang lain semua mempunyai pendidikan tinggi.

Disinilah mula masalahnya. Pada awalnya aku ni direject awal-awal oleh mertua. Tapi dah jodoh.

Masalah bermula bila keluarga belah suami aku memang tak boleh masuk bila berbual dengan ibu atau adik beradik aku bila berjumpa.

Canggung. Maklumlah level education tak sama, background family bagai langit dengan bumi.

Masa arwah ayah aku ada dulu pun aku tengok bapa mertua aku dengan arwah ayah memang tiada topik yang boleh dibualkan.

Awal-awal kahwin aku dibawa kemajlis keluarga. Rumah punya besar, aku pun tak selesa. Sebab tak pernah pergi rumah orang senangkan.

Aku pun tak tahu nak berbual apa dengan saudara mara suami. Lastly aku duk penjuru dapur duk berbual dengan bibik je la haha. Dah bibik tu je yang masuk dengan aku.

Aku sebenarnya belajar sama je level dengan suami, ada ijazah, bekerjaya tapi masih tak boleh masuk dengan keluarga diaorang.

Tu belum lagi terasa bab mertua akan melayan keluarga biras-biras aku dengan baik berbanding ibu dan ayah aku.

Dah diorang ada isu dan topik untuk dibualkan memang rapatlah. Adik beradik menantu lain pun rapat dengan adik beradik suami.

Siap ingat nama apa lagi. Lain dengan adik beradik aku memang tak diingatnya. Tapi tak boleh salahkan mereka juga sebab memang tiada benda yang boleh menjadi titik untuk hubungan dimulai.

Aku sangat bersetuju sekufu itu penting. Betullah Kak Nor huhu. Aku ni jenis kadang-kadang melayan juga perasaan sedih tu. Tapi bila difikirkan balik apa masalahnya selagi suami aku sayang aku.

Kalau tak kerana adanya orang macam aku ni tiada la pula menantu yang boleh jaga ibu mertua masa sakit. Yang ada menguruskan hidup bapa mertua setelah kematian ibu mertua.

Biasanya anak-anak yang paling tidak berjaya itulah sebenar yang akan ada masa untuk ibu atau bapa sakit dan dalam kesusahan.

Aku beruntung walaupun tak sekufu ipar duai aku sangat baik. Cuma orang kata tak masuk geng la skit.

Tapi tiada masalah pun, kita buat je lah hal kita inshaallah happy je. Aku setuju sekufu itu penting tapi bila dah jodoh kenalah pandai-pandai bawa diri.

Ikhlas,

– Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *