Salam korang, aku tulis confess ni sebab nak luahkan apa yang terbuku dekat hati sekian lamanya. Nak kongsi pengalaman yang pernah berlaku terhadap diri aku. Terima Kasih admin kalau approve confess ni. Aku akan cerita berdasarkan pengalaman, rasa hati, and nak mintak pendapat korang jugak if korang pernah rasa or kena benda ni. So kita mula yaa..
Aku mempunyai 3 orang adik beradik dan aku satu-satunya anak perempuan dalam family. Masa aku kecik dalam lingkugan 7 tahun dan 8 tahun macam tu, aku sering dipukul oleh ibu, tapi apa yang aku anggap bila dipukul hanyalah sebab nakal mungkin. Tapi bila dah besar ni kita boleh pikir realitinya aku dipukul kerana ibu nak lepaskan geramnya kepada seseorang dan yang selalu menjadi mangsa tentu tentulah aku.
Ibu sifatnya peramah dan garang bila dengan anak anak, tetapi kadang kadang menjadi seorang ibu atau isteri ni pun boleh dapat tekanan emosi dan mental yang melampau. Punca dan sebab ibu jadikan aku sebagai tempat lepas geram kerana ibu dimadukan, Ibu dimadukan dengan senyap, baba tak pernah bagi tahu ibu pasal perkahwinannya yang satu lagi, Ibu tahu dengan sendirinya. Ibu pulak jenis tak suka kongsi perasaan dia dengan orang lain, walaupun dia rapat dengan adik beradik dia. Macam mana ibu tahu?? Sebab apa baba kawin lain?? hm rasa tak payah la kongsi detik ni. Cukup korang tahu baba kawin senyap senyap. Ibu dan maktiri aku kenal dah satu sama lain. Perasaan ibu pasal maktiri aku, dia simpan semuanya dalam hati. Tak pernah luah dan marah kat baba pasal hal tu. Kecewa dia, sedih dia, tertekannya dia, ibu sorang rasa.
And bila kita orang adik beradik membesar dengan kenakalan, buatkan ibu lagi tertekan. Sebab tu aku selalu jadi mangsa kene pukul. Aku tak pernah nak salahkan ibu atas perbuatan dia. Korang jangan salah paham, ibu dia tak pernah benci anak anak dia, ibu sayang kitaorang and kitaorang tahu benda tu. Tapi kadang aku sedih, aku pun akan tertekan bila ingat apa yang aku kena. Kenapa aku? Aku kena semua tu masa aku dalam proses nak membesar, aku baru nak kenal dunia tu macam mana. Kadang aku sendiri tak paham, salah aku cuma sikit, tapi apa yang aku kene teruk. Apa yang aku tak pernah kena. Dengan lesung batu terbang pun pernah. Tapi ada satu masa tu, sampai sekarang aku ingat, aku cuma nak kejut ibu bangun rasanya, sebab dalam bilik. Tapi aku kena pukul teruk, kene tendang guna kaki banyak kali, aku menangis bagai nak gila and try to protect diri aku sendiri guna kaki supaya ibu tendang tu aku lawan balik. Bila dah besar ni, aku tahu sebab ibu buat macam tu, ibu tertekan! Ibu tak pernah luah apa yang dia rasa, dia lepas kan semua geram dia kat anak anak.
Aku tahu cara dia salah, aku tahu dia tertekan, aku tahu dia penat. Lagi lagi bila aku dengan adik beradik aku suka bergaduh masa kecik. Lagi buat dia tertekan, Kesabaran semua orang ada tahap dia sendiri, Ibu tak pernah cakap kat anak anak dia yang dia benci maktiri aku, Ibu tak pernah cakap buruk pasal maktiri aku. Mana aku dan adik beradik aku tahu pulak pasal maktiri aku, semua nya secara kebetulan. Kami pernah dikenalkan oleh baba. Apa yang kami tahu kawan baru sebab masa tu kecik lagi. Kami tak pernah tahu baba ada anak lain selain kami. Dia kira adik beradik kandung aku jugak sebab satu ayah. Adik beradik aku yang lain sebenarnya benci gila kat maktiri aku and anak dia. Termasuk aku pada suatu ketika dulu. Aku sampai pernah rasa, kalau lah membunuh tu tak salah, mungkin maktiri orang first. Tapi itu dulu, niat tu hilang dah, aku tahu dosa pahala. Benda tu salah, niat tu salah. Tapi perasaan adik beradik aku yang lain sekarang aku tak tahu. Tapi diaorang semua salahkan maktiri aku, sebab kitaorng kena marah dengan ibu tertekan pasal maktiri aku.
Sambung balik yang tadi. Untill now ibu selalu serba salah dengan aku dan adik beradik aku, sebab selalu pukul kitaorang. Dan bila seorang ibu mintak maaf berulang ulang kali pasal perbuatan dan khilaf dia dan apa yang berlaku dulu, buatkan aku sedih, pedih. Bila ingat detik detik tu aku akan tertekan, kalau boleh aku nak lupa ingatan sebab tak nak ingat pasal situasi tu. Aku akan murung bila ingat benda tu, jujur dari hati aku yang paling dalam aku simpan. Aku murung wei, aku truma, aku sedih, sedih sangat, semua tu beri kesan kat aku. Aku pernah nak bunuh diri, aku pernah nak lari rumah, aku merasa aku tak disayangi, aku rasa dibenci oleh ibu sendiri, sampai bila ibu dengan anak orang lain baik je, ramah je. Tapi dengan aku.. Aku tak pernah cerita benda ni kat siapa siapa, Sakit aku, murung aku, naik gila aku, marah aku, memberontaknya aku semua aku simpan, aku simpan sorang. Adik beradik aku tak pernah tahu. Mungkin sebab masing masing ada rasa masing masing yang aku sendiri tak tahu. Bila pergi sek dulu aku buat macam tak ada berlaku kat rumah. Bila aku kena pukul semua aku akan nangis sorang sorang kat bilik sampai aku tertidur, dan bila bangun, semua benda tu aku lupakan. Aku ceria dan seceria macam budak budak lain. Dan sekarang ni aku tengah nangis sebab confess.
Aku sejenis yang berfikiran panjang, sebelum aku buat sesuatu benda bodoh aku akan pikir akibat dia, apa aku buat selepas itu. Dan sekarang aku cari cara untuk atasi kesedihan dan murung aku. Makin besar ni aku sendiri boleh pikir kenapa ibu buat macam tu, aku jugak laa yang akan jadi penasihat ibu, ibu itu tak boleh, itu salah, ini tak boleh, ini salah. Mengucap, istighfar ibu, kita sabar, kita ada Allah, kita kuat, kita mampu hadapi. Cerita ni aku pertama kali cerita, aku tak pernah kongsi dengan orang, bukan sebab malu atau takut dengan ibu, tapi aku tak nak orang lain atau kawan kawan aku anggap ibu gila, ibu kaki pukul, ibu jahat or baba aku jahat, kejam. Aku muhasabah diri aku sendiri, kalau dulu aku salahkan siapa punca dia, now aku tahu ini semua takdir yang Allah atur dah. Aku akan tetap laluinya. Aku tak salahkan ibu aku, aku tak salahkan baba aku sebab kawin lain, aku tak salahkan maktiri aku, aku tak salahkan anak maktiri aku. Aku bukan nak bukan aib ibu dan baba aku.
Aku cuma nak luah apa yang aku rasa sebagai seorang anak yang kena pukul kena dera metal dan emosi aku dan aku nak sesiapa saja yang bergelar ibu bapa atau bakal jadi ibu bapa. Benda ni salah. Nakal mana pun anak tu, stress tahap mana korang as parent, dia tak sepatutnya dipukul, tak sepatutnya dera, benda ni semua pelajaran untuk aku dan masa depan aku dan korang!! Semua ni sangkut kat dalam hati kanak kanak, kat hati aku!! Dia cuba belajar untuk kenal dunia ni. Kadang kanak kanak ni sampai takut. Kanak kanak cuma perlu kasih sayang dan ilmu yang betul. Bila dia salah tegur cara elok. Tegur dengan tegas, bukan pukul, bukan dera. Sakit wei… Sakit… Sakit sangat dalam hati ni. Aku paling sedih bila tahu ada ibu bapa yang pukul anak dia, memang itu cara ajar anak supaya tak buat lagi, tapi biar ada had. Mental emosi anak anak ni boleh terganggu. TOLONG FAHAM, LETAK DIRI KORANG PADA DIRI KANAK KANAK NI!! Situasi yang tidak selesa pada jiwa yang akan menyebabkan tekanan pada diri dan seterusnya menghasil DEPRESSION.
Sebenarnya banyak lagi aku nak sentuh pasal emosi dan mental kanak kanak ni, berdasarkan sebab sebab yang aku rasa, pasal kenapa kanak kanak jenis tak bercerita kepada orang lain bila kena pukul, kenapa tak report pada cikgu cikgu disekolah, kenapa tak cerita pada rakan atau teman rapat. Semua tu ada sebab, dan setiap orang rasanya lain lain, cara dia hadapi pun lain. Ada sesetengah kanak kanak membesar dengan membenci ibu bapa mereka sendiri bila dipukul dan didera masa kecik, tetapi aku membesar dengan berfikir punca dan sebab kenapa ibu aku jadi macam tu, umur aku sekarang 23 tahun, selama 16 tahun aku duduk dalam dilema hati hadapi dan cari punca dan atasi emosi dan perasaan ibu aku. Jika diberi peluang, ruang dan masa aku akan kongsi lagi ya. Aku tak larat nak teruskan, kepala aku dah sakit, menangis tak henti sambil confess. Now dah subuh dah wei. aku start tadi kul 3 lebih tulis.
Sampaikan salam pada ibu bapa korang, jangan pernah membenci, kejam mana pun ibu bapa kita, dia tetap syurga kita. Jika ada yang salah, maafkan aku, aku hanya berkongsi.
– M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit