Assalamualaikum and Hi. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan.
Confession ini hanyalah sekadar untuk meluahkan apa yang aku sedang rasa sahaja. Maaf andai penulisan ini agak tak terurus sebab ni first time aku cuba meluah lepas beberapa tahun menahan sakit seorang diri.
Tapi, aku akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan dengan baik agar semua yang membaca akan faham cerita aku ini. Mungkin apa yang jadi pada aku, pernah terjadi pada orang lain juga. Kalau dulu aku baca kisah orang. Kalini, orang baca kisah aku pulak.
Bismillahirrahmanirrahim…
Aku pernah bercinta dengan seorang lelaki ni namanya Ammar (Nama samaran). Aku dan Ammar bercinta ketika kami sedang melanjutkan Degree di sebuah Universiti di ibu kota.
Hampir 5 tahun kami bercinta iaitu 3 tahun bercinta semasa belajar dan hampir 2 tahun selepas kami graduate dan mempunyai kerjaya tersendiri.
Pergi balik class dulu pun memang aku akan diambil dan dihantar oleh Ammar dan rutin sebegitu berlanjutan sehingga aku sudahpun bekerja.
Setiap pagi dia akan pick-up aku dan setiap petang dia akan hantar aku balik. Tanggungjawab ambil dan hantar tersebut memang dia yang pikul. Bukan aku yang suruh bahkan dia sendiri yang rela hati buat begitu sejak kami dalam proses berkenalan lagi.
Atas kebaikan yang terlalu banyak dia curahkan kepada aku, family aku juga menerima kehadiran dia dengan sangat baik dan menganggap dia seperti anak sendiri.
Nak dijadikan cerita, hampir 5 tahun kami bercinta tu aku sentiasa ada di sisi dia. Kami tak pernah berjauhan yang terlalu lama. Paling lama pun mungkin 2 ke 3 hari sebab aku ada event luar.
Kalau tidak, memang hari-hari berjumpa. Gaduh macamanapun mesti dia akan ambil dan hantar aku juga. Tak pernah aku pergi kerja sendirian.
Aku ingatkan 5 tahun tu dah cukup lama aku mengenali dia. Rupanya TAK. Selama bercinta dengan Ammar, dia tak pernah buat apa-apa yang mencurigai.
Dia juga bukan seseorang yang rapat dengan perempuan lain. Memang dia hanya ada aku. Satu-satunya kawan dan teman perempuan yang dia ada. Trip ke merata tempat dengan kawan-kawan lain pun mesti dia akan bawa aku dan aku akan bawa dia.
Sumpah selama aku bercinta dengan Ammar, aku tak pernah terfikir orang yang selalu ada depan mata aku ni boleh curang dengan aku. eh silap. Bukan dia curang dan ada perempuan lain.
Tapi, sebenarnya aku ni girlfriend nombor 2 dia. Dia curang dengan girlfriend dia dan jadikan aku girlfriend nombor 2 dia. Erti kata lain akulah perempuan simpanan dia. Boleh bayangkan tak? Perasaan aku waktu dapat tau tu?
Jangan cakaplah selain amarah dan air mata sahaja yang keluar waktu tu. Kalau aku dah bercinta dengan dia selama 5 tahun. Dia dengan girlfriend lama dia tu pula bercinta selama hampir 11 tahun. Dari mereka di bangku sekolah menengah lagi.
Aku sedih sangat. Aku mengaku aku kalah. Aku tahu perempuan tu bercinta dengan Ammar lagi lama dari aku. Aku sedar aku memang tak layak memperjuangkan seorang Ammar. Aku tahu aku kena berundur.
Bukan aku dapat tahu sendiri tapi Ammar yang jujur dengan aku. Aku rasa kalau Ammar tak jujur mungkin sampai sekarang aku masih jadi perempuan simpanan dia.
Dia jujur waktu malam birthday aku. Birthday dan tahun paling pahit seumur hidup. Dia terpaksa jujur sebab 2 hari lagi dia akan menikah dengan perempuan tu. Jahat kan?
Aku ingatkan dia prank aku sebab waktu tu kan orang suka main prank ni semua. Aku taktahu perkara tu sebenarnya memang realiti yang aku kena hadap. Aku seperti orang tak waras waktu tu, aku nangis, jerit-jerit suruh Ammar katakan smuani prank sahaja.
Tapi nak taknak slow-slow dia tunjuk semua bukti dan gambar-gambar dia dengan perempuan tu, waktu merisik, waktu tunang, aku tengok semuanya dengan mata aku sendiri.
Allahu aku sedih sebab aku tak pernah sangka yang Ammar ni sebenarnya milik orang lain. Benar dia dan perempuan tu dah lama bercinta cuma mereka berjauhan sahaja.
Bercinta jarak jauh. selepas SPM, perempuan tu sambung belajar jauh dari dia. Mungkin disebabkan itu dia pilih untuk curang dan jadikan aku girlfriend nombor 2 dia.
Oleh sebab itu juga aku tak pernah nampak apa-apa yang mencurigai sebab Ammar jauh dari perempuan tu dan sentiasa di sisi aku. Bila mereka jumpa dan date? Entah. Jgn tanya aku sebab aku pun tak tahu bila mereka keluar bersama.
Mungkin hari weekend sbb weekend sahaja aku tak berjumpa dengan dia sebab aku banyak luangkan masa dengan family. Lagipun tak pernah sekalipun dia beralasan ketika aku ajak pergi ke mana-mana.
Senang cerita gaya Ammar tak seperti orang yang ada perempuan lain. Semuanya lancar sahaja dan aku fikirkan hubungan kami ni baik-baik saja. Rupanya….?
Allahu pedih hati ni mengenangkan saat-saat tu balik. 5 tahun dia tipu aku dan aku tak pernah pun curiga dengan dia.
JIJIK!!
Kalau nak cerita setiap detik yang jadi memang coretan ni akan panjang tapi apa yang aku boleh ringkaskan, Ammar jujur dengan aku sebab dia nak aku tunggu dia walaupun dia bakal jadi suami orang lain. Kenapa dia pilih untuk kahwin dengan perempuan tu?
Sebab dia pun sayangkan perempuan tu. Depan muka aku ye dia cakap perempuan tu first love dia dan dia tak sanggup lepaskan perempuan tu. Dia cerita dekat aku dalam keadaan dia menangis dan banyak kali dia minta maaf.
Perasaan dan hati aku waktu dengar semua tu? macam dicincang berkali2. Macam dalam drama. Carutan apa saja yang tak keluar untuk dia? Semuanya terhambur keluar. Pedih sangat. Rasa macam dibonekakan dan dipijak-pijak.
Yang paling aku tak boleh terima dalam tangisan dan kata maaf dari dia tu, dia masih sebut dia cinta dan sayangkan aku sangat-sangat. Dia taknak aku pergi tapi dia terpaksa jujur dan dia minta aku faham keadaan dia.
Dia pesan jugak jangan pernah tinggalkan dia dan dia akan cari jalan untuk kahwini aku jugak suatu hari nanti. NONSENSE.
Despite on dengan segala apa yang dia pesan malam tu, aku pilih untuk putuskan semuanya dengan dia. Aku tak rasa apa yang aku dan dia buatni betul.
Sikitpun aku taknak ada kaitan dengan seorang Ammar dah. Perasaan, hati aku semuanya terguris. Aku sakit diperlakukan begitu. Aku blocked smua acc dia di medos. Whatsapp dia juga aku blocked.
Aku tahu perasaan sayang rindu aku semuanya masih ada untuk dia. Sehingga sekarang masih UTUH dan aku tak boleh tipu diri aku. Aku tahu sebabtu aku tak boleh move on lagi. Tak pernah ada lelaki lain yang aku terima selepas kejadian tu.
Aku fobia sangat-sangat. Dalam waktu yang sama aku tak pernah berharap dengan Ammar dah, aku tahu dia dah ada keluarga.
Aku tahu dia dah ada isteri bahkan dah ada anak satu da pun. Sikitpun aku tak nak kembali dekat dia cuma perasaan yang pernah ada ni aku tak boleh nak buang.
Setiap kali teringat, aku sakit tapi aku tak boleh buang dia dari fikiran dan hati aku. Aku tahu aku salah sebab terkenangkan suami orang tapi aku tak pernah buat perkara yang melampaui batas.
Setiap kali aku teringat, aku akan berdoa supaya Allah kuatkan semangat aku dan ikhlaskan semua yang jadi dalam hidup aku. Aku masih tak boleh maafkan dia dan diri aku sendiri dan aku taktahu macam mana nak maafkan dan ikhlaskan semuani.
Aku sakit sangat. Aku tahu perkara ni dah lama tapi sakit tu seolah macam baru lagi terjadi. Aku tahu aku belum redha dengan semuani. Aku yang pilih untuk hidup dalam kesakitan nii sebab aku masih tak move on. Aku tahu semua tu.
Berbalik kepada Ammar suruh aku tunggu dia, yup. Sampai sekarang dia minta aku tunggu dia walaupun dah 2 tahun berlalu. Dia selalu cakap ‘kita ada jodoh’.
Kadang-kadang aku rasa dia macam makin psycho. Pernah sekalitu aku mintak kawan aku, Intan untuk sampaikan dekat Ammar yang aku bakal bertunang.
Semuatu aku buat supaya dia tak ganggu aku dah. Dia bukannya ganggu aku seperti chat aku tiap masa atau call aku sepanjang masa, tapi dia ganggu aku dengan cara dia akan munculkan diri dekat tempat kerja aku.
Dia takkan muncul depan rumah aku dah sebab dia tahu dia buat dosa besar dengan keluarga aku jugak. Dia akan muncul dekat tempat kerja aku bila dia rasa ada perkara yang dia nak sampaikan dekat aku.
Contohnya hal tunang aku tu. Dia sanggup datang dan tunggu aku semata-mata untuk bagitahu yang dia kecewa and sedih sebab aku dah ada pengganti lain. Tak logik kan??
Aku tahu perkara tu pun gurauan saja sebab aku memang takde lelaki lain tapi kalau betul ada pun, dia siapa nak halang aku?
Lepastu buat drama air mata macam aku ni dah buat dosa besar dengan dia. Allahu aku taktahu apa yang ada dalam kepala dia. Penat bergaduh saja kadang tu. Makin stress aku dibuatnya.
Bila gaduh saja dia akan minta maaf. Ada satu sebab saja dia ajak berbaik dan minta maaf dulu sebab dia taknak aku pergi dari hidup dia.
Aku mengaku aku memang sayang dia tapi aku tak bahagia langsung hidup macamni. Penat aku cakap benda yang sama dengan dia tapi dia tak pernah peduli.
Aku tahu ikhlas macam mana pun dia sayang dan cintakan aku, kami memang tak boleh bersama. Aku masih waras dan aku bukan seseorang yang akan sakitkan hati perempuan lain.
Dia selalu minta aku fikir perasaan dia jugak sebab perasaan wife dia tu, dia tahu nak handle.
Aku macam apa benda yang jadi dalam hidup aku ni. Aku penat lah. Dia tak bahagia kalau takde aku. Tapi aku pun bukannya bahagia kalau dia ada.
Aku dah lama sengsara sejak dia akad nikah dengan perempuan tu. Aku boleh sakit tapi dia tak boleh sakit? Hampir 3 Tahun tau aku diam dan tanggung sakit nii. Haih
Baru-baru ni dia ada datang lagi, itupun lepas dia dengar khabar yang aku ada boyfriend dah. Bila aku dengar benda tu aku tahu dah ni mesti kerja si Intan.
Kawan aku sorang tu banyak sangat dah tolong aku tapi tak pernah menjadi kadang cerita rekaan dia tu buat aku lagi serabut pun ye jugak.
Aku tahu Ammar datang ni sebab cemburu. Dia mana pernah nak tengok aku bahagia. Mungkin sebab ni jugak aku tak boleh move on.
Sentiasa ada di sisi aku walaupun dia dah bergelar suami orang.
Aku memang kenal Ammar ni macam mana kuat cemburu orangnya. Kalau dulu dia sekadar cemburu tapi tak pernah dia kongkong aku.
Sekarang ni saja aku rasa terkongkong walaupun aku dengan dia dah takde apa pun ikatan.
Cuma kalini dia datang bukan nak ajak bergaduh sebab aku ada ‘boyfriend’ tu tapi kalini dia datang nak bagitahu hajat dia untuk memperisterikan aku.
Bergetar jugak jiwa raga aku waktu aku dengar tu tapi kalau dia propose waktu kami tengah hangat bercinta dan dia masih single mungkin aku akan terus cakap ‘yes’ tapi situasi sekarang ni tak mengizinkan langsung.
Aku tak tahu nak react apa waktu tu and aku penat tau dengan seorang Ammar ni sebenarnya.
Tiap petang datang mesti ada drama baru. Sampai lali dah aku dengar budak office aku panggil aku perampas. Dahlah tak tahu kisah sebenar lepastu senang nak cop aku macam-macam.
Dengan segala janji manis yang Ammar taburkan pada petang tu sikitpun aku tak goyah walaupun kalini dia betul-betul sanggup untuk tinggalkan isteri dia demi aku.
Aku memang pernah bergurau kalau betul dia nak aku, dia kena tinggalkan isteri dia sebab aku taknak bermadu tapi masatu aku hanya sekadar bercakap sebab aku tahu dia memang takkan ceraikan isteri dia.
Aku tahu dia memang sayangkan isteri dia sebabtu perempuan tu yang dipilih untuk dia kahwini. Aku taktahu apa yang dah jadi dalam rumahtangga dia baru-baru nii tapi macam mana sayang pun aku dekat Ammar tu aku tahu keadaan aku, situasi aku, situasi dia.
Aku bukan perempuan jalang yang suka rosakkan rumah tangga orang.
Aku pun sebenarnya ada salah aku. Aku mengaku. Patutnya aku kena pergi saja dari sini. Aku kena cari kerja lain atau pindah supaya dia tak cari aku dah. Tapi aku sayang sangat nak tinggalkan tempat kerja aku ni. Dekat dengan rumah, kerja okay, gaji okay.
Kerjaya aku semuanya di sini. Sebabtu aku bertahan. Aku taknak cari kerja lain pun sebab aku rasa kenapa aku yang perlu mengalah dalam hal ni. Kenapa aku? Kenapa aku kena buang kerjaya dan kerja yang aku dah serasi untuk kebahagiaan keluarga dia? Kenapa?
Tapi sekarang aku dah fikir masak-masak dan memang terpaksa merantau jauh disebabkan lelaki macam ni. Lebih baik aku bertindak drastik dan pergi jauh-jauh dari biarkan dia ganggu aku macamni. Aku tak sanggup tengok dia ceraikan isteri dia semata kerana aku.
Aku tahu bila dia cakap mcmtu, aku sebenarnya dah menang. Menang dalam menadapatkan hati seorang Ammar tanpa buat apa-apa pun. Perasaan sayang tu bukan senang nak buang. 5 tahun aku ada dengan dia.
Jatuh bangun dia aku yang support depan-depan. Aku sentiasa ada dengan dia. Bukan senang nak buang aku kan Ammar? Kifarah untuk kau sebab duakan kami. Tanggunglah derita ni sepanjang hidup kau macamana aku tengah derita sebab kau.
Tipu kalau aku kata aku tak gembira. Jauh dalam sudut hati aku ni, aku gembira sebab aku tahu perasaan aku tak pernah bertepuk sebelah tangan. We love each other and we knew it.
Cuma kami tiada jodoh untuk bersama dan bukan jalan ini yang aku kena pilih. Bahagia atas derita perempuan lain. Aku bukan begitu. Aku masih waras, aku ada agama dan aku tahu apa yang perlu aku lakukan.
Aku pun dah bagi notis perletakan jawatan and aku tekad untuk pergi jauh demi rumahtangga orang lain. Aku tahu peranan aku dalam kisah ni sangat besar.
Kalau aku tak buat apa-apa mungkin rumahtangga Ammar akan rosak dan aku akan dicop sebagai perampas. Biarlah yang tahu saja tahu apa yang aku dah lalui hampir beberapa tahun nii.
Orang boleh cop aku macam-macam ‘perampas’ ‘still melayan’ ‘bagi nasi kangkang’ dll sehingga Ammar kerap cari aku tapi cukup sampai sini saja. Biarlah yang mana pernah fitnah aku dulu tu. Aku maafkan semuanya.
Aku nak buktikan yang aku ni bukan seperti itu. Betul aku sayangkan Ammar tapi aku tak pernah kemaruk untuk dapatkan dia.
Aku tak pernah pun perjuangkan dia lepas dia kahwin dulu. Aku sendiri berundur dan aku tak pernah buat onar pun walau sakit macam manapun hati aku saat tu.
Mental aku banyak terganggu lepas kejadian Ammar kahwin. Mudah nangis, senang give up, no more confidence, menyendiri, taknak bergaul dan berbagai lagi. Diri aku yang dulu dah hilang selenyapnya sebabkan benda ni saja. Aku sendiri perasan aku dah berubah.
Aku tekad dan aku sanggup. Sanggup aku berjauhan dengan family asbab kebahagiaan keluarga yang bukan darah daging aku. Aku nak orang tahu aku pergi dan aku korbankan semua kebahagiaan aku untuk orang lain. Aku tahu bahagia aku akan muncul jua nanti.
Bukannya taknak report polis sebab kena gangguan atau apa tapi aku masih kesiankan dia. Dia ada anak bini yang dia perlu bagi makan.
Aku tahu aku baik tak bertempat. Masih baik walaupun dah disakiti. Aku buat untuk perempuan tu dan anak kecil yang tak pernah tahu apa-apa.
Takpelah, biar aku jelah yang telan segala kepahitan ni sorang-sorang. Aku akan abaikan kata-kata orang sebab yang lalui semuani hanya aku.
Bila aku dah laluinya sendiri baru aku faham perasaan seorang perampas. Kita nak laki tu sebab kita pun sayangkan dia kan? Perasaan sakit tu sangat tak tertanggung. Kalau tak kawal dengan baik memang boleh depression and ada suicidal thoughts.
Wanita di luar sana yang ambil hak orang lain mesti lebih fikirkan kebahagiaan diri sendiri dari orang lain kan? Aku faham perasaan tu sebab aku pun hampir buat.
Aku pernah nak rampas balik saja Ammar dari perempuan tu tapi aku tahu semuani hasutan saja. Ini semua jalan yang Allah nak bagitahu bahawa lelaki tu bukan untuk kita.
Untuk wanita yang merampas lelaki orang di luar sana, sayang macam manapun kita dekat laki tu, itu bukan credit untuk kita hidup dengan suami orang ye. Kita jaga hati dan air mata wanita lain supaya benda tu tak jadi balik dekat kita.
Macam mana aku cuba terus kuat untuk hidup walaupun kena tanggung sakit tu, aku nak orang lain yang sedang lalui situasi macamni untuk terus kuat jugak. Jangan give up dengan hidup kita sebab kita hidup bukan untuk lelaki saja.
Aku tahu sakit bercinta tu macam mana dan anggaplah ini teguran manja dan ujian dari Allah bahawa Dia yang lebih layak untuk kita cintai.
Tinggalkan lelaki yang bukan milik kita melainkan awak dapat restu dari pihak lagi satu.
Luahan ni pun sebab aku nak korang tahu yang aku buat semuani untuk kebahagiaan aku juga. Walaupun secara dalaman aku masih sakit tapi aku sedikit sebanyak rasa tenang sebab memang inilah pilihan aku. Aku dah cuba yang terbaik untuk jauhkan diri.
Aku sanggup pergi dan aku mengalah dengan hidup aku dekat sini untuk orang lain. Tolong bagitahu yang aku dah buat yang terbaik ye? Tolong bagitahu aku yang pengorbanan aku ni memang yang terbaik untuk aku ye?
Doakan moga ada sinar baru untuk aku di tempat yang baru jugak ye. Terima kasih yang sudi baca. Assalamualaikum
Lots of love from Bunga.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit