Seketul Syarifah

Aku tak pasti tapi ustaz kata keturunan Syarifah/Syed atau ejaan lain Sayyid adalah keturunan Nabi Muhammad SAW while sheikh yang orang selalu tertukar tu adalah title jawatan.

Of course aku tak percaya aku keturunan Baginda, aku cuma kebetulan je kot dapat nama ni. Bagi aku keturunan ni dah terlalu jauh & tiada apa2 maksud istimewa dalam hidup aku.

Mak aku Syarifah & ayah aku Syed. Cita2 aku nak lari dari nama Syarifah/Syed. Kalau tak kaya raya macam keturunan Syed di media social tu, baik tak payah pegang nama ni. Kenapa?

Meh aku cerita kisah kanak2 dan kisah hidup aku.

Family aku tak kaya raya tapi orang persoal semua bantuan yang aku dapat.

Aku pernah dapat bantuan awal persekolahan tanpa aku tahu kenapa aku dapat. Aku happy je la. Tapi cikgu2 bercakap belakang aku.

Mereka cakap aku tak layak sebab aku Syarifah, bukan aku yang minta tapi berdasarkan gaji mak ayah, aku layak.

Memang takde borang permohonan pun, cuma semua pelajar wajib bagitahu gaji ibubapa. Dari situ aku dapat bantuan tu.

Kedua, donation selepas kematian ibu/ayah. Ayah aku meninggal masa aku di sekolah rendah.

Di sekolah aku, tak kira kaya atau miskin, kalau ada kematian sekolah akan buka kotak donation yang bergerak dari kelas ke kelas. Anak doktor dapat, anak cikgu dapat, anak askar dapat & anak yb pun dapat.

Selepas dah kutip donations tu, masa guru kelas aku nak serah ke mak aku, tiba2 guru besar kata mak aku tak layak sebab keturuan Syarifah.

Mak aku cakap takpela, tak ada rezeki. Bukan duit yang buat aku marah tapi kejadian tu yang buat aku marah.

Seterusnya, form 5 mak aku pula meninggal. Lagi sekali sekolah buka donation dari kelas ke kelas. Macam biasa, duit donation tak sampai ke aku & senyap macam tu je.

Ada la beberapa mak kawan2 aku yang bagi duit direct ke aku, mereka tak bagi melalui sekolah. Aku pun dah tak mengharap pun. Duit yang lenyap tu, aku tak tahu ke mana.

Sebelum aku masuk matrikulasi, aku dipanggil untuk terima duit untuk pelajar2 yang bakal masuk pre-uni.

Dekat sini, takde tulis untuk orang miskin atau kaya. Semua pelajar2 yang nak masuk pre-uni akan diberi duit ni. Aku pergi ke majlis ni bersama mak kawan aku & kawan aku.

Dekat situ aku jumpa cikgu2 sekolah, mereka kata; eh syarifah tu pun dapat duit bantuan pre-uni ke?

Disclaimer; Mak kawan aku tu doktor. Tak ada pula cikgu2 tu berkata benda sama. Padahal aku hanya seketul Syarifah, yatim piatu yang tak ada apa2 source of income pun.

Habis matrikulasi, aku sambung masuk uni. Aku plan nak guna duit faraid arwah ibubapa aku tapi aku takut tak ada simpanan emergency kalau apa2 jadi sebab aku seketul je hidup sorang2.

Duit tu pun tak banyak. Jadi, aku kerja part time sambil belajar. Pagi sampai lewat petang ada kelas, malam aku kerja sampai 4-5 pagi.

Awal sem di uni, aku ada apply zakat uni. Satu hari aku dipanggil oleh lecturer (atau pegawal) program zakat uni tu. Orang panggil dia ustaz.

Ustaz tu kata aku lulus semua kriteria program zakat tu (lebih kurang mcm tu, aku lupa ayat exact macam mana). Aku pun happy la.

Tiba2 ustaz tu tanya, betul ke aku miskin dan tiada duit? Then, aku cakap aku kerja part time & ada sikit duit faraid tu. Ustaz tu tanya berapa dengan nasa sindir. “Sejuta? Setengah juta?” Aku cakap tak.

Ustaz tu siap bagitahu HARAM untuk keturunan Syarifah/Syed untuk terima zakat. Dia pun suruh aku keluar & suruh aku tunggu email. Yep, permohonan gagal.

Sepanjang 8 sem aku hidup & bayar yuran dengan duit kerja part time kedai mamak, mekdi & watson.

Banyak kali aku terfikir, apa salah nama aku? Keturunan tak bawa apa2 maksud pun. Mungkin nenek moyang pernah kaya tapi tak semestinya cucu cicit ni kaya kan. Maybe syarifah/syed lain kaya, tapi tak semua.

Kadang2 aku tersasul eja nama aku “syarikat” sebab aku tak ada attachment dengan nama aku.

Lepas habis belajar, aku berkenalan dengan seorang laki2 ni, mula2 semua ok sampai la mak dia tahu aku ni Syarifah yang tiada keluarga & tak kaya. Terus maknya tak suka & hubungan kami putus.

Aku kerja selama 5 tahun sebelum jumpa jodoh. Aku kumpul harta sendiri. Beli rumah & kereta sendiri.

Aku tak pernah mencari Syed tapi jodoh aku datang bernama Syed. Keluarganya terima aku seadaan, seketul Syarifah yang tak ada apa2 status.

Keluarga suami aku keluarga yang pentingkan keturunan. Aku 50/50 rasa yang mak ayah suami aku terima aku sebab nama aku je kot.

Semua Syarifah dalam keluarga mereka perlu berkahwin dengan Syed demi turunkan nama keturunan ni ke cucu cicit.

Kalau hampir tolak suami sebab namanya Syed. Aku tak nak anak2 aku membawa nama ni. Disebabkan sayang, aku terlupa benci aku terhadap nama ni.

Kadang2 aku terfikir, aku ni terkenal karma / kifarah keturunan syarifah/syed yang “select” mencari menantu kot. Masalahnya syarifah/syed yang kaya buat hal tapi aku yang miskin dapat balasan, huhu.

Sekarang ni aku cuba nak bagitahu suami, boleh ke anak2 nanti tak nak letak nama keturunan ni.

Sekian luahan hati seketul Syarifah.

– Syarifah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *