Assalamualaikum readers. Aku Cengkih. Baru berkahwin 4 tahun dan alhamdulillah ada seorang anak soleh (aamiin).
Biasa dalam perkahwinan memang ada dugaan, cuma apa yang aku luahkan ni adalah antara kekesalan dan kekecewaan yang berulang yang aku tak tahu macam mana lagi nak diperbetulkan.
Suami aku baik, penyabar, tapi kurang common sense dan juga susah nak mengaku salah sendiri. Kalau setiap kali berbincang mesti akan berpusing-pusing sampai tak kembali kepada pangkal masalah.
Kalau awal kahwin aku cube slow talk, berbincang, tapi sejak ada anak ni baran aku lagi menjadi.
Aku dah start tak berbincang, tapi aku lepaskan marah aku dengan menghempas barang dan tendang dinding sebab aku rasa takde perkataan yang boleh buatkan suami aku faham apa yang aku cuba sampaikan.
Sekiranya aku berkahwin lagi, persoalan yang akan aku tanyakan dekat bakal suami aku ialah;
1) Boleh ke terima aku dan keluarga?
Sebab berdasarkan pengalaman aku, aku tak rasa keluarga aku dititikberatkan dalam perkahwinan ni. Sebab tu aku pun bagi respon yang sama (mungkin ini sekadar alasan diri aku je). Aku tengok mmg berat sebelah.
Setiap kali raya tak pernah pun suami aku sebelahkan duit raya untuk mak ayah atau anak buah aku. Tapi sebelah dia semua lengkap. Peruntukan beratus ringgit untuk mak ayah dan adik beradik dia.
Even tahun ni anak aku pun tak dapat duit raya alasan dia, anak dia tanggung. Memang duit tetap akan habis ke anak.
Masa awal kawin aku memang dah biasa bagi adik2 aku parents aku duit raya, tapi suami aku tak pernah pun terdetik nak bagi. Sedangkan aku dah asingkan siap untuk adik2 dia.
Waktu awal kawin aku bekerja, sekarang suri rumah disebabkan anak aku ada masalah kesihatan. Suami aku tiap2 bulan tak pernah pun nak hulur duit gaji dia dekat parents aku walaupun RM10. Dia selalu cakap adik beradik aku ramai, kenapa aku pulak yang nak kene fikir semua tu.
Adik beradik laki aku yang patut bagi duit dekat parents aku kate dia. Masa aku kerja dulu tiap2 bulan aku bagi mak aku RM500, tapi sejak tak bekerja mmg zero dah. Dah jarang memberi.
Rumah kami dan parents kami masing-masing cuma 5 minit je dari rumah. Memang dekat. Tapi jarang sangat suami aku nak singgah rumah parents aku walaupun aku ada kat rumah tu.
Setiap petang mesti dia bawak aku dengan anak jalan-jalan, tapi akhirnya destinasi mesti rumah parents dia.
Mula-mula aku bengang sebab aku rasa tak adil. Kadang sebulan pun belum tentu suami aku nak jejak kaki. Adik aku meninggal mengejut awal tahun haritu (Al-Fatihah) sebabkan penyakit dia dan juga disahkan positif. Tapi keluarga aku semua sihat alhamdulillah.
Aku nak balik kerumah masa hari adik aku meninggal, tapi suami aku tak bagi. Dia risau kami semua berjangkit. Tapi aku keras kepala, aku balik rumah sendiri. Masa tu aku sedih sangat dan rasa down. Adik beradik aku semua dah berkumpul dekat rumah.
Semua tidur dekat rumah, tapi aku cuma dapat datang sekejap jenguk, anak aku menyusu badan, tak boleh tinggal lama. Aku minta izin nak tidur rumah parents aku, tapi dia bagi alasan rumah sendiri ada, buat apa nak tidur luar. Aku terkilan sangat.
Keluarga dia tak ziarah pun masa adik aku meninggal, sebab keluarga dia takut adik aku positif. Walaupun adik beradik aku stay rumah parents aku 2minggu, tidur sana, solat berjemaah, makan sama-sama, tapi aku terasing. Aku dapat jenguk-jenguk je. Suami aku masatu wfh.
Sebab tu aku susah nak keluar. Mak aku pun pesan, sekarang redha aku pada suami, ikut je cakap suami. Walaupun mak aku sebenarnya dah terasa hati sebab aku je yang terasing daripada keluarga masa semua orang tengah sedih kehilangan adik bongsu.
Tapi lepas 2 bulan, adik suami aku positif, tapi suami aku rileks je bawak anak aku pergi rumah dia.
Alasan adik dia duduk je dalam bilik, tak keluar. tapi adik aku haritu meninggal dekat hospital, dan family aku sihat je, tapi dia punya paranoid takut mati tu sampai aku rasa berdendam bila setiap kali ingat pasal ni sebab aku rasa tak adil!
2) Sejauh mana dia sanggup berkorban untuk aku dan anak?
Masa aku mengandung, aku pernah ambil seminar gentlebirth (jangan fikir gentlebirth yang suruh beranak dekat rumah tu, seriously bukan).
Seminar tu dia ajar cara pemakanan masa mengandung, senaman, posisi duduk ibu, cara mengurangkan contraction, dan banyak lagi la.
Masa tu seminar online je. Aku ajak suami aku dengar sekali, sebab sangat besar ye peranan suami untuk support emosi dan mental ibu masa mengandung ni. Awalnya suami aku setuju, tapi bila kelas bermula, dia pun menghilang.
Janji hanya tinggal janji. Aku kecewa sangat sebabnya mengandung dan bersalin ni perlukan moral support. Tapi suami aku tak pernah peduli nak cari info ke atau nak belajar apa keperluan masa ibu mengandung dan bersalin.
Dia anggap tu satu proses yang aku kena lalui dan tak payah susah-susah nak jaga pemakanan senaman semua tu. Jujurnya aku seorang yang paranoid bila bab bersalin. sebab aku tak boleh tengok darah. Aku pening dan loya.
Aku memang sangat takut sampaikan aku persiapkan mental aku dulu, dan bila aku dah ready untuk sakit bersalin tu baru aku plan untuk ada anak. tapi suami aku tak faham. Dia kata kalau tak sakit mana nak beranak. Mak dia boleh je beranak ramai
Dan semasa lepas bersalin, anak aku lahir 7 bulan ELCS, sebab kandungan aku bermasalah. Anak aku 2 bulan duduk nicu, dan selepas anak aku balik ke rumah, aku sangat struggle nak susukan anak aku. Aku ajak suami aku ke shah alam untuk belajar lactation, tapi suami aku tak setuju.
Dia kata membazir dan jauh. Sedangkan aku hanya minta izin nak pergi, tanpa libatkan dia dan duit dia. Anak aku ade masalah usus masa sebulan pertama kelahiran dia, itu yang menguatkan aku untuk bagi susu badan juga.
Kecewa sangat aku masa tu sebab suami tak bagi dan lagi kecewa sebab dia tak faham ilmu lactation tu satu keperluan buat aku sebab anak aku bukan lahir normal yang aku boleh terus ajar latching dan menghisap.
Anak aku perlukan banyak simulation untuk menyusu sebab dia pakai tube susu sebulan lebih. Akhirnya aku cari dan dapat lactation counselor yang boleh datang ke rumah.
Aku bayar semua cost tu sebab aku kecewa dan aku ego nak minta duit dengan suami, sebab aku tak suka bila suami aku pertikaikan penggunaan duit tu.
Nasib baik duit simpanan aku masa tu banyak lagi. tapi semuanya habis untuk anak aku. Lagi satu masalah tidur. Anak aku memang susah nak tidur sendiri sampai aku stress. Dan akhirnya jadi kebiasaan mengempeng masa nak tidur.
Aku pernah merungut bab ni dengan suami, tapi suami cakap, dah aku yang biasakan anak aku mengempeng, kenapa nak marah. Ada masa aku penat, aku rasa terikat, aku rasa nak marah.
Aku tak sempat nak training tidur anak aku sebab aku nak kejar buat kerja rumah, masak dan aku juga kurang kesabaran nak training anak aku. Aku meluahkan dengan harapan suami aku sama-sama cari penyelesaian. Tapi hampa. Lagi sekali aku kecewa.
3) Kejujuran kewangan.
Aku bukan nak sangat duit suami, tapi aku nakkan kejujuran. Sejujurnya, selama aku berkahwin, aku tak pernah tau secara details gaji suami aku. Aku hanya tau anggaran gaji sahaja. Dan bila gaji pun aku tak tau.
Suami aku boleh bilang dengan jari dia bagitau bila gaji dah masuk. Hahaha.
Masa sebelum kahwin, suami aku pernah eksiden patah tangan. Dapat pampasan 17k sebab eksiden masa nak pergi kerja. Dia siap janji lagi kalau dapat duit pampasan tu nak bawak aku pergi umrah.
Tapi sadisnya macam biasalah, aku pernah tanya mcm mana urusan pampasan tu (masa ni dah kawin) dia boleh jawab belum setel lagi, socso buat keje lambat.
Padahal rupenye dia dah dapat dah duit pampasan tu awal lagi. Aku je yang taktau. Bodohnya aku. Hahahah. Aku cuma tau lepas setahun lebih kawin, tu pun sebab aku nak pinjam akaun asb dia, aku nak park duit aku dalam tu. Baru lah terbongkar.
Dia siap pesan lagi jangan bagitau family aku sebab nanti orang ingat dia banyak duit. Hahaha. Aku rasa sumpah dikhianati. Aku menangis lepas aku tau tu, sebab aku rasa suami aku tak jujur.
Aku boleh bilang guna jari berapa kali aku minta duit dengan dia, tapi dia buat macam tu seolah aku ni nak kikis duit dia.
Aku kecewa sebab aku tak pernah berkira dgn suami aku. Aku nak melancong aku yang keluarkan duit sebab aku tau tu bukan nafkah, tu cuma kemahuan aku. Tapi aku tak sangka suami aku ada duit pun boleh pura-pura macam sengkek.
Selama aku bekerja, duit minyak, duit kereta, roadtax semua aku setel sendiri sebab aku taknak susahkan dia. Tapi bila aku dah tak kerja baru la berbunyi juga dia habis duit nak isi minyak kereta.
4) Sejauh mana kefahaman agama dan aplikasi agama dalam kehidupan seharian
Yang ni paling penting. Sebab kefahaman agama ni untuk kehidupan seharian. Kalau takda titik beratkan ilmu agama, banyak benda hancur.
Aku dapat rasa perubahan pada diri aku bila aku mula join kelas agama online. Aku ada group kelas berbayar. Kelas tadabbur. Aku jual gelang aku sebab aku perlukan duit sendiri untuk keperluan aku.
Aku rasa alone, aku rasa tak kuat. Aku perlukan somebody yang boleh nasihatkan aku dengan ayat-ayat Al-Quran. Aku perlukan pasangan yang boleh bimbing aku, yang boleh bincang isu berat-berat, yang ambil serius dengan ilmu.
Aku tak expect untuk dapat suami yang pandai segala benda, sebab kalau tak, baik aku kawin dengan ustaz je. Tapi aku berharap macam miz nina dan noh hujan yang sama-sama berubah dan belajar menjadi insan yang lebih baik.
Aku nak ada perubahan dalam hidup. Aku jadi jem bila benda yang melibatkan tugas dua pihak, tapi jadi sebelah pihak je yang berkuat.
Tambah lagi biasanya para suami bukan boleh nak dengar pendapat isteri.
Biasanya lelaki ni ada ego yang bila isteri cuba ajar dia akan rasa tercabar. Kadang-kadang aku rasa penat, give up. Aku kadang-kadang tersungkur sebabkan emosi aku, sungguh aku perlukan pembimbing.
– Cengkih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit