Hi semua. Terbaca confession sorang budak lelaki yang dok asrama lelaki buat aku teringat something. Kisah aku tapi versi perempuan.
Dulu mak aku hantar aku sekolah agama, ada campur lelaki perempuan. Awal-awal masuk asrama ada sistem mentor mentee, untuk kita buat rujukan kalau ada apa apa hal.
So mentor aku kakak senior form 4, aku form 1. Kakak mentor aku ni nama dia Mint. Dia ni pandai kat sekolah tu. Aktif koko pula tu.
So memang bila dia mentor aku, antara benda yang dia polish adalah benda benda tu lah- aku kena aktif, join sukan petang2, berani volunteer, cintakan komuniti servis, take part bila ada hari syarahan lah apela.
So semua baik baik awalnya. Aku dengan dia rapat tu tak la sangat tapi bila ada free time we talk lah. Tapi dia ni macam memang nak kejar kpi mentor berjaya aku rasa.
So bila jumpa pun tak relax, mesti dia nak make sure progress aku meningkat. Mujur juga dia ni selalu takde kat sekolah – pergi bertanding lah, latihan pusat lah.
Tapi sebabkan dia selalu keluar, kpi mentor ni dia salurkan dalam surat. So dia akan buat surat macam task untuk aku. Kena hafal surah lah, buat essay lah, banyak lah.
Tapi end of the task letter dia akan tulis “tunggu akak balik okay” “buat task ingat akak eh” “jangan banyak sangat buang masa, settle howework, buat task and just ingat akak je”
Lama lama kita dua grow feeling. Lama lama tu macam after 7 months kat sekolah tu. Aku masa tu dah boleh la kedepan juga. Dah boleh lead solat jemaah perempuan, dah join la competition asrama semua tu, belajar pun not bad.
And parent aku of course glad gila dengan akak ni. Dah macam dia ni real family aku. Kalau balik cuti pun mak aku hantarkan dia sampai kat rumah dia tak payah nak bas semua tu.
So grow feeling tadi. Dari hubungan positif, jadi mula hugging2, tido sama, cinta sayang kasih. Aku kan budak, aku follow jela. Kalau dia tulis love aku pun love.
Awal2 aku rasa aku tak la rasa love for real. Lama lama ye memang aku jadi lupa yang aku tak boleh ke mana pun dengan dia.
Masa dia form 5, ada spot check loker tak ingat sebab apa. Our love letter busted. Sekotak kantoi. Masa tu memang kena basuh cuci teruk dengan warden. Memang kena marah gila gila sampai aku tak boleh cakap pun dengan Mint. Punya la susah.
Balik cuti pun tak dapat jumpa. Sakit gila masa tu. Mak ayah aku pun tau warden bagi tau. Tapi lepas je dia habis form 5, we back again.
Masa ni aku baru form 3. Dia dah habis sekolah, pergi matrikulasi kat utara. Pantang cuti sama kita stay berdua. Masa ni dari hubungan yang ‘asrama’ dia dah mula bukan bukan dah. Dia dah besar kot kan. Aku pulak first time untuk semuanya. And yes lah aku suka disayangi macam tu.
Sampai lah dia masuk degree, aku pun habis sekolah and matriks. Hubungan masih sama. Aku bebetul tak ingat dosa masa ni. Aku memang tak boleh terima kenapa aku tak boleh je have a decent life dengan dia.
Tapi tu la hubungan macam ni banyak gadoh-gadoh benda remeh. Cemburu aku lepak dengan roommate la, aku bengang dia tak balas message lah. So cling and toxic lama lama tu.
So dia pun kerja, aku makin senang and cinta kat dia. Masa ni hubungan kami dah tak boleh tunjuk kat family dah. Memang mak aku tak bagi langsung aku jumpa dia. Tapi kan dah duduk jauh, mana la mak aku tau.
Pendekkan cerita, tiba tiba dia nak putus and kahwin. HAHAHA. Boleh pulak dia nak kahwin eh. Broken takyah cakap, aku memang hilang diri terus. Imagine laa dari aku kenal hubungan tu apa at 13, memang dia je yang aku ada.
So penat merayu dia nak juga kahwin. Then dia pun kahwin aku pun menangis tak sudah-sudah. Dan akhirnya aku jumpa orang lain. Bahagia bersama so far.
Tapi makin aku banyak umur, aku rasa aku tak patut macam ni. Aku bukan tak cuba, aku dah cuba. Macam macam aku buat. Solat memang 5 waktu tak tinggal, lepas buat pun aku solat. Terawih kali ni sungguh2 aku doa. Tapi tak boleh nak berenti lagi.
Aku tak boleh sayang lelaki. Ni pun aku dah cuba. Tak boleh. Aku lagi berdebar dengan perempuan pada dengan lelaki. Aku kadang2 give up kenapa aku diuji macam ni.
Help?
– Elly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit