Sekolah Mana?

Selepas pengumuman dari Menteri Kanan Pendidikan pukul 5.00 petang tadi, perasaan aku terus bercampur baur. Aku tak tahu apa patut aku buat sekarang ini.

Sedikit pengenalan. Aku Blackiemo, umur awal 30-an,tinggal di Selangor, berkahwin dan belum mempunyai anak.

Tahun lepas, aku diberi rezeki untuk bertemu dengan seorang bapa dan anak lelakinya yang berumur 6 tahun. Nama anak itu Dinata.

Atas beberapa faktor, si bapa memberi anaknya kepada keluarga aku untuk dijaga. Dan kami dengan rela hati menerima Dinata.

Dinata nampak normal, cuma mungkin ada sedikit masalah percakapan. Mungkin faktor keadaan sewaktu dia membesar. Bagi kami, itu bukan masalah. Kami tahu kami mampu untuk menjaga Dinata.

Maka, aku buat permohonan sijil kelahiran Dinata di Jabatan Pendaftaran Negara. Pegawai maklumkan untuk kes Dinata, dia tidak akan diberi status warganegara. Dan proses pengangkatan boleh dibuat selepas sijil lahir dikeluarkan.

Aku okay, dan berdoa semoga tiada masalah sepanjang proses dj JPN.

Dalam proses menunggu sijil lahir, aku daftarkan Dinata dekat tadika berdekatan rumah. Alhamdulillah cikgu tadika membenarkan Dinata “menumpang” belajar walaupun tiada sijil lahir.

Gembira betul kami sekeluarga bila Dinata dapat bersekolah. Dapatlah peluang dia belajar dengan kawan-kawan sebayanya.

Bulan Oktober, aku sudah mula risau memandangkan sijil lahir belum dikeluarkan lagi. Mungkin sebab PKP/PKPB semua jadi lambat.

Hujung tahun, aku cuba check dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk masukkan Dinata ke darjah satu.

Aku terangkan masalah Dinata kepada pegawai dan aku dinasihatkan untuk daftar secara manual di Pejabat Pendidikan Daerah.

Memandangkan PKP di KL dan Selangor, temujanji ditetapkan pada bulan Februari. Aku suami isteri dah semangat belikan baju sekolah dan barang-barang sekolah Dinata. Konon tak nak last minute.

Hari temujanji, aku dengan girang siap pakai baju kurung. Kononnya nak menampakkan imej ibu-ibu. Dokumen-dokumen dalam fail aku check berkali-kali. Takut tertinggal.

“Untuk kes macamni kami memang tak boleh proses pendaftaran Puan. Ayah kandung kena daftarkan anak ni. Selepas proses pengangkatan lengkap, baru puan boleh daftarkan bagi pihak ibu atau bapa kandung”

Aku terdiam. Macamana aku nak buat sebab ayah kandung Dinata dah lama hilangkan diri. “So, kalau proses pengangkatan ambil sama setahun lagi, takkan anak ni tak belajar?”

“Untuk kes macam ni, lebih senang kalau daftarkan ke sekolah swasta” jawab pegawai.

Terus aku dan suami balik dengan perasaan sedikit hampa. Aku dah plan, nak daftarkan Dinata dekat sekolah rendah belakang rumah. Sekolah agama dekat taman sebelah. Tapi nampaknya plan aku tak menjadi.

Maka sekarang aku kena carikan sekolah swasta untuk Dinata. Kewangan InshaAllah bukan masalah besar bagi aku. Tapi taklah aku mampu sampai belas-belas ribu ringgit untuk setahun.

Kami plan nak daftarkan Dinata ke sekolah rendah integrasi. Tapi syarat kemasukkan agak ketat. Dan lokasi agak jauh. Ada yang dekat, tapi pengurusan sekolah terus mendiamkan diri lepas tahu status Dinata.

Untuk sekolah jenis swasta yang lain, kebanyakkannya menggunakan English sebagai medium pembelajaran. Ingat tadi aku bagitau Dinata ada masalah percakapan? So aku tak rasa dia boleh catch up nanti.

Aku dah uruskan untuk private tutor untuk Dinata. Sementara aku jumpa sekolah yang sesuai untuk dia. Tapi sampai bila? Pening aku hari-hari hantar inquiry dekat sekolah-sekolah tapi belum dapat feedback yang okay.

Doakan aku cepat jumpa sekolah Dinata. Dan dipermudahkan urusan JPN, JKM dan lain-lain. Segala pandangan/ input sangat dialu-alukan.

Thanks kerana membaca,

– Blackiemo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *