S3ksa Dapat P4sangan Yang H1pokrit, Pemal4s & Bare Minimum

Salam semua, harini aku nak cerita sikit antara sisi toksik di alam perkahwinan, iaitu berkahwin dengan pasangan hipokrit, pemalas & bare minimum.

Aku share sebab aku sedang merasai perit nya dapat wife yang macam ni dan aku harap perkongsian aku dapat membantu korang mencari atau menjadi jodoh yang lebih baik, lebih berkualiti.

Ok cerita bermula:

Aku kenal wife aku 5 tahun sebelum kawin, sebab aku memang jenis nak pilih pasangan yang betul. Aku rasa tindakan aku bijak, tapi aku lupa, akal manusia lebih licik dan bijak.

Ok sedikit background pasal kiteorang. Aku dari Keluarga B40. Seumur hidup aku memang aku diterapkan dengan kerja keras dan belajar pandai-pandai sahaja jalan keluar aku dari kemiskinan.

Wife aku dari keluarga M40. Ibu bapa, adik beradik semua terdidik, cukup makan pakai.

Berbalik pada aku, jadi 3 hari lepas last paper exam Diploma, aku dah kerja kat restoran sebab aku nk bayar yuran pengjian aku (aku pkai bank loan, bkn PTPTN). Aku bekerja smpai lah sekarang (umur aku 40an).

Tahun yang sama aku grad, aku berkenalan dengan isteri aku sekarang.

Jujur aku bagitau awal-awal, kalau jadi berkahwin aku memang expect wife aku faham yang aku memang workaholic dan aku expect wife aku juga untuk bekerja dan punya pendidikan,

Aku trauma dengan hidup serba kekurangan dan aku taknak anak aku lahir dalam situasi yang sama.

Masa kenal wife aku, dia masih belajar. Masa aku tetapkan syarat itu sebagai asbab perkahwinan, dan aku memang seorang yang workaholic dan dia SETUJU.

Dia ok je kalau aku buat kerja time makan, dating. Aku kerap cancel plan dating sebab kena pergi ofis.

Bila dah 2-3 tahun kenal, aku tengok dia pun macam jodoh yang aku cari.

Maka aku pun bermula lah susun langkah nak berkahwin, matlamat aku untuk settlekan study loan aku dulu sebab aku taknak dibebani hutang masa nikah nnt. Alhamdulilah, umur 27 habis segala hutang study aku.

At this time, Alhamdulilah aku dah bekerja di MNC sebagai seorang Eksekutif. Sama juga dengan wife aku (tahun pertama dia bekerja).

At first aku nmpak macam OK. Tapi lepas 3 bulan kerja, wife aku dah start mengadu tak tahan pressure kerja. Pada aku normal lah, gaji dibayar tinggi, tak kan expect 0% pressure?

Aku pun bagi nasihat, ingat balik ape kita dah janji dulu, dan memang lumrah hidup di alam pekerjaan. Stress memang ada jadi kita perlu atur dan rancang perjalanan karier kita. Kita bukan anak orng kaya. Jadi pilih lah, penat kerja atau penat miskin?

Kalau tak boleh survive di alam pekerjaan mungkin boleh explore alam perniagaan plak. Tapi alam perniagaan ni lebih keras.

Wife aku back then dia bersetuju. Jadi aku pun ingat settle lah. Macam aku cakap, akal manusia ni licik. Setahun lepas berkahwin wife aku decide taknak sambung kontrak pekerjaan dia. Alasan dia pressure lah, boss suka aim dia la, macam-macam lagi.

Memandangkan dia pun tengah pregnant, aku iya kan sahaja lah. Wife aku kata dia nak kerja yang rileks skit, kerja waktu office hours dan cuti pada weekend.

Akhirnya wife aku dapat kerja di suatu syarikat kecik jarak 30km dari umah sebagai kerani. Aku iya kan juga lah, walaupun wife aku berpendidikan tahap Ijazah.

Aku bagi tempoh pada diri aku, ini maybe sementara sahaja. Aku tetapkan tempoh 2 tahun untuk wife aku ‘berehat’ dari dunia korporat.

Sementara itu, aku usaha cari duit lebih dengan buat bnyk side hustle. Aku jual baju budak bawak Grab dsb. Penat lelah aku membolehkan aku memiliki beberapa unit rumah sewa.

Tempoh 2 tahun pun berlalu, aku berbincang balik dengan wife aku yang gaji dia sekarang ni, serupa macam dia tak payah kerja. Tolak duit minyak, tol, makan di ofis memang kiraan (-) setiap bulan. Itu belum masuk kos masa merentas traffic jam lagi.

Wife aku kata dia taknak jadi housewife, dia nak bekerjaya. Ok lah, aku layankan. Aku tanyalah nak interview company mana plak lepas ni?

Jawab dia sempoi, dia nak resume kerja kerani sahaja sebab dia happy kerja situ walaupun tiada kenaikan gaji tahunan.

Kat situ lah dia bekerja for the next 8 years. Adeh. Kenaikan gaji basic sepanjang 8 tahun tu jujur aku cakap, sama dengan fresh grad Degree.

Aku dah 13 tahun berkahwin, dalam tempoh itu (dan still going strong), aku pergi kaunseling kat Pejabat Agama, slow talk dengan ipar, mertua, makcik pakcik semua lah.

Diorng terkejut bila dengar yang kerja rumah, basuh berak anak pun aku bantu. Kiranya aku tak perasan jadi raja pun kat rumah tu. Yet, bini aku plak macam raja. Bangun suka-suka hati dan soalan kerap tiap pagi, u beli ape untuk breakfast?

Tapi despite all that, masih lagi wife aku tak berubah. Aku bawa wife berubat traditional kot-kot lah kan? Haha. Tapi pun sama, tiada perubahan.

Jadi at this point, aku dah redha. Wife aku pun dah jadi full time housewife. Itu pun bare minimum katanya nak try buat job freelance. Aku pun beriya lah beli komputer, subscribe broadband, beli meja segala lah.

Guess what? Workstation tu jadi port tengok cerita Korea je gais.

Aiseh. Ok, mesti korang tanya kenapa tak cerai je cari yang lain? Haha, kau tau kan bab tuntutan nafkah bagai?

Dia dah siap2 planning dah untuk itu gais. Dia duduk cerita yang dia kenal lawyer yang handle kes shari’ah

Ok gais, aku cerita sikit lah pasal kahwin dalam Islam ni. Harta sepencarian ni adalah harta yang dikumpul SEPANJANG perkahwinan sefaham aku. Tak semestinya kena ada bukti pasangan ada bagi sumbangan kewangan & sebagainya.

Kalau dia tuntut makan pakai anak, InsyaAllah aku boleh bagi. Tapi macam mana kalau dia tuntut lebih dari itu?

Rumah sewa semua aku yang beli, aku yang manage. Tak kan semudah itu nak kena rampas? Dan kebanyakan lawyer shari’ah memang suka kes-kes macam ni. Easy money.

Jadi ape aku buat sekarang? Wife aku still bare minimum, aku dah penat maki, motivasi macam-macam lah, doa pun dah. Pukul, sepak terajang je belum lagi (aku bukan kaki pukul).

Sekarang ni aku fokus nk membesarkan anak aku aje la smpai diorng besar. Aku labur kat pendidikan diorang semua. Bila dah tak perlukan aku sebagai bapa lagi, mungkin aku berundur.

Time tu aku maybe jual segala harta aku dan bersiap untuk hidup seorang diri kat umah jagaan orang tua sahaja lah. Kalau wife aku nk tuntut harta sepencarian, masa tu ape pun dah takda lagi.

Jujur aku cakap , aku rasa hidup aku mcm kena tipu dan aku di ikat dengan undang-undang shari’ah. Aku pernah cakap kat wife aku, kalau aku nk kawin lain, aku bayar nafkah anak, tapi janji jgn minta harta aku?

Dia diam gais. Itu pada aku, memang itu lah plan dia. Dia tau aku trauma hidup susah jadi itu lah senjata dia.

Jadi aku nk share lah kat adik-adik. Korang (baik laki, baik perempuan) discuss lah elok2 sebelum kahwin. Kalau kau malas, atau apa2 sifat buruk, kau come clean je lah.

Jangan lah seksa pasangan kau. Dengan bagi macam2 alasan padahal kau nak kawin sebab kau nmpak pasangan kau boleh provide untuk kau. Kira senang hidup lah.

Aku dah melalui dan masih lagi mengalami. Perit gais, umpama Neraka dunia. Aku hidup dalam kepura, puraan. Kat luar orang tengok aku macam bahagia. Bercuti sana sini, makan itu dan ini. Tapi itu aku buat untuk anak aku sahaja. Nothing more, nothing less.

Aku nak kawin lain nanti habis dia cukur harta aku, sebab setahu aku belum pernah lagi aku dengar Hakim menghalalkan hujah bini malas, bare minimum. Haha.

So aku harap korang tak jadi mcm aku. Aku bukan tak percaya pada rezeki. Aku cuma lebih percaya pada usaha. Man jadda, Wa jadda.

Maaf cerita punya susunan tak menarik, aku just nak luahkan aje. Aku takda medium nk luahkan.

Ok lah gais. Aku doakan agar korang jadi lebih baik dari aku dari setiap aspek kehidupan ya dan maafkan aku kalau perkongsian aku mengguris mana-mana hati korang.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *