Seksaan Bartholin’s Cyst

Assalamualaikum warga IIUM Confession semua. Aku nak cerita pasal kisah aku kena BARTHOLIN CYST baru-baru ni.

Amende tu Bartholin Cyst?

Bartholin cyst ini berlaku pada area cik V, dimana salur kelenjar bartholin kita tersumbat disebabkan beberapa faktor lalu menyebabkan ia membengkak dan bernanah jika terdapat infeksi. Kalau nak tahu lebih lanjut & details kenalah google.

Tapi satu je aku nak cakap, benda ni boleh kena kat sesiapa sahaja tanpa mengira umur, gaya hidup dan bujang atau berkahwin.

Macam aku – aku memang sangat menjaga kebersihan miss V aku. Aku tak pernah ada keputihan, cuma  yang bodohnya, aku pakai shaver yang dah berapa kurun kat dalam bilik air tu. Elok je lagi masih bersih & kelihatan baru pada mata kasar aku.

Tapi entahlah, selang 2-3 hari lepas aku shave kat “situ”, aku rasa cik V aku mcm sakit. Sakit dia macam, hmm..

Korang pernahkan raba2 muka pastu bila tekan-tekan rasa sakit, sebab nak tumbuh jerawat. Haa.. lebih kurang macam tu. Tapi sakitnya lebih intense. Berdenyut-denyut. Lebih2 lagi bila berjalan.

Mula-mula aku abaikan je sakit tu. Boleh je lagi aku pi spa buat facial. Tapi lepas balik spa tu, aku rasa makin sakit.

Bila aku raba kat bawah tu, rupanya dah bengkak seketul di bahagian kiri belakang cik V aku.. aku dah cuak. Tapi aku taknak fikir sangat. Mungkin akan hilang dalam 2-3 hari lagi.

Aku berdoa semoga bengkak itu surut. Tapi tak! Sampailah aku dah tak boleh berjalan atau duduk dengan betul.

Waktu tu aku dah mula google apa masalah aku. Aku google “one side swollen vagina” hahaaaa.. sebab aku tak tahu nak google apa benda dah. Satu-satunya jawapan yang aku dapat ialah “Bartholin Cyst”.

Aku baca pengalaman-pengalaman minah saleh (tak banyak orang Malaysia yang share pasal Bartholin Cyst, kalau share pun, kebanyakannya nak jual produk saja),

Melalui penceritaan mereka, ada yang bernasib baik sebab bengkak tu hilang sendiri. Aku lega & berharap akulah antara orang yang bernasib baik itu.

Dan aku gagahkan diri ke farmasi beli krim antiseptic, ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak. Oh Tidak! Aku memang taknak jumpa doktor. Fobia betul aku nak sua cik V aku untuk diintai oleh orang asing. No- no!

Untuk pengetahuan korang semua – Bartholin Cyst ni memang sangat sangat sangat menyakitkan. Korang tak boleh nak pakai seluar, tak boleh nak tidur, apatah lagi nak berjalan, nak buang air pun jadi teramat-amat sakit.

Macam cik V tu dihiris dengan pisau setiap kali kau cuba nak betulkan duduk. Aku bersyukur sangat sekurang-kurangnya aku kena ni waktu aku kena bekerja dirumah. Jadi aku tak perlu pegi ke office.

Tapi akhirnya, pada hari ke 8, aku mengalah. Dah tak tertanggung rasanya. Terpaksa jugaklah aku menyua-kan cik V aku buat tatapan doktor.

Aku pilih doktor wanita India yang macam mak-mak je orang nya. Dia bagi aku injection untuk tahan sakit , kurang bengkak & antibiotik. Dan nak monitor aku dalam 5 hari. Kalau takda perubahan, dia akan refer aku pada pakar puan di KPJ.

Aku memang berharap supaya aku tak perlu ke KPJ sbb aku taknak kena surgery. Tapi menunggu 5 hari tersebut merupakan seksaan yang paling dahsyat aku rasa.

Aku langsung tak boleh tidur sebab terlalu sakit. Ubat tahan sakit atau surut bengkak yang dibekalkan langsung tak membantu.

Aku cuba perbagai cara, sitzh bath (merendam cik v dlm air suam bercampur Epsom salt), sapu tea tree sampai rasa macam nak terbakar cik V aku – tapi takde pun yang betul2 membantu kurangkan sakit ni.

Jika berdiri didepan cermin, aku boleh nampak cik V aku senget sebelah dan rupanya menakutkan aku.

Pada hari ke 12, malam tu aku memang dah stress sangat-sangat, aku rasa itulah kemuncak sakit yang aku pernah tanggung sepanjang hidup aku. Lebih sakit dari pengalaman kuku kaki aku terkopak dulu.

Malam tu aku telan 4 biji ubat tahan sakit yang doktor bekalkan. 3 jam lepas tu, aku rasa macam ada benda panas meleleh dari cik V. Aku cepat2 ambil cermin sebab nak tengok. Rupanya cyst aku dah raptured (pecah).

Yang meleleh keluar itu ialah darah dan nanah yang agak banyak. Aku ada terbaca, kalau cyst tak keluar habis, ia akan berulang. Aku memang tak sanggup nak tanggung penyakit ni untuk kedua kali, maka aku tabahkan hati, aku hadap jugak jumpa pakar Gynea di KPJ.

Oh! Masa di KPJ ni pun satu bala jugak bagi aku. Walaupun aku dah set appointment dengan pakar jam 10. Tapi aku terpaksa tunggu sampai jam 1230 sebab Gynea sedang sambut baby orang bersalin. Macam-macam gaya cara duduk aku masa tunggu turn aku.

Semua serba tak kena. Aku terpaksa pakai pad sbb darah & nanah sentiasa mengalir. Bau jangan cakap lah.. segan juga aku nak sua benda tu depan doktor. Tapi aku sedapkan hati, sebagai pakar Gynea, mestilah macam2 kes doktor tu pernah jumpa kan..

Waktu aku jumpa doktor, aku jangkakan dokor cuma akan picit2 keluarkan semua nanah dan darah (secara outpatient)

Tapi rupanya doktor kata aku perlu menjalani satu prosedur minor surgery yang dipanggil MARSUPIALIZATION. *marsupial tu ialah haiwan yang berpoket macam kangaroo.

Jadi ini adalah prosedur, dimana dia akan toreh pada bartholin cyst aku tu, biarkan bukaan lubang tu  seperti poket kangaroo supaya takkan tersumbat lagi.

Oleh kerana aku mmg tak sanggup nak hadap kesakitan berulang, aku setujukan saja. Maka doktor pun schedule kan aku untuk buat surgery tu pada petang tu jugak. Oleh sebab sekarang zaman covid, alu terpaksa buat covid test sebelum boleh dimasukkan kr ward

Rasa macam nak tembus hidung aku. 2 jam lepas semua urusan selesai, aku pun admitted maternity ward. Sejuk kaki tangan aku mengenangkan aku nak kena “belah” sekejap lagi.

Mujur aku memang tak makan/ minum apa2 sejak pagi, jadi takda masalah untuk buat prosedur tersebut.

Masa di ward, aku diberi “uniform hijau” dan nurse start pasangkan branula kat tangan aku, & masukkan preoperation antibiotic.

Aku rasa nurse tu macam tak pandai sebab banyak darah aku yang terkeluar-keluar sampai kotor cadar aku. Aku tak berani pandang. Aku diamkan saja.

Jam 4.30pm hari yang sama, aku ditolak ke dewan bedah. Bila datang pakar bius, aku mati-mati tak nak spinal anaesthesia (bius yang dicucuk di tulang belakang untuk kebaskan paras pinggang ke bawah). Sebab aku dengar bius tu sakit gila. Aku kata aku nak GA (general anaesthesia).

Tapi pakar bius tu kata Spinal Anaesthesia tu adalah pilihan paling bagus, kurang komplikasi dan tak sakit pun.

Dia kata – “awak cucuk branula kat tangan tu lagi sakit dari cucuk spinal anaesthesia ni” Sambil senyum-senyum. Aku pun “okay!”. Masa nak cucuk bius spinal anaesthesia tu aku kena duduk &  tunduk peluk bantal.

Aku tak nampak jarumnya panjang mana atau besar mana. Aku taknak tahu. Yang aku tahu ada 2x jarum. Masa cucuk pertama aku rasa sakit sikit tapi macam yang pakar bius tu cakap,memang tak sakit pun, kali kedua cucuk aku dah tak rasa apa2.

Dalam masa yang sama ubat tidur dimasukkan melalui intravenous. Bila aku sedar je, nurse inform aku yang mereka dah nak bawa aku ke bilik aku. Aku tak peduli apapun masa tu. Tapi aku memang tak boleh rasa kaki aku langsung.

Doktor kata aku takkan dapat rasa kaki aku dalam beberapa jam & menyuruh aku sentiasa berbaring supaya aku tak sakit kepala kesan dari ubat bius tadi.

Aku langsung tak merasa sakit. Aku cuba meraba-raba cik V aku.. terasa macam besar & bengkak tapi tak dapat rasa apa-apa. Aku rasa prosedur marsupialization tersebut ambil masa kurang dari 30 minit.

Esoknya dalam jam 2 petang, pakar gynea yang membuat surgery pada aku semalam datang untuk mengeluarkan gauze packed yang dia tinggalkan dalam cik V aku.

Pelik juga aku, sebab aku langsung tak dapat merasa ada objek asing dalam cik V aku walaupun aku dah buang air kencing beberapa kali.

Gauze packed pada luka ni penting untuk pastikan cairan dalam cyst aku tetap keluar dan luka aku tak kering dipermukaan. Tapi proses mengeluarkan packed tersebut sangatlah menyeksakan.

Doktor terpaksa tercari-cari dimana gauze tu berada, sampai terpaksa guna lampu suluh & forcep… aduhhh.. macam mencari benda dalam gua pulak kaedahnya.

Akhirnya gauze tersebut dapat dikeluarkan. Lega aku dibuatnya. Dan akhirnya, lepas ucapkan terima kasih kepada para nurse,  dalam pukul 4pm aku dah dapat balik rumah.

Tapi aku perlu jumpa semula pakar gynea tersebut dalam 2 minggu lagi untuk pastikan luka aku benar-benar sembuh dan cyst aku betul2 dah keluar sepenuhnya.

Oh ya, total bil aku untuk prosedur tersebut bersama 1 malam warded (aku duduk ward 4 org sebilik sebab aku takut sorang2) ialah RM5,500.

Sekarang dirumah, aku cuma perlu makan antibiotic sampai habis, sapu krim luka & antiseptic pada luka, buat sizht bath dengan Epsom salt.

Aku bersyukur kesakitan aku dah berlalu dan aku berdoa semoga takde siapa yang kena bartholin cyst ni macam aku sebab ianya teramat menyakitkan. Tambah perit dengan kos perubatan yang nak ditanggung… huhu..

– Ayana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Procedur marsupialization ni boleh claim insurans tak? Sejak operation tu pernah dtg balik lg?

  2. Tq share pengalaman.Saya tengah mengalaminya sekarang.Memang siksa T.T. Tgh on antibiotics klinik bagi dan DR suggest sitz bath juga.kalau masih x okey nampaknya terpaksa la ke hospital jugaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *