Assalamualaikum, terima kasih admin siarkan cofession saya. Lagi confession soal jodoh, huhuhu… Maaf andai membosankan.
Alhamdulillah tahun ini 36 tahun dah dipinjamkan usia dan saya masih bujang. Alhamdulillah ada kerjaya tetap yang tidak terkesan dengan pandemik ini dan direzekikan mampu memiliki keperluan asas yang selesa.
Keinginan berkahwin adalah fitrah setiap manusia, pelbagai panduan diberikan tapi kita juga diingatkan jodoh itu rahsia Tuhan. Dalam merangka masa depan pelbagai kriteria harus difikirkan.
Personally saya juga ada pengalaman kisah cinta yang tak kesampaian. Cukuplah semua kini hanya kenangan.
Alhamdulillah saya ada prinsip cukup kenal bersungguh enam bulan, jaga setiap batasan yang ditetapkan Tuhan, sentiasa bersedia dengan apa juga ujian dan perancangan Tuhan.
Yakini segala janjiNya, jadi apabila perancangan tidak menjadi cool dan terus berbaik sangka.
Tidak adil meratap pilu sedangkan DIA sentiasa ada, saya masih ada keluarga, rakan dan saudara yang sayang saya.
Takkan hanya kerana seorang manusia yang lain harus turut merana melihat kekecewaan saya. Hidup harus diteruskan, pengalaman adalah panduan masa depan.
Sekian lama sendiri tiga tahun lalu rupaya ada rakan sekerja menyimpan hati dengan saya. Saya langsung tak tahu, sebab saya jenis berkawan dengan semua. Dan tak berminat bercerita hal peribadi di tempat kerja.
Akhirnya beliau meminta seorang senior yang sangat kami hormati jumpa saya menyampaikan hajatnya.
Terkejut dan sangat tak sangka, separuh hati rasa terharu, separuh hati lagi sangat meghormati dia dalam menyimpan rapi rasa hati.
Saya memberi respond, bersetuju untuk saling mengenali. Kami keluar berjumpa sekali, dan saya jemput dia datang ke rumah. Sebab saya jenis akan maklumkan keluarga dengan siapa saya berkawan.
Beliau setuju untuk datang ke rumah, beliau sebelas tahun tua dari saya. Beliau datang ke rumah keluarga bersama seorang lagi rakan sekerja kami.
Tetapi tidak lama kemudian akhirnya beliau diam menyepi. Dan saya tidak tahu punca, beberapa kali bertanya beliau hanya jawab maaf saja.
Saya akur, mungkin menjemput beliau ke rumah terlalu awal. Jadi saya terima keputusannya dengan redha.
Jauh disudut hati, saya faham kami sebenarnya ada isu sekufu. Andai dilihat dari pandangan manusia yang menetapkan kerjaya, penampilan dan pemilikan harta kami tidak sekufu.
Gaji saya empat kali ganda lebih tinggi dari beliau, dari segi pendidikan juga jauh berbeza. Dalam masyarakat, beliau dikategorikan sebagai seorang lelaki lembut. Sehingga hari ini ciri-ciri itu masih jelas kelihatan.
Kriteria pilihan saya, jaga solat, ada kerja tetap dan bukan suami orang. Dan beliau memenuhi kriteria itu. Dari rakan sekerja yang lain saya dapat tahu suatu ketika dulu beliau memang berperwatakan wanita.
Alhamdulillah hidayah menyapa, beliau kemudian beransur berubah. Dan hari ini, beliau bukan sahaja orang kuat masjid tapi seorang yang sangat menjaga solat berjemaahnya.
Kami tinggal di kawasan perumahan yang sama. Saya melihat sebelum subuh beliau sudah bersiap ke masjid, begitu juga waktu solat yang lain.
Dalam pekerjaan, saya duduk di barisan pengurusan dan selalu menjadi rujukan. Saya faham beliau rasa jurang perbezaan yang ketara.
Saya pernah maklumkan keluarga saya ok saja. Tapi nampaknya beliau masih terikat dengan pandangan masyarakat sekitar yang sentiasa saja membuat banding beza.
Sebelum ini pernah beberapa kali ada usaha kenenkan beliau dengan rakan sekerja yang lain. Tapi tak pernah seorang pun beliau bagi respond. Beliau seorang perfectionist, mementingkan kekemasan dan pandai masak.
Bila beliau menyatakan rasa hati dengan saya kepada rakan-rakan, rakan-rakan jadi teruja. Syukurlah kami berjaya menyimpan rapi cerita kami dengan rakan-rakan rapat saja.
Saya cuba memberi peluang dan memudahkan jalan agar beliau tidak rasa rendah diri. Saya faham kita ini hati sendiri bukan mudah nak kawal. Bila tersuka pun mungkin tak perasan.
Kami sama-sama dah takda mak ayah. Dari seorang rakan saya dapat tahu beliau rasa sangat tidak sekufu dengan saya. Saya akur dan hormati keputusannya.
Usia yang semakin lanjut dan masih hidup sendiri. Saya tetap dengan kriteria saya. Pada saya, tetap perlu untuk memilih sebab yang akan hadap kehidupan kemudian adalah diri sendiri.
Berdoa dan berusaha tapi tetap dalam batasan dan pesanan Tuhan. Ada banyak perkara, perlu untuk kita ketepikan kata-kata manusia. Mereka hanya berkata, yang hadap kita juga. Merancang dan bersedialah sebaiknya.
Sebagaimana usaha menjaga solat dhuha dan witir, jagalah istikharah juga. Kerana hakikatnya kita ini, setiap hari kena buat keputusan juga. Moga setiap keputusan yang dibuat dalam redha Tuhan.
Untuk yang sekasut dengan saya, teruslah bersabar menanti jodoh kita. Berusaha bersungguh agar tidak terlibat dengan rumahtangga orang lain.
Saya sangat tidak bersetuju, bila dah berusia tidak perlu terlalu memilih. Saya dah bertahan memilih selama ini kenapa hanya kerana usia saya perlu korbankan pendirian saya.
Untuk rakan sejantina yang telah berkahwin. Maaf sekadar peringatan bersama, hati manusia ini bila-bila saja berubah.
Janganlah apabila suami ada hubungan dengan wanita lain, kalian pukul rata dan merasa tidak selamat dengan kami.
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Personally bukan sekali dua, ada suami orang cuba nak test market dengan saya.
Dan sangat menyedihkan, saya mengenali isteri-isteri mereka. Sesekali saya sangat bersimpati dengan isteri yang setia tapi tak tahu suami dia ada usaha nak main kayu tiga.
Tapi tidak perlulah letakkan rasa terlalu curiga, berusaha jaga dan laksanakn tanggungjawab sebaiknya. Untuk kaum lelaki, ya saya dah lambat sangat berkahwin.
Mohon untuk tidak perlu nak test market, anda buat saya rasa terhina. Saya masih percaya jodoh itu rahsia Tuhan dan saya berusaha dan berdoa,
Andai ada jodoh di dunia moga dipermudahkan dan andai takdir yang tertulis saya hidup bersendiri moga saja saya sentiasa terpelihara dari maksiat dan fitnah.
Terima kasih pada yang sudi membaca, mohon doakan jodoh saya dengan hamba yang menjaga solatnya dan bukan suami orang.
Andai memang tiada jodoh di dunia, tenang-tenang saja. DIA tahu yang terbaik untuk hambaNya. Berkahwin bukanlah syarat untuk masuk syurga.
Saya ada ramai anak saudara, dan saya juga aktif dengan pelbagai gerakan ngo. Sama-samalah kita usahakan laluan untuk ke syurga.
– Kenanga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit