Sekufu dan Keharmonian

Assalamualaikum semua. Terima kasih saya ucapkan sekiranya confession saya ini tersiar.

Setelah beberapa tahun menjadi silent reader page ini, saya rasa terpanggil untuk menyiarkan confession ini kerana saya ingin mendapatkan pendapat, tips dan apa jua daripada sesiapa pernah melalui pengalaman seperti saya ini atau lebih awal “makan garam” daripada saya.

Maafkan saya jika para pembaca semua menganggap ini perkara remeh, kerana saya percaya setiap orang ada had dan keupayaan mereka dalam menghadapi ujian termasuklah diri saya ini. Saya minta maaf sekali lagi jika confession saya ini agak panjang untuk semua.

Pengenalan saya: berumur lewat 20-an, sudah berkahwin, mempunyai seorang anak, mempunyai pekerjaan yang stabil dan professional, dan sedang melalui fasa pertukaran career path inshaAllah, ke sebuah badan organisasi yang sangat dikenali di dalam negara kita mahupun di luar negara.

Saya dilahirkan di dalam keluarga yang besar dan “riuh”, dimana apabila bercakap suara sentiasa di-volume tertinggi haha.

Aktiviti kunjung mengunjung dan beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara adalah suatu amalan kewajipan dan mampu untuk dilakukan bagi keluarga saya.

Mungkin kerana faktor ibu dan ayah saya yang bekerja di lapangan, dimana mereka berjumpa dengan ramai orang membuatkan mereka menjadi peramah dan rapat dengan keluarga mereka.

Disebabkan itu, kami adik beradik juga tidak kekok untuk bergaul sama ada dengan sanak saudara mahupun jiran tetangga.

Pengenalan suami saya: juga berumur lewat 20-an, juga mempunyai pekerjaan yang stabil dan professional, sangat talented dibidangnya dan disegani oleh rakan sejawatan mahupun adik beradiknya.

Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tetapi atas sebab-sebab tertentu yang saya tidak boleh beritahu disini, keluarganya (pakcik/makcik) yang saya kenal cuma seorang sahaja.

Oleh itu, aktiviti kunjung mengunjung teramatlah kurang dan mereka akan bergaul sesama adik beradik sahaja. Maka dengan itu, suami dan ahli keluarganya tak biasa dengan aktiviti keramaian dan kekok untuk bergaul dengan orang asing.

Keluarga suami bukanlah soft-spoken, mereka juga cakap “kasar” cuma tidaklah terpekik pekik macam keluarga kami haha. Boleh dikatakan itu antara perkara yang bagi saya berbeza atau tidak sekufu antara kami berdua.

Selain daripada latar belakang ibu bapa kami yang berbeza seperti pekerjaan mahupun kenegerian, cara kami menyelesaikan permasalahan dalam apa jua perkara juga berbeza. Pada awal perkahwinan, saya dan pasangan kerap kali bergaduh kerana miscommunication.

Cara saya, apabila ada apa-apa ketidakpuashatian, saya akan confront dan beritahu apa yang saya tidak puas hati, dan cari jalan penyelesaian kerana saya tidak gemar untuk simpan/pendam dan biarkan tanpa ada jalan penyelesaian.

Jika salah saya, saya akan meminta maaf terlebih dahulu dan berbincang untuk memastikan perkara itu tidak akan berulang.

Cara dia pula, dia akan simpan rasa ketidakpuashatian untuk beberapa perkara, sebelum burst dengan cara yang kasar contonya seperti menengking, hempas barang dan sebagainya.

Dia akan diam atau silent treatment selama mana yang dia suka dan akan act as usual seperti tiada apa yang berlaku beserta tiada jalan penyelesaian supaya permasalahan itu tidak berulang kembali.

Saya pula sangat tidak gemar apabila diperlakukan silent treatment dan tambah lagi tiada jalan penyelesaian.

Selain itu, dia pula tidak suka jika kita beritahu masalah atau isu, kerana dia menganggap perbuatan itu adalah untuk menyalahkan/ mengutuk/ mengeji dia.

Kadangkala saya tertinggi suara dengannya dan suami tidak gemarkan dan inilah juga yang menyebabkan kami sering bergaduh.

Dan sekarang, setelah hampir 3 tahun usia perkahwinan kami, alhamdulillah kami sudah amalkan heart-to-heart session apabila ada apa saja perkara yang kami tidak puas hati.

Walaupun Masya-Allah sungguh terlalu banyak air mata yang mengalir untuk kami dapatkan persefahaman melakukan session sebegini.

Ini kerana, silent treatment seperti yang saya terangkan di atas adalah suatu perkara yang normal bagi suami dan keluarganya untuk bersikap sedemikian, walaupun sesama mereka.

Melalui session itu, suami juga telah memberi feedback tentang cara saya bercakap iaitu tinggi suara dan nasihatkan saya untuk lenturkan sedikit agar tidak menyakiti hatinya yang tidak biasa bersuara tinggi itu.

Sekarang, Alhamdulillah kami mula mendapat “rentak” bagaimana untuk mendapatkan keharmonian dalam rumahtangga kami, walaupun saya boleh katakan kami tidak sekufu terutama sekali dengan cara kami membesar.

Tak perlu bohong, memang ada kala kami masih “termelatah” dan perlahan-lahan kami cuba guna “rentak” baru kami ini untuk mendapatkan jalan penyelesaian.

Introduction atau pengenalan latar belakang kami di atas adalah bertujuan untuk clear the gray area sebelum saya kemukan permasalahan saya ini.

Seperti yang saya ceritakan di atas, satu perkara yang telah menyebabkan saya berkecil hati terhadap satu pihak di dalam keluarga suami (saya gelarkan, D), dimana saya diperlakukan silent treatment, sama seperti saya adalah darah daging mereka.

Untuk pengetahuan, saya bukanlah orang pertama dimana “orang luar” yang diperlakukan begini. Biras saya hampir kesemuanya diperlakukan begini. Ada yang buat biasa, ada juga yang makan tahun untuk bersua muka semula.

Sebelum ini, suami saya diperlakukan begini juga kerana suami menegur D sesuatu, sehinggakan anak saya juga terjebak sekali.

Bagi saya, apa yang ditegur suami itu adalah relevant dan tepat dalam situasi tersebut. Ketika anak saya demam, walaupun dilaporkan pada D, D tetap buat tak endah.

Saya sebagai ibu, saya terasa hati tapi masih menghormati D, dan pujuk suami untuk melawat D walaupun suami juga terasa hati dan tidak mahu melawatnya. Kami melawatnya dan saya, act as usual.

Sewaktu kami mahu berangkat pulang, D langsung tidak hantar kami pulang dan terperap di dalam bilik. Semasa keberadaan kami dirumah D pun, D tetap terperap di dalam bilik, keluar hanya bila perlu sahaja.

Saya ketika itu, masih boleh act as usual, saya masih berfikiran positif dan buat biasa. Pada masa yang sama, saya juga menasihati suami untuk berbaik semula dengan D.

Berbalik kepada permasalahan tadi, apa yang menyebabkan saya di-silent treatment-kan adalah, saya menegur D kerana D telah memberi anak saya ice-cream ketika kami melawatnya. Pada ketika itu anak saya baru pulih dari demam dan sedang batuk-batuk.

Saya telah beritahu suami untuk ambil ice-cream di tangan saya, jauhkannya dari ice-cream supaya anak saya tidak meminta-minta kepada saya yang berada di hadapannya.

Akan tetapi suami saya mengendahkan permintaan saya, lalu saya “termelatah” dan naik angin dan saya menegur indirectly kepada D yang juga mempunyai ice-cream ditangannya supaya jangan beri lagi ice-cream kerana anak saya yang baru pulih dari demam dan batuk.

Perkara seperti ini telah saya jelaskan directly kepada suami dahulu secara persendirian untuk mengingatkan keluarga mereka untuk tidak memberi anak saya makanan/minuman yang tidak elok untuk tumbesaran anak saya.

D dan keluarganya dahulu juga pernah saya ingatkan secara indirectly tentang perkara itu contohnya seperti tidak memberi anak saya makanan/minuman manis.

Pernah suatu ketika dahulu, anak saya diberi D air sirap di hadapan saya. Saya dan suami hanya bertentangan mata kerana ketika itu D baru mahu menegur kami, dan kami hanya diamkan sahaja.

Saya sedar detik permulaan saya diperlakukan di-silent treatment-kan pada malam itu juga sewaktu kami mahu pulang dimana D diam/tidak toleh, dan tidak menghantar kami pulang, tidak seperti malam semalam ketika kami melawatnya.

Malam minggu yang lain, kami datang semula dan saya dalam diam ingin memastikan hypothesis saya malam semalam, dan ternyata sangkaan saya tepat sekali. Sewaktu kami di rumahnya, D hanya terperap di dalam bilik.

Perkara ini telah saya luahkan kepada suami saya, dan suami telah bertanya kepada salah seorang ahli keluarganya. Setelah diminta beberapa kali, barulah ahli keluarganya itu bertanya pada D dan D mengaku D terasa hati dengan saya kerana menegurnya dengan nada yang tinggi.

Setelah saya acknowledge kesalahan saya, saya akur dan saya berniat ingin bermaafan dengannya.

Tetapi pada masa yang sama saya meminta untuk ahli keluarganya itu beritahu D dimana D juga ada buat salah dan nasihatkan supaya jangan perlakukan “orang luar” sama seperti darah daging sendiri.

Apa yang saya harapkan adalah untuk D dan saya saling bermaafan setelah akur dengan kesalahan masing-masing. Paling tidak pun, saya berharap D dapat act as usual, seperti mana saya lakukan setelah D buat terhadap keluarga kecil saya dahulu.

Saya berkecil hati kerana saya tak biasa diperlakukan silent treatment sebegini selain daripada suami, kerana keluarga saya sendiri pun tidak perlakukan “orang luar” dalam keluarga saya sebegini.

Malah kami menasihati darah daging kami sendiri supaya tidak menyakiti ipar-ipar saya walaupun ipar saya pun ada buat silap, kerana kami faham akan cara mereka membesar di dalam keluarga mereka.

Jika ipar saya ada buat silap, kami akan menasihati mereka dengan melalui darah daging kami, bukan dengan direct silent treatment atau tegur secara berdepan.

Oleh kerana itulah saya terkilan, dan saya dalam dilemma setelah saya terbaca suatu hadis di dalam link ini: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4431-al-kafi-1698-hukum-menjauhkan-diri-dari-kawan-bagi-mengelakkan-sakit-hati-dengan-perbuatan-dan-kata-katanya

Dimana di dalam link tersebut menyatakan untuk menjauhkan diri dari orang yang menyakiti hati kita, dan pada masa yang sama menegur kesilapan orang itu.

Oleh sebab itulah saya tidak lagi mahu confront dan bersua muka lagi dengan D selagi D tidak akur dan faham akan kesalahan D.

Selain itu, saya juga bercadang begini setelah saya dapatkan pandangan suami untuk tidak confront D, kerana bagi suami, confrontation akan memberi kesan yang lebih teruk kerana dia menyatakan dia lebih faham keluarganya.

Suami juga berpendapat, cukuplah sekadar kita tunjukkan yang kita terasa hati dengan D dengan berdiam diri or silent treatment.

Saya akur dan percaya akan nasihat suami, tetapi pada masa yang sama saya juga ingin mendapatkan nasihat atau apa jua sekalipun kecaman dari pembaca sekalian.

Terlalu banyak perbezaan antara kami berdua, cuma seperti di atas sahaja saya mampu untuk lontarkan dalam bentuk tulisan. Banyak sudah perbezaan antara kami berdua yang kami telah tackle, cuma perbezaan ini sahaja yang saya “tidak kuat” untuk tackle.

Saya terbuka hati untuk terima apa sahaja pendapat daripada semua pembaca agar saya dan semua yang membaca dapat input dari cerita saya ini.

Sekian dari saya,

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *