Sekufu Itu Penting

Nama ku Mia, aku sekarang sedang berkhidmat di luar negara.

Sebelum tamat belajar, salah seorang kawan ku memberitahu ada seorang lelaki ingin mengenaliku dengan lebih dekat. Atas faktor usia, Aku bersetuju untuk berkenalan dengan lelaki tersebut.

Tambahan pula, aku fikir sudah sampai masanya untuk aku memikirkan kan tentang masa depan. Bagi ku biar ramai Kawan, jangan banyak lawan.

Aku berkenalan dengan lelaki ini selama beberapa bulan, apa yang buat aku rasa pelik sepanjang beberapa bulan perkenalan kami adalah, dia jarang bercerita tentang family dia dan details tentang perkerjaan dia.

Tiap kali aku tanya perkerjaan dan family dia, dia cuma cakap dia adalah seorang kuli dan dia berasal dari family biasa2 sahaja.

Bila aku tanya tentang 2 soalan tersebut, dia akan tanya aku kembali, adakah aku sudi untuk berkawan dengan kuli macam dia.

Jawapan yang aku berikan adalah, perkara yang paling utama dalam sesebuah hubungan dan persahabatan adalah bukan sekadar harta tetapi seberapa banyak kesusahan yang sanggup kita hadapi bersama.

Kami bersetuju untuk terus kan persahabatan kami dengan lebih mendalam.

Sepanjang process kami mengenali antara satu sama lain, aku tak syak apa2 tentang background asal lelaki ni,

Sebab cara pemakaian dan kereta myvi kuning dia, telah meyakinkan aku bahawa dia memang datang dari golongan yang biasa sahaja sama seperti aku.

Suatu hari, aku berbual dengan dia tentang sekolah lama aku. Kemudian aku tanya dia tentang nama sekolah dia. Tanpa sedar, dia spontan menjawab dia tak ada sekolah, dia budak home school.

Aku terus rasa tak sedap hati, bagi aku budak home school ni, biasanya mak ayah yang berkemampuan untuk upah cikgu. Aku tak tanya detail tentang perkara ni, sebab aku rasa aku masih belum berhak untuk soal siasat dia lagi.

Aku ada minta details tentang fb dia, Bila aku check fb dia, tak ada satu pun gambar family dia dan details tentang life dia. Dia hanya post tentang isu semasa.

Sepanjang perkenalan kami, dia cuba sebaik mungkin untuk ada dengan aku especially waktu aku susah dan dia jenis lelaki yang support setiap cita2 aku.

Benda ni buat kan aku betul2 buka kan hati untuk ada dengan dia. Waktu ni, dia banyak dengar tentang pendapat aku.

Suatu hari, apa yang buat aku agak terkilan, Bila mana, aku dah mula ada rasa sayang pada dia. Maka terbongkarlah identiti dia yang sebenar. Benda tu terjadi bila aku minta tolong dia belikan flight ticket.

Dekat details pembelian ticket tu ada details nama pembeli. Dekat situ aku rasa nak menangis sebab aku baru belajar tentang nama penuh dia dan ayah dia.

Ya, dia bukan anak orang biasa2 dan dia tipu aku, dengan alasan dia takut aku tak boleh terima identiti sebenar dia.

Aku mintak dia bagi alasan dengan lebih details lagi, dia cakap sepanjang awal per kenalan kami.

Aku selalu menekankan point sekufu, bagi aku bila mana kita sekufu matlamat dan tujuan kita biasanya seiring.

Hubungan social dan kekeluargaan juga menjadi mudah. Topik perbualan juga senang dihubungkan dan dibincangkan.

Bila identiti sebenar dia terbongkar maka keluarlah sifat alpha dia yang sebenar. Dia bukan kuli dia adalah COO untuk company ayah dia sendiri.

Cara dia berbual dengan aku juga berubah. Kalau sebelum ni, aku rasa dekat sangat dengan dia, sekarang aku rasa macam berbual dengan seorang boss.

Sebab terlanjur sayang, aku setuju dengan cadangan dia untuk bawa hubungan ini ke peringkat lebih serius,

Tetapi tiap kali Kami bincang tentang topik tentang masa depan mesti akan wujud perbezaan dan kadang kala boleh bawa kepada pergaduhan.

Perbezaan kami sangat ketara, dia anak tan sri aku anak orang kampung. Bahasa utama family aku melayu, family dia English.

Family aku biasanya buat majlis kahwin di halaman rumah, family dia buat majlis di hotel. Topik perbualan utama mereka businesss, family aku tentang kekeluargaan.

Kadang kala aku penat dengan perbezaan ni, sampai aku rasa insecure. Aku tanya dia Kenapa dia pilih aku, Kenapa dia tipu aku, dia cakap aku dah ada semua ilmu agama dan pendidikan.

Jadi dia tak perlu susah payah untuk didik aku lagi dan dia yakin anak2 dia nanti aku boleh didik.

Aku marah dia balik aku cakap tanggungjwab mendidik isteri itu adalah tanggungjwab suami, Bila isteri terdidik, baru anak pun terbaik.

Sekarang aku lari keluar dari Malaysia, sebab aku tak tahu adakah aku patut terus kan atau hentikan hubungan ini.

Dia tetap dia, yang mana dia yakin aku akan kembali pada dia. Narcissistic!!!

Aku harap perjalanan aku ke luar negara kali ini memberi kan aku jawapan yang aku cari selama ini.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *