Sekufu Itu Penting

Salam, terima kasih kepada admin untuk siarkan luahan ini. Dan juga buat pembaca yang baca.

Pertama sekali, aku nak bagitau luahan ni agak panjang. Aku nak luahkan sebab aku nak luahkan je. Aku takde niat nak mintak solutions atau yang berkenaan. Sekadar menghilangkan apa yang terbuku dalam hati aku. Tapi nak bagi pendapat silakan.

Aku tak cukup rasa bahagia lagi lepas kahwin. Yes, itu poin penting aku. Sebelum aku hurai, aku cerita serba sedikit latar belakang aku dan perkahwinan.

Aku lelaki awal 30an, sudah berkahwin, bakal memasuki tahun ke3 perkahwinan tak lama lagi. Ada anak seorang, lelaki, baru masuk setahun, comel sangat. Alhamdulillah nikmat Allah. Manakala isteri aku nak masuk 30an tak lama lagi.

Aku berkahwin atas pilihan aku. Dari keluarga yang biasa2, isteri aku pun lebih kurang. Cukup serba serbi. Bukan orang berada.

Kenapa aku tulis luahan ni? Aku rasa mungkin aku terkesan dengan kata-kata isteri aku dan perbuatan dia yang seolah-olah tak menghargai aku.

Kata-kata tu bukan baru jadi, dah lama dah tapi aku telan je, aku tak bising balik. Kalau bising balik, aku boleh expect lagi serabut. So better diam.

Klimaksnya jadi sebab malam ni isteri aku mintak aku suapkan anak aku makan. Kebiasaannya aku takde hal pun nak suapkan. Cuma hari ni daripada siang ada je yang tak kena.

Jadi aku pun challenge sikit isteri aku. Aku cakap la “kenapa tak nak suapkan?” Salah ke soalan aku? Sama je kan kalau aku suap ke dia suap ke salah seorang yang kena buat.

Dia jawab la “esok sayangkan tinggal sorang, so sayang la kena suap sorang2”

Aku cakap la “haa suap la. Nanti esok takde la susah nak suapkan” anak aku susah sikit nak makan. Suka keluarkan balik. Tips dia bersabar je, isteri aku sabar kelaut. Asyik merungut je. Memanjang merungut.

Anak aku kalau sejam dia nak habiskan, sejam la aku suap sampai habis. Ye ada masa lama sangat dia nak makan dari satu suap ke satu suap. Kena distract sikit.

“Esok bila abang takde takkan nak panggil abang balik suapkan?” (Baca nada keras sikit, bukan marah)

Senyap. Bila senyap ni aku tau sah, dia suka guna ayat “papa tak sayang (anak aku) dah”

Hakikatnya, lepas tu aku suapkan anak aku, sampai habis. Dia keluarkan balik, aku paksa je. Benda baby ni memang kena paksa, jangan nak ikut sangat la mood dia tu. Tak mati pun kalau paksa. Paling2 nangis.

Petang tadi, kitorang jalan pergi mall. Makan dekat nasi ayam, lepas makan tu isteri aku keluar dulu, aku buat payment. Lepas payment, aku keluar aku cari la isteri aku, tak jumpa sebab peak hours, ramai orang. Aku pun melilau la cari dia.

Then dia datang dari belakang, dia cakap “nak balik la tu, kepala tu fikir ke lain je” Arah yang aku pergi tu bertentangan dengan arah yang dia pergi.

Aku senyap je. Malas layan. Kebetulan ekskelator tempat yang dia pergi tu under maintenance. So alih2 pergi ke arah tempat aku lalu tadi.

Aku cakap la “tadi tak nak lalu sini” sinis.

“Ye la, tadi papa nak balik” sambil dia cakap kat anak aku.

Aku cakap la balik “orang bila nak keluar tu tunggu la depan pintu supaya orang tak tercari-cari. Kalau tak nak tunggu depan pintulu, bagitau tunggu dekat belah kiri ke kanan. Baru la orang tau nak pergi mana.”

Logik kan? Kita ni manusia, kita kalau takde arah, kita akan automatic lalu dekat jalan yang kita lalu tadi.

Then dia senyap. Tak puas hati.

Tu kisah yang buat aku tak tidur lagi pukul 2 pagi ni. Esok aku kerja. Tapi tu la, hilang ngantuk fikir benda2 ni.

Masuk poin ATAS sekali, aku tak bahagia lagi lepas kahwin. Aku expect lepas kahwin, aku lagi seronok, berkasih sayang. Well aku tak rasa pun. Mungkin ada masa aku terpaksa aku rasa bahagia. Then ya, style aku. Bila aku paksa, aku akan dapat yang aku nak.

Kenapa aku kata aku tak bahagia?

Sebelum kahwin, aku banyak masa sendiri. Lepas kahwin, aku banyak buang hobi lama aku, dan spend masa dengan family. Awal2 aku terkesan, sekarang aku okay, aku dah terima. Orang kata alah bisa tegal biasa.

Sebelum kahwin, duit aku banyak. Nak simpan 2k pun boleh. Lepas kahwin, bayar rumah sewa, nafkah isteri anak. Keluar jalan, makan. Aku sediakan, aku sanggup. Aku rasa itu tanggungjawab aku. Takde hal.

Sebelum kahwin, makan beli je. Aku makan murah2. Nasi + lauk atau nasi goreng settle. Minum air kosong dekat rumah. Tak sampai RM15 makan sorang.

Lepas kahwin, maintenance makan naik. Isteri aku suka berjalan makan sana sini. Nak try itu ini. Dari kedai makan yang aku tak kenal, dah kenal dah. The Chicken Rice Shop (TCRS) tu benda biasa dah. Secret Recipe pun hampir tiap bulan.

Dulu aku nak keluar makan aku berkira. Sekarang aku onz je isteri aku nak apa. Silakan. Tapi tak semua sebab aku pantang kalau singgah beli air manis. Nak beli sendiri.

Lepas kahwin, isteri aku basuhkan baju, lipat baju, ada waktu dia sidai, ada waktu aku sidai. Iron baju.

Well, sebelum kahwin aku pun buat benda tu. Basuh baju dekat dobi, keringkan sekali. Lipat atau sangkut terus. Iron bila perlu. Okay terima kasih tapi itu tanda sayang ke? Sayang ni kau akan rasa. Kau tak buat apa pun kau akan rasa sayang tu.

Isteri aku tak pernah menyapu. Betul. Cuci tandas? Satu halaman rumah? Tak pernah. Aku akan buat. Aku buat bukan terpaksa tapi sebab aku nak buat. Siapa lagi nak buat? Sudu periuk ke apa ke lepas makan, dia tinggal je.

Aku tak boleh tengok singki penuh. Panas je. Aku pernah cakap “kenapa tak basuh terus je?”. Dia kata nak rendam dulu nanti sayang basuh la. Tak semua kena rendam, dah siap makan basuh. Bukannya periuk nasi nak direndam dulu.

Isteri aku suka tidur banyak waktu. Nak kata penat jaga anak, hari bekerja isnin -jumaat, anak akan hantar ke rumah nenek dia. So dia mostly duduk main fon. Then tidur. Lepas tu dia buat la kerja basuh baju, sidai. Yang kerja rumah lain banyak aku buat.

Petang dah tidur, malam tu tidur pukul 11. Aku kalau dah tidur siang, malam mesti tidur lewat pukul 12-1. Aku jarang tidur siang melainkan betul2 penat.

Isteri aku bekerja jugak, tapi nak banding kerja dia. Kerja aku penat lagi. Travel lagi jauh. Dulu travel 90km sehala aku tak heran pun. Aku tau la kerja isteri aku macam mana sebab kami ni bidang sama tapi berbeza jawatan.

Memasak? Tak. Kebetulan selalu dapat lauk dari mak mertua. Waktu lain akan makan luar la. Bahan mentah takde sebab dulu awal2 kahwin, aku beli barang mentah, aku yang masak. Isteri aku takut minyak meletup.

Emm kalau dah penakut minyak tu, jangan harap sangat la dapur tu berasap. So takkan la aku balik, aku masak dan makan? Baik beli kat luar. Jimat masa, tak penat.

Bab jaga anak? Kalau hari kerja takde kat rumah, bila je anak aku ada? Jawapannya, hari dia cuti dan hari weekend (aku cuti) hari weekend kebanyakannya aku jaga anak aku sorang2 sebab isteri aku kerja shift pagi / petang / malam.

Aku okay je jaga anak aku. Takde pun nak merungut. Dari mandi, cuci berak, makan minum, main settle.

So nampak tak? Isteri aku mana ada spend masa untuk JAGA anak sangat. JAGA ye bukan spend time main-main tu. Yang tu banyak la. Part lain aku banyak buat. Bila hari yang aku takde kat rumah, dia akan balik rumah mak dia, so anak aku akan dijaga sepenuhnya oleh nenek dia.

Kesannya, isteri aku tak pandai nak suap makan. Tak jadi je, pass kat aku. Tak reti nak tidurkan anak. Bayangkan. Basic sebagai ibu dia tak reti. So anak aku tidur macam mana?

Aku la yang dodoi tepuk2 kat lengan aku ni sampai dia tidur. Sekejap je tepuk2 dalam 15min ke tidur la. Isteri aku mana reti. Dodoi dalam buaian je reti, kalau tak jadi, pas kat aku jugak sambil kata “Dia tak nak tidur”

Dalam hati aku, dah tak reti memang la tak tidur. Lepas tidur, aku letak kat siteri aku. Part mudah dia boleh la sebab jaga je.

Itu pun bermasalah. Tidur sebelan je jangan bagitu terbangun. Pun bangun jugak. Ada hari anak aku tidur pukul 9 malam, pukul 10.30malam dia bangun. Isteri aku kata tu la tidur awal sangat.

Aku cakap “Tidur awal apanya. Abang jaga tidur dia sorang pukul 9, elok je tidur sampai esok.”

Bila anak tu dah nangis dah terbangun2 tu cepat2 la tepuk dodoi jangan bagi bangun. Benda basic, betul tak?

Waktu malam kalau anak aku terbangun, isteri aku rilek je tidur. Aku dodoikan. Padahal anak aku melalak ni, dia rilek je dengkur macam takde menda. Paling bangun la sekali, tengok aku.

Nampak tak? Aku tak rasa pun bahagia aku. Kalau korang nilai, mana best kehidupan aku? Lepas kahwin sebelum kahwin? Semua tanggungjawab aku boleh buat walaupun aku single. Tapi apa guna kalau kahwin, isteri aku semua lepas kat aku?

Last last, penutup. Pernah dua kali aku balik rumah mak sedara aku. Dia tanya aku sambil bisik. Bahagia tak kahwin?

Kenapa aku ingat dua kali? Kenapa aku ingat soalan ni? Sebab soalan tu beri kesan dalam dekat aku. Aku nak jawab apa? Jawapan aku? Aku cakap la bahagia sangat sambil senyum lebar dekat mak sedara aku. Tapi hakikatnya, aku je tahu.

Aku takde plan nak cerai sebab kalau aku cerai, aku takkam kahwin lain. Aku dah hilang percaya dah. Aku tak suka lari dari masalah, aku akan hadap sampai aku kalah.

Banyak aku nak cerita part tak sekufu, well aku boleh cakap aku dengan isteri aku, 99% takde persamaan sama ada dalam minat, cara berfikir, kehidupan, atau apa pun.

Terima kasih sudi baca. Nak tidur. Siap karang pukul 3..

– Kingsman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Tahniah! Angah seronok bila tau ada suami muda boleh urus hal rumah, suap anak mkn, urus kencing berak anak, main dgn anak malah tidurkn anak kevik. Bermakna, itulah kebahagiaan yg sebenar wahai suami. Isteri jg merasainya bila suami byk membantu segala hal. Awak rasa mcm x bahagia sebab awak rasa segala benda awak buat sorang2, tidak brdua dgn isteri. Mgkin mulanya awak buat sb mmg awak nk buat benda tu, tp bila dh asyik awak je yg kena buat, awak rs mcm tak ikhlas kn. Betul x? Tu sb awak rs x bahagia. Mcm ni, apa2 pun nk buat, buat sama2. Contoh, awak basuh pinggan mangkuk kt sinki, isteri kemas dapur. Sambil buat kerja sambil borak2. Sembang la apa pun, janji jgn ngumpat sudah. Awak tu, bykkn brgurau, brgelak tawa dgn isteri. Usik2 la dia selalu. Baru seronok. Ni serius je manjang, for sure la x happy. Jd lelaki kena bijak. Bijak ambil hati isteri dgn pujukan. X nk masak, awak minta dia tolong potong2 sayur ke bawang ke, awak yg tumis masak. Maksudnya, sama2 ke dapyr. Klau dia xnk masak jgk, suruh dia duduk je sambil pangku anak tgok awak masak. Baru awak rasa awak ada bini. Bkn sorang2 je, buat semua benda. Apa2 pun jom buat sama2. Cakap mcm tu kt dia lepas ni ok. Bykkn kominikasi, apa yg x suka, apa yg suka semua luahkn pd bini awak, Bkn bini org lain tau! Ingat tuh! Bila dh luah kt dia, baru dia tau ‘duduk’ perkara. Pelan2 nt dia pikir sendiri. Bkn budak kecik lg kn. Dah ada anak dh pun.

  2. Benda mcm ni lah kebanyakan isteri hadap. Sebab tu ramai perempuan takut nak kawen.

    Awak kena jaga boundary awak. Rajin2 kanlah tinggalkan isteri. Ckplah ada kursus ke. Pandai2lah dia nak hidup. Kalau awak ada kat rumah pulak, buat2 sakit, biar dia uruskan anak tu. Nanti lama2 pandai lah tu nak berdikari.

    Bab2 berbelanja tu, setkan bajet bulanan nak spend berapa.Kalau dia merengek, merajuk, tahankan aje. Jangan ikutkan sangat kehendak dia tu.

  3. Kesiannye..ada suami baik, bagi nafkah cukup, tolong buat kerje rumah, jaga anak, isteri pulak ermm mcm ambik kesempatan

  4. satu je. ko hadiahkan dia madu. tu makan dia jadi pemalas sgt. baik kasi prmpn lain layan ko first class.

  5. You are burnout bro. Baby anak sulung kan? You are still in the phase of transition. Life masa bujang to early marriage to ada baby. Mmg 180 degree berubah. Sama je story2 isteri luah penat buat semua tu kt dalam ni. Just this confession watak yg penat si suami.

    Kau kena start accepting mcm ni la life org dh kawen. Aku tak kata kau kena accept buta2 jer perangai tak semegah bini tu. Kau sendiri kena banyak cari ilmu untuk counter. Baby 1-3 bulan mmg akan kerap terjaga sbb tak pandai sesuaikan diri lagi. 4 month onward selalu reti je tdo sampai esok pagi kalau dia selesa. So jga yg tu.

    Kerja rumah buat mana yg larat jer. Belajar pejamkan mata. Aku practice clean as you go. Masuk toilet nak membuang lepas siap tu sental la sikit mana dan. Time anak main air waktu mandikan.. sental la kejap dining tu.. That’s it. Sekali sekala laser la bini tu sama. Pinggan mangkuk dlm singki tu usaha la beli dishwasher.. ha humban semua dlm tu then tekan.

    Saving makin sikit sbb spend untuk anak bini. Betul tapi belajar la ikhlas. Sbb murah rezeki spend dkt anak bini. Kau pun boleh jer control spending tu.. Tak payah la Tiap2 bulan TCR, Secret Recepi. Remind bini. Duit ada bnyk tu.. spend bnyk tu je lah. Kena fikir yg depan2 jgk.. Tak payah ikut org. Ayat keras sikit. Miskin tu buat cara miskin. Ni cara aku sound laki aku kalau sibuk nak melantak kt luar ikut org.

    Last kau pun kena ada me time. Pergi la lepak dgn member/main futsal /main PS sekali sekala. Jaga makan, jaga kesihatan, start ambik supplement. Semua ni will help to regulate/ balancing the bad hormone. Bila badan dgn emosi penat.. hormone stress mula mencanak tu yg rasa tak happy tu.

    Lepas ni cuba rajin2 dgr lecture Mufti Menk spotify sambil drive pergi balik kerja. Semua soalan kau kenapa mcm ni.. kenapa mcm tu.. dia ada jawapan. Hidup ni mmg tak akan senang. Semoga sentiasa diberikan kekuatan, ketenangan dan dipermudahkan semua urusan kau bro.

  6. finally ada pun confession mcm ni dari org LELAKI , tahniah sbb jadi suami dan ayah yg baik , byk bersabar dan buat kerja rumah..tp kalau ikutkan perempuan lg ramai yg hadap perangai lelaki yg lepas tangan , so utk kaum lelaki yg byk lepas tangan tu , silalah baca dan hadam baik baik apa yg isteri rasa bila SEMUA kerja isteri kena buat..korang balik kerja makan main fon lepas tu lenaa.

    kaum lelaki pun tau penat , burnout..apatah lg perempuan..kalau dah decide utk berkahwin dan beranak pinak , dua2 pihak tlg lah bekerjasama..

  7. Setuju dgn bayam ttg ni.Satu lg yg aku boleh tambah, ko ade peruntukan dating time berdua dgn bini ko tak bro?
    Atleast sebulan sekali, berdua dating tanpa anak?
    Sila cari timing utk dating time ni so that ko dpt heart to heart talk selain dpt simpulkan semula ikatan korang berdua.

    Selain tu, aku sarankan ko solat berjemaah, bila nak salam dan cium bini ko tu, doalah kt ubun2 dia,pastu ko try mcm buat sesi perkongsian sket.atau lg best ajak bini ko tgk ceramah2 yg berkaitan dgn isu yg ko tgh hadapi ni.

    👌🏻 insyaAllah not a big issue pon.sbb ko tgh burn out sebenarnya dan perlukan masa utk diri.dan ini mmg fasa kebanyakan pasangan hadapi bila dpt anak kecik.

    aku nk dekat 11 thn kahwin pon tgh rasa balik fasa yg ko tgh hadap sbb br dpt baby baru.tp fikir this too shall pass.

  8. tahniah, sebab encik adalah seorang suami & ayah bertanggungjawab

    dulu saya pun mcm encik, cuma bezanya saya isteri dan dia suami

    saya pun pernah burnout macam encik, sampai saya meletup dekat rumah.

    suami saya mcm isteri encik, sejenis yang memang semua benda saya buat dan suami saya juga kerja shift. sebab kes saya ini suami yang kurang menolong, jadi nampak normal. tapi sebab saya pun bekerja dan kerja saya pun kadang-kadang memerlukan saya menggunakan fizikal dan mental, jadi sy burnout di rumah untuk jaga anak dan urus rumah.

    suami saya ada ADHD, jadi menyepahkan rumah tu memang part of diri dia yg sy baru discover lepas kahwin.

    Masa burnout tu, saya luahkan semua yang terbuku dalam hati, sebab kan burnout saya hampir nak lari rumah dan saya hampir rasa nak bercerai dengan suami saya. Masa saya luahkan perasaan tu lah, baru saya sedar yang saya tak pernah minta tolong suami untuk uruskan kerja rumah dan anak dan selama ini suami pula fikir saya memang tak perlu pertolongan. Dan sebagai suami, suami saya fikir kerja rumah memang tugas isteri dan bukan suami.

    Saya ambil masa lama untuk saya nak dapatkan pertolongan suami. suami saya jenis yang perlu beri arahan secara detail. pernah sekali saya minta suami masakkan nasi supaya bila saya balik rumah, nasi dah masak dan lauk pun dah ada tunggu nak makan. tapi sebab arahan saya hanya minta dia isi 2 cup nasi dalam rice cooker, memang itulah yg saya dapat petang tu.

    bagi saya, encik masih lagi dalam fasa untuk mengenal isteri secara total. isteri pun sama. cubalah cari aktiviti yang isteri suka yg boleh diselitkan semasa membuat kerja rumah. macam suami, suami suka main game, jadi saya bagitau suami, waktu bila nak kemas dan waktu bila untuk suami main game tanpa saya ganggu atau anak-anak. Dan suami saya sangat happy sebab dia dapat fulfill kehendak saya dan dia.

    benda ni bukan sehari dua, benda ni makan masa untuk kita kenal dan cuba sesuaikan dengan diri pasangan kita. masa bercinta memang pasangan adalah orang yang total lain dengan selepas berkahwin. anggaplah ini semua asam garam kehidupan. sentiasa berdoa agar Allah berikan encik ilham utk mendidik isteri dan permudahkan rumah tangga encik.
    kadang Allah berikan ujian untuk kita dekatkan diri kepada Nya. Moga Allah permudahkan urusan encik sekeluarga.

  9. Buat apa je kerana Allah.. insha Allah, suatu hari nanti awk akn rasa ‘bersyukur’ krn anak awk akn jd lebih rapat dgn awak, berbanding dgn isteri awk.. memangla penat dgn kerja2 d rumah, tp (baik suami atau pon isteri), nikmat ‘penat’ tu ialah bila kita ‘redha’ dgn keadaan tersebut.. bila dah terlalu letih, berserah kpd Allah, mse tu spt ‘hilang’ rasa penat td.. itu aq la, sbb nk rse positif nya niat dan tindakan kita.. macam jugak ‘solat’, bila kita rase itu adalah satu t/jwb yg perlu dibuat (w/pon rasa ‘terpaksa’), kita akn rasa mcm ‘beban’, tp klaw solat atau ibadat itu dibuat kerana sayang & ‘rindu’ kpd Allah, ianya akan terasa lebih bermakna dan ‘manis’.. hanya org yg mengalami shj yg mengetahui hakikat sebenar.. begitulah yg dirasai oleh para “wali2 Allah”, setiap detik dipenuhi rasa ‘rindu’ ingin brtemu dgn Allah, malah ada yg rindu utk ‘mati’, krn dgn jalan itu shj dpt bertemu dgn kekasih hati (masya Allah), kita insan biasa ini, spt kuman dgn gajah jika dibandingkan dgn mrk.. puteri Rasulullah juga pernah mengadu dgn ayahnda tercinta, krn terlalu ‘penat’ dgn kerja2 seharian, lalu diajarkn oleh Baginda zikir2 yg boleh jadi penawar.. bersabar n bertabahlah.. kita hanya insan biasa yg menumpang sementara d dunia ini, anggaplah semua itu sbg asam garam dlm kehidupan.. heal urself.. wallahu a’lam

  10. Nak. Kau memang bapa mithali!

    Tapi suami yang dibuli.

    Bini engkau si pemalas dan duka ambil kesempatan.

    Kau a giver. Bini kau a taker.

    Bila kau beri bini kau ambil. Langsung tak reti memberi semula.

    Berdasarkan luahan kau. Acik paham sangat.

    Tapi bini kau tak paham nak. Patot kau luah semua nih kepada bini kau.

    PERKAHWINAN KENA ADA SALING BERI DAN SALING MENERIMA.

    Tapi bini kau tak guna!

    Semua dia saja nak mudah.

    Pemalas. Nak kena ketuk baru jalan!

    Baik lagi kahwin andartu hot letop rajin dan perfectionist dari jadi orang yang beri dan memberi terhadap bini pemalas.

    Pompuan hot kahwin lambat nih lagi bijak dan pandai menghargai dari bini kau yang muda dah ada laki. Jadi tak bersyukur.

    Mulai sekarang kau ketuk ja bini pemalas kau tuh. Bukan ketuk fizikal maksud acik kau kena terus tegur dan ajar. Bini kau jenis semua benda nak kena cakap dan beritahu.

    Kalau kau diam dan biarkan dia ambil kesempatan. Dia saja sedap tidur dan bahagia ada me time selalu.

    Kau tegur dia nak.

    Kalau lepas kau luahkan semua ketidakseimbangan dan ketidak puasan hati tuh bini kau masih tak berubah.

    Cari ja andartu hot. Bini muda tak bersyukur pemalas tuh patot kahwin jantan tua kepam busuk.

  11. Tahniah kerana bertahan..
    Dan teruslah bertahan..
    Aku ada opismate mcm ko ni la kisahnya,bini species hopeless dan helpless..
    Tapi tiap kali dia cte, aku akan ckp “ala, kesian la kat bini ko tu” walaupun dlm hati aku pun hangin je awat la dah macam biawak bini ko tu..
    Jadi, semoga ko pun bertahan, marriage is not always about rainbows and butterflies anyway

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *