Sekufu Yang Tertinggal

Assalamualaikum pembaca yang budiman. Nama aku Milo, bukan nama sebenar.

Tujuan aku buat confession ini untuk meluah memandangkan aku tak ada tempat nak meluah disebabkan topik luahan aku berkenaan rumah tangga jadi aku tak percayakan sesiapa untuk aku ceritakan berkenaan hal ini.

Serta aku mahukan pendapat daripada kalian kerana aku percaya pembaca disini majoritinya berpelajaran tinggi so aku assume pendapat kalian berkualiti.

Macam biasalah hal rumah tangga so apa yang aku nak cerita ni mengenai suami aku. Lebih kepada membuka aib kan. Jadi jangan kecam-kecam aku ya.

Aku baru je berkahwin dan dikurniakan seorang puteri yang comel. Perkenalan kitorang singkat. Kami kenal melalui sosial media, jumpa sekali terus buat keputusan untuk berkahwin. Sebelum berkahwin aku dah prepare dengan nasihat-nasihat sebelum kahwin salah satunya cari yang “sekufu”.

Sekufu yang macam mana aku faham masa tu? Sekufu pendidikan, sekufu pendapatan. Majoriti berpesan macam tu.

Tapi rupa-rupanya ada satu lagi sekufu yang mungkin jarang orang mention atau aku tak perasan selepas aku berumah tangga baru aku sedar aku tertinggal satu sekufu ni. Jeng jeng jenggggggg. Sekufu apa tu? Aku rasa korang pun dah boleh agak sekufu apa. Hahaha. Tunggu aku cerita dulu.

Aku dan suami dua-dua bekerja. Gaji lebih kurang sama. Latarbelakang keluarga suami aku pun elok-elok, baik-baik dan berpendidikan. Aku pun ada kawan yang satu tempat kerja dengan dia masa tu. Aku pun tanya lah kawan aku dia ni okay ke orangnya macam mana.

Feedback daripada kawan aku tu dia ni seorang yang baik bukan jenis yang nakal lah kiranya. Dia pun tak boleh bagi detail sangat sebab jarang berjumpa dengan bakal suami aku masa tu jadi tak kenal rapat sangat. Jadi tak da benda yang tak elok pasal dia.

Disebabkan sekufu itu lah aku pilih dia sebagai suami aku walaupun kitorang hanya berjumpa dua hingga ke tiga kali sahaja sebelum berkahwin.

Awal perkahwinan kami okay masa tu. Tapi lama kelamaan aku dah mula nampak kekurangan suami aku. Kitorang sempat PJJ lebih kurang setahun. Aku di utara dia di timur. Ini yang aku nak ceritakan dekat korang semua. Masa kitorang kawin dapat cuti panjang.

Selepas majlis kahwin kan biasanya pasangan suami isteri pergi honeymoon tapi aku tak diajak kemana-mana pun. Kitorang duduk je rumah mertua aku sampai habis cuti. Sedih weh.

Ada satu masa tu, aku ingat lagi masa tu aku nak mohon cuti, aku nak pegi dekat dia dengan bas sebab aku takut nak drive jauh. Bas nak ke tempat dia kena naik dua kali perhentian kalau nak pickup dekat. Kalau sekali je naik bas kena pickup aku jauh sikit. Masa tu dia bekerja shift.

Bincang punya bincang last-last aku cancel je nak pegi dekat dia sebab macam complicated sangat dia nak ambil dan hantar aku balik nanti. Aku fikir dia ni tak nak hidup dia disusahkan.

Dipendekkan cerita, rezeki kami dapat duduk sekali. Lepas tu, aku pun disahkan mengandung. Sepanjang mengandung, macam-macam hal yang terjadi. Padahal semua tu hal-hal kecik je tapi bagi aku besar. Banyak kali kami bergaduh, setiap pergaduhan diakhiri dengan silent treatment sampai aku dah tak ingat sebab apa.

Awal-awal aku kena silent treatment dua-dua minta maaf. Lepas dari tu setiap kali silent treatment aku dulu yang pegi tegur dia tapi tak minta maaf, kalau minta maaf pun tak guna juga nanti buat lagi. Lama kelamaan kami pisah tempat tidur. Dia lagi suka tidur diruang tamu, dia main fon sampai tertidur.

Kadang-kadang dia terjaga baru dia masuk bilik. Mula-mula tu aku ada je kejut dia masuk bilik tapi dia suruh aku masuk dulu lama-lama aku dah malas nak kejut aku biar je dia tidur kat depan sorang-sorang. Bila aku tanya kenapa tak nak tidur dalam bilik dia jawab panas.

Aku ingat lagi beberapa kejadian masa aku mengandung. Pertama, paip bawah sinki bocor, aku dah suruh dia betulkan tapi dia tak buat sampai aku cari contact plumber untuk betulkan paip. Bila aku tengok balik, eh ni aku boleh buat sendiri.

Balik kerja aku pegi beli barang dekat hardware sampai je rumah aku tengok suami aku terbongkang je tidur dekat ruang tamu. Lepas tu diam-diam je aku betulkan paip terbongkok-bongkok dengan perut boyotnya.

Kedua, masa tu aku mengandung 5 bukan aku minta tolong suami aku hantar motor dekat bengkel sebab urgent nak guna motor masa tu. Tapi dia buat tak tahu. Aku sendiri yang pegi bengkel minta diorang ambil moto dekat rumah bawak pegi bengkel.

Ketiga, masa tu aku teringin nak berbuka puasa kat luar. Jadi aku ajak suami aku keluar. Masa nak masuk ke bazar tu sangatlah jem dan crowded. Dia tanya aku kenapa suka datang tempat-tempat macam nie. Lepas tu dia tiba-tiba hentak kepala dekat seat sambil geleng kepala. Sebab dia tak suka la tu.

Sepanjang beli makanan pun aku yang bayar. Masa berbuka pun senyap membatu dia pun asyik tengok fon je masa tu. Sampai tahap macam tu sekali layanan suami aku masa aku mengandung. Last-last silent treatment.

Belum lagi bab memasak. Suami aku dia suka makan dekat rumah. Jarang kitorang makan dekat luar melainkan aku yang ajak. Kalau aku tak masak tak makan la kitorang. Kalau aku malas masak aku yang akan order food panda. Bukan dia yang order. Aku yang akan tanya kita nak makan apa.

Jadi masa mengandung pernah je aku kelaparan sebab aku tak masak at the same time kena silent treatment salah satunya sebab kes-kes yang aku sebut diatas la.

Aku syak suami aku low self esteem. Dia suka berkurung dalam rumah. Suka tidur. Siapa je tak sakit mata tengok orang terlebih tidur nie. Dia keluar rumah pegi kerja je.

Bila bab makan, dia lebih rela order food panda daripada keluar rumah pergi beli atau pegi ambil. Dia takkan keluar rumah kalau bukan sebab urusan kerja atau urusan hal dia atau sebab sukan. Kalau futsal laju je dia keluar tapi sekali sekala je la.

Dia punya kurang keyakinan diri kalau aku suruh dia pegi service kereta pun dia ajak aku pegi sekali. Kalau nak bungkus lauk pun, aku yang kena turun pegi beli. Dia pernah mengaku tak reti bungkus makanan, dia cakap dia masukkan lauk dalam plastik tapi terkeluar balik. Tu alasan yang dia bagi.

Ya Allah, aku cakap pegi je la bagitahu dekat orang kedai nanti diorang tolong bungkuskan. Sekarang macam dah ok sikit dia berani pegi kedai bungkus lauk. Ajak pegi open house pun tak nak.

Pernah tau aku bergaduh dengan suami aku pasal aku minta dia amik anak dekat rumah pengasuh tapi dia berat betul nak buat. Padahal jarak dari rumah ke rumah pengasuh 3 minit je pun. Aku syak dia malu. Lepas aku marah barulah dia berani ambil anak dekat pengasuh. Apa yang dia takut sangat pun aku tak tahu.

Dekat sekolah kan ada kelas A sampai D. Korang anggap je la suami aku dari kelas C. Ibarat semua benda dia tak tahu weh. Semua atas bahu aku, majoriti semua benda aku yang buat. Nak bungkus makanan tak reti, nak tukar paip tak reti.

Soket rosak pun aku sendiri yang tukar soket tu ganti dengan yang baru. Lampu tak menyala aku paksa dia beli lampu baru tapi dia peram je lama tak tukar pun lampu tu sampai mak ayah dia datang rumah, ayah dia yang tolong tukarkan dulu baru dia sibuk nak tolong. Paip air dekat bilik air depan bocor, ayah dia yang tukarkan.

Masa tu jugak aku perli aku cakap nak ayah dia juga yang tolong buat. Tapi mak mertua aku cakap dia tak da alat kot. Tapi dalam hati aku cakap ye kalau takda alat tak reti pegi beli ke baiki apa yang patut. Dalam hati jela berani cakap.

Bab kereta pun aku tak tahu lah suami aku tahu ke tak, aku minta tukar no plate pun sampai sekarang tak buat-buat suruh hantar kedai je tapi tak tolong hantarkan pun. Silap-silap kalau aku tersadai tepi jalan aku sendiri yang setelkan.

Suami aku tak pernah ajak aku makan dekat luar atau ajak pergi mana-mana. Kalau aku teringan nak ke mana-mana atau makan kat mana-mana aku yang akan ajak dia. Dan aku yang akan belanja dia sebab aku faham gaji dia cuma cukup-cukup je dia pun takda duit sangat. Mungkin sebab tu la kot dia malas nak ke mana-mana.

Tapi yang aku perasan dia suka kalau ada family dia sekali kalau berjalan. Aku nie suka jalan-jalan. Aku harap sangat pasangan aku dapat bawak aku jalan-jalan healing sama-sama sebab aku tak dapat semua tu waktu zaman bujang.

Tapi aku tak dapat buat semua tu dengan pasangan aku. Cuti pun tak ada plan pegi mana cuma balik kampung. Life aku cuma pegi keja balik rumah.

Suami aku bab jaga anak okay. Walaupun malam-malam aku yang bangun bancuh susu. Kadang-kadang aku tinggal anak dekat dia, dia boleh jagakan.

Pernah hari dia cuti aku nak hantar anak ke pengasuh aku suruh dia ambil awal, sanggup lagi dia jaga anak daripada kena keluar rumah pegi ambil dekat rumah pengasuh. Kalau aku suruh buat kerja rumah pun dia buat. Dia lebih dengar cakap si singa ni. Hahaha

Dia tak baran, kalau dia baran sebab aku yang baran. Sebab apa aku baran? Sebab kelemahan-kelemahan yang dia ada. Dia tak perbaiki kelemahan dia. Tak reti boleh belajar, tapi dia tak nak belajar dan tak nak buat. Aku sedar kitorang kurang bab komunikasi.

Macam mana tak kurang, dia selalu bagi silent treatment. Lebih suka diam berbanding berbincang. Aku suka diajak berbincang untuk selesaikan masalah tapi apa yang aku dapat? Silent treatment.

Aku pernah tanya dia sebab apa dia buat macam ni dekat aku jawapan dia, dia sendiri tak tahu. Kalau bersembang pun dia akan cerita pasal kerja atau family dia. Tak ada pun sembang pasal masalah-masalah yang lalu untuk diperbaiki ataupun sembang pasal rancangan masa depan ke atau sembang pasal simpanan ke.

Aku tahu aku pun banyak kekurangan di mata dia. Tapi boleh tak dia ajak aku berbincang, apa yang dia tak suka pasal diri aku atau apa saja lah. Tapi dia lebih memilih untuk diam. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia. Dia lebih pilih berahsia mungkin.

Bila aku hidup dengan dia, kehidupan aku mendatar. Aku semakin down. Hari-hari aku buat benda yang sama. Hari-hari fikirkan benda yang sama. Aku tak excited untuk teruskan hidup. Setiap keputusan aku yang buat aku yang tetapkan. Semua benda aku yang kena fikir.

Kalau ajak berbincang, sama, keputusan tu akan berbalik pada diri aku juga. Aku cuba faham dia tapi sampai bila aku nak hidup macam ni. Tak da apa yang boleh aku banggakan dengan suami aku selain boleh jaga anak dan dengar arahan aku bila suruh kemas rumah.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan dia. Aku rasa dia tak sanggup bersusah payah dengan aku. Aku rasa dia tak suka disusahkan.

So korang pun dah boleh agak kan sekufu apa yang tak ada. Pemikiran yang sekufu. Terima kasih pembaca budiman sudi membaca luahan hati aku yang aku simpan rapi selama ini. – Milo

– Milo Ais (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Mcm mna ya dia kerja? Mesti takuk tu je lah kalau semua benda takut nak cuba/buat ~~~ copy paste la confession ni bg dia baca. Species yg selalu nak avoid interaction dgn org ni prefer method mcm ni. Lepas ni kau wasap je semua yg tak puas hati tu. Luah tru wasap je dah dia pun mls nak bukak mulut.

  2. Kisah awk lebih kurang sama dgn AKK. Kadang2 mimpi tu lebih indah drpd reality yg kita hadap. Suami awk byk la persamaannya gn Asben AKK. Cuma suami AKK xde la xtahu nk buat Sume benda cth mcm cite awk tp cuma dia malas. Awk bru berkahwin nk AKK da 10thn.

    Awk mcm AKK, suka g bjln2. Tp xmerasa sbb suami AKK like suami awk. Ada pn bjln g blik kg dia nsib la nun jauh d utara. N time KT kg, dik la tperap KT umh mil, n Klau bjln pn g gn family dia.

    Drpd selatan sampai utara tu xpernah ya dia bawa kami turun g kedai singgah MKN. Ada pn g beli Apa2 KT gas station pastu mkn la dlm Keta. ( Sedeykn )
    AKK pn sama mcm awk, suami duk dlm Keta tp kita yg ke hulu ke hilir. Dia kata, awk suka bjln kan. G la. AKK selalu merungut, Memg xbest hidup, mendatar xde excited. Rase malas n kecewa. Kita nk bercerita Apa2 pun xde rase. Sebb ada je xkena. Tp suami AKK byk mulut. Dia yg BYK menceceh. AKK jd diam, sbb dia xnk dgr cerita kita. Cerita dia je. Sbb tu AKK suka buat hal sendiri nk beli apa2 Ker malas nk tnya dia sebab da tahu apa jawapan. Xyh la, Xperlu la. Nti2 la. AKK jenis xsuka cmtu. Cth cm cerita awk la, paip biasalah. Bbulan2 or tahun hdap Sebb dia xbaiki BKN sbb dia xreti tp lebih KPD suka btngguh. Sampaikan ayah dia pun ada btulkn. N kita perlu anak dia, mil tlg jwbkn utk ank dia. ( Sibuk ke, xde masa)
    Dlm hati dia, kita ni da aib kn ank dia. Tu dia TLG jwbkn. Geram la gn kita ni. Walhal kita yg lbih kenal anak dia drpd dia. Tp kadang2 dia tahu je pun cuma xnk mengaku la yg ank dia camtu. Tp bila kena BRG hidung sendiri, ank pompuan dia lak kena cm kita mula la drama. ( Nk je aku jawab, kifarah )

    Adik awk xkesorangan, AKK pun mcm awk. AKK bsabar je, tp ada la nmpk perubahan suami bila dia da ada duit, dia bawa la g main2. Da 10thn xlebih 10kali dia BWA kami g MKN luar. Boleh kita tempat2 yg dia BWA kami g bjln2. Xlebih 10 tempt. Dia lbih suka mkn d rumah. Sepanjang 10thn kawin, xpernah dia BWA kami g mall cari baju raya anak ke, cari brg SEK anak ke. Ada pn g mall BWA ank main ball tu pun xsmpai 3 kali dlm 10thn tu.

    Dulu AKK cm awk la, tp da 10thn ni, tahap redha je la. Dah dia yg d takdir kn UTK akk. Sape la akk nk yg indah2. Indah tu cuma angan2/mimpi. Klau mimpi tu indah, aritu rse spt xmo bgun da.

    Sekian komen

    Xpernah
    Panjang pula komen. Hehe

  3. sedihnya lagi2 time pregnant tu.. betul tu yg sebenar benarnya pemikiran sekufu tula paling penting :( mungkin bagi org luar nmpk masalah kecil je tapi kita yg menanggungnya dan boleh memakan diri kita jgak so saddd

  4. Nk lbh kurg je suami kita. Diorg ni jenis mls nk berfikir kot, melainkan fikir hal diorg je. Mintk tlg pasang kepala gas pun dia blh jwb “x pandai nk buat”. patut klau x pndai, bljr. Ini x pndai, tp tetap xnk blaja. Dh trjadi suami kan, terima ajelah. Selebihnya ngadu kat Allah

  5. itula jenis suami pemalas. malas nk fkir malas nk serabutkan otak. tdo main game lagi best dari hari2 nk dgr bini dan ank memekak.

  6. Ye betul, pemikiran tak sekufu. Saya tengah mengalami dengan isteri saya. Tapi saya pendidikan pon dah tak sekufu. Dia belajar sampai STPM je, result hancus, ambik diploma pon tak abis. Tapi tu tak kisah sangat, masalah pemikiran tak sekufu ni parah. Saya suka buat akitiviti macam berjalan ke bercuti ke tapi setiap kali pergi dia jadi joykiller, ada je tak kena, makan sangat memilih, kedai tu kena ada vibe yang dia suka baru boleh dia makan. Struggle nak cari kedai dah hilang mood nak makan. Pastu dia takde sikap husnuzon kat orang, suka berfikir buruk. Selalu memburukkan orang lain, cakap lepas dan tak sensitif pasal perasaan orang yang mendengar. Kalau marah, habis maki hamun keluar termasuk mendoakan kematian suami, anak-anak. Mintak cerai tu selalu la, apa yang saya suruh tak pernah buat, tapi kalau dia suruh saya tak buat habis la mengungkit sampai esok. Rasa diri dia tersakiti, bernasib malang sebab kahwin ngan saya. Dia memang takde rasa hormat kat saya, rasa diri dia lebih baik, tak boleh tengok kita relaks, ada je yang dia nak marahkan. Walaupun tak pernah suruh dia buat apa2 dah, dia buat kerja rumah tapi mulut tak berhenti membebel sebab penat la, takde orang tolong la. Padahal kalau dia mitak tolong elok2, boleh je kita nak tolong. Last2 saya jadi macam suami puan, senyap je la. Ape la nasib saya. Doakan saya kawan2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *