Sekurang-kurangnya Fikirlah Berkat Markah Kita

Hi warga IIUM Confession. Terima kasih admin kalau confession saya disiarkan. Saya seorang perempuan berumur 20-an. Masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di peringkat ijazah sarjana muda.

Saya nak berkongsi pengalaman buat assignment dengan kawan-kawan yang sama selama 2 tahun. Saya biasa buat kerja assignment bersama-sama dengan orang-orang yang sama tapi perangai sorang ahli assignment ni saya boleh kata dia tak da peningkatan langsung dari first group assignment saya dengan dia sampai sekarang.

Tak respon

Bila dalam group assignment, saya tak setuju dengan sikap ‘tunggu’ kawan lain bagi arahan. Tahu tak kawan awak yang nak bagi arahan tu tak pernah melantik dirinya untuk jadi ketua atau pengarah? Kawan awak yang bagi arahan tu bukan suka-suka nak bagi arahan dan ilham tu datang secara semulajadinya. Tak, tak, dan tak sama sekali.

Awak tahu tak sebelum nak bagi arahan tu kawan awak ‘si ketua terjun’ tu kena fikir dulu gambaran keseluruhan assignment tu? Awak ingat dengan senang hatinya ke dia dapat idea tu? Allahu Akbar. Istighfar saya bila fikir pasal karenah awak ni. Okey, cerita pasal respon pula. Si dia ni memang susah nak bagi respon. Bila tanya nak bahagi kerja macammana, si dia senyap je dalam Whatsapp group.

Sampai dia jadi orang speciallah sebab satu-atunya ahli group yang akan dapat personal message. Saya nampak dia online je, tapi dia tak seen pun. Kat sini saya rasa dalam kerja berkumpulan, tolonglah give and take, bermaksud setiap ahli perlu saling memberi idea, bantu percepatkan proses assignment dan rasa yang masing-masing ada tanggungjawab dalam kerja tu. Awak tu bukan anak saya wahai kawanku, awak kawan saya. Jika awak rasa awak lemah, awak kena sedia maklum kawan awak pun ada kelemahan juga. Tolong support each otherlah atleast dalam hal-hal melibatkan kepentingan semua orang ni.

Hormatlah perasaan orang lain

Si dia ni idea pun tak memberi. Saya boleh kata si dia ni manusia bertuah sebab dapat kawan-kawan group yang penyabar dan berhikmah dalam memberi teguran. Sebab apa? Kawan-kawan si dia ni sedar yang kita masing-masing ada kelemahan dan kita sedar si dia punya capability macammana. Tetapi, si dia tak patutlah ambil kesempatan untuk keselesaan sendiri. Okey, nak ceritanya bila masing-masing dah buat part masing-masing, saya perasan si dia ni main lepas tangan je. Tak pernah nak bantu combine dan compile assignmet.

Bila kami satu group duduk bincang untuk edit kerja, dia boleh menghadap tempat lain, pergi siapkan kerja lain. Wah, wah, wah. Bila assignment sudah disubmit dan kerja tu dah selesai dan berlalu dengan panjang dengan jayanya, lepas tu si dia bersama-sama dengan wajah risaunya bertanya assignment macammana? Wah, wah, wah lagi. Tolonglah improve sikap participation awak dalam group. Tetapi seperti saya katakan, si dia orang yang bertuah. Kami masih merimanya dengan hati yang tenang.

Masa tak jaga

Si dia ni saya risau sangat pasal pengurusan masa dia. Pernah sekali minta si dia buat finishing assignment tu, malam tu pukul 12 duedate, pukul 9 malam baru dia nak buat kerja tu. Saya istighfar lagi sebab saya tahu kerja tu bukan boleh siap dalam masa 3 jam je. Kawan-kawan yang buat kerja laju pun tak mampu buat dalam masa 3 jam sayang uii. Sedangkan kerja tu dah dibahagi 3 hari sebelum tu.

Bila ada masalah mulalah gelabah dan buat kerja ala kadar dan fikir asal siap. Kerja asal siaplah yang membuatkan ahli group lain ni kecewa tau? Sedangkan si dia ni bukan student aktif university pun sampai ada kekangan masa yang dahsyat. (Active student pun tak sepatutnya lepas tangan tau dalam kerja grouping assignment)

Sebenarnya banyak sikap yang saya nak luahkan. Tapi,cukuplah 3 ni yang buat jantung ahli group dia hampir terkeluar.Buat si dia, saya doakan dia berubah dari segi mindset dan pengurusan masanya. Ada yang kata kenapa masih terima dia? Saya hanya senyum. Si dia ni kawan serumah saya, jadi saya anggap saya perlu jaga hubungan ni dengan baik. Satu lagi, jika si dia tak ada rasa sensitif terhadap rakan-rakan lain, sekurang-kurangnya fikirlah keberkatan markah sendiri. Itu je.

Saya mohon pandangan pembaca semua macammana saya nak sedarkan si dia. Saya sayang si dia atas beberapa kebaikannya namun saya perlu ubah sikap dia yang telah menjejaskan ketenangan orang lain. Terima kasih sudi membaca. Mohon tinggalkan komen positif dan membina sahaja ya <3

– Si Pembenci Penunggang Markah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *