Ceritanya begini. Aku seorang perempuan yang agak positive sebelum ni. Bagi aku semua orang baik, tak terlintas lansung dalam fikiran aku people in my circle have dark past or something yang unacceptable, yang tak boleh aku nak brain. Bila masuk university, macam-macam kawan aku Kenal. Ada yang yang baik, ada jauh tersasar. Yang suka pergi kelab malam, ada yang drug addict, ada yang tak kisah halal haram lansung, ada yang bertukar-tukar pasangan macam tukar baju. Ada yang pernah mabuk depan mata aku sendiri. Menggeletar badan aku mula-mula. Takut, takut dengan dunia yang masih penuh teka teki. Aku still cuba bersangka baik. Aku cuba tak judge manusia, aku dengar segala luahan, cerita hati yang mungkin orang lain taknak dengar. Ada yang selesa dengan aku sampai perlahan-lahan diorang ikut aku solat, suruh aku ajar mengaji. Walaupun siang belajar mengaji malam pergi kelab, bukak balik tudung, pakai balik dress pendek, aku still stay berkawan. Tapi diorang ni, tak pernah sekali pun ajak aku join diorang. Diorang cuma cerita, share masalah. Kalau pasal pernah terlanjur, tak pernah la cerita lebih-lebih. Setakat bagi tahu pernah terlanjur. Mungkin Allah nak tunjuk, selama ni kawan aku jenis baik, kebanyakan daripada keluarga yang tak bermasalah, yang jaga agama semua. Bila aku ada kawan macam ni, apa aku akan buat? Dan aku mengaku, bila aku dengar segala cerita yang aku tak pernah bayang pun boleh jadi, aku jadi lebih bersyukur dengan apa yang aku ada. Sekecil-kecil nikmat Aku cuba bersyukur.
Ada yang mencela tindakan aku. Tapi Kalau semua orang menjauh, siapa nak bantu diorang ni? disaat semangat aku lemah, aku teringat seorang sahabat. Memang kacau bilau hidup dia, family entah kemana. Tapi bila boyfriend dia ajak kahwin tapi taknak masuk Islam, dia mengamuk sakan. Katanya, neraka la tempat orang yang tak percaya wujudnya Tuhan. Aku tergamam, aku tak berani nak cakap macam tu, tapi dia berani. Ada lagi pegangan agama yang melekat didada walaupun senipis kulit bawang. Sekarang alhamdulillah dah berubah dah. Dah kahwin dah, suami dia pun dah masuk Islam. Aku percaya kawan aku boleh berubah. Aku terus percaya pintu hati kawan aku akan terbuka.
Tapi satu hari, aku dipertemukan dengan seorang lelaki. Satu group assignment, biasa la kawan-kawan kan. Nampak baik. Tapi bila dia dah start cerita pasal kisah silam dia, sebab dia tahu aku jenis tak kisah, aku tak boleh nak respond. He was so into sex that it becomes addiction. Maaf, mungkin bukan cerita yang baik tapi ni la hakikatnya, realiti anak muda sekarang. Dia cakap dia nak berubah, Dia nak tinggal dunia lama dia. Aku cuba tolong dia, nasihat dia walaupun setiap kali dia contact aku, aku rasa takut ya amat. Dia budak yang ada pendidikan agama. Aku mengucap untuk kesekian kalinya. Dia cerita lagi, ramai ja kawan-kawan lain yang macam dia. Banyak lagi cerita yang buat aku mengucap panjang tapi aku dengar jugak. Berharap ada juga ruang untuk dia berubah. Tapi aku memilih untuk undur diri lepas dia cakap ” okaylah Kalau taknak jumpa, saya bayang je la, pakai baju kurung setiap hari pun saya boleh bayang” . Astagfirullah, aku tak sangka sampai macam ni. Maruah aku macam dipijak-pijak. Aku boleh dengar masalah orang tapi bila melibatkan diri aku, aku tak cukup kuat.
Sebab takut, setiap kali dia ajak jumpa, aku bagi alasan padahal kelas sekali kot. Gigih aku datang kelas lambat sebab aku nak duduk hujung kelas, taknak bagi dia nampak aku. Aku suruh dia minta tolong ustaz, atau kawan lelaki lain. Aku tak mampu nak tolong. Benda macam ni aku tak mampu nak tolong. Dia menangis, mengamuk, dia kata nak berubah tapi susah. Tak pernah berjaya drpd dulu. Dia sedar benda ni salah tapi dia tak boleh. Aku cakap aku nak kahwin dah, jangan kacau aku dah. Terpaksa tipu sebab dia jenis suka mendesak. Dia tak henti-henti kacau aku sampai aku terpaksa minta tolong sepupu aku menyamar jadi bakal suami ( drama sangat ) jumpa dia, jangan kacau aku dah. Lepas beberapa Kali kena warning, akhirnya dia stop. Sepupu aku hampir nak report polis.
Ya aku memang tak kisah. Aku cuba berkawan dengan semua tapi kalau melibatkan diri aku, melibatkan maruah aku, keselamatan aku, pegangan agama aku, aku tak boleh. Nak berkawan boleh tapi ada batas yang aku jaga supaya aku berada di jalan yang betul. Ni niat nak tolong orang, tapi last-last aku yang sesat. Aku kena kuat. Kalau cakap nak berubah sekadar cakap meraih simpati, tapi lansung tak ada keinginan nak berubah, macam mana aku nak tolong? Tugas aku sebagai sahabat adalah menasihati dan mengajak kearah kebaikan.
Maksiat ni menghitamkan hati. Makin lama Kita terjebak dengan maksiat, makin susah nak berubah. Sampai tahap, segala kebaikan Kita pandang dengan pandangan kejahatan, penuh nafsu. Walaupun urusan biasa kehidupan. Bila kawan cakap nak belajar sebab nak exam, Kita fikir dia acah-acah rajin je. susah nak fikir positive sebab hati semakin hitam. Susah cahaya kebaikan nak tembus.
Aku bukan nak menilai manusia. Hidayah milik Allah, pengakhiran manusia juga hanya Allah maha mengetahui. Tapi sepanjang aku berkawan dengan golongan bermasalah, orang yang buat maksiat, berzina paling susah nak berubah. Ada yang pernah mengaku, selalu sangat buat benda tak elok setiap Kali jumpa, sampai dah jadi macam rutin. Setiap Kali jumpa mesti nak jugak even sikit. Sampai hati dah tak rasa benda tu salah, berdosa. Paling bahaya bila dah ketagih. Rasa nak berubah tu ada tapi susah nak control diri.
Tak mustahil untuk berubah. Tapi jangan pernah putus harapan. Bila dah niat nak berubah, hati kena kuat. Kalau rasa tak boleh kawal diri, selalu baca al-Quran. Kalam Allah selalu ada untuk melembutkan hati. Biasakan diri beristigfar, jangan menyendiri, cuba sibukkan diri. Yang penting niat. Kalau niat betul-betul nak berubah, Insya-Allah dipermudahkan. Jangan sekadar alasan, kerana tak ada seorang manusia pun yang mampu tolong. Berubahlah, selagi masih bernyawa. Selagi belum terlambat. Andai nyawa terpisah drpd jasad, tiada lagi peluang kedua.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit