Selagi Boleh Usaha, Usahalah

Hai semua. Terima kasih admin siarkan confession ini. Hehhe berbaloi la tulis panjang-panjang ni. Saya nak share dengan uolls detik jatuh naik dalam bisnes.

Saya sangat suka pakai mekap. Mostly, duit-duit saya banyak dihabiskan utk beli alat mekap. Masa tu masih belajar dekat matrik. Tiap bulan saya akan spend duit elaun utk beli mekap. Entahlaa, addicted sangat.

Lepastu instead of buying, saya pun nak la try jual jugak kosmetik tu. Saya bermula dgn dropship, tapi jual dekat budak budak matrik jer. Sebulan bolehlaa RM100. Cukuplah utk saya tambah koleksi mekap yg lain.

Bila habis matrik, saya terfikir nak kerja apa. Sebab saya bukannya asal orang senang pun. Nak tu mintak dgn mak, nak ni mintak dgn ayah. Tak, memang dari kecik diajar nak apa apa kena usaha sendiri.

Lepastu cuti byk bulan sebelum daftar uni, saya buat bisnes online. First time buat bisnes online. Basic pasal bisnes kosong. Memang tak tahu apa apa pun. Yang saya tahu saya nak jual barang saya. Thats it. Saya start promote dlm fb dgn ig, seminggu krik krik. Dua minggu krik krik. Saya hampir fed up. Rasa nak give up. Tapi cepat cepat ingatkan diri balik the big why saya buat bisnes. Saya nak senangkan hidup mak ayah saya. Paling saya nak buat ialah bawak mereka tunaikan haji.

Masa tu followers ig pun tak sampai seratus pun. Sebulan iklankan produk, saya dapat 2 org sahaja customer. Dan mereka itu kawan dan sepupu saya. Agak sedih. Kemudian saya rasa alat kosmetik yg saya jual tak dapat sambutan(padahal saya yg tk reti marketing lol). Then saya tukar pulak buat bisnes baju. Masih sebagai dropshipper. Bukan tak nak pegang stok, cuma saya takde lesen lagi. Modal pun tak besar. Alhamdulillah tuhan dengar coretan saya, bila jual baju tu ramai customer pm saya. Ya allah,customer inbox saya tanya pasal baju tu pun saya dah excited sgt sgt. Even diorang tak beli pun.

Tapi harga sehelai baju tu mostly beratus. Maybe sbb harga yg buat diorang tak mampu. Saya pun tukar bisnes kpd handbag dari china pulak. Yang ni memang tak tipu, ramai sgt yg wasap dan ramai yg order sekaligus. Alhamdulillah rezeki drpd Allah.

Tapi barang lambat nak masuk malaysia, dekat 2 minggu baru smpai ke tangan customer. Most of them, marah saya. Ada yg nak refund balik duit. Ada yg cakap saya penipu. Sedangkan wallahi taala klau saya terdesak sekalipun, tipu duit org tu bukan saya.

Sbb rasa macam tak boleh nak hadap layan customer, saya pun tukar buat bisnes baju balik. Tapi baju baju ni harga bawah RM30 je. Sekali promote pasal baju, berpuluh wasap masuk. Pernah smpai 50 chat sekaligus. Tak cukup tangan nak reply.

Btw, followers ig saya pun dah almost 3 ribu. Banyak customer yg saya dapat from ig. Alhamdulillah, dah tertulis semuanya utk aku. Hingga ke hari ini, masih aku sibuk melayan karenah customer aku. Ada yg wasap tanya panjang panjang, bila kita reply dia senyap. Ada yg smpai marah marah jika barang sampai lewat sedangkan pihak poslaju yg sepatutnya bertanggungjawab. Entah, mgkin utk rasa sesenang hari ini terlalu banyak yg aku sudah lalui. Diherdik, dimaki, dimarah itu mungkin sudah biasa. Sedangkan aku juga ada hati perasaan jugak.

Berkat kesabaran itu jugaklaa aku boleh rasa kesenangan ini. Insyaallah aku masih menyimpan duit utk bawak orang tua aku menjadi tetamu di rumah Allah. Doakan aku ye semua

– Elle

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit