Assalamualaikum. Selamat Hari Bekerja Sedunia. Aku salah seorang individu kehilangan pekerjaan sejak perubahan pimpinan kerajaan Malaysia di mana agensi aku telah dibubarkan sejurus sahaja selesai Mesyuarat Kabinet yang pertama melalui pengumuman di Sidang Akhbar pada 23hb Mei 2018 oleh YAB PM.
Maka bermulalah episod aku dan kawan-kawan yang lain ke hulu ke mari apply kerja,walk in interview demi kelangsungan hidup. Yang menyakitkan hati,panel temuduga lagi berminat untuk tahu gaji bekas ceo aku dari pengalaman keje aku (ada cerita disebalik pembubaran ni, lot of story to discover). Then tanya my expected salary berapa.
Aku sedar diri even i put my expectation lower than my six years experience pun mereka kata apa. “you kan dah kena terminate, tak payah nak demand gaji sangat lah”. Entahlah, aku pun tak tahu nak measure apa lagi. Aku ada enam tahun pengalaman kerja di sektor kerajaan dan swasta dan juga merupakan lulusan Sarjana Sains (Statistik) demand untuk RM3k salary dianggap not relevan? Serius lah? Then aku tanya berapa you can pay me? They dont answer it.
Itu belum lagi kisah panel tanya dah kawin belum? Dah ada anak ke? Boleh kerja outstation? Seriusly status or gender mainkan peranan dizaman 20 century ni. Cakap bukan main pung pang pung pang, kita akan perkasakan wanita, kita akan memberi hak kesaksamaan kepada wanita. Kita akan bantu, kita akan bla bla bla.
Owh ye sebelum ada yang komen,kenapa tak try direct selling. Hmm macam mana nak cakap ehh, not everyone good in communication skill. Mulut manis, pantang jumpa orang. Cakap tak berhenti, tak pun tiba2 kawan tadika kau whatsapp tanya khabar. Last2 nak promote product dia. Aku salute orang yang buat direct selling nih.
But again not everyone are born to be in that field. Ye lahh, kalau semua orang duk benci Ustaz Madi. Akan ada sorang yang sayang dia which is Aisyah. Sebab dalam hidup ni kita akan sentiasa diberi pilihan dan pilihan kita tak semestinya sama dengan orang lain. Ikut keselesaan kita. Aku pernah cuba tapi gagal,nak post gambar tupperware kat story pun seribu kali pikir. Haa lagumano gitu?
So berbekalkan elaun mencari pekerjaan dari perkeso aku meneruskan hidup. Syabas PERKESO kerana keluarkan salah satu skim yang bagus iaitu Skim Insuran Pekerja (SIP). Haa korang cek slip gaji ada potongan SIP tak, tak tahu SIP tu apa?
Ada satu masa tu aku segan nak call mak abah sebabnya aku xmampu nak bantu dorang. Ada tu dah bukak favourite contact, nak call tapi back balik. Terus tak jadi call, takut mak aku tanya dah dapat kerja belum. kalau adik whatsapp pun aku dah risau takut dia nak guna duit sebab sebelum ni aku bagi duit sekolah dia. Entahlah nak cakap apa akan jadi dengan masa depan. Aku rasa buat apa belajar tinggi2,bukan ada kerja. Baik aku habis spm kerja terus, tak susahkan orang.
Even statistik pun mengatakan jumlah pekerja mahir adalah seramai 98k compare dengan jumlah siswazah dalam tenaga buruh seramai 180k. Maksudnya adalah kebanyakan daripada graduan ni kerja in middle or lower skill. Pastu bila nak capai negara maju? Tahun depan dah oi 2020. Itu belum lagi amik kira bayaran gaji yang rendah. Macam mana produktiviti pekerja nak meningkat kalau pekerja tu sendiri tak dihargai? Mana pihak kerajaan, apa inisiatif korang?
Korang nampak apa perubahan yang kerajaan baru dah buat? Aku tak nampak even habuk pun ke korang pun rasa benda yang sama? Setakat kuatkuasa merokok 300meter tuu? Dua minggu je kot duk kalut, last2 orang tak kisah dah pun, tukar warna kasut sekolah dari putih ke hitam or rebranding insentif2 yang sedia ada. Apa yang korang dapat? Aku BSH pun tak dapat. Malah dulu aku merupakan pembayar cukai yang sangat baik, semata-mata untuk tujuan pembangunan Negara.
Maka, tolonglah urus tadbir Negara dengan baik. Sila jangan syok sendiri dan biarkan rakyat gologan marhaen seperti kami semakin merempat dan hilang jatidiri sebagai rakyat Malaysia. Kepada yang berkenaan, terima kasih atas hadiah yang tidak ternilai dan kerana anda aku MENGANGGUR!
– Yang Patah hati
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit