Hai Orang Single..
Sebelum aku pergi jauh, aku nak buat pengakuan, tulisan ni memang titipan khas buat orang single menempuhi tahun 2025.
Haha, korang fefeling special tak dapat perutusan khas dari aku? Tak kisahlah single laki ke perempuan ke. Orang tak single nak baca pun boleh.
Ni sesaje aku tulis sebagai peringatan untuk diri sendiri dan mungkin bermanfaat untuk orang lain. Btw, tahniahlah sebab kita berjaya renew lesen single ke tahun 2025.
Aku Gohan, dulu-dulu ada juga la hantar penulisan ke sini, tapi sekarang dah malas. YTJT la senang cerita. Fast forward, aku masuk gang umur 40++ dan yes, aku single.
Oh, anyway, aku minta maaf sesiap la kalau penulisan aku ni macam bebudak wechat (ada yang komen kata gitu), yelah, dah memang gitu style aku, sampai jadi nenek pun macam tu jugalah gaya menulis nya. Nak tulis macam Shahnon Ahmad, Pak Samad, belum mampu.
Kebelakangan ni banyak sangat lalu lalang cerita curang sana sini, dan paling tak best bila babitkan istilah penyondol dan penyondol tu pula ada yang gang single macam aku.
Nature kerja aku pun sebenarnya banyak berurusan dengan orang lelaki, tapi kitalah kena set batasnya kan. Nak berbual boleh, nak melawak boleh. But never to lawak2 lucah.
Aku kalau pergi site pun dengan rakan sekerja, habis kerja terus balik. Taklah merewang pergi lunch/ dinner/ minum petang melainkan pergi ramai2.
Kadang2 rakan office balik lambat sikit sebab saje nak pergi karaoke/ tengok wayang ramai2 pun aku tak pernah join, aku rasa sebagai single ni, mudah sangat fitnah tu berlaku. Jadi aku memang jaga. Tapi kadang tengok gang isteri /suami orang ni lebih galak pula. Tapi… lantaklah. Tak kuasa aku fikirkan.
Kawan2 aku pun ada yang single dan sibuk bercinta dengan suami/isteri orang. Kalau nasihat pun, Japgi putus dengan lelaki A, bercinta pula dengan lelaki B. Gitulah. Pusing2 macam tujelah pilihan hidup dia. Cita-cita dia pun memang nak jadi part time wife aje katanya. Taklah ngadap laki tu hari-hari.
Adoi! Aku tak tahulah korang yang pergi bercinta dengan suami orang tu dah kenapa, apa boring sangat hidup kau tak ada mende yang thrill ke? Kalau takde, mungkin dah boleh fikirlah benda lain yang lagi bermanfaat untuk dibuat.
Mungkin boleh ko fikirkan untuk cari hobi agar hidup lebih thrill. Maksud aku hobi tu bukan macam karangan zaman sekolah hobi saya kumpul stem ye. Bukan juga benda masa lapang ko buat iaitu marathon drama korea dari balik kerja sampai malam ,pastu ko ulang benda sama tiap hari. No no no.
Hobi tu macam, ko pergilah join hiking ke, kutip sampah tepi pantai ke, ini kalau ko sejenis outdoor. Kalau sejenis kaki buku, joinlah group bedah buku Ramli Awang murshid ke, Hlovate ke.. Boleh buat Book Shop hopping lagi. Lepas tu ko isi masa betul2 baca buku2 yang ko peram kat rak buku tu.
Ye aku tau, banyak kan buku ko beli. Kalau ko tak de hobi ni, mulalah hidup ko bila bosan, asyik mengenang nasib aje.
Ko masuk group kawan2 sekolah, mulalah ko baca cerita kawan2 yang bersalin lah, kawan hantar anak masuk darjah 1 la, kawan yang minta doakan anak nak spm la. Ko pun mulalah rasa insecure sebab ko takde semua tu. hmmm tu lah masalahnya…
Aku bukan suruh ko putuskan hubungan dengan kawan2 ye, tapi carilah kawan baru dengan minat yang sama.
Mana ko nak jumpa kawan baru? of coz dengan ko rajinkan diri join group2 hobi/ kursus baru. Punyalah banyak benda dalam dunia ni ko boleh buat, nak masuk kelas baking ke, nak join kelas bertukang ke, kelas tanam pokok ke, buat crochet ke.. Eh macam2 kelas ada.
Mungkin la mula2 tu rasa segan if ko sorang2, but semua orang pun sama macam ko. Kita masuk kelas, dan akan jumpa kawan baru. Ada rezki, jumpa orang yang ngam. Dari asalnya gang hobi, boleh jadi gang travel ke, gang cari makan ke. Mengembang bersama! Gitulah. Entah2 ada jodoh korang kat group2 ni. Manalah tauuuuu
Yang whatsapp group kawan sekolah tu pun kita masih simpan, masih berkawan macam biasa. Raikan je kejayaan or apa2 cerita kawan2 kita tentang anak mereka. Tak perlulah overthinking sangat menunggu ‘bilalah agaknya turn kita’. Jangan juga jadi joy killer. Relaks2 sudah.
Kalau sejenis introvert, tak ape. Ko mulakan join short courses ke, apa2lah training secara online. Dengar talk, join kelas menjahit online, kelas memasak online.
Aku pernah join kelas jahit telekung online percuma. Random betul hahahaha. Sekarang ni macam2 kelas online ada. Ko tak perlu pun jumpa orang. Ni aku bagi bonus beberapa platform yang ada kursus online percuma. Some of this courses dapat sijil daripada universiti luar negara macam monash la, cambridge la.. Macam2.
Aku suka join topik2 kursus random je, haritu aku join topic tentang kebakaran hutan lah, tentang digital marketing, tentang autism la. Ni semua aku buat sambil2 je. Dah banyak sijil aku dapat dari online courses platform ni.
Korang kalau tahu platform lain, share la kat ruangan komen. Korang google FutureLearn, ini yang free bersijil, korang kena pilih yang bertanda ‘free digital upgrade’ baru dapat sijil nya lepas habis kursus tu. Ada platform Cousera juga, dan ada juga WHO free courses.
Kat platform ni semua free laa tapi banyak topik perubatan. But, menarik topik dia macam panduan CPR, bagaimana kenali dekati insan autistic, kursus cara nak set up kilang rokok pun ada.. Hahaha random kan.. macam2 wei…
Kalau rajin, boleh juga attend short courses percuma atau murah2 je dekat kolej komuniti, MARA, ada kursus buat tempe dekat jabatan pertanian, kursus haji dekat masjid. Kursus graffiti, Macam2 ada. Kursus canva, kursus AI… macam2 lah sebenarnya.
Pendek kata, peluang single ni hanya sekali, inilah masanya ko sibukkan diri dengan macam2 benda. Bukan mengeluh mengenang nasib, apatah lagi menyondol. Yang mana merokok, boleh berazam berhenti merokok, yang mana nak kurus, boleh berazam hobi jogging senam bagai supaya dapat kurus.
Itulah hikmahnya jadi single. Life ko, ko yang tentukan. Tak perlu pun minta izin sesiapa kan. Rajin tak rajin je. Rugi tau masa single ni ko tak cari ,tak teroka, tak explore apa kekuatan ko ada, apa bakat ko ada, apa kehebatan ko sebenarnya. Takkanlah bakat terpendam ko hanyalah tak tidur 20 jam marathon drama bersiri? Come on! We can do better.
Drama2 ni boleh letak tepi dah, nak tonton pun pilihlah yang bermanfaat, sekadar drama cintan cintun, rampas isteri orang, kahwin paksa ni, sampai kiamat pun ada je keluar yang baru. Dan sampai kiamat pun takde penyelesaian. Baiklah tonton drama tentang peguam ke, tentang perubatan ke, drama tentang ketenteraan ke, dapat jugalah ilmu2 sampingan sikit2.
Aku bukanlah nak bash kaki drama ke apa ke, cuma.. hmmm you are what you eat, you are what you read, you are what you watch..
Senang cerita, kita kena fikir apa yang kita feed diri kita setiap hari. Taklah nak kata kita ni kena tonton Forum perdana ehwal islam 24 jam, but, berpada-padalah memilih hiburan untuk tontonan kita. We are getting old day by day tau.
Kepada gang single yang duduk dengan parents (jaga parents… ke parents yang jaga aku ea?), sama2 kita berdoa agar kita kekal sabar.
Ye.. aku faham wei perasaan tu kan. Takpe, sabar. Kumpul pahala. Ikhlaskan diri. Sesekali me time lah, me time tu tak mesti pergi jalan2 ke Paraguay, jalan ke Petaling street pun kira ok lah tu. Asalkan ada masa untuk diri sendiri, berhobi a.k.a me time macam orang sekarang kata.
Ambil sebanyak mana peluang boleh bersama ibu bapa. Nikmat solat berjemaah bersama, nikmat masak bersama, nikmat makan bersama, nikmat jogging bersama, nikmat tonton movie di rumah bersama… nikmat membawang, nikmat tolong ambilkan serai bila nak masak… nikmat gaduh bersama..
Eh! Macam2lah nikmat ni… ni semua akan hilang dengan pemergian mereka (aku rasa tak dapat bayang macam mana nak hadap situasi ni).
Btw, Makcik pakcik aku pun dah tak de tanya2 aku bab kahwin, sebab dorang tengok aku busy join kelas itu, hobi ini. Jadi kalau jumpa makcik pakcik kat kenduri pun, mereka biasanya tanya ‘eh, haritu join kursus anyaman kan, nanti bolehlah tolong anyamkan bakul untuk auntie’ kiranya skrip gitulah.
Aku pun malu2 kucing (padahal malas) jawablah, ‘ala auntie, baru sekali je join, belum tere lagi. Dah pandai nanti insyallah.’ Seriously, once ko ada benda dalam hidup yang menarik (selain daripada kahwin), memang orang tak tanya pun pasal kahwin dah.
Orang nampak ko sibuk, ada banyak benda ko buat. Benda ko buat tu jauh lebih menarik dari persoalan jodoh tu. kalau ko suka travel, dorang tanya mana nak pergi, negara Zimbabwe dah pergi ke belum. Kalau ko join baking class, dorang tanyalah panduan nak roti gebu ke apa ke.
Apa2 hal, ko layankan je berbual makcik pakcik ko tu, berbual sampai bulan la senang cerita. Asal tak masuk topik kahwin udohler.
Kalau masuk pun, ko jawab jelah ‘ tulah, tengoklah kalau ada rezki Allah bagi’ . Makcik Pakcik ni, esok2 lusa, tua, kalau tak nyanyuk, meninggal dunia. Jadi, apalah sangat sekadar berbual sekali sekala time raya tu. hadap jelah.
Akhir kata, pilihlah menjadi single yang bermaruah. Pilihlah jadi dewasa yang layak dicontohi. Tu je pesanan aku, sebab at the end of the day, akhirat yang kekal abadi.
Kita semua nak masuk syurga, ko single ke, married ke, janda ke, duda ke, tetaplah ko nak masuk syurga. Apa2 tindakan pun pilihlah yang selamat di sana.
Tu je sebenarnya aku nak pesan.
Oklah.. aku gerak dulu. Maaf salah silap dari awal dulu2 penulisan aku, hinggalah yang kini. Kot ada yang menyakitkan hati sesiapa.
P/s 1: kepada gang2 otai single umur 50 60 ke atas, mehlah share tips2 kekal tenang menjadi single. Manalah tahu ada yang dapat manfaatnya. aku plan renew lesen single 10 tahun terus ni.
P/s 2: kalau tetiba gang single2 ni nak berkahwin, kahwinlah. Tapi tolong hati2. Banyak sangat kawan2 aku dah terkena, terkahwin lelaki gay. Ada perkahwinan seminggu, ada 3 bulan, macam2 ada. Ni kalau rajin, aku cerita lain kali la.
P/s 3: btw, yang nak tahu update terkini, nyonya mansur dan pak jebon masih hidup lagi di mahligai mereka, belum kena panah petir lagi nampaknya, Ida pula anak dah 5 ke 6.. Aku pun tak mampu track rekod bersalin dia. Ida siap namakan salah seorang daripada anak dia, nama Gohan tau hahaha. YTJT la senang cerita. Haha..
Assalamualaikum..
– Gohan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit