Selamat Tinggal Si Kurap

ringworm atau dalam bahasa lainnya kurap. mesti dalam kalangan kalian ada penghidap penyakit paling dibenci ni kan. bagi sesiapa yg tak kenal kurap tu apa , meh nak kasitau. kurap tu adalah sejenis penyakit yang amat gatal bila digaru. lagi digaru lagi gatal. dia timbul biasanya dalam bentuk bulatan (sebab tu dipanggil ringworm kot ) dekat atas kulit kita. dan berwarna merah ke merahan. ok. nak tau lebih lanjut mcm mana rupa dia boleh google. confession ni dibuat utk kongsi apa yg aku buat utk hilangkan penyakit durjana ni setelah bermacam macam cara aku buat sehingga aku jumpa satu petua ni. aku taknak share personal kang kalau aku share personal kang kantoi lah aku ada kurap. jatuh la saham oi. haha

tak silap aku ,dua tahun lepas , aku dapat penyakit ni. mula mula gatal biasa dan lama kelamaan timbul bintik merah dan berbentuk bulatan. pegi klinik, mcm biasa. doktor cuma bagi ubat sapu dan ubat makan. bagi sesiapa yg pernah/sedang hadapi penyakit ni mesti tahu mcm mana kan. kita makan berpapan papan dan sapu ubat berbotol botol dia (refer as kurap ) tetap datang balik. hilang seminggu datang balik. hilang sebulan datang lagi. haih. ( okay , aku tak salahkan doktor/klinik/hospital/pakar yg aku jumpa cuma aku tak paham kenapa dia degil sgt nak hilang ) . ok. sambung. lepas makan ubat dan sapu ubat tak jalan jugak, aku google cara nak rawat kurap.

bermacam macam cara aku jumpa petua yg mereka kongsi. paling aku tak tahan petua ialah jirus clorox dekat tempat kurap tanpa basuh. haha. aku buat wei. malangnya tak menjadi. nasib baik kulit aku masih elok sampai sekarang. inshaallah. lepastu bermacam macam petua aku ikut antaranya ialah sentiasa keringkan tempat terkena kurap, basuh pakaian dengan air panas, mandi pantai, pakai losyen sentiasa dan macam-macam lagi. malangnya semua tak menjadi. sedih.

oh. ada satu lagi petua yg aku ikut. petua ni boleh tahan lah. bawang putih. kandungan yg terdapat dalam bawang putih tu merupakan anti kuman .jika kita pecahkan bawang putih , akan terdapat cecair yg dinamakan Allicin. cecair tu yg akan membunuh bakteria yg menyebabkan kegatalan. lama juga aku guna. boleh dikatakan hari hari. dan hari hari jugaklah bilik aku berbau bawang putih. haha. setiap kali gatal aku akan pecahkan bawang putih dan garu bersama. samada di punggung, kemaluan dan juga perut. tepi kepala aku wajib ada bawang putih sebab selalunya masa tidur malam kuman ni aktif berlari. bila garu bersama bawang putih dia akan hilang gatal.

ada juga petua aku cuba iaitu balut hirisan bawang putih dekat tempat kurap dan biarkan semalaman. tapi malangnya tak sampai 3 jam aku dah tanggal. pedih sangat. aku lakukan dalam 2 3 jam sahaja. kesannya memberangsangkan. tapi sampai bila. aku perlu bekerja, dan takkan aku nak usung bawang putih pergi ke tempat kerja. kang berbau satu ofis. haha.

walaupun bawang putih berkesan untuk hilangkan gatal seketika , kesan merah dan bintik yg timbul tetap ada. entah mcm mana masa tengah bekerja gatal dia tak boleh dibendung, aku terfikir, kenapa tak aku cuba search cara rawat kurap dlm bahasa inggeris. kot2 omputih lebih pakar dalam rawatan ni. aku pon search *treatment for ringworm* dan alhamdulillah jumpa lah aku petua yg berkesan iaitu menggunakan APPLE CIDER VINEGAR/SARI CUKA EPAL. cara cara yg aku buat ialah lumurkan cuka epal dekat tempat jangkitan dan biarkan. buat dalam 2 3 kali sehari.

jgn lakukan dalam bilik, dalam ofis atau tempat tertutup kerana cuka ni berbau masam yg kuat. lakukan di tempat terbuka seperti di luar rumah atau di bilik air. disebabkan bekerja , aku lakukan rawatan pada hujung minggu sahaja. pagi selepas mandi, petang dan malam sebelum tidur. alhamdulillah. walaupun dilakukan pada hujung minggu sahaja , gatal berkurangan dan bintik kemerahan juga hilang.

selain itu, rawatan cuka epal ni juga membantu memulihkan kulit kita juga. disebabkan terlalu asyik menggaru kulit akan jadi mengelupas. dan dengan menggunakan cuka epal ini, kulit yg menggelupas hilang dan kulit jadi cantik seperti biasa. alhamdulillah. inilah kisah aku merawat kurap durjana. sekarang ni kulit aku cantik seperti biasa. alhamdulillah.

tujuan aku share ni sebab setiap blog yg aku baca ramai yg komen hadapi penyakit ni. sembuh seketika dan ianya datang semula. jadinya aku harap dgn petua yg aku jumpa dan kongsi ini semoga bermanfaat untuk semua. setiap penyakit ada ubatnya. dengan izin Allah pasti akan sembuh. selamat mencuba. terima kasih

– cik lada

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit