Selamatkan Rumahtangga

Aku N, suami aku Ahmad dan dia Chrysanthemum. Aku singkatkan pengenalan dengan bukan nama sebenar kami.

Aku dan suami sudah enam tahun berkahwin dan masih belum diberi rezeki anak. Aku pernah berbincang soal anak dengan suami, tapi dia kata dia masih belum sedia untuk menjadi seorang ayah. Beza umur kami ialah enam tahun.

Sebelas tahun kami tinggal diborneo. Dari zaman universiti aku kenal suami sewaktu dia houseman dan kini menetap di rumah sewa dengan seekor kucing.

Aku suri rumah sepenuh masa dan mempunyai business kecil-kecilan. Suami aku juga ada beri wang cuma tidak menentu.

Ada bulan dia beri RM5k, ada bulan dia tak dapat beri, ada bulan dia beri RM500. Aku tak pernah tetapkan jumlah berapa dia harus beri.

Dari awal kahwin suami amanahkan aku pengang kad bank utama dia dan 2kad kredit untuk belanja. Suami akan audit perbelanjaan tiap bulan. Jadi aku hanya guna kad dia bila perlu sahaja.

Sejak suami naik pangkat dan business aku juga membaik, kami diuji dengan kuat.

Awalnya aku tak berkira bila suami tak beri wang bulanan seperti biasa sebab aku juga ada duit sendiri. Hari makan minggu, minggu makan bulan. Tahu-tahu dah setahun suami berhubung dengan Chrysanthemum bermula dari omi.

Chrysanthemum seorang guru kafa pedalaman dan sampingan jual biskut raya. Bapa dia juga seorang guru dan dari keluarga agak susah. Rupanya duit suami aku banyak derma kat dia selama ini. Macamana aku dapat info?

Perempuan kalau nak tahu, sekejap je. Lebih-lebih lagi firasat seorang isteri. Selain no pin bank, phone dan socmed suami semua aku ada.

Sebenarnya aku tak berapa terkejut sebab perkara ni aku dah hadap berulang kali. Kalau AA sebelas kali, aku yang 6 tahun ni pun lebih kurang rasanya. Bukan Chrysanthemum seorang. H, N, A, S, name it, semua huruf ada.

Haha, orang semua mungkin akan kecam aku dan cakap aku bodoh. Ye. Aku tak bijak bab ni. Aku sayangkan suami dan aku masih rasa disayangi suami.

Bukti suami sayang? S*ks kami masih baik. Nafkah zahir walaupun suami tak beri wang, aku masih pegang kad-kad dia. Cuma aku yang bodoh jarang guna kad dia. Aset dan harta dia ada nama aku.

Tiap kali pergi dan balik kerja kami masih peluk cium dan salam macam biasa. Tiap tahun kami bercuti tempat yang istimewa.

Dalam ramai-ramai kenapa aku cerita tentang Chrysanthemum? Sebab dia yang paling latest dan dia paling tak putus asa nak kan suami dengan ayat, selagi tak ceraikan aku jangan cari dia.

Ye, dia minta suami aku ceraikan aku. Dan dia juga lah yang aku dapat tahu guna ilmu tak baik. Ini sisi gelap sesetangah orang borneo pedalaman yang pasti akan kena kecam lagi bila aku cerita, haha.

Kenapa tak bercerai? Aku dah cuba. Suami juga beri kerjasama datang kaunseling semua. Tapi dia tetap tak nak lepaskan aku. Aku ada buat aduan gangguan rumah tangga di Jabatan Agama Negeri S****. Tapi terkejut juga aku bila akta tu tak diguna pakai disini.

Prosess nak bercerai ni susah dan panjang. Pegawai jabatan agama juga tak membantu, lewat datang waktu temujanji kami, main phone waktu sesi kaunseling dan banyak hal lagi.

Aku juga tak cukup sebab untuk tebus talak. Penyudahnya kami masih berbaik dan macam orang bercinta balik. Macam-macam juga suami cuba pujuk aku.

Kenapa tak izinkan poligami? Mudahkan mulut orang sebut. Aku tak tolak poligami. Tapi aku sendiri yang tak rela. Dari kewangan, suami mampu tapi ada hal yang aku tahu dia tak mampu.

Kalau suami yang nak poligami, aku izin. Tapi dengan lepaskan aku dulu. Pergilah dengan bahagia baru dia. Dan poligami lah dengan yang lain lagi. Aku tak nak terlibat.

Sekarang suami pilih aku. Bukan aku yang merumitkan keadaan. Tapi siapa lagi yang nak jaga aku kalau bukan diri sendiri.

Macamana aku tahu ada ilmu tak baik? Sebelum bulan puasa baru ni, aku balik kampung ziarah kubur arwah nenek sebab tiba-tiba mimpikan dia.

Nak jadi cerita, rumah pakcik aku berhampiran. Jadi aku suami dan mama singgah rumah pakcik. Pakcik aku salah seorang imam masjid kampung dan bekas perawat islam. Sekarang anak dia yang sambung kerjaya tu.

Mama awalnya minta pakcik doakan aku supaya diberi zuriat keturunan. Pakcik aku scan aku dan suami. Dari situ pakcik dapat tahu ada belaan orang yang cuba laga-lagakan kami suami isteri.

Pakcik cuma sebut tempat asal makhluk tu, dari situ aku syak Chrysanthemum. Mungkin juga perempuan lain. Wallahualam.

Kami suami isteri berubat waktu itu juga dan pakcik berikan kami air bacaan yasin dan doa-doa perubatan. Kami dah pun habiskan.

Perubahan? Entahlah.. Macam yang aku cakap, suami dengan aku baik-baik sahaja. Gaduh kecil biasa tu ada. Tapi kami mesra dan manja macam biasa balik.

Perkara ni juga tak buat aku terkejut sebab sewaktu aku di borneo juga aku pernah ditegur seorang makcik kat pasar tamu. Makcik tu suruh aku dan suami pergi berubat sebab ada benda yang tak baik.

Aku tak berubat dengan makcik tu, aku pergi sendiri pusat pengamal perubatan islam tanpa suami. Ustaz tu juga cakap benda yang sama.

Cuma aku juga tak berubat dengan ustaz tu sebab aku rasa pelik bila dia minta bayaran sama harga seekor kambing seolah bayaran dam untuk seekor yang dibuang. Waktu tu ustaz tu cakap ada tiga ekor.

Tapi waktu berubat dengan pakcik aku dia cakap ada dua. Seekor lagi aku dapat dari jalan dan dia hanya mengikut aku jalan-jalan. Haha.. Aku beri duit ehsan raya je dekat pakcik aku, tak lah sampai harga seekor kambing.

Jujurnya aku sayangkan rumah tangga aku. Umur aku bukan muda lagi untuk mula dari awal, aku penat. Banyak juga perancangan masa depan kami yang dah kami bayangkan sama-sama belum tercapai.

Aku tak tahu sampai bila aku kena hadap perangai suami yang satu ni. Aku cuba baiki kekurangan aku, dan suami juga dalam usaha perbaiki kekurangan dia.

Tiap kali baca confession berunsur orang ketiga, aku jadi takut untuk baca ruang komen bila ramai suruh cerai. Bila dah hadapi sendiri baru faham. Bukan mudah.

Kalau ada prosess cerai yang mudah, mungkin sebab dah memang takdir dia sampai situ. Aku masih sayangkan suami dan suami masih sayangkan aku sebab itu cerai susah buat kami.

Kalau ada yang cakap aku sedang siksa suami atau aku bertahan sebab nak hidup senang sahaja. Tak. Tanpa suami juga hidup aku memang dari keluarga yang selesa. Aku tak siksa suami.

Aku dah beri dia pilihan, dan dia pilih aku. Jadi macamana lagi? Aku kena selamatkan rumah tangga aku. Doakan aku..

Aku tak tahu berapa ramai lagi kat luar sana yang tengah survive macam aku. Aku doakan kita sama-sama kuat. Kepada pembaca, janganlah mudah suruh bercerai melainkan kalau dah betul tenat. Boleh anxiety bila baca komen yang negatif satu-satu.

Ini tak tahu lah apa yang korang nak komen. Aku doa korang dan pasangan tak diuji macam aku. Nak lepas dah ikat mati. Nak gunting, gunting tumpul.

Kepada perempuan bujang, ramai lagi lelaki bujang, kacak dan kaya. Cuma diorang tak berpengalaman je. Sama-samalah cipta pengalaman tu. Jangan lah tumpang pengalaman orang lain.

Terima kasih sudi baca kisah aku. Aku tulis ni waktu mamai. Nak tidur tapi otak aku tengah ligat. Jadi aku kena buat otak letih dengan tulis seakan diari. Maaf tulisan aku agak kaku sebab ini juga pertama kali aku menulis macamni.

Mana yang baik korang ambil pengajaran. Mana yang nak beri nasihat aku dahulukan terima kasih. Mana yang turn off janganlah kecam. Aku fragile. Hehe..

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Hi confessor. Senak bila baca luahan you. Apapun you tabah dan tak mudah menyerah.

    I just nak komen ringkas, why not you berpindah tempat tinggal?and jangan ubah suami you. tu bukan tugas you. tu tugas Allah SWT. you just fokus becoming better. kali ni, you kena berpegang pada prinsip, jodoh tu milik Tuhan.

  2. so u nak apa confess sini? takde istilah terlambat nk mulakan sesuatu, yr husband cheated on you sis, he doesn’t love u, move on la.. boderrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

  3. Dik…

    Dia mcm ni.
    Kalau kau rasa masih nak pd dia dan dia juga sama maka fight for it.
    Usaha cari perawat yg mampu sembuhkan kamu berdua.

    Saya tidaklah lama berkahwin baru juga 16 tahun, alhamdulillah rezeki ada tiga anak.
    Skrg dlm fasa relax anak dah membesar.
    Penuh aktiviti sekolah.

    Pernah diuji sihir pemisah.
    Saya dan wife lawan sbb kita tidak mahu bercerai.
    Ingat satu je kuasa Allah SWT lebih besar dr kuasa yg ada.
    Kita berharap pd Allah SWT!
    Selebihnya takdir.

  4. Kalau sis dah pilih jalan utk terus bertahan dan mempertahankan..sis x bole ada ruang utk layan sedih, risau atau lemah. Effectnye nnt kesihatan u jugak. Tetaplah kedepan, keep berdoa dan terus berikhtiar utk sembuh. Niatlah sabar itu kerana Allah SWT semata sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *