Selepas 2 Hari

Tepat 6.40 petang, ibu dapat panggilan yang mengatakan Cik Yah dah meninggal dunia.

Aku dan adik beradik yang lain terkejut yang teramat sehinggakan tiada satu pun perkataan keluar dari mulut, yang ada hanya air mata mengalir dengan deras.

Apa yang membuat kami semua bertambah sebak bila dapat tahu Cik Yah meninggal seorang diri tanpa anak suami di sisi dan jenazah Cik Yah hanya dijumpai dua hari selepas Cik Yah meninggal dunia.

Aku sendiri tak tahu nak mengangkat tangan bersyukur kerana Cik Yah meninggal pada hari Jumaat atau beristighfar panjang dengan cara kematian Cik Yah yang begitu menyayat hati.

Yang paling aku terkilan bila satu-satunya anak Cik Yah langsung tak menjejakkan kaki ke rumah untuk melihat Cik Yah buat kali terakhir.

Pelbagai cara kami buat untuk menghubungi anak Cik Yah tapi satu pun tiada respon dan akhirnya kami berserah pada Allah untuk hal yang satu ini.

Oleh kerana Cik Yah meninggal di rumah seorang diri, jenazah Cik Yah dibawa ke hospital untuk di post mortem dan seusai itu barulah dibawa ke masjid untuk dimandikan.

Pada jam 12.50 pagi, jenazah Cik yah selesai dimandikan dan di kafankan. Alhamdulillah urusan pengurusan jenazah Cik Yah sangat mudah dan cepat.

1.15 pagi, akhirnya jenazah Cik Yah dibawa ke rumah Tok Cik. Jenazah Cik Yah diletakkan di ruang tamu dan tatkala kain kafan dibuka, air mata kami bercucuran jatuh.

Ada kesan lebam sikit di wajah Cik Yah walaupun begitu Cik Yah kelihatan tenang seolah-olah dia sedang tidur dengan lena.

Mungkin benar dia sudah tenang di sana setelah bertungkus-lumus melewati sehari demi sehari hidup di dunia ini.

Ibu kata hidup Cik Yah sedih. Ada anak tapi anak tak nak langsung berhubung dengan arwah tapi arwah tak ambil hati. Duit bulanan tetap dihulurkan kepada si anak.

Sungguh mulia hati Cik Yah. Kalau aku di tempat dia, dah lama kot aku tak mengaku anak.

Aku pandang wajah sembab ibuku. Dan ketika mata kami bertembung, ibu ungkap satu ayat yang buat hatiku tersentak kuat.

“Macam ni lah perjalanan terakhir kita nanti Ameena. Cik Yah solat tak pernah tinggal, jaga aurat dan sentiasa bersedekah sebab tu Allah mudahkan urusan dia tapi macam mana dengan Ameena nanti”.

Aku terkaku di sofa. Terbit rasa takut yang teramat di dalam hati. Aku solat tak pernah cukup, tutup aurat pun masih tak betul.

Aku mula bayangkan pengakhiran hidup aku nanti.. adakah dipermudahkan seperti Cik Yah atau dipersulitkan lagi.

Akhirnya aku tekad untuk berubah. Aku cuba cukupkan solat aku dan perlahan-lahan aku belajar untuk tutup aurat sebaiknya.

Tak pernah aku sangka melalui Cik Yah.. Aku boleh berubah sampai ke tahap macam ni.

Moga Allah kurniakan syurga buat Cik Yah. Al-Fatihah.

– Ameena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Siapa cik yah? X dak pengenalan langsung tiber terus citer cik yah meninggal..?…..hmmm,……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *