Selepas Perginya Dia

Assalamualaikum, sikit intro pasal aku ya. Aku Am, aku ada 5 beradik 2 lelaki 3 perempuan. Aku anak kedua, dan abang aku telah pun meninggal pada bulan 11 tahun lepas. Al-Fatihah untuk Along.

Aku umur 25 dan business sendiri, dan aku nak cerita pasal kakak ipar aku, jarang orang lelaki cerita pasal kakak ipar kan ? Hehe, takpe. Baca dulu kisah aku

Abang aku ni asalnya demam, tapi ada infection pada badannya yang menyebabkan keadaannya makin teruk dan critical, sehingga akhirnya along tak dapat bertahan, Allah lebih sayangkan dia. Sebelum demam lagi memang ada sakit tapi just perlukan check up every month je, takde lah teruk sangat.

Aku memang respect dekat Kakfa sebab dia still terima along walaupun sebelum kahwin lagi dah tau along ada sakit. Diorang memang tinggal sekali dengan ibu, sebab kitorang ok je. Ibu pun layan macam anak sendiri.

So lepas along aku meninggal, ibu memang suruh tinggal dengan kitorang sampai habis tempoh Iddah, lepas habis tempoh tu, terpulang pada kakfa, nak balik ke nak stay sini ke nak kahwin lain ke, terpulang. Tapi harapnya stay laa dengan kitorang.

Lepas along aku takde memang semua jadi lain, semua orang sedih. Bila orang yang kita sayang takde, Siapa tak sedih kan ? Tapi aku tengok mula-mula kakfa ok, tapi bila dah lama-lama. Adik aku yang bongsu mengadu kat aku, yang kakfa selalu cakap sorang, kadang kakfa ambil fon along, pastu dia mesej guna fon along. Konon macam along laa yang msj dia, ye aku tau dia sedih.

Tapi adik aku kadang nasihat juga kakfa, jangan layankan sangat, adik aku cakap “Sorry kakfa, kalau kakfa macam ni je. Adik takut jadi Mental Disorder.” Adik aku cakap kadang risau tengok kakfa, termenung sorang, lepastu sampaikan call guna phone along.

Ye tau, kakfa still tak boleh nak lupakan. Aku tak suruh pun dia lupakan, tapi aku cuma cakap jangan terlampau ingat, ini tak. Apa yang aku risau adalah, ‘kesihatan otak’ dia.

Dengan masalah kerja lagi, aku sangat takut kalau-kalau tiba-tiba dia ada apa-apa masalah mental. Sebab sekarang pun dia mudah lupa, even phone yang dia pegang pun dia lupa kat mana.

Sekarang dia dah habis iddah, insyaAllah bulan 5 nanti akan pindah ke rumah mak dia di terengganu. Aku risau dekat dia, at least kalau duduk dekat sini. Adik-adik aku boleh teman.

And aku and adik-adik pun setiap 2 minggu, akan bawak kakfa balik rumah mak dia. Bagi dia terhibur sikit dengan mak dia.

Ada juga pakcik aku suruh kahwin dengan Kakfa, gila ke apa? Dia dengan aku pun jalan depan aku still bertunduk. And then, aku pun still malu even dah 2 tahun dia jadi kakak ipar aku. Memang tak laa nak ‘bertukar tikar’.

Kakfa dah 2 tahun kahwin, tapi still belum dikurniakan anak lagi. Tapi 2 tahun tu masih awal kan ? Ini yang buat kitorang 1 family lagi risau. Kakfa takde anak, siapa yang nak hiburkan hati dia ? Kakfa ada sorang je adik, tapi adik dia kerja kat saudi. Mak dia pula dah tua. Macam mana ?

Aku suruh kakfa tinggal dengan kitorang tapi kakfa taknak, dia cakap dia nak balik rumah mak sebab mak dia duduk sorang kan. Oh ya, mak kakfa taknak duduk selangor. Dia dah selesa dengan kehidupan dia dekat terengganu.

Sedih tengok kakfa, dah takde tempat bergantung. Tempat kerja dia pum bermasalah, dia selalu mengadu kat adik bongsu aku tu. Dengan ibu and ayah, dia jarang luahkan.

Kitorang ada jugak suruh kakfa kahwin lain, since dia pun banyak berkorban untuk along aku tu kan. Tapi dia always cakap “Angah nampak apa yang kakfa buat, tapi angah tak nampak apa yang along buat dekat kakfa hari-hari” aku cakap, memang lah. Tapi sekarang ni, kakfa still muda. Umur 28 tu masih muda. Tapi dia cakap, dia taknak kawin lagi.

Apa-apa pun terpulang la dekat kakfa, kitorang hanya mampu membantu je, selebihnya kakfa sendiri yang kena buat pilihan.

Sampai sini je confession aku, sesiapa yang boleh bantu aku dalam menghiburkan atau mungkin ada sesiapa yang ada tips untuk bagi kakfa tak teringatkan along sangat.

Please, aku betul-betul dah buntu. If dibiarkan, ianya akan effect kat semua orang termasuklah diri kakfa sendiri.

Assalamualaikum.

– Ambrella ella ella

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *