Selesaikan Masa Lalumu, Sebelum Mulakan Yang Baru

Lelaki, kahwinilah dengan wanita yang betul-betul anda cintai dan mahu bersama hingga ke jannah….

Assalamualaikum. Nama aku Aina. Asal Johor.

Maaf aku mahu meluahkan perasaan sebagai seorang isteri.

Pada 2013, aku tinggal di Pulau Pinang kerana bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Aku diperkenalkan dengan Irwan bukan nama sebenar oleh officemate aku, Azwa.

Menurut Azwa, Irwan berusia setahun lebih tua dari aku. Dia bekerja di sebuah kilang terkemuka. Dia dah putus cinta dan tengah mencari jodoh.

Sepanjang perkenalan aku dengan Irwan, nampak dia ada komitmen dengan aku. Aku seorang gadis yang mahu lelaki yang boleh bagi komitmen pada aku. Aku tak suka berkawan lama-lama.

Setelah 8 bulan perkenalan kami, Irwan melamar aku. Kami jarang keluar bersama-sama. Kalau keluar, kami akan ditemani oleh housemate masing-masing.

Aku terima lamaran dari Irwan. Kerana Aku jatuh hati padanya. Aku suka dengan perwatakan Irwan yang sederhana. Orangnya ada rupa juga berbanding aku yang chubby.

Pada 2014, aku bertunang dengan Irwan pada bulan 2. Pada bulan 7, kami bernikah.

Pada awal perkahwinan, Irwan melayan aku macam biasa. Macam kawan. Senang cerita macam housemate. Nak keluar dating, susah.. Dia macam mengelak. Pastinya kalau kami keluar makan, rakan-rakannya pasti ada.

Mula-mula, aku ok. Tapi selalu keluar dengan kawan-kawannya, aku jadi annoying. Aku nak jugak kami jadi macam couple bercinta. Sebab aku tak pernah bercinta.

Jalan bersama di shopping mall pun dia tak pernah pegang tangan aku.

Satu lagi bila aku nak keluar, aku akan salam dia. Dan peluk. Dia tak nak aku peluk dan cium di pipinya. Sedihnya aku. Aku selalu tengok ayah aku nak keluar rumah, dia akan peluk dan salam mak aku.

Satu lagi, dia kurang berkomunikasi dengan aku secara lisan. Bila aku nak berbual, dia akan mengelak.

Aku cuba memasak makanan kegemarannya tapi dia tak jamah pun. Kalau waktu breakfast, aku akan membuat air teh panas kegemaran nya. Dia tak minum air yang aku buat. Terluka hatiku.

Salah satu kesalahan aku adalah pasal nafkah, aku tak kisah pun bila Irwan tak bagi… Sebab aku tahu gaji dia tak banyak.

Pasal tempat tidur… Irwan akan tidur di sofa… Apabila aku diperlukan, barulah dia akan tidur dalam bilik. Aku bersabar kerana aku faham kadang-kadang dia main game sampai lewat malam sampai tertidur di sofa.

Aku mencuba upaya mengambil hatinya. Cuba makeup walaupun aku jarang make-up kecuali bila ada dinner. Aku dimarahi.

Memang aku terlalu kecewa… Bila effort aku tak dihargai… Dimarahi Irwan. Tiada senyuman ikhlas dari dia untuk aku.

Aku cari apa punca sebenar Irwan melayan aku sedemikian rupa… aku sentiasa berdoa agar Allah tunjuk apa yang ku tak nampak… Suatu malam aku ternampak chatting di FB antara Irwan dan Ika Tasneem (bukan nama sebenar).

Apabila aku selidik Ika Tasneem adalah bekas kekasihnya yang kedua. Sebaya dengan Irwan. Masih bujang. Bekerja sebagai seorang guru.

Aku sakit hati dan aku memohon dia memberi penjelasan. Katanya, dia berhubung dengan Ika kerana sepupunya suruh Irwan menjemput Ika ke perkahwinan sepupunya bulan depan.

Aku terima penjelasan nya walau ragu-ragu. Dalam diam, aku merisik tentang kisah Irwan dari bekas rakan sekelas yang ada pertalian saudara dengan aku, Sobri.

Sobri bercerita tentang kisah cinta Irwan.

Lina adalah cinta pertama Irwan. Mereka bercinta dari tingkatan lima. Hubungan mereka on and off. Disebabkan ibu Irwan tidak menyukai Lina.

Kerana selalu on and off, dia memutuskan menerima cinta Ika yang memang crush pada dia. Pada 2013, Lina memutuskan hubungan dia dengan Irwan kerana menerima hinaan dari mak Irwan.

“AKU TAK SUKA KAU KERANA KAU ANAK YATIM. TIADA HARTA PULAK TU.”

Akhirnya, Lina menerima pinangan rakan sekerja nya, Firdaus. Kata Sobri, Irwan memang frust dari chubby sampai kurus kering. “Hebat betul kisah cinta Irwan.”

Setahun berkahwin, aku tidak menunjukkan tanda-tanda hamil. So, aku berikhtiar untuk hamil – jumpa doktor, berurut, kuruskan badan dan macam-macam lagi.

Semuanya aku lakukan dalam diam menggunakan duit sendiri. Suamiku tak kisah pun. Katanya, MUNGKIN ALLAH TAK BERI LAGI REZEKI ANAK. Keluarganya sudah bising pasal anak.

Alhamdulillah, tahun kedua. Aku disahkan hamil. Aku dan Irwan amat gembira. Ini berita yang aku tunggu kan.

Semasa kehamilan, hubungan aku dan Irwan rapat. Instinct hati aku mengatakan tiada cinta Irwan untuk aku. Hati aku sunyi.

Setelah anak kami lahir, Irwan kembali menjarakkan hubungan kami. Kerana cintakan suami, aku cuba membina impian di hari tua dengan Irwan dan anak-anak dengan membeli rumah. Sedikit pun tak dipandangnya.

Pada 2018, kami PJJ kerana aku dinaikkan pangkat. Aku pulang ke kampung bersama anak kami, Izham. Irwan masih tinggal di Pulau Pinang dengan menyewa bilik dengan kawan-kawannya.

Aku kerap membuat video call dan whatapps tetapi Irwan jarang membalas whatsapp aku.

Sampai suatu hari, dia pulang ke kampung untuk lihatkan aku dan Irham. Semasa dia mandi, dia tertinggal telephone di atas katil.

Kebetulan aku masuk kedalam bilik untuk mengambil baju, Tiba-tiba ada whatapps masuk Lina. Aik mereka berhubung lagi??? Hati aku mula tak sedap.

Irwan masuk ke dalam bilik. Aku tanya dia kenapa Lina whatapps. Dia kata dia berhubung dengan Lina kerana ada reunion.

“Kalau saya whatapps abang, abang tak balas. Kalau orang lain whatapp, dengan hati abang balas.” Hati aku remuk.

Irwan kata pada aku yang aku jealous. Siapa tak jealous suami sendiri berbalas whatsapp dengan bekas kekasih hati. Siap senyum lagi. Lina tu sedar tak dirinya isteri orang dan ada anak dua.

Hati aku berkata Irwan masih belum move on. Aku tak ambil tahu tentang hubungan mereka.

Sampai satu hari, aku drive ke Pulau Pinang bersama adik lelaki aku dan anak aku. Saja nak buat kejutan pada Irwan.

Aku sewa hotel. Dan mengintip Irwan dalam senyap. Dia keluar makan malam dengan kawan-kawannya. Dari jauh, dia asyik tersenyum. Kalau dengan aku dan anak, dia akan masam muka.

Saat itu, aku sedar aku yang bukan hati di hatinya. Sengaja aku call dia mengatakan yang aku, Izham dan adikku, Firas berada di sebuah hotel di Butterworth kerana Firas ada interview di Penang.

Irwan datang menemui aku dan Izham. Masam mukanya. Tiada senyuman walaupun sudah 2 bulan kami tak bertemu.

*Awak ni tak faham ka saya tak suka awak datang sini?”

Tengok penerimaan Irwan seperti tak suka aku datang. Aku suruh dia pulang ke rumah sewanya.

Aku pulang ke kampung dengan hati yang kecewa. Terasa aku tidak dihargai. Bercampur baur perasaan aku. Kasihan dengan Izham yang baru berusia 5 tahun.

Sebulan aku tak whatsapp Irwan. Aku hanya menunggu taklik jatuh sahaja. Sebulan sahaja lagi. Akhirnya, Irwan call aku. Dia hairan kenapa aku tak call dia macam selalu… Aku kata aku sibuk.

Pada hujung minggu itu, Irwan pulang. Aku tak melayan dia macam biasa. Dia hairan mulut aku dah tak ramah macam selalu. Setelah bertengkar… Satu pengakuan dari Irwan yang telah meruntuhkan cinta aku padanya…

“Berikan saya masa untuk menyintai awak… saya tak mampu melupakan cinta pertama saya.”

“Kenapa selama ini awak tak pernah cintakan saya? 7 tahun bukan tempoh yang singkat. Kalau tak cintakan saya, lepaskan saya… Saya dah tak mampu.”

“Maafkan saya, Aina.”

“Allahuakbar, oooh selama ini tak cintakan saya? Saya berjuang habis-habis untuk awak. Melahirkan anak awak… Setia menanti awak.” kata aku bersambung tangisan, takut ibu bapa aku dengar.

Irwan cuba memeluk aku tapi aku menepis nya.

“Maafkan, saya…” ucapan dia sebelum dia pulang ke rumah ibu bapanya.

Akhirnya, aku memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Syariah. Kerana aku tak sanggup tinggal dalam rumah tangga yang toksik.

Irwan tidak bersetuju kerana takut effect kepada Izham. Izham pula tidak hairan dengan kehadiran ayahnya.

Semasa kes kami dibicarakan, Irwan cuba berbaik-baik dengan aku… Tapi hati aku amat terluka..

Betul kata-kata,

LELAKI MAMPU BERKAHWIN TANPA CINTA DEMI KEPENTINGAN DIRINYA….

Untuk Irwan, maafkan saya kerana tidak menerima awak kembali kerana hati saya amat terluka.

Saya tahu saya tiada tempat di hati awak walaupun pelbagai usaha untuk memenangi hati awak. Halalkan makan minum saya dan Izham… Miss A

Maafkan mama, Izham kerana tak dapat bertahan. Hati mama sangat terluka kerana ayahmu… Mama Izham.

Cerita dari MADAM F… Kisah benar yang diolah…

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua terutama pada yang hendak berkahwin…

– Madam F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *