Self-Esteem Media Sosial

Hai dan assalamualaikum. Aku tulis hari ni just saja nak share my thoughts. Aku age 22 dan sekarang tengah belajar di salah satu universiti tempatan. Aku ada media sosial apa semua tu. Instagram, Facebook, dan selalu up status kat Whatsapp. Hmm, pastu tengok pula dekat socmed, kawan-kawan memang up to trend. Kita pun rasa macam,…arr nak ikut lah. Update update. Mungkin sebab trend. Selepas tu lama-lama terbiasa.

Lama-lama aku perasan satu perasaan yang evil-eyes dalam diri aku. Bila tengok kawan kita lebih sikit, kita rasa jealous. Kadang-kadang rasa macam apa je yang aku ada, loser. Achievement takde. Padahal ada je. Cuma ketika tu, kita tend to evaluate semua perkara dalam diri kira secara negatif. Scroll Instagram tengok gambar orang cantik pastu baca komen, netizen komen perempuan tu hidung mancung sebab tu cantik. I was like, “Aku ni hidung macam belah-belah kucing siam tu. Tak lawo ke?”

Cepat-cepat aku tarik nafas dan hembus, “Sudah-sudah. Syukur Allah dah bagi hidung boleh bernafas.” “Syukurlah mak bapak masih hidup.” “Syukur…” “Syukur…” Senang cerita kalau tak encounter balik thought kita tu, boleh rasa kita ni tak ada apa-apa. Padahal semuanya lengkap. Lepas tu, tutuplah gambar tu. Insecure. Aku pernah sembang dengan member2 perempuan kat universiti, mereka pun ada mengaku mereka selalu rasa rendah diri, cemburu dengan gambar perempuan lain yang cantik. Yang penting kena tahu macam mana nak balance-kan semula perasaan insecurity tu balik. Sampaikan fakulti aku keluarkan artikel ‘How to be Happy’, caranya take a rest from social media especially Instagram. Haha lawak betul.

Second, contoh lah kalau kita update story kat Instagram, kita ada tak behavior untuk check siapa yang seen story kita? Atau sesiapa yang update status kat Whatsapp, selalu tak check siapa yang view status kita? Well, hmm, one thing lah aku nak sentuh. Pernah tak dengar pasal hormone dopamine (hormon gembira) yang kita receive semasa terima stimulation? Dia macam satu perasaan gembira bila dapat ‘like’ gitu lah. Behavior check seen atau views tu actually sama je dengan stimulation ‘like’. Sebab itu kita tend to check. Sebab kita nak penuhi stimulation dopamine tu thru checking. Aku pun perasan member-member aku kalau update story/status, dorang check siapa yang views. Kalau crush kau view, haha meloncat happy. Tak elok sebab artificial happiness.

Ada jugak member-member aku yang perasan behavior mereka macam tu. Tak boleh nak stop daripada update life dorang. Setiap hari mesti ada je update story Instagram. Aku pun sama. Pastu, one thing is susah giler nak slow down. Kadang-kadang tu gambar siling rumah pun nak masuk update jugak. Macam addicted. Serius. Kawan aku mengaku dia addicted. Aku ni pulak study psikologi half-way. Nak mengaku addicted tu macam, hmmm mengaku flaws diri sendiri pulak. Aku fikir kena slow down habit ni cepat-cepat sebelum ia memakan diri.

Third, ask me a question. Sayatme dengan sarahah. Aku sure pengguna Instagram atau sosial media mesti tahu benda ni. Nak jadikan cerita, aku create juga ketiga-tiga benda alah ni. Ceh, acah-acah nak ikut trend. Kawan-kawan aku buat, punya banyak soalan-soalan dorang receive daripada Ask me A Question. Aku buat tiga-tiga tu, semua krik-krik. Pishang aku tunggu sesiapa nak ask a question. Haha siput betul. Ask Me a Question takde siapa tanya. Sayatme pun krik-krik. Sarahah pun sama. Situasi tu macam undermine aku punya self-esteem.

Aku mula fikir, eh lone ranger sangat ke aku ni? Dah berpuluh-puluh orang seen, tak akan tak ada satu orang pun yang nak tanya. Aku mula fikir yang bukan-bukan, yang negatif-negatif. Ada bad voice yang membisikkan supaya kita terus rasa ‘jatuh’. “Kau memang tak ada kawan pun kat universiti.” “Kawan-kawan kau tak suka kau.” Aku recognize ni cognitive yang negatif. To break the chain, must come out with new cognitive and must follow with new behavior. Mesti tally.

Aku cakap kat diri aku, “Instagram tak salah. Your friends tak salah. There is nothing related yang kawan tak suka whatever. Self-esteem tak sepatutnya tergantung pada virtual friends atau apps. Instagram remain Instagram. You remain you.” Lepas tu aku delete Ask Me A Question daripada story Instagram. Sarahah Sayatme pun buang link dia. Kalau ada lagi kat situ, mengharap je dalam hati ni supaya orang tanya.

Dan yang paling penting, jangan sesekali cakap kat diri kita atau kat orang lain yang ada negative thought, “Alaa, kau sorang je rasa macam tu.” Ayat tu killer. Menambahkan lagi kegusaran. Sebaliknya berbincang. Aku tahu yang kawan-kawan aku rasa perkara yang sama sebab aku berbincang dengan dorang. Jadi, aku tahu yang aku tak bersendirian. I am not alone. Kawan-kawan aku (lelaki/perempuan) dan aku berkongsi perasaan yang sama cuma mereka tak express-kan melainkan jika ditanya.

Terima kasih kerana membaca.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *