Self-Harm, Millennials and Social Media

Self harm, milennials dan social media. Assalamualaikum semua. Terima kasih sebab sudi membaca. Mohon para siswa siswa dan adik2 di sekolah menengah dan kolej membaca perkongsian akak dengan hati terbuka.

Akak bekerja dalam bidang berkait rapat dengan bidang kesihatan mental. Sejak dua menjak ni, akak menyaksikan ‘culture self harm’ dan ‘dissociative’ makin menjadi- jadi. Kita pernah bincangkan akan kerisauan golongan muda kurang ‘resilient’ yakni, ‘kebolehan berhadapan dengan krisis dan kembali kepada keadaan pre crisis dengan cepat’.

Golongan milennial dah dilabelkan dengan ‘lemah’, ‘fragile’, ‘self centered’ dan narcissistic. Ada yang gelar generasi durian, tajam dan kebal kat luar (sebab mak bapak over protective contohnya), tapi dalam lembik. Jangan down atau melompat adik- adik, label tak bermaksud wajib. Suka akak nak highlightkan kelebihan generasi korang, yakni korang lebih yakin diri, berani mencuba dan mahukan kemajuan dalam hidup.

So apa kaitan generasi milennial dengan self harm?

Generasi korang adalah generasi social media. Hampir semua orang ada fb/ ig/ twitter/ tumblr/ tinder/grindr(eh) and etc.

Korang dah menyaksikan :

1. Cik durian beli kereta untuk suaminya cash. Shopping beg jenama terkenal harga belas ribu cash. Jalan2 oversea macam pergi pasar pagi. Ada tak korang nampak susah payah cik durian? Dia letak ootd, gambar family fuh hebat. Laki bini entah kerja apa tahu2 kaya raya. (Dia taugeh supplement, tapi baru je. Laki bini buat forex? Entahlah) Zaman akak, nak senang orang kata belajarrrr sampai universiti, mintak kerja elok elok lepas tu insyaaAllah ok.

2. Hamis jalikha ada anak yang pandai, kaya raya hidup serba mewah siap pergi maldives pun orang bayar. Anak pulak cerdik pandai ololo cutenya ada jibujibu.

3. Datok lip dan datok veeda dok tayang kekayaan dan buat benda bodoh. So buat benda bodoh= lagi kaya. Sampai orang puja2, “dia buat benda bodoh, dia kaya, ko ada apa?” Akak yang separuh umur pun jadi keliru dik mana nilai nilai murni adab budi pekerti, tuntutan menjauhi fitnah yang kita belajar dulu?

4. Instafemes A, B, C berbekalkan muka cun melecun, kening lukis on point, bulu mata che ta hidup senang lenang bahagia dengan produk endorsement dan ig review. Bodoh2 video makan rm400, letak tunang dalam video rm600. Mudahnya cari duit! Lepas shopping di paghis bawak kotak hermes chanel lv prada boleh hashtag #alhamdulillahcukurrr

5. Kawan uols nama ABC tu manjang ja vacation. Bulan ni thailand bulan depan korea tengok BTS, bulan lagi satu hiking kinabalu then lagi satu kashmir( la ni perang dik, jangan pi), lepas tu dalam kubur #eh nasib dalam kubur tak boleh selfie kalau tak #day1inkubur #manamalaikatni

6. Tengok instafemes eena ewah sweetnya laki dia bawak limosin ok. Tweettakfemes ecah pulak nak jugak share bae dia bagi telekung la, drop hints dapat kepsi lah, belon lah, mekdi lah. Pedia korang ni zaman akak dulu hadam ja sorang. Lepas tu jumpa besties esok baru gitau ‘ awakk boifren saya kasi hadiah tau’ then habis. Kadang- kadang tak gitau pun. Ni satu dunia dia gitau, bila orang komen ‘sawitnya’ terasa diawangan gituh.

Tu contoh ja. Dilarang sentap tau. Ni akak reka2 ja macam drama leftenan zana tu. Sebelum akak melalut lagi, apa kaitannya? Ok, serious mode. Adik2 yang dikasihi. Kalau orang nak datang rumah, kita akan kemas dan jadikan ruang tamu kita tercantik sekali. Begitulah dengan social media. We paint what we want others to see.

Bila ada orang like, komen, puji “camna nak shantek macam sis” or ” drop skincare regime sis” kita rasa satu achievement. Then mulalah berangan nanti ada orang bagi produk review, kita jadi model tudung ariani then dapat offer berlakon disamping remy ishak gitu.

Bayangkan jadi orang yang biasa- biasa di zaman semua yang indah terhampar di depan mata?Bayangkan korang jadi akak celik mata gi kerja pastu balik kerja, makan, buat kerja rumah, then tidur sampai abang jamil mampus? Bila nak jalan dik? Duit kena kumpul.

Korang ingat bos akak nak bagi akak cuti tiap bulan nak jalan-jalan? Kalau akak igfemes, penat akak nak lukis kening hari- hari dik. Bayangkan balik rumah tak sempat buang stokin anak akak dah melalak gaduh ngan adik dia, sambil bapak dia layan netflix. #bukankrt #sayasayanglakisaya

Napa tak sama macam dunia viviusop atau si hamis ni? Nampak indah-indah ja dunia mereka?

So jadilah akak ni low self esteem. Akak rasa hidup akak less than perfect. Akak rasa akak useless. Akak worthless. Orang lain boleh buat video muka bodoh can charge rm300 per video and akak yang ada master ni dibayar rm50 per hour? Orang lain laki bagi steam iron philips kenapa laki akak tak macam tu. Why? Why? Why mak apak akak bukan mak apak neelofa?

Korang akan rasa u are not enough. Tambah generasi korang jenis orang kena cater to u, korang akan rasa why mak bapak korang tak dapat bagi apa yang orang lain dapat?

Korang akan stuck dalam this cycle. Emotionally distressed and makin hari makin overwhelmed. Then korang jumpa twitter /tumblr pasal ‘i cut myself to release my emotional pain’. Then korang try. Then korang got addicted.

Everytime ada crisis korang tak dapat regulate your emotion back to pre crisis level, so korang resort to self harm. Time self harm tu, ada yang akan rasa mati lagi baik. Korang crave/ ketagih external validation dari orang lain untuk define your happiness.

‘Saya happy kalau saya dapat pujian cantik harini’. Kalau tak ada orang puji cantik haritu, korang akan rasa useless, self worth korang drop dan korang rasa insecure, low self esteem and of course semua tu, PAIN. Physical pain boleh telan ubat, emotional pain buat camna? Makin nangis macam makin sakit. Dan korang self harm, menjerit, ‘histeria’

So apa nak buat sekarang? Apa yang tak kena?

1. Cari positive coping skills.

Bercerita dengan orang yang dipercayai, berdoa, exercise, journalling, buat hobi, tumpu pada real issue eg nak score dalam pelajaran

2. Stop cari external validation. Cari own strength.

U need to validate your own feeling. Tahu self worth anda dan percaya pada diri sendiri. ‘Aku dah cantik dan cukup sifat, pakai guni pun cun.’ U need to know to have fun alone. Be independent. And know when to ask help and help others.

3. Stop comparing.

‘Zaman akak dulu semua orang selekeh bolehla. Try hidup zaman saya ni’. Ko nak akak bandingkan korang dengan zaman atok akak yang kena sorok dalam hutan sebab komunis tak? Tak sempat nak fikir kening on point dik.. setiap zaman ada cabaran dia, and tak ada isu zaman siapa lagi susah. We live in current moment and reflect on the past, barulah wise gituh.

4. Seek help.

Korang ada kaunselor, parents, kawan. Kalau sorang tak percaya, ada orang lain. Parents x percaya, cari pensyarah, kawan, anyone. Kalau tak ngan kaunselor uni, korang boleh cari kaunselor hospital. Jangan segan refer diri sendiri ke klinik untuk rujukan psychiatry. Psychiatry bukan gila, tapi membantu untuk menambah baik kualiti hidup anda. Dont stigmatize yourself. Dont be afraid of ‘apa orang kata’. If u fail belajar, orang tu tak tolong bagi u duit bulan pun.

5. Know that everyhing in social media tak indah belaka. Worst, ada tu bohong belaka.

Akak tengok ada instafemes ni zaman sendu senyum manis, mata berkilauan ja. Now senyum mati, mata pun kabur. Penat berlakon kot. Senang adik gi google why i left by michelle phan. Michelle phan ni, boleh tengok changes dia dari zaman suka suka buat video, then dia jadi kurus, then dia buat plastik surgeri sikit then hilang setahun before dia keluarkan video tu. Mat saleh banyak share reality dunia social media ni. Pernah baca tak artikel mamat sorang ni suka pose dengan barang mahal rupanya pinjam? Pernah dengar tak kawan suka letak gambar dengan duit padahal hutang merata dan tak bayar? #jauhiMLM

Dunia tak kan cukup adik adikku sayang. Lagi kau kejar dunia, lagi kau kelemasan. Belajarlah untuk settle down dan gembira dengan kecukupan. Tu lah namanya rahmat adik. Ok mode setazah dah sampai.Hopefully korang dapat point akak. Fokus pada diri sendiri, dan cari kebahagian sendiri. Jangan sandarkan kebahagiaan pada orang lain ok adik adik sayang?

“Sesiapa yang keinginan hatinya kuat kepada akhirat, Allah akan memudahkan urusan hidupnya, menjadikan kekayaan (merasa cukup) di dalam hatinya dan dunia akan tetap datang tunduk menyerah kepadanya. Sebaliknya siapa yang hanya dunia menjadi kerisauan, Allah akan menghuru-harakan urusan hidupnya, menjadikan kefakiran (merasa tidak pernah cukup) di hadapan matanya, sedangkan dia tidak juga mendapat habuan dunia selain apa yang telah ditentukan untuknya.” – Riwayat Tirmizi

– Cik Nana (s)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *