Dulu, aku pun tertanya-tanya, kenapa aku jadi tak tahan dengan satu-satu tempat kerja tu? Nanti orang kata aku pulak yang bermasalah. Lepas satu, satu kerja aku cabut. Tapi bila aku kaji balik, ia ada kaitan dengan cara aku dibesarkan. Ibu aku garang. Garang gila. Aku jadi takut dengan dia. Kuat membebel. Aku pernah tertinggal barang so aku ajak kawan aku teman aku balik rumah. Depan kawan aku tu pun ibu aku marah aku, membebel ntah apa-apa. Sampai kawan aku cakap dia taknak datang lagi dah rumah sebab ibu aku garang katanya.
Kau bayangkan kalau baru sekali dengar je ibu aku membebel, kawan aku dah serik. Apatah lagi aku. Ada je yang tak kena. Aku bukan jenis malas. Aku dan adik-beradik buat semua kerja rumah. Dia balik kerja, dah boleh relax dah. Tapi dah memang tak reti bersyukur agaknya. Dia suka hempas barang pulak tu. Kipas la, bunga hiasan lah. Adik-beradik aku nangis lah jugak bila kena baling-baling barang ni. Aku pun pernah terkena, dia baling bunga. Bunga tu dibuat dari material keras. Sakit aku. Tapi aku tak menangis. Aku tahan. Aku rasa marah lebih dari sakit. Nak je aku baling semula benda tu kat dia biar mati. Macam salah besar je anak-anak kau pukul macam tu. Nak je aku lari dari rumah, tapi aku takut.
Ada salah seorang adik beradik aku lari rumah tapi sekejap je, balik semula. Aku ni kalau boleh memang nak sangat lari tapi aku tak tahu nak pergi mana. So, aku pendam je. Nak melawan memang tak. Bila kena marah gila babi punya dia marah pun aku tak boleh menjawab, even nak pertahankan diri aku, nak kata aku tak salah pun tak berani. Dia punya membebel macam halilintar. Sampai sekarang bila aku duduk sorang-sorang, kadang-kadang aku terdengar suara dia membebel, aku rasa macam nak ambik pisau pergi bunuh dia. Itu jauh tu. Dia kat kampung, aku kat sini. Dahtu…tiap-tiap hari masa sekolah dulu aku dengar orang marah, orang membebel, sampai naik tepu otak aku. Padahnya, bila dah jauh pun kadang-kadang aku seolah-olah dengar suara tu. Aku ketap bibir je lawan marah.
Sebab tu aku kata survival aku di tempat kerja ada kaitan dengan cara aku dibesarkan. Aku jadi pemalu, penakut dan sukar nak express apa yang aku rasa. End up, aku blah. Dulu aku kena marah dengan ibu, aku tak boleh blah dari rumah so aku kena hadap bebel dia, suara petir dia hari-hari. Now aku bukan deal dengan dia. Tak ada istilah anak derhaka. So, aku tak puas hati, aku angkat kaki je lah. Tunggu apa lagi kan? Kat tempat kerja, aku tak boleh dengar orang marah-marah, esp marah aku lah.
Aku teringat saat-saat aku kena marah dengan ibu aku. Tak boleh aku. Aku jadi trauma. Sebab tu aku tak lama kat satu – satu tempat kerja. Sebab aku rasa aku dah lama melayan karenah orang yang tak de hati dan perasaan kat kampung dulu. Menghadap bebelan dia hari-hari. Sampaikan aku rasa aku pun ada depression tapi sebab kecik lagi aku tak tahu. Bila dah besar, aku baca artikel simptom2 depression, aku ada almost all the simptoms.
So,bila aku dapat masuk U jauh dari kampung, satu peluang untuk aku jauh dari ibu. Nasib baik dapat biasiswa. Kalau tak nanti, satu hal pulak nak kena dengar dia ungkit; duit dia habis tanggung anak-anak. Kedekut. Bila jauh pun, tak bererti aku tak kena marah. Kena. Dalam telefon pun dia boleh memetir. Sakit jiwa aku. Apa boleh aku buat. Kadang-kadang tengah rehat kat tempat kerja, aku call la dia tanya kabar. Eh..bukan nak bersyukur anak call or tanya khabar aku balik, dia cari je benda nak bahan aku, marah aku. Aku ada jugak share dengan adik-beradik aku. Kau ingat dorang memahami ke? Tak. Dorang akan kata baik-buruk pun ibu kita juga. Atau, kan dah tahu perangai ibu macam tu, sabar je lah. Atau, aku boleh dengar je masalah kau, aku tak boleh buat apa-apa pun.
Dorang kena marah jugak tapi tak seteruk aku. Maybe aku jenis yang tak melawan. Tak boleh jadi, aku kata. Aku rasa ibu aku dah psyco aku. Aku pun pernah sakit sebab terlalu memikirkan hal ibu. Macamana nak puaskan hati dia, nak ambik hati dia. Aku bagi duit bulanan. Aku yang paling banyak bagi bulan-bulan. Eh…tak puas hati jugak. Bila dah kahwin, dia datang rumah aku, macam-macam dikatanya pasal aku, pasal rumah aku. Baju anak-anak aku pun dia perlekehkan.
Sampailah satu hari, aku rasa aku pun dah penat lah nak melayan karenah dia. Belum lagi aku nak mikior hal adik-beradik yang tak supportive, ipar duai yang tak sebulu. Sakit kepala aku. One day aku kata kat diri aku, that’s it. Aku nak ubah diri aku. Aku tak nak lagi cuba puaskan hati ibu or sesapa lah. Aku nak jadi diri aku sendiri. Selama ni orang duduk nasihat aku, sabar sebab dah memang perangai ibu macam tu kan? Sekarang, aku nak ibu sabar dengan aku sebab dah memang perangai aku macam ni. hahaha. Ko nak kata aku derhaka? Sapa kau? Allah tu Maha Adil. Dia tak akan hukum manusia yang buat sesuatu untuk pertahankan diri dia. Aku buat sebab aku taknak rosakkan diri aku. Aku taknak nanti ada syaitan hasut aku supaya bunuh diri or even worse, aku bunuh ibu aku. Aku memang ada bayangkan macam tu.
So, aku buat hal aku je. Advantagenya sebab aku memang duduk jauh dari kampung so, aku takdelah selalu balik. Dulu selalu juga call, sekarang aku malas dah. Kalau nak cakap dengan aku, biar dia call aku. Haa…dulu masa aku lembut hati, buat aku macam-macam, sampai aku sakit. Now, aku keraskan hati aku, supaya aku tak lagi sakit mikir macamana nak bagi dia tak marah aku. Sebab aku tahu dia tak akan puas hati nya sampai bila-bila. Dah peel dia macam tu. Kadang-kadang aku rasa dia ni ada hantu raya ke apa, garang, baran semacam je.
Bila aku dah mula jaga diri aku, aku rasa tenang. Aku takde buat benda yang aku terpaksa buat just kerana nak jaga hati orang. Bukan setakat dengan ibu aku je. Dengan ramai orang. Kawan-kawan, jiran, adik-beradik, ipar duai. Aku tak serabutkan kepala otak aku dengan ‘how to please them’. Sebaliknya aku sibukkan diri dengan mengupgradekan diri aku. Aku sibuk dengan self love. Baca buku-buku motivasi supaya aku lebih semangat nak hidup dengan menerima aku seadanya.
Lepas pada itulah aku dapat bertahan di tempat kerja sekarang. Sebab aku dah pandai express myself. Kalau tak puas hati, aku cakap. Kalau aku rasa benda ni patut buat macam ni, aku bagitahu pendapat aku. Office bersepah sebab takde cleaner, aku cuba tahankan diri aku untuk cuci. Vacuum, sapu sampah, buang sampah. Aku berani tanya bini bos kenapa tak ambik cleaner. Dia cakap dalam industri ni, kebanyakan kerani memang cum cleaner. hahaha…what the heck. Padanlah bidang ni ramai yang bungkus. Majikan berkira dengan pekerja. Aku siap muntah bila kena basuh toilet. Kadang-kadang ada titisan air kencing, kadang ada muntah. Geli aku.
Kalau ikutkan, masa aku cerita aku kena buat semua tu, awal-awal lagi suami aku suruh berhenti. Dia kata dengan gaji ciput yang aku dapat, kerja macam tu, baik tak payah. Baik duk rumah, dia pun boleh bagi duit banyak tu katanya. Tapi aku cakap taknak. Aku nak selesaikan masalah ni dengan cara lain. Bukan dengan cabut. Caranya, aku pergi jumpa bos, aku cakap aku suggest ambik cleaner sebab aku geli nak bersihkan toilet. To my surprise, dia setuju. The power of self love. hahaha.
Banyak lagilah. Last contoh, ada senior department lain, satu hari dia dapat tahu aku belum buat satu kerja ni. Aku pun tak tahu aku kena buat kerja tu. Takde sapa inform. Dia kata kalau aku tak buat, nanti dah sampai tarikh hantar, masih tak siap, aku yang kena. Kalau kena denda, tolak gaji. Padahal aku tak tahu aku kena buat benda tu. Ko ingat aku diam je bila dia cakap macam tu. Takde maknanya. Aku cakap, tak payah nak ugut aku sangatlah. Aku baru kat sini. Sepatutnya superior or boss cakap dengan aku pasal kerja ni. Kalau kena denda, bukan salah aku. Dah takde sapa briefkan aku pasal kerja tu.
Selalunya macam tulah makcik sorang tu. Yang lain pun sama. Suka ugut aku, nanti kena tolak gaji kalau aku buat silap. Tapi nama aku nak diam, nak nggeh je dengan kata-kata dorang, takde. Aku jawab balik. Dah memang bukan salah aku. Kau, kalau kerja aku, listkan kerja aku. Aku akan buat. Tapi, bila tetiba ada masalah, kau claim tu sepatutnya aku kena buat tapi kau tak bagitahu awal-awal, jangan ingat aku akan terima macam tu je. Haaa….aku sekarang bukan lagi yang dulu ya. Dulu bolehlah pijak-pijak kepala aku. Aku kalau kerja, aku kerja betul-betul, macam itu company aku, tapi jangan cuba-cuba cari masalah dengan aku. Biar gaji kecik tapi once aku suka kerja tu, aku akan all out.
So, kalau kau kena dera emotionally oleh sesiapa pun, kau jangan hadap je. Kau kena bangkit selamatkan diri kau. Kalau kau lambat bertindak, kau akan sakit. Kau akan jadi manusia yang tak berani menghadapi dunia luar. Kau akan takut dengan orang lain. Kau asyiklah nak jaga hati orang. Akhirnya, kau yang mati. Jiwa kau mati. Kau akan rasa takde semangat, takde mood nak buat apa-apa pun. Malas nak kerja, malas nak jumpa orang. Nak gi kedai pun malas. Aku taknak jadi macam tu dah. Aku nak happy-happy je dengan hidup aku, suami dan anak-anak. Aku tak pikir dah jaga hati orang lain. Aku tak de try to fit in dah. Suka aku, meh kawan dengan aku. Tak suka aku, pergi main jauh-jauh. Takde aku kisah der. Bye…
– Zaireen
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit