Assalamualaikum.. Saya perkenalkan diri saya sebagai Mak Anak Tiga. Umur saya suku 30 tahun, berkahwin, anak confirm-confirm la 3 orang kan.. Tahun ni masuk tahun ke 9 usia rumah tangga saya. Tapi saya dengan suami dah kenal lebih dari 15 tahun.
Bila dah lama kenal ni, percayalah, kita boleh berbicara melalui hati je..maksudnya, apa yang saya nak @ fikir, suami dah boleh baca & begitu jugak sebaliknya.. Dah sebati dah orang tua-tua kata. Jadi, kalau ada yang tak kena, autom4tic, saya dapat rasa.
Tapi, alhamdulillah setakat ni belum la ada kes kecurangan dalam rumah tangga saya. Bunga2 tu ada jugak dulu tp one side saja. Maksudnya perempuan tu saja terhegeh-hegeh, padahal suami saya act normal saja.
Suami saya ni saya kategorikan sebagai suami yang baik & bertanggungjawab (selepas kejadian itu. Nak tau?? Sila baca sampai habis)
Pada saya dia perfect la.. solat tak tinggal, rajin puasa sunat, ibu bapa dia pun dia sangat taat & ambil berat, tolong saya buat kerja rumah bila dia cuti, jaga anak-anak bila saya nak ber “me-time”.
Tipulah kalau dalam rumah tangga tu tak ada ujian kan..masa zaman bercinta & bertunang pun ada ujian, inikan pula rumah tangga.
Ye, rumah tangga saya juga pernah diuji masa awal-awal dulu. Masa tu anak baru satu & saya masih berkerja. Sekarang saya suri rumah bergaji. Maksudnya suami saya bagi saya gaji bulanan.
Back to story, masa awal-awal berkahwin dulu, saya berkerja, suami saya jarang bagi saya nafkah. Benda pertama dia buat bila dapat gaji adalah bagi dekat mak ayah dia dulu..
Padahal mak ayah dia masih berkerja & kerja bukan biasa- biasa ye.. Ayah dia manager & mak dia cikgu. Saya ni, lepas tolak semua hutang-hutang, kalau ada lebih, baru dia bagi.. Bulan pertama ok lagi, masuk bulan ketiga, saya mula bersuara kat dia.. mana nafkah saya?
Duit mengasuh anak, susu, pampers anak semua guna duit saya. Saya banyak kali ingatkan dia turutan nafkah mengikut Islam memandangkan dia juga boleh dikategorikan sebagai lelaki yang faham hukum hakam agama.
Tapi macam tula, last-last bergaduh. Bila dah masuk bulan seterusnya, still macam tu jugak, saya terus direct whatsapp ayah mertua. Saya cakap saya nak bercerai. Saya dah tak tahan. Anak lelaki dia tak nak berubah. Saya cerita dari A sampai Z.
Ayah mertua saya gelabah gila.. Terus call ayah saya ajak berjumpa untuk berbincang mengenai kami. Saya cakap saya tak kisah jadi janda, anak pun baru 1, saya ada kerja, saya boleh jaga anak saya.
Alhamdulillah selepas kejadian tu, suami saya berubah. Dapat je gaji, terus dia bagi saya dulu.
Ini bukan duit ye yang jadi isunya. Tapi tanggungjawab. Saya nak ajar suami saya apa tu tanggungjawab.
Ye, masa tu saya kerja, saya ada duit sendiri, tapi tak bermakna dia boleh suka-suka tak bagi saya nafkah, lepaskan semua perbelanjaan anak kepada saya. Kalau bab nafkah dah failed, bab-bab lain lagilah kelaut nanti.
Alhamdulillah, sekarang ni saya dah tak kerja. Suri rumah tangga sepenuh masa. Suami saya bagi saya gaji bulanan. Nafkah pun dia bagi. Gaji lain, nafkah lain.
Segala hutang-hutang semua dia bayar termasuk bill telefon saya. Dia juga ada ambil hibah atas nama saya kalau sesuatu berlaku kepada dia since ada kes sikit bab harta-harta ni dengan keluarga dia dulu.
Tak perlu saya bercerita kes apa, tapi kepada suami di luar sana, tambah-tambah jika ada anak perempuan saja, sediakan la hibah untuk isteri & anak anda.
Bab duit ni, pak haji pun boleh terbang hajinya. Ajal maut kita tak tahu bila. Jadi, buatlah persiapan untuk isteri & anak bila kita dah tak ada.
Since suami saya bagi saya gaji & gaji saya tak ada apa sangat saya nak bayar selain personal loan yang saya buat masa kerja dulu & juga ptptn, saya menabung dengan cara simpan emas.
Saya memang tak boleh ada cash dalam akaun. Nanti habis saya bazirkan. Cukuplah setahun saya bazirkan gaji yang suami saya bagi dengan benda-benda yang tak berfaedah. Ruginya rasa bila fikirkan.
Emas ni simpanan untuk jangka masa panjang ye selain ia tak boleh difaraidkan. So, incase kalau saya m4ti dulu, semua jadi hak milik anak-anak perempuan saya. Pada saya tak rugi jika kita tukarkan simpanan kepada emas.
Semenjak PKP ni, hutang-hutang yang di moratorium, saya ngorat suami saya belikan saya emas dengan duit tu. Hehehehe.. Agak nampak sangat mata duitan di situ, tapi biarlah, suami saya, bukan suami awak!! Kah!!
Lain orang, lain caranya ye. Tapi saya memang tak boleh simpan cash. Jadi, cara saya simpan emas. Setiap bulan saya akan pastikan saya beli emas walaupun sebentuk cincin yang berat 1 gram lebih je.
Selain dari emas tak boleh difaraidkan, katakan kalau jadi apa-apa antara suami & saya (mintak simpang laaaa) emas tak boleh dituntut sebagai harta sepencarian. So, dengan emas yang saya ada jela untuk saya teruskan hidup saya.
Benda ni nampak kecil pada sesetengah orang, tapi kalau kita tak didik dari awal, ia akan berlarutan sampai anak 2, 3, 4, 5 & paling teruk kalau lelaki tu rasa dia banyak duit, dan akan pasang lain.
Sebagai wanita, pada saya jika kita mampu sekalipun, still kena ajar suami kita tu tanggungjawab dia yang sebenarnya selain persiapkan diri kita kalau jadi apa-apa dalam hubungan suami isteri. Tambah-tambah untuk isteri yang tak berkerja.
Hati manusia kita tak tahu. Bila- bila masa boleh berubah. Mak saya selalu pesan, masa tengah manis ni, buatlah apa yang patut. Jangan dah jadi busuk, baru nak buat itu ini. Memang kita akan nampak buruk sentiasa.
Prepare for the worst. Sekian coretan dari mak anak tiga.
Assalamualaikum.
– Mak Anak Tiga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit