Salam semua. Aku hanya menulis disini untuk meluahkan apa yang aku rasa. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa dan korang pun taktau siapa aku.
Jadi aku anggap kat sini sahajala tempat aku meluahkan perasaan untuk bercerita. Mana tau ada sebarang komen yang boleh bantu aku selepas ni. Cliche sebuah perkahwinan ala² page KRT.
Aku seorang isteri anak baru 1, dah kawin lebih 6 tahun tapi alhamdulilah aku dianugerahkan anak yang sangat lasak dan memang tak duduk diam.
Sebelum ni aku pernah bekerja dalam bidang professional tapi selepas bersalin, suami aku tidak mengizinkan aku untuk berkerja dengan alasan tiada siapa untuk menjaga anak.
Ada harta sendiri; moto, kereta and rumah sendiri. Tapi disebabkan aku follow suami aku, aku bawak kereta dan moto sahaja, rumah aku bagi adik beradik(rumah pusaka atas nama sendiri)
Aku tinggal dirumah mertua ku bersama dengan beberapa orang ipar ku. Padahal sebelum kahwin, sang suami berjanji untuk tinggal di rumah sendiri.
Tapi bila tengok adik beradik nya bawak isteri masing masing kerumah ini, diangkutnya aku sekali tinggal disitu.
Korang boleh bayangkan keadaan bila tinggal dengan ipar masing². Dengan full time bertudung, tak bebas, lepas tu dengan perangai adik ipar yang suka membandingkan anak mereka dengan anak aku.
Sebab adik beradik suami 4lelaki, smua da kawin dan tinggal sini. (Rumah besar). Stress pertama aku disitu. Tapi tetap sabar sebab ada je sisi baik mentua dan ipar ni.
Stress kedua aku pulak dengan perangai sang suami. Dia bagi aku rajin berkerja, rajin bermasyarakat, rajin main dengan anak, rajin bawak jalan, rajin bawak makan, tapi banyak lagi negatifnya.
Aku tau aku pun tak perfect and banyak kekurangan tapi aku sedih bila sang suami yang aku harapkan dapat bimbing aku dan anak ke jalanNya, sangatla jauh panggang dari api.
Dia culas bab solat, puasa, nafkah, dan juga kasih sayang dengan isteri.
Dia tak suka mengaku kesalahan nya dan sering salahkan aku even itu memang punca dari dia,
Ada beberapa kali perselisihan faham yang buatkan aku tawar hati kerana dia pernah angkat tangan nak pukul aku, lepas tu dia pernah bodohkan aku hanya sebab aku penat nak layan karenah dia (suruh rakam video dia drive).
Dia sangat panas baran dan kadang² aku ada ternapak dia mengamuk dengan mak dia sendiri.
Dia sangat pentingkan kawan dia guys, kawan ajak melepak , tengok wayang, mengopi ke , shopping ke laju je ok.
Ada sekali tu aku suruh dia uruskan anak dia sekejap sebab aku nak mengaji, tak sangka dia mengamuk and bagi anak tu kat aku hanya sebab dia takut kawan dia tunggu dia lama di kedai makan. Sayang sungguh dia kat kawan dia.
Aku rasa dia da boring kot hidup kawin ada anak lagi. Dia mesti tak bebas kan? mesti dia rindu zaman bujang dia. Aku jadi sangat tertekan dengan perangai dia sampai kadang² aku terlepas marah aku kat anak aku.
Kadang² Aku terdetik nak hidup normal macam dulu. Zaman aku dijaga dengan elok oleh mak ayah aku. Tak sakit hati, tak hari² menangis.
Oh ya, dia sangat susah nk mintak maaf even dia nampak aku nangis. Nampak tak dia pun aku rasa da takda perasaan kat aku.
Aku jenis pendam, rasa nak bercerita hal ni kat family, tapi aku tau itu aib aku. Aku bersyukur sangat² adik adik aku dapat suami yang baik, yang selalu dipuji oleh adik aku, yang bagi aku banyak kelebihan dia dripada sang suami sorang ni.
Aku da cuba besabar sesabar mungkin, tapi terdetik kat hati aku, sang suami ini tidak ada pemikiran ke yang aku ni da korbankan kerja aku yang stabil,
Jaga makan minum baju dia, jaga anak kesayangan dia sehari suntuk tanpa rehat yang dia tau bila balik anak da cantik kemas, masak makanan dia yang taknak makanan sama macam lauk pagi ke tengahari, hanya untuk kehendak dia.
Aku da buntu guys, dalam fikiran aku nak je cari kerja balik sebab ada je aku dapat tawaran yang baik tapi sang suami asyikla cakap nanti² baru kerja.
Aku da tawar hati sampai sekarang bila nampak dia je aku jadi meluat. Aku hanya fikir jalan terbaik mana tau lepasni tak panjang jodoh kami walaupun aku tau tak baik mintak yang bukan².
Sekurang ya aku ada mata pencarian aku untuk survive dengan anak aku. Cuma aku dah habis fikir, aku taknak hidup dalam toxic relationships yang mana aku je kena mengalah dan jadi mak turut je.
Aku penat menangis sampai banyak kali aku migrain dan depressed.MAku da cuba sehabis baik. Korang rasa apa patut aku buat? Haha.
Korang jangan kecam aku lebih², aku cuma nak bercerita je nasib aku sekarang. Aku tau aku pun banyak silap salah dan kekurangan, cuma mungkin suami aku tak tulis kat confessions ni. :)
Doakan aku kuat dan sabar, Doakan jugak laa Tuhan tunjukkan jalan keluar untuk aku dan sang suami agar dia boleh lebih menghargai isteri and anak dia yang tak seberapa ni. Terima kasih korang sudi baca.
– Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit