Selfish Ke?

Hi assalamualaikum.. Saya nak tanya pendapat korang semua.

Saya anak ke 2 dari 7 adik beradik. Alhamdulillah dibesarkan dalam keadaan serba serbi cukup.

Cuma dalam family saya, kitorang tak dibesarkan dalam suasana yang mana kami tak ada deep convo antara family. Tiada ayat pujian macam “Wahh tahniah, awak dah buat yang terbaik. Kami bangga and so on”

Saya anak perempuan seorang dalam adik beradik yang lain semua lelaki. Saya memang dari kecil tak reti nak luahkan apa yang saya rasa. Sebab pernah luahkan but end up kena marah or diperlekehkan.

Jadi saya dah tanam dalam diri yang luahan perasaan adalah benda yang tak penting. Saya juga jarang menangis disebabkan saya rasa malu untuk menangis even benda itu memang wajar untuk menangis.

Perkara ni berlarutan sehinggalah saya mencapai usia 20an. Segala benda saya akan pendam. Kalau saya stress, mungkin saya akan sakitkan diri dengan hentak kepala or tak makan sehingga betul2 sakit baru saya akan rasa puas.

Sejak akhir2 ni, saya belajar tips parenting dan psychology. Dan baru saya tahu yang membiarkan anak2 expresskan perasaan diorang adalah sesuatu yang penting. Dah saya tahu apa yang saya buat untuk kurangkan rasa stress adalah sesuatu yang tak betul.

Saya tak salahkan parents saya, mungkin diorang tak sedar benda ni actually mendatangkan effect negative dalam diri anak2. Abang dan adik-adik lain banyak share perasaan kepada ibu kecuali saya. Sebab pernah sekali saya cakap saya letih dengan semua benda.

Ibu balas “Jadi anak perempuan memang macam tu. Perempuan tak boleh lemah” jadinya saya batalkan niat sebab saya rasa tak ada fungsi untuk mengadu.

Sekarang saya dah bekerja dan duduk jauh dari keluarga. Disebabkan saya duduk berseorangan, saya banyak mendalami ilmu parenting dan tindakan yang wajar diberikan kepada seseorang yang menghadapi masalah dalaman.

Saya cuba break the cycle yang mana tak salah untuk adakan deep convo bersama family, tak salah untuk menangis dan dll.

Saya perasan yang adik2 saya banyak menyimpan perasaan macam kecewa, sedih tapi tak luahkan.

Jadinya saya ambil alternatif untuk cuba mendalami apa yang diorang rasa. Saya tak nak diorang rasa macam apa yang saya rasa.

Awalnya agak susah tapi lama-lama diorang pun dah terbiasa. Ada masalah mesti akan call saya.

Satu lagi, parents saya amat menekankan kalau sikit, kita makan cara sikit. Kalau beli, beli untuk semua sekali. Saya tak kisah hal tu sebab saya tahu ianya perkara yang baik. Yang dapat eratkan lagi hubungan keluarga.

Saya suka bila saya dapat anugerah @ apa2 kejayaan, saya disambut dengan sesuatu. Tapi saya memang tak dapat lah, haha.

Jadinya saya tak nak adik2 saya rasa perasaan kecewa macam apa yang saya rasa. Saya akan belikan anything untuk raikan walau sekecil kejayaan pun untuk adik beradik saya.

Tapi yang buatkan saya terkilan adalah, ada suatu ketika adik bongsu saya ada bantu saya untuk jagakan hamster saya sepanjang saya bekerja dan saya akan reward dia dengan makanan fav dia.

Tapi saya tak sangka benda tu mendatangkan ketidakpuasan hati.

“Aii beli kat adik je? Kami yang lain nak jugak”

Saya agak terkilan. Jadinya saya balas dengan cakap yang adik bongsu je yang betul2 bantu untuk jaga hamster saya kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Seorang pun tak ambil peduli. Jadinya tak salah untuk saya reward adik saya dengan sesuatu.

Tak sangka benda tu diungkit agak lama sehingga saya jadi tawar hati. Saya bukan tak mampu untuk belikan untuk semua.. Tetapi saya juga perlu fikir kos hidup di negeri orang dan reward hanya bagi yang layak sahaja.

Salah ke apa yang saya buat? Saya cuma nak adik2 saya rasa dihargai atas apa yang diorang buat.

Patut ke saya stop buat benda2 macam ni?

Bila dibeli sikit, saya dikatakan nak makan seorang.. Tapi bila beli banyak, terbazir.

Pernah makan luar sorang2 sebab time tu teringin nak makan makanan tu. Tau2 kantoi dengan fam dan ibu dan adik beradik mengungkit katanya, “dia makan sedap sorang2, kita kat rumah makan biasa2 je”

Padahal makanan kat rumah lagi mewah nak dibanding saya yang duduk di negeri orang ni. Tak tahu mana silap.

Saya dah jadi selfish ke?

– Kirana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *