Selfish, Tapi Tak Sedar

Assalamualaikum semua. Sebagai intro, aku Kak Asyikin. Sekadar nak kongsi apa yang aku rasa. Semua kenal atau pernah dengar Aida? Influencer dari Singapura? Kenapa dengan dia? Tak ada apa pun, hehe.

Cuma untuk siapa yang mengenali beliau, beliau ada buat satu ‘sharing session’ yang lebih private dari video-video beliau yang memang sangat-sangat inspiring , dan satu darinya adalah #ATuesdayLoveLetters. Aku merupakan salah seorang peminat yang subscribe love letters ni, dan setiap hari selasa kita akan dapat email dari team beliau.

I love her. The way she’s spreading good words and thoughts are beyond my capability. She opened up many of our hearts to be a better person, reconstructing a better relationship with our surrounding and with Allah. (may Allah bless her here and hereafter, amin).

Dan latest love letters dia, selasa lepas, adalah mengenai Selfish. Yes, selfish. Selfish; pentingkan diri. Perbuatan pentingkan diri yang kita buat dengan tak sedarnya. Beliau sebut dua tiga perkara yang beliau buat, yang beliau baru sedar yang beliau selfish. Dalam masa yang sama buat aku sendiri tersedar. ”Ha,ah, aku pun selfish jugak”

Kerja kita dah siap; kerja kawan belum, tapi kita tak rasa nak tolong pun sebab kita tak suka dia – SELFISH.

Adik kita tak suka makan sayur, kita marah dan pertikaikan – SELFISH.

Kereta nak masuk simpang; kita tak rasa pun nak bagi laluan sebab rasa orang lain akan bagi – SELFISH.

Isteri kita dah penat seharian buat kerja; dia mintak tolong sikit kita dah marah – SELFISH.

Balik kampung kita berhari-hari; balik kampung pasangan sekejap je – SELFISH.

Marah pasangan jumpa kawan-kawan; sebab kita tak suka – SELFISH.

Marah adik beradik tak faham kita; padahal kita sendiri yang tak nak berkongsi cerita – SELFISH.

Mak mintak tolong dekat dapur; time kita tengah berehat balik dari kerja, jadi kita pun marah sebab mak tak faham kita penat – SELFISH.

Banyak lagi kalau nak senaraikan tapi karang mengamuk pulak admin, hehe. Tapi, adakah kita sedar yang selama ni kita selfish? Walaupun kita rasa benda tu kecik, tapi kita tak sedar mungkin kita dah lukakan atau sakitkan hati pihak yang lagi satu.

Bila kita hanya fikirkan diri kita sendiri, perasaan kita sendiri; maknanya kita selfish. Tapi! Tapi tak semestinya semua benda kita kena dahulukan orang lain. Tak semestinya kita tak boleh nak selfish untuk diri sendiri. Allah bagi akal; kita guna kejap untuk fikir- neutrally.

Bukan dari sudut pandangan kita sahaja. Selfish untuk diri sendiri tu boleh, cuma sepatutnya kena pada tempatnya. Jangan semua benda nak hurung ikut satu arah je. Be flexible. Lepas buat pertimbangan; kita sendiri boleh tau ‘selfish’ kita tu ‘selfish’ yang betul ataupun ‘selfish’ yang salah.

Macam mana nak tau ‘selfish’ tu; ‘selfish’ yang salah atau ‘selfish’ yang betul tindakannya? Kena ingat satu perkara je. Kalau benda yang kita buat tu, rasa off-tuned dalam hati, rasa tak sedap je, rasa macam kalau kita sendiri kena pun kita tak suka, kita sendiri boleh rasa benda tu salah; maksudnya benda tu salah lah. Boleh jadi benda tu ‘selfish’ yang salah. Pening ek ayat aku? Hehe maaf lah, tak pernah berkarang. Tapi faham kan?

Kita ambik contoh macam kes dekat list atas. Marah pasangan jumpa kawan-kawan; sebab kita tak suka. Selfish tak? I must say, it is. Sebab apa. Cuba kita letak situasi kita dekat tempat orang tu. Kenapa kita nak halang pasangan kita dari jumpa kawan-kawan dia hanya disebabkan KITA TAK SUKA? Apa hak kita? Pakwe dia? Suami dia?

Ya, betul, kita ada hak untuk tidak membenarkan (kalau kes isteri), tapi kenapa? Sebab kita tak suka kawan dia? Sebab kita tak ada kawan nak jumpa? Sebab dia mengabaikan tanggungjawab dia dekat kita? (kalau kes isteri). Kalau ada, ye kita berhak tak benarkan. Kalau tak? Kalau tak ada, aku tak nampak apa salahnya untuk dia berjumpa kawan dia.

Bukan kawan dia ajak pergi rempit, masuk kelab, masuk militan, isap gam. Selagi tak melanggar aqidah dan akhlak, dan menjaga maruah dia dengan pasangan sepanjang keluar berjumpa dengan kawan-kawan, aku tak rasa benda tu salah. Tak kisah lah pasangan kau tu yang perempuan atau lelaki. Implemented to both gender.

Aku tau la aku siapa nak bebel macam ni, cuma aku sekadar nak berkongsi pendapat. Nak ajak korang semua untuk cuba berfikir gaya lain sikit. Fikir bukan dalam kasut kita; tapi cuba faham keadaan dari kasut orang lain. Put ourselves in someone else’s shoes. Fikir perasaan orang lain jugak. Cuba lah. And you’ll see things differently. Less-selfishly. Tak salah pun cuba, benda tak kena bayar. Hehe.

Kalau tak tahu nak start dari situasi mana, try situasi yang listed dekat atas dulu. Macam kenapa adik kau payah sangat nak makan sayur. Mungkin bagi dia benda tu tak sedap; jadi kita terima lah. Tak payah nak exaggerate sangat. Tak payah rasa kau betul sangat, hanya sebab kau makan sayur. Tak payah nak self-centered sangat. Selfish tu.

Sebab kau tau ke apa adik kau rasa bila kau marah-marah dia? Kau tau ke apa mak kau rasa bila kau mengamuk-ngamuk bila mak kau panggil? Kau tau ke apa suami kau rasa bila kau asik tak nak balik kampung dia? Kau tau ke apa isteri kau rasa bila mintak tolong sikit pun kau merungut?

Kau tau ke apa driver kereta sebelah tengah rasa? Kau ingat kau je penat? Kau ingat kau je betul? Kau ingat kau je tengah nak cepat? Kau ingat kau je tak suka mak dia (haha)? Apa kau nak buat kalau kau dah sakitkan hati dia sebenarnya? Kecikkan hati dia? Cuba lahh. Jadi less-selfish.

Sebab, the worst case is;

Apa kau nak buat kalau kau tak sempat mintak maaf dekat dia?

– Asyikin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *