Selfishkah Aku?

Aku ni tengah stress buat assignment. Tiba – tiba abang aku call dan “drop the bomb” pula.

Jadi aku pening dan bertambah – tambah stress dan aku harap ada lah kat sini yang boleh tolong kurangkan stress aku pasal isu ni.

Aku ni perempuan bujang, penjawat awam dan tengah sambung master. Aku dapat kerja lepas 3 bulan grad dan posting aku dalam 30 minit dari rumah mak ayah aku kat kampung.

Jadinya aku stay rumah mak ayah aku lah. Setahun lepas aku pindah balik rumah, abang aku pun ditukarkan balik ke negeri kami juga dan stay di rumah sama.

Kami ada adik lelaki yang kategori OKU mental jenis agresif dan selalu mengamuk. Penyakit dia memang dah disahkan doktor dan on ubat dari kecil lagi. Dia memang follow up pakar tiap 2-3 bulan sekali.

Jadi tolong jangan argue dengan aku bab tu. Sebab bila aku cerita dekat orang ja mesti ayat pertama “betul ke dia sakit? dah try bawak berubat cara kampung ke? Jumpa ustaz. Air penawar”.

20 tahun dah dia sakit weh, tolong la jangan refuse to acknowledge penyakit dia dan diminish effort parents aku yang dah jalan satu nusantara cari ubat dia.

Ok back to the point.

Aku ditukarkan ke negeri lain tahun lepas sebab naik gred. Cer teka penjawatan kementerian apa yang naik gred setiap 3 tahun? Dan of course aku kena menyewa juga sebab jauh.

Sebelum ni aku balik 2 minggu sekali tapi bila dah start master part time ni, aku cuma boleh balik waktu cuti semester setiap 6 bulan.

Dan aku tak tau kenapa. Aku rasa mak dan ayah aku sunyi kat rumah sebab abang aku sejenis yang gila kerja, selalu OT dan amatlah pendiam.

Tapi the only thing yang buat aku rasa okay ialah the fact yang at least abang aku ada kat rumah. Jadi kalau adik lelaki aku mengamuk ke apa, abang aku ada kat rumah.

Dan bom nya ialah, abang aku call tadi cakap dia dah beli rumah dan akan pindah keluar. Aku tak tau nak nangis ke apa. Rumah mak ayah kitorang besar weh, 7 bilik semuanya.

Dan semua orang memang ingat abang aku yang akan waris rumah tu sebab aku dari awal dah refuse.

Ye lah aku kan perempuan, kalau faraid aku dapat ape je. Baiklah aku cari harta aku sendiri dari bergaduh adik – beradik atau timbul rasa mempersoalkan hukum.

Tapi walaupun rumah kitorang besar dan nampak mewah, sebenarnya hidup dalam tu tak tenang dan amat stress. Sebabnya adik lelaki aku yang selalu mengamuk (yeeeeee dia makan ubat, sebab ubat lah dia mengamuk baling barang ja.

Kalau tak da ubat aku rasa semua dalam rumah tu dah hilang nyawa). Aku tak nak sebut nama penyakit dia sebab penyakit tu agak rare dan my colleagues might recognise me.

Dan bapak aku yang terlalu mengikut kehendak adik aku tu sampai ke tahap menghambakan diri dia dan mak aku. Ye dia sakit tapi masyaAllah bapak aku punya strict to the treatment regime tu.

Aku doktor gigi, abang aku pharmacist tapi bapak aku tak percaya ya bila kitorang cakap ubat adik aku tu tak semestinya ikut setiap 12 jam tepat. Dia akan paksa adik aku makan ubat tepat masa sampai ke tahap koyak – koyak mulut.

Pastu bila sakit mulalah budak tu mengamuk. Dan bapak aku jugak refused another alternative macam suntikan or drops sebab dia paranoid yang ubat drop tu yang bunuh bapak saudara aku (jugak ada penyakit sama dengan adik aku).

Aku rasa family belah bapa aku macam ada genetic predisposition to mental disease. Nenek aku Alzheimer tahap teruk pakej grandiose delusions.

Aku suspek pak cik dan mak su aku pun ada symptoms yang sama sampai berpecah belah dah family diorang sebab diorang delusional cakap benda tipu dekat anak yang lain.

Dan yes, aku rasa bapa aku pun mula jadi macam tu dah. Dia dah mula suspek itu ini, paranoid itu ini.

Ke tahap dia duduk ja depan pintu bilik abang aku sebab dia tertukar abang dengan adik aku. Pastu dia suka menyibuk kat dapur waktu abang aku nak masak atau buat apa – apa ja lah. Memang dia follow keliling rumah.

Kan aku cakap abang aku introvert, jadi bila bapak aku invade his personal space, dia jadi tak selesa. Aku pun sama. Jadi in the end, kitorang memang duduk dalam bilik je.

Aku okay sikit lah sebab perempuan kan. Jadi memang aku biasa duduk dapur lama2 dan ayah aku tak latar nak kacau aku.

Cuma bila nampak abang aku keluar bilik je terus dia escort ke dapur dan keep pacing dalam dapur tu sampai abang aku keluar.

Bila kitorang tanya dia buat apa, dia akan marah “rumah aku, suka hati aku”. Ubat Alzheimer tak boleh reverse the symptoms ya. Dan bila ayah aku ambil, dia jadi terlau mengantuk. Bila dia tak larat, sapa ja nak jaga adik aku?

Bila dipindahkan ni, aku rasa bebas sebebasnya. Aku boleh drive mana aku nak. Aku boleh beli makanan malam-malam.

Aku tak payah mintak permission bapak aku yang paranoid. Aku tak payah terkejut tak boleh tidur malam2 sebab adik aku tiba-tiba mengamuk sebab ayah aku kejut dia pukul 2 pagi untuk makan ubat.

Dan bila abang aku nampak aku gembira macam ni. Dia pun nak benda yang sama hence dia beli rumah secara senyap – senyap.

Tapi tu lah, aku kesian yang teramat sangat dekat mak aku. Kalau abang aku ada, at least the knowledge yang ada orang lain yang normal dalam rumah tu dah cukup menenangkan untuk aku.

Kalau tak, memang mak aku lah yang kena handle adik aku punya mengamuk dan bapak aku punya tantrum yang makin menjadi – jadi sekarang ni.

Jadi perlu ke aku minta transfer balik kampung dan lupakan cita – cita aku untuk sambung belajar sampai ke PHd?

Sebab keadaan rumah aku tu tak memungkinkan aku kerja dan belajar at the same time. Boleh sekali dengan aku mental sebab terlalu stress tiap hari dengar orang jerit dan maki sana sini.

Dan aku rasa aku akan lebih stress sekarang berbanding dulu sebab ye lah dulu aku pergi buat kerja je. Sekarang dah naik pangkat dan dapat tetap, banyak portfolio yang tiba – tiba aku kena handle.

Aku tidur sekarang 4 jam ja tapi nyenyak. Kat rumah aku tak rasa aku akan boleh tidur nyenyak sebab adik aku tu waktu malam dia buat hal sampai pagi. Pastu bila aku pergi kerja, dia dengan ayah aku tidur sampai aku dan abang balik kerja.

Tapi mak aku macam mana?

Dia pun dah tak larat sangat sekarang.

Selfish ke aku untuk berkeras di tempat sekarang dan teruskan cita – cita aku?

Adakah 10-20 tahun lagi aku akan menyesal?

Perlu ke aku korbankan seumur hidup aku dan kesihatan mental aku untuk jaga mak ayah dan kemudiannya adik aku aku ni?

Tolong bagi nasihat yang membina. Aku tak tau dah nak decide macam mana.

Dan oh btw, aku dan abang dah buat keputusan tak nak kawin sebab tak nak propagate lagi rantaian penyakit ni. Kitorang trauma tengok mak, ayah aku korban seumur hidup diorang untuk adik aku.

– Megan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *