Hai semua. Aku peniaga makanan online. Dan juga pembeli tegar makanan online. Hari2 aku cod makanan kat customer aku. Dan ada hari aku akan order makanan delivery ke rumah. Percayalah, kalau hari2 makan masakan sendiri, boleh lemau jgk kdg tu haha. So kdg2 ada jugak keinginan nak makan makanan2 yg org jual.
Sepanjang aku jadi penjual dan pembeli ni, ada isu yg aku rasa tak patut occur atau memerlukan timbang rasa di antara pembeli – penjual dan vice versa. Akan aku list di bawah berserta explanation dari kaca mata aku as pembeli dan penjual.
Cas cod / cas delivery.
Ada customer taknak langsung cas cod. Sebab katanya baik xyah cod kalau ada cas delivery. Ataupun bila kita bagitau cas cod, terus krik2. Atau yg berhemah, akan cakap yg dia cancel atau pikir dulu. Atau alasan paling best. HUSBAND XBAGI. Ok xpe. Mungkin betul husband dia xbg. Tp kdg dalam sehari 3 4 org aku dpt respons cmni. Sepakat betul husband korang yea. Kat sini aku as penjual rasa SANGAT PATUT untuk letak delivery charge. Kenapa? Seller bersusah payah masak untuk korang. Seller sediakan bekas untuk makanan korang. Seller korbankan masa untuk masak untuk korang. Seller gunakan minyak kereta/motor untuk pergi deliver makanan korang.
Kena pulak tempat korang kena lalu tol, jem, atau korg order on peak hour. Keringat seller kena kira tu. Charge delivery pulak bergantung pd seller. Selalunya dekat2 rumah seller tu, mungkin tiada delivery charge dikenakan. Atau ada yg charge ikut standard price seller lain. Atau ada yg kira per km. Apa pun, delivery charge ni seller xdapat sesen pun sebenarnya. Semua dapat ke minyak kereta atau tol. Percayalah cakap sis. Jadi tlg jangan berkira cas delivery dgn seller. Kesian kiteorg. Atau pd yg xnak dikenakan cas, boleh datang self pickup kat rumah seller. Win2 situation kan?
Rumah flat/apartment/condo.
Ni satu lagi masalah yg aku rasa memerlukan timbang rasa seller dan pembeli. Contohnya, pembeli seorang surirumah ada anak2 kecil yg bahaya nak ditinggalkan sorg di rumah. Kalau anak kecil pembeli hanya seorang, mungkin pembeli boleh angkut turun. Kalau 3 org mcm mana? Mcm aku. Aku ada dua anak kecik. Yg mana yg sulung mmg nak berdukung sahaja kalau keluar dan yg 2nd masih belum berjalan. Kalau nak turun dukung dua2 patah pinggang. So sebelum order, request dulu dgn seller. Boleh ke naik atas? Sbb sy ada anak kecik 2 org susah nak turun. Kalau seller kata ok, orderlah. Kalau seller kata sy pun xboleh naik sbb sy cod bawak anak2 kecik. Kita cancel order cara baik. Sbb mostly seller food online adalah surirumah. Betul kan? Tapi ada jugak seller yg dgn berlagaknya bagitau “OH SAYA TAK NAIK KE RUMAH CUSTOMER, MANA2 SELLER PUN CMTU”..
Yeke dik ada seller xnaik rumah customer??? Aku banyak je dpt seller naik rumah. Aku pernah kena sekali. Even aku explain situasi aku, dia reply gitu. Sdgkan aku tau seller tu student je. Bukan dtg delivery dengan anak2. So cancel je la cara baik. Xyah pening2 kepala. Jangan gaduh2. Tapi aku as seller, akan delivery sampai depan rumah customer even aku terpaksa menapak naik ke walk up apartment atau flat customer. Kenapa? Sbb aku cas delivery. So berbaloi dgn cas, aku rasa aku perlu bagi servis terbaik kepada customer aku. Tu saja. Visi setiap seller berbeza. Tapi kalau boleh naik atas tu, naik la, kdg kita xtau buyer tgh demam ke xlarat nak keluar beli makanan kan. Lagipun dorg bayar cas delivery.
Masa delivery.
Aku as seller, akan bagitau buyer aku begini SAYA START DELIVERY PUKUL 4PM IKUT TURN”. And aku akan roger buyer aku yg lepas ni turn dia. Sbb aku peniaga kecil kecilan je. Selalunya tak banyak pun order sekali hantar tu. So mmg masa masih manageable. Tapi pernah sekali dapat buyer yg tak menyabar even aku dah bagitau aku start delivery pukul berapa and ikut turn. Buyer tu di jalan ampang. Aku di Cheras Batu 9. Agak jauh nak ke sana. Plus aku ada beberapa delivery berdekatan area rumah. Atas perseetujuan bersama. Buyer setuju beli setelah aku bagitau aku akan keluar delivery pkul sekian2, and akan whatsapp dia kalau dh nak gerak ke dia.
Means, aku xbagitau exact time and buyer setuju. Baru 30 minit aku delivery sekitar rumah aku, dia dah whatsapp kata dia dh keluar dari opis ke bawah bangunan utk tgu aku. Padahal aku dah bagitau kalau aku nak gerak ke dia aku akan whatsapp then baru turun. Buyer cakap xapa dia akan tgu. Tup2 bertalu2 whatsapp dia pastu cakap dia xboleh lama kat bawah, and mnx aku cepat2. Face palm kejap. So tlg faham jgk yg seller kena deliver banyak tempat and sometimes time consuming sebab jem, cari rumah xjumpa, maps/waze ngok ngek atau ada mslh2 teknikal lain.
Seller hanya accept online transfer.
Okay, kdg2 seller pakai runner yg mana itu adalah kawan, jiran, anak sedara, adik beradik atau org yg dikenali seller, so sng kawtim duit upah runner. Tapi.. Ada jugak seller yg pakai runner org luar. So seller kena bayar dulu runner tu. Sbb tu most seller prefer bayar thru online. Sbb nak confirmkan order korang. Kang dia dah panggil runner, dah bayar, then korang pulak cancel order. Tak ke naya seller tu??
Kenapa instafamous ni review kata sedap, tapi sy beli xsedap.
Ok dik. Instafamous review makanan ni dia dibayar dik. Sbb tu dia akan cakap sedap gilaa baq hang. Tapi kenyataannya dik, taste bud setiap org x sama. Sebagai contoh produk frozen yg bebytora review. Dia cakap sedap gila. Aku beli, okay mmg sedap. Dah repeat berkali2 produk frozen tu. Sumpah aku cakap, sedap. Sbb kena dgn taste bud aku. So kepada yg xkena ngn taste bud korang, jangan beli dah pasni. Senang kan. Tapi tula org kita suka buat benda tu jd susah. Pastu bising kat seller kenapa xsedap mcm bebytora tu claim. Ya Tohan….. Dah dia makan sedap, sis nak buat guane dik. Oh ye. Aku xjual produk frozen tu eh. Nanti kata aku saja nak promote product aku jual lak. Btw aku jual product makanan yg pernah direview oleh bebytora jgk. Ni pengalaman aku tau. Org lain aku xtau.
Okay ni hanya sebahagian yg aku encounter everyday. So sebagai pembeli dan penjual, kita haruslah memahami condition dari pihak seller, dan pembeli. Communication tu penting. Kalau xboleh turun atas sebab sekian2 untuk ambil delivery, bagitau seller. Sebab dengan communication yg jelas sahaja kita akan memahami. Kita bukannya magician, boleh baca fikiran seller/buyer. Sekian sahaja dari saya. Kalau ada yg lain seller/buyer nak tambah atau cadangkan, boleh komen supaya seller dan buyer sama2 faham dan memudahkan kerja kita semua.
Assalamualaikum.
– Anonla
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit