Seluar, Tudung, dan Lengan

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca iiumc. Alhamdulillah ni kira kali kedua aku membuat confession di sini. Perkongsian aku kali ni mengenai seluar, tudung & aurat.

Baiklah seperti sedia maklum sekarang memang trend perempuan2 pakai seluar yang atas buku lali or erti kata lain macam singkat dari biasa. First sekali pakai macam tu memang lawa, sebab aku sendiri pun tengok lawa dan nampak elegant gila sampai terasa nak pakai juga tapi teringat pula Allah dah cakap kaki tu aurat, apatah lagi buku lali. Tak dinafikan memang sekarang zaman zaman kita meresap budaya barat, yelah ramai mat salleh pakai seluar atas buku lali dgn heels, sumpah lawa tak tipu! Tapi bawa bawa beringat girls.. kita ni Islam, ada garis panduan dalam berpakaian.. nak ikut boleh ikut lah as long as tutup aurat. Sebab skrg ni memang kebanyakkan pakaian dicipta untuk menelanjangkan kita dalam tak sedar…nak ikut dia pakai apa pun kau ikut lah tapi tolong jangan abaikan peraturan Islam dah bagi dalam berpakaian… benda ni dulu baru2 nak jadi tapi makin lama macam cendawan tumbuh selepas hujan..makin banyak ootd dekat instagram pakai macam tu, tu tak sentuh bab ketat lagi. Aku tak tahu la kot lepas ni sampai lutut pulak seluar tu kan huhu!

Bagi aku setakat lawa sekarang, orang pandang, orang laki dok julang kau tinggi2 tapi Kelak wallahualam.. pandangan manusia tu tak penting pon weh, kalau nak berlawa nak bagi manusia tengok kau tapi Allah tak redha, tak pergi jauh pun semua tu sebenarnya. Perempuan kan memang batak attention, sama je aku pun batak attention jugak, tapi biarlah attention yang disertai respect bukan attention yang disertai nafsu. So bab seluar tu ubah2 la, jangan beli dah seluar mengarut macam tu, simpan buku lali kau yang lawa tu bagi suami tengok nanti okay.

Then pasal lengan pulak, selepas tapak tangan kita, tu semua aurat, means start dari pergelangan tangan. Itu semua aurat bukan kulit yang tidak berdosa bila ditayangkan tapi berdosa kakak oii.
Now makin banyak lak jubah yang berlubang2 dkt bahagian tangan tu, so nampak kulit kulit di bahagian lengan. Kau tak pakai handsock pun at least baju kau boleh tutup lengan dengan sempurna pun dah okay. Tapi kalau dah pakai jubah macam tu, pakai la handsock biar lubang2 itu ditutupi oleh handsock muuuu.. nampak simple dan nampak normal benda ni, kalau dah biasa benda dosa pun terasa normal.. lengan maybe ambil masa nak pakai handsock2 ni tapi usaha dengan doa, esok2 seronok la pakai handsock tuuu! Okay lengan ni pun jaga, tak boleh bagi lelaki tengok tauu.

Dan pasal tudung yes tudung. Tudung skrg ni alhamdulillah la takde mengarut macam dulu, sebab sekrang ni boleh adjust kelabuhan dia ikut suka kita. Labuh sampai perut tak penting janji kau cover dada kau tu yang penting! Sekarang ni trend juga pakai tudung yang ikat simpul cantik ke belakang, tak dinafikan memang cantik. Ade juga tudung yang betul2 lilit keliling leher jaa, hipster hispter gituuu. Bagi aku, aku takkan hadap orang laki selagi aku tak cover dada aku dengan apa2. Tak kisah la dada kau kecik ke besar ke janji tudung kau tu tutup bentuk dada tu. senang orang lelaki nak bercakap dengan kau fokus tak terganggu gituuuu.

Akhir zaman koooo banyak sangat trend dalam berpakaian ni, selagi boleh memilih yang terbaik dan menutup aurat pilih la eh adik kakak mak makcik nenek dan manusia semuanya. Aku doakan la instashop yg banyak jual2 blouse labuh, bawal2 labuh, shawl2 labuh supaya berjaya perniagaan korang, tolong semua perempuan dalam malaysia ni pakai ikut syariat ok! Teruskan keluaran yg menepati syariat sebab mostly keluaran skrg tak sesuai dan menepati garis panduan berpakaian dalam Islam.

Aku tegur je, maaf kalau kasar..pakai la elok2 biar bertutup selagi hidup ni eh, nanti dah mati kain kapan takleh atas buku lali, takleh atas dada dah. Nak tips boleh tkde hal, boleh je share. Wassalam.

– Ajieya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit