Seluk-Seluk Vagina: Teguran Buat 2D

Hi, Assalamualaikum semua. Pastinya korang dah tengok episod sensasi Dr Harlina vs Zaki haritu kan.

Sebelum aku start, ni first time aku hantar artikel. Aku lebih cenderung untuk menggunakan bahasa perbualan seharian (campuran BM dan BI) supaya lebih mudah untuk aku menulis. Kalau nak fokus pada tatacara bahasa yang betul, mati kutu jugak aku nanti. Tak jadi aku nak tulis.

So gais. Here it is. Aku akan bahagikan teguran aku pada tiga bahagian. First, teguran kepada Doktor. Second, kepada Doula Douli. Third, rumusan la kan. Macam tak biasa pulak korang bila buat karangan.

TEGURAN 1 : DOKTOR

Sebelum aku start, aku nak citer sikit.

Tahun bila ntah, aku buat korban time raya haji. Ramai gila orang buat korban. So lembu pun banyak la kan kekdahnye.

Lembu yang banyak-banyak ni, diorang park dalam lori dulu. Dah nak sembelih, baru diorang turunkan. Dan… lembu yang atas lori ni… nampak kengkawan diorang kene sembelih.

Maka lembu-lembu ni punya lah tak tenteram atas lori. Bila nak turunkan, brader-brader lori tu tolak dan sepak kepala lembu tu sesuka hati… as if haiwan korban (yang dah confirm menjadi tunggangan syurga tak layak dilayan dengan adab).

Apa yang aku nak sampaikan sebagai mukadimah, haiwan yang berdepan saat hidup dan mati pun takut dan gementar, inikan pula ibu yang nak melahirkan…yang berdepan dengan uncertainty ketika ingin melahirkan anak.

Doktor-doktor yang aku sangat hormati.

Terima kasih sebab bertungkus lumus nak membantu ibu-ibu yang nak melahirkan anak. Dan aku juga sedia maklum, lain hospital, lain cabarannya.

Hospital swasta, tenang la sikit kan. Sebab tak ramai seperti di hospital kerajaan. Mungkin emosi pun lebih terjaga… patient pun masih boleh diselia dengan baik.

Lain pulak kisahnya dengan Hospital Kerajaan. Dah la patient bayar less than RM10, patient ramai pulak tu. On call usah cakap la. Kerja long hours. Penat woi. Patient pulak ramai.

Cuma, bagi kes kelahiran… mak-mak ni datang ke hospital dengan penuh gementar (especially ibu kali pertama).

Pastinya, emosi para ibu ni sedikit sebanyak tak stabil. Bila kena hadap housemen yang nak seluk berkali-kali… of course tak selesa.

And majoriti of these mother tak kesah kena seluk bila perlu (sela masa 4 jam seperti yang dijelaskan oleh Dr Harlina)… atau hanya jika ada komplikasi.

Pada hemat aku… (setelah aku stalk komen-komen orang), apa yang ibu-ibu ni nak hanyalah EMPATHY… rasa difahami. Explain je pada akak-akak ni:

“Puan, saya mintak maaf… saya seluk sikit”

“Puan maaf, saya buat VE ye… saya nak Puan sihat dan selamat”

InsyaAllah ibu-ibu ni okay. Penggunaan perkataan tu penting. Aku taktau la masih ade nurse/ doktor yang tak mintak izin… sebab dalam kes aku bersalin dua-dua orang anak aku, doktor and nurse semua mintak izin elok-elok.

And yes, kepada housemen sekalian, anda perlu buat VE… betul. Tapi jangan banyak kali pada patient yang sama dalam satu masa yang sama. Explain la beb. Cakap la elok-elok.

“Puan, saya mintak izin nak buat VE… kalau Puan tak izinkan saya faham. Cuma ini penting untuk saya jadi seorang doktor yang tidak akan membahayakan nyawa pesakit saya nanti. Saya harap Puan boleh bantu saya ye”.

Dah kalau patient taknak, jangan paksa. Bagi dia masa nak bernafas dulu. Mintak izin. Sakit VE ni. (Tapi ade sekali aku kena VE… midwife Chinese yang buat…. tak sakit beb… serious tak sakit. Kungfu apa dia pakai pun aku tak tau, haha).

The key is communication gais. Yang aku nampak, banyak sangat miscommunication. Gunakan channel yang betul.

Dan jugak…. wahai patient-patient kesayangan….

Jangan la nak demand macam awak bayar 100k masa nak bersalin. Faham lah jugak keadaan nurse dan doktor kat hospital tu.

“Eh… dah kenapa aku pulak kena faham nurse dengan doktor… itu kerja diorang. Apehal pulak aku kene faham mood diorang… dah makan ke belum… dah tidur ke belum… apoooo ” (ni komen sebenar ye… memang ade geng-geng yang komen cenggini)

Eh hello cik kak… awak tu anak taknak tido satu malam pun dah tak tentu arah… nak marah kat suami je kejenye… meroyan tak cukup tidur. Apa awak ingat nurse dan doktor takde perasaan ke? Tak penat ke? They sacrifice nak pastikan awak selamat tau tak?

Tolong la ada EMPATI jugak. Jaga bahasa jugak. Jaga perkataan jugak. Dah kalau awak dok sound acah2 Azwan Ali jelmaan depan nurse dan doktor… awak ingat emosi diorang mcm di alam fantasi ke lepas tu? Nak layan awak macam puteri raja ke macamana?

Respect goes both ways. Faham kan?

TEGURAN 2 : DOULA DOULI CIKEBUM CIKEBUM

doula (noun)
/ˈduːlə/

a woman, typically without formal obstetric training, who is employed to provide guidance and support to a pregnant woman during labour.

Keyword : doula ni peneman TANPA latar belakang O&G.

Goodjob to Doula dekat Malaysia sebab buat kelas pengurusan emosi, pemakanan sihat bagi ibu-ibu yang akan melahirkan.

Bahagian tu, aku sangat bersyukur ada nya korang. At least, emosi ibu-ibu yang nak melahirkan tu lebih tenang. Bak kata Doula, ibu-ibu tahu hak mereka. When they can say No kalau tak selesa.

Tetapi…

FEAR MONGERING atau MENAKUT-NAKUTKAN ibu-ibu untuk bersalin di hospital is so not cool gais. Doktor macam ni…doktor macam tu. Berikut antara komen-komen netizen :

“VE ni agenda dajjal laknatullah. Kalau kita setuju buat VE, ini menunjukkan kita dah tak tawakkal pada Allah”

Ulasan aku : Akak, sejak bila pulak VE ni agenda dajjal kak. Apehal pulak tak bertawakkal pada Allah kalau buat VE. Kalau camtu kak, apa kata akak balik rumah, akak biar pintu rumah akak terbuka dan tak dikunci… dan tawakkal je pada Allah. Amacam kak?

Kalau pintu rumah akak pun akak tak biarkan terbukak…akak takyah acah-acah kak… tak konsisten la praktis akak ni.

“VE ni tak perlu pun… doktor-doktor tu patut seluk sesama sendiri kalau nak praktikal”

Ulasan aku : Akak, konsep VE ni ape kak? Untuk check bukaan kan? Nak check keadaan rahim masih keras atau lembut kan? Dah kenapa nak seluk sesama doktor kak. Boleh tahan jugak akak ni.

So Doula… this is exactly what you should do. Tak perlu dah nak main blame game salahkan hospital la, doktor la, nurse la, housemen la, Imelda Balchin la.

Kalau betul DOULA IKHLAS untuk MEMAHAMI DAN MEMPERJUANGKAN NASIB IBU-IBU… sila buat perkara ini untuk buktikan niat anda :

1) Daftar persatuan doula (buat perlembagaan persatuan, nyatakan aktiviti persatuan dengan jelas)

– Buat ahli jawatankuasa penaja “Persatuan Doula Malaysia”.

– Buat meeting kali pertama sesama doula. At least kena ada 12 ahli untuk daftar pertubuhan. Ahli
kena dari negeri yang berlainan.

– Lantik setiausaha.

– Buat perlembagaan.

– Masuk eROSES.

– Isi details.

– Cipta logo.

– Submit form bayar RM30.

2) Bekerjasama dengan Badan-Badan Perubatan, untuk create awareness kepada ibu-ibu secara bersepadu. Doula dan Doktor, BERGABUNG DEMI KEBAJIKAN IBU-IBU.

3) Jangan melangkaui batas ilmu. Doula HANYALAH PENEMAN, tak boleh bagi nasihat PERUBATAN. Tolong inform masyarakat tentang had limitasi anda. Ini penting.

4) Tolong ingatkan para ibu, anything can happen masa bersalin. Just because awak berjaya, tak semestinya orang lain takkan ade komplikasi waktu kelahiran walaupun mereka rasa mereka dah bersedia. Jangan risikokan nyawa ibu-ibu dengan nasihat yang salah.

RUMUSAN

Rumusan untuk doktor :

Empati. Hormat hak ibu-ibu. Mintak izin. Memang pada korang takde ape… tapi korang tertakluk kepada Ethics kan. Do follow. I know ramai Doktor yang ikut… but please… konsisten lah dalam menyantuni ibu-ibu. Cuba.

Moga syurga untuk semua Doktor di Malaysia kerana tanpa jemu menjaga pesakit seikhlas hati.

Rumusan untuk patient :

“Bumi” kanlah diri anda. You are not the centre of the universe. Hidup ni bukannya tentang “Orang kena faham aku…aku ada hak”… tetapi respect goes both ways. Perlu ada empati pada nurse dan doktor yang penat menjaga dan melayan perangai manusia ni.

Korang sendiri tau, penat tau nak layan kerenah manusia ni… macam-macam perangai ada. Layan anak sendiri pun penat. Inikan kena layan patient yang macam-macam. Cuba bagi kerjasama.

Berzikirlah sentiasa… tenangkan hati. Doa banyak-banyak… sesungguhnya yang menggerakkan hati manusia untuk melayani kita dengan baik adalah Allah juga.

Rumusan untuk doula :

Hentikanlah bergaduh berkenaan bidang medical. Journal tu pun, kalau setakat baca satu dua artikel tak cukup. We have thousands of article… kita ada Journal Index… kita ada Journal Q1, Q2, Q3, Q4.

Nak baca artikel pun kena ada seni nya. Jauhkan dari komen perkara yang bukan bidang kita. SERAHKAN ULASAN PERUBATAN KEPADA AHLINYA. Yang paling penting:

1) Buat Persatuan Doula. Daftar dengan ROS. Aku dah bagi step dah pun. Kalau tak buat, memang la korang ni.

2) Bekerjasama dengan Doktor (Takyah la nak gaduh-gaduh dengan doktor. Semak la. Kerjasama je dah la. Dua-dua pun ingin yang terbaik untuk ibu kan ——- dah tu nak gaduh buat apa?)

Tu je gais. Aku semak sangat tengok pergaduhan dua pihak ni. Bawak-bawaklah bertenang. Ok? Sayang semua…

– Aku ibu juga,

– Pemerhati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *