Semakin Berusia, Semakin Sunyi

Salam readers. Namaku Iman, berusia 20 an. Aku merupakan anak perempuan yang sudah merantau jauh dari keluarga selama 6 tahun untuk bekerja.

Dari lepas spm aku dah mula bekerja partime, setiap cuti sem memang aku bekerja sebab aku adalah dari golongan keluarga biasa. Jadi aku dah belajar untuk mendapatkan segala kemahuanku sendiri dari muda.

Di usia yang muda ini, alhamdulillah Allah telah mengurniakan bermacam bentuk rezeki padaku.

Aku bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. Tidak pernah sesekali pun aku rasa aku susah walaupun kadang2 duit hanya cukup2. Segala galanya cukup.

Aku mempunyai kerja tetap, sudah memiliki kereta dan telah mempunyai rumah. Aku juga dikurniakan ahli keluarga yang penuh dengan kasih sayang, dikelilingi dengan sahabat2 kerja yang sangat baik.

Dulu kawan kawanku ramai. Sebab aku ni jenis riuh, memang suka berkawan. Tapi sejak peningkatan usia ni, aku dah mula rasa sunyi sampai tahap aku balik lewat ke rumah sebab aku sunyi sangat.

Kawan2 dah ramai yang berkahwin, dan ada yang terputus hubungan. Circle kawan2 aku dah mengecil.

Aku juga ada kawan baik bekerja berdekatan denganku,sesekali dia bawak lah pergi camping ke, bersama suami. Tapi jarang lah dalam 2 bulan sekali macam tu.

Soal kahwin pula, jujurnya aku dah tak nampak ke arah itu. Aku ada berkenalan tapi tak nampak untuk ke arah perkahwinan.

Aku pun dah tak suka bercinta, dan dalam bertahun tahun juga tak keluar dating. Last bercinta 3 tahun lepas rasanya, lelaki tu pun dah kawin.

Aku sebenarnya dah kurang keinginan rasa nak kawin. Tapi aku tetap berdoa Allah menemukan jodoh terbaik untuk diriku. Aku pun tak tahu kenapa, mungkinkah sebab aku terlalu berdikari?

Sunyinya aku sekarang, aku rasa semua benda aku dah start buat sorang2. Makan sorang tu biasa, karaoke sorang, drive jauh2 sorang untuk beli makanan tapi bila aku malu aku makan lah dalam kereta sorang2, hahaha.

Aku balik juga kg dalan 2 bulan sekali. Nak balik selalu tak larat nak drive 5 jam perjalanan. Plus aku pun kadang2 bekerja on weekend.

Aku sedih, sekarang ni aku sampai rasa kalau aku hilang pun.. tak ada orang yang akan perasan. Sedih sangat.

Baru aku sedar sebenarnya aku dah takde kawan dah…. hahahaha, doakanlah aku jumpa soulmate yang terbaik untukku. Terima kasih semua.

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Salam awak. Sebenarnya bila awk rasa sunyi dan sendiri, ni adalah cara Allah nak tarik awak makin dekat dgn Dia. Saya pun pernah melalui situasi ni. Memang ada masa kita rasa sunyi, sedih sorang², kawan² semua ada family dan life masing². Bila fikir balik, ni lah cara Allah nak tarik aku, supaya banyak spend time dgn Allah. Carilah circle baru awak. Pergi majlis ilmu, join usrah, pergi masjid. Dari situ pun nnt boleh jumpa kawan² baru yg mungkin ada minat sama dgn kita. Nanti bila dah kahwin, masa utk cari ilmu, me time ni dh berkurang, ada kekangan. Sementara ada masa lapang ni, isilah masa utk equip diri dgn ilmu dan pengalaman supaya dpt prepare utk hidup berumahtangga nnt.

    Soal jodoh tu jgn risau, at one point bila kita rasa penat mencari, memang akan rasa taknak kahwin. Tapi deep down inside, sebenarnya hati kita nak. Teruskan usaha, insyaAllah one fine day jodoh yg terbaik akan sampai. Yakin je awak. Yg penting enjoy life, isi masa dgn benda bermanfaat. Biar single tp singlelillah gituuu.

    Semoga dimudahkan urusan awak!

  2. Penuhi masa single awak dengan aktiviti yang buat awak happy – belajar ilmu/skill baru, pergi travel, cari kawan2 baru. Dik, awak sebenarnya dalam transition nak ke umur 30-an, fasa2 rasa sunyi macam ni majority orang alami. Saya pun pernah berada dalam fasa itu.

    Sekarang? I’m nearly in my mid-thirties, still single, tapi alhamdulillah, life is better than before. Sebab saya sedar Allah bagi saya nikmat masa lapang, masa single tu untuk bahagiakan diri saya sendiri. Bila awak mula sayang diri sendiri sambil guna masa untuk kenal balik Dia, hati awak akan rasa terisi, sungguh. Saya doakan supaya TT diberi ketenangan hati dan Allah penuhkan hati TT dgn kasih sayang dari Dia.

  3. Sy xtau kenape awk nak sedih… Sy kawen umo dah 30… Most my friend dah kawen dah ade anak ms tu… Bf pom sy xde sblm sy kenal laki sy… Ok je… Kene faham la kwn2 dah ade family sendiri… Xperlu rasa sedih2… Mçm sy bkn jenis mcm awk pegi karok bagai, dunia sy rumah dan kerja… Tp sy xsempat sedih sbb sy tau byk lg sy nak kejar… Set target la ape awk nak dlm hidup ni bkn just nak enjoy je… Bila kita ade target mmg xsempat nak sedih2 dan xmenjadikan masalah pom utk sorg2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *