Semakin Parah

Assalamualaikum semua. Aku nukilkan dekat sini bila semalam aku ada baca satu post dari iium (Purdahniss ke apa..) Aku takda nak pertikai pasal post tu lah, cuma apa yang aku nak sangattt orang luar sana atau mereka yang memakai pakaian sunnah tu buka mata, sedar cepat-cepat masalah macam ni. Nampak macam takda apa, tapi sebenarnya perbuatan yang menampakkan diri segelintir manusia seolah tak berilmu itulah akan beri kesan yang sangat-sangat teruk. Serius beb.

Aku tahu ada yang bosan dengan topik, atau masalah yang aku nak cakapkan ni. Dan mungkin ada yang dah lama perati ja sikap² negatif macam ni. Apa-apa lah. Nak baca ke tidak, terserah diri. Cuma aku beritahu disini bersebab. Bukan saja-saja. Sangat penting. Walaupun ada yang bukanlah dari golongan ‘islamik’ atau takda pun rakan² yang pakai pakaian sunnah tu. Takpa, yang rajin baca teruskan.

1. Memakai niqab/purdah.
— Nak pakai, pakailah. Kalau rasa dengan berniqab/berpurdah kau boleh jadi helok. Teruskan. Tapi dengan ilmu. Yes, ilmu penting. Kalau beramal kemain tapi ilmu takda. Aitt, macam mana tu. Tak ke pelik. Ingat, pakaian bukanlah segalanya. Tapi asbab pakaian lah boleh didik diri kita nak jadi baik atau sebaliknya. Nak berpurdah, yang penting kau tahu keperluan diri kau dengan keadaan. Contoh kalau kau sejenis yang masih belajar pakai purdah (on off lagi) jadi, kau kena tahu bila keadaan yang sesuai kau pakai. Kalau kau rasa bila kau pakai purdah akan timbul fitnah (dengan keadaan sekitar kau) LEBIH BAIK tak perlu sarungkan. Contoh, kau keluar berlainan jantina tanpa siapa² teman (padahal tak boleh pun, tapi kau gatai. Kahkah) haa keadaan macam tu elakkan lah. Aku bagi contoh atas apa yang aku dah nampak. Kau rasa contoh tu macam keji sangat kan nak bagi dan org akan cakap “woi kau tahu ke dia keluar dengan mahram ke tidak. Jangan fitnah sebarangg jee!!” Ye, itulah realiti hari ini. Sangat parah. Ada lebih dasyat yang aku pernah jumpa. Cukuplah aku bagi contoh macam tu.

2. Bergambar/selfie/conteng muka/video pusing² kain kembang, tudung niqab bla bla/apa-apa perbuatan yang menarik PERHATIAN MANUSIA.
— Tepu ke bila baca tajuk ni? Kahkah. Tapi benda ni lah seolah lumrah/satu kewajipan yang segelintir manusia berpurdah buat. Dan sangat-sangat tak helok untuk diri, keluarga, pemikiran manusia, anak² muda hari ini, pandangan orang luar, yang bukan Islam. See? Banyak kott kesan-kesan tak baik. Haishh. Tolonglah buka mata sikit, ubah sikit sikap, pendirian kononnya “aku buat apa yang aku suka, ini kan sunnah salah ke? Tolong jangan jaga tepi kain org boleh tak!? Doakanlah yang baik², #masihbelajar..” Iya, istilah masih belajar semua tu, aku faham. Memang kita semua tengah belajar nak baiki diri. Tapi, sejenis manusia yg susah nak terima teguran, susah nak buka minda hadam semua yang ditegur..itu ke sikap manusia yg #masihbelajar? Tak sedar ke dengan semua tindakan macam tu, sebenarnya kau sombong dan taknak kalah dgn keseronokkan yang kau dapat dalam dunia maya hari ini. Cuba fikir kejap. Tanya diri kenapa nak berselfie cantik², post ayu semacam, buat jeling², bermakeup melebih², buat acah² mata bulat, video tutorial macam mana nak jadi cantik, kemudian share dekat tiap media sosial yg kau ada beribu followers. Beribu likes, beribu manusia yg tengok. Apa kau dapat dari semua tu? Sebab tu penting Ilmu. Kau ada ilmu, kau takkan buat semua kerja bodoh ni. (sorry kasar, tapi hakikat manusia yg taknak terima kesalahan diri) Ada yg cakap dekat aku “Dia dah kahwin, takpalah halal kan? Nak bergambar pun tak salah kot..” Yes! Pemikiran macam ni lah terhasilnya gambar² manusia berniqab/berpurdah bersepah² hari ni. Banyak sangat. Si suami, kalau isteri anda adalah manusia berniqab/berpurdah tolong sangat jaga aib isteri. Ajar lah sikit jangan upload gambar. (Kalau si suami pun ikut serta pamer isteri sini sana tak boleh cakap apa lahh! Haishh) Dan, yang sejenis instapemes ada pasangan halal toyibbann giteww. Aku harap tak perlu buat talk pasal “nikah muda bla bla bla” Nikah muda okey, baik kalau kau pilih untuk itu tapi tolong jangan lah nak kaburkan mata² anak muda hari ni Islam semata hanya Cinta Halal SHJ. Islam bukan soal kahwin je woiii. Bukan bukan. Adoii. Cuma pesan aku dekat sini, ngaji biar bagi helok. Okey? Aku cakap macam ni sebab, siapa pun dia, belajar apa, kerja apa, pelajar agama ke, pelajar sains ke. Semua sama. Sebab yang aku jumpa, segelintir yg mengajar ilmu agama lah banyak gambar yg sangaaaaaat curi perhatian orang lain. Awak yg diberi kefahaman ilmu agama ni, tolonglah jangan amik remeh soal ni. Org awam mudah menilai dgn apa yg dia tengok dalam maya. Awak bawa imej Islam. Jadi, jaga elok². Jangan letak bawah tapak kaki ilmu tu. Kalau tak, jadilah macam sekarang. Sangat parah. Sangattt. :(

3. Ada teguran, ambil positifnya dan UBAH. Tak dapat banyak, buat sikit. Jangan terus kau bantah, kau jaja cerita kata ada org kecam, kononnya tak faham kau bla bla bla. Itu namanya sombong. Jadi tolong, pesan² kanlah dekat kawan awak, keluarga ke, siapa² pun. Pentingnya untuk faham kenapa pakai purdah/niqab. Kenapa. Tanya diri, tanya diri dan tanya diri. Kau akan dapat jawapan. Lagi satu, bab bergambar dan post dekat media sosial tu, tolong beringat. Bukan yg pakai purdah sahaja. Tapi, wanita² luar sana juga. Tolong sayangkan diri awak dengan berhati² untuk upload gambar² diri. Tolong fikir kesan negatif KALAU gambar awak org salah gunakan. Tolong fikir banyak kali bila nak post gambar. Sampai²kan yee.

Okeyy, sampai sini dulu aku taip. Macam dah panjang aku bebel ni.
Terima kasih yg baca sampai habis. InsyaAllah.
Yang akan kecam, tolong hadam dulu post ni. Tolong faham dulu istilah maruah diri, istilah fitnah hari ini.
Tanya diri, kau akan dapat jawapan.
#JanganSombong.

– – S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit