Semangat MCO Sendirian

Assalamualaikum. terima kasih admin sekiranya sudi menyiarkan post ini. Maaf kalau tajuk atau penulisan melalut dan terlalu panjang.

Tujuan post ini adalah untuk memberi idea kepada mana-mana insan di luar sana yang kini menjalani musim PKP sendirian terutamanya pelajar IPT, khusus juga untuk berkongsi semangat kepada penulis “MCO On Campus” (https://iiumc.com/mco-on-campus/).

Untuk pengetahuan, saya juga seorang pelajar IPT di tengah-tengah ibukota yang kini tinggal bersendirian semenjak PKP fasa 1 pada 18 mac lalu, seperti juga Suhaila (Bukan nama sebenar).

Buat saudari, walaupun situasi kita agak berbeza, saya harap sedikit coretan saya ini mampu menguatkan semangat saudari untuk menempuhi hari-hari mendatang sendirian (sekiranya keadaan masih juga memaksa).

Berbeza dengan saudari, saya menyewa di luar kampus sudah hampir satu tahun (selepas tamat kontrak hostel kampus) bersama 9 lagi rakan sekelas (sebab rumah ini 3 bilik dan agak besar). Perumahan kami agak privasi dan saya tidak mengenali mana-mana jiran.

Saya juga tidak pasti sekiranya ada pelajar IPT kami yang tinggal di perumahan yang sama memandangkan kos average sewa di sini agak tinggi dengan limit penghuni hanya 6-8 orang (cuma kami agak bernasib baik kerana tuan rumah mengurangkan sewa dan membuat rayuan dengan pihak pengurusan bagi menambahkan penghuni).

Semenjak arahan PKP fasa 1 dikeluarkan lagi, pihak pengurusan mengetatkan lagi sekuriti di perumahan kami yang mana tidak ada orang luar dibenarkan masuk ke kawasan ini, dan pada 30 mac, diketatkan lagi arahan yang mana delivery dan postage juga hanya dihadkan di pondok pengawal.

Pada awalnya, hanya 8 orang rakan serumah saya yang pulang ke rumah keluarga masing-masing sejurus selepas perutusan 16 mac (ada antara mereka yang asalnya tidak berniat untuk pulang namun dipaksa oleh ibubapa atas faktor kerisauan).

Seorang lagi rakan serumah turut berniat untuk terus tinggal di sini bersama saya sepanjang MCO ini namun sama juga dipaksa pulang secara tiba-tiba pada 18 mac (memandangkan ada keluarganya dari KL yang ingin pulang ke kampung halaman pada hari sama). Maka, bermulalah perjalanan MCO saya sendirian (fuhh intro pun dah panjang kan haha)

Pada 17 dan 18 mac, yang mana saya masih lagi tinggal berdua, sejujurnya hidup kami seperti mayat hidup yang mana life masing-masing hanyalah bangun, makan, tidur, tengok movie.

Agak sukar untuk kami menyesuaikan diri untuk tinggal di rumah disebabkan kami berdua belajar sambil bekerja, maka pada waktu kebiasaan sebelum PKP, waktu selepas waktu belajar termasuklah cuti hujung minggu akan kami luangkan di tempat kerja dan jarang berada di rumah.

Tambahan jurusan kami banyak memerlukan kami membuat lawatan tapak makanya memang kehidupan selalu keluar rumah.

Menyedari hakikat kehidupan pasif sebegini, sejurus selepas saya ditinggalkan bersendirian, saya mula mengambil inisiatif membuat jadual aktiviti dan target harian untuk musim PKP ini bagi memastikan disiplin diri terus terjaga.

Disebabkan tinggal sendirian juga, pada awalnya, saya hanya akan order food delivery disebabkan takde kerajinan untuk masak hanya makan sendiri. Tapi semenjak sekuriti diketatkan dan delivery hanya sampai guard.

Saya terpaksa mengambil inisiatif memasak sendiri memandangkan rumah berada jauh kebelakang dan tidak berbaloi untuk ulang alik ke guard semata-mata untuk mengambil sebungkus makanan tambahan penghuni di sini kebanyakannya pekerja hospital maka lebih tinggi keperluan untuk saya jaga social distancing.

Ohhh untuk pengetahuan saudari juga, saya bukan pengguna online banking juga (sebab kad pernah kena block sebelum ni dan masih belum aktifkan balik untuk tujuan transaksi online) maka segala urusan food delivery juga saya bayar secara cash.

Oleh itu, saya cuba melihat perkara ini dari sudut positif ; bertambah aktiviti yang boleh saya lakukan di rumah iaitu memasak dan belajar resepi-resepi baharu (ada lebih saya akan bagi kepada guard).

Dan kurang keperluan untuk saya keluar rumah, kurang juga spending saya pada food delivery, makanya kuranglah keperluan untuk saya keluar ke ATM semata-mata nak keluarkan duit.

Berada di rumah sendirian, saya mengambil peluang mebuat aktiviti-aktiviti yang ingin saya buat selama ini yang terbantut akibat kekangan masa.

Antaranya, belajar DIY seperti deko bilik, kemas rumah (saya turut mengemas semua barang-barang rakan serumah), explore application baharu seperti saudari buat which is graphic design (tapi saya lebih fokus kepada video editing), improve seni lukis dan sebagainya.

Bagi setiap target harian yang saya capai, saya akan reward diri sendiri dengan membenarkan diri tengok 1 movie. In between setiap aktiviti, saya akan spend sama ada on social media or main game dan letakkan limit hanya 15 minit.

Hal ini adalah untuk mengelakkan diri terlalai atau addicted dengan perkara-perkara yang tidak menyihatkan minda. Saya juga gunakan peluang ini untuk menambahbaik diri dari sudut rohani memandangkan selama ini masa hanya banyak dihabiskan untuk kelas dan kerja.

Saya letakkan target untuk bacaan al-quran yang perlu dihabiskan, solat sunat, zikir dan sebagainya serta gunakan masa ini untuk cuba menghafaz al-quran. Saya turut meminta ibu saya post buku-buku saya di rumah yang masih belum sempat saya habiskan bacaan untuk dihabiskan di musim ini.

Untuk minggu kedua PKP fasa 1, saya gunakan mencari peluang untuk menyertai aktiviti volunteer seperti saudari. Hal inilah yang menguatkan semangat saya untuk terus aktifkan diri. Terutamanya ia peluang untuk kita berinteraksi dengan orang lain dan mengembangkan networking dengan orang yang tidak kita kenali.

Banyak pengalaman boleh dikongsikan ketika ini selain boleh cuba mendapatkan motivasi dan kata-kata semangat. Hanya pada minggu ini wujudnya direct interaction antara saya dan manusia-manusia lain haha.

Dan ternyata bukan saya sahaja yang sedemikian, tetapi ada juga volunteer lain yang sama seperti saya yang tinggal sendirian sudah tidak keluar rumah berjumpa orang sepanjang minggu pertama.

Fasa kedua PKP bermula kelas atas talian di IPT saya, maka segala aktiviti luar telah dihentikan sepenuhnya sehingga kini memandangkan hampir setiap hari saya ada kelas (termasuk hujung minggu bagi kelas ganti).

IPT kami juga membatalkan final exam dan menukarkannya kepada penilaian berterusan. Hal ini telah menyebabkan jadual saya hanya dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran memandangkan tugasan diberi tanpa henti.

bagi tugasan-tugasan tertentu yang diberikan masa lebih panjang untuk disiapkan, saya tetap gunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya dengan menjalankan kajian lebih mendalam sehinggakan tidur saya hanyalah 3-4 jam sehari sepanjang beberapa minggu ini (sama seperti pada hari kelas kebiasaan sebelum PKP).

Sekali lagi, saya cuba melihat perkara ini dari sudut positif yang mana; saya dapat menghantar tugasan yang lebih berkualiti berbanding kebiasaan (yang selalu mengejar masa disebabkan komitmen kerja).

Saya dapat discover banyak ilmu baharu menerusi peluang kajian, dan tinggal bersendirian membenarkan saya untuk menumpukan hanya pada diri sendiri tanpa memikirkan komitmen lain.

Sedari awal lagi, keputusan untuk tidak pulang adalah dibuat oleh saya sendiri, yang pada awalnya saya fikir untuk tidak menjadi salah seorang yang pentingkan diri untuk pulang ke kampung bukan atas sebab-sebab yang relevan (saya memahami ada pelajar yang pulang disebabkan arahan namun saya tidak ada keperluan atau desakan tersebut).

Untuk pengetahuan, saya mempunyai pengangkutan sendiri dan banyak peluang untuk pulang ke kampung halaman, dan setiap kali mendapat peluang itulah, ibu saya akan cuba memujuk saya untuk pulang (sejujurnya saya tetap rasa bersalah dengan ibu saya) namun banyak perkara yang perlu saya fikirkan di sini memandangkan kita tidak pasti bila PKP akan berakhir.

Semenjak pengumuman pelajar IPT akan dihantar pulang beberapa hari lepas, ibu saya sekali lagi memujuk saya untuk pulang supaya makan minum saya lebih terjaga (memandangkan saya sejenis yang sering terabai waktu makan apabila fokus pada kerja) dan saya sedikit teragak-agak pada awalnya.

Namun bila diambilkira beberapa faktor dan hikmah PKP sendirian, saya mengambil keputusan untuk tetap dengan pendirian saya untuk tidak pulang sepanjang PKP ini. Tambahan disebabkan komitmen belajar saya dengan tugasan yang berterusan.

Adalah lebih tidak bertanggungjawab untuk saya pulang tetapi bukan sahaja tidak dapat membantu mengurangkan kerja di rumah, malah menambahkan beban ibubapa untuk menjaga saya, sedangkan di usia ini saya yang sepatutnya menjaga makan minum mereka.

Tambahan saya ada tanyakan pendapat rakan serumah yang pulang ke kampung halaman, dan dia turut menyokong keputusan saya disebabkan pengalamannya sepanjang PKP di rumah menyebabkan komitmennya perlu dibahagi antara keluarga dan belajar.

Saya juga melihat kesusahan kebanyakan pelajar yang pulang ke rumah berhadapan situasi yang mana susah menyertai kelas atas talian.

Ianya disebabkan coverage internet connection di kampung masing-masing agak kurang dan sering terganggu jika dibandingkan di ibukota selain kebanyakan bahan pembelajaran berada di sini disebabkan masing-masing pulang tanpa perancangan.

Saya juga merasakan ini ibarat “me time” yang mana saya boleh gunakan peluang ini untuk fokus hanya pada diri sendiri.

Dan pada saya, tempoh PKP ini tidak ada beza sangat berbanding semester pembelajaran biasa memandangkan saya juga selalunya tidak pulang sepanjang semester sehinggalah seminggu sebelum bermula semester seterusnya.

(Cuti pertengahan semester akan saya gunakan untuk aktiviti kajian lapangan dan cuti semester akan saya gunakan untuk kerja sambilan) dan hanya seminggu sahaja akan saya luangkan masa di rumah dan betul-betul tumpukan pada keluarga.

Saya juga berpengalaman menyambut ramadhan di luar negara dan tidak beraya sebelum ini juga atas faktor belajar. Pada saya, belajar itu juga suatu jihad maka once i’m on that track, i’ll go all the way thru it.

Alhamdulillah, sekarang ibu saya sepertinya sudah menerima keputusan saya untuk tidak pulang dalam masa terdekat dan tidak lagi menunjukkan kerisauan memandangkan saya sering update masakan saya dan bangun waktu sahur padanya (hakikatnya sebenarnya tak tidur lagi haha).

Berada di rumah juga, tidak kira sendirian atau bersama keluarga, jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat seperti luangkan masa untuk bersenam bukan hanya untuk kesihatan jasmani, namun minda juga. Boleh ikut fitness page punya live demonstration or youtube untuk lebih bersemangat nak bersenam.

Dan saudari ada juga sebut berkenaan kurang bercakap dengan keluarga kebelakangan ini. Saya juga sejenis yang hanya sentiasa update menerusi whatsapp dan tidak meluahkan masalah kepada ibubapa.

Namun, lumrah manusia biasa, saya juga ada masa tidak kuat untuk pendam segala perasaan sendirian, ada masa saya juga menangis tambahan bila ibu selalu sangat tanya pasal balik (buat saya rasa serba salah).

Maka, saya akan video call dengan kawan-kawan saya, kadang-kadang minta kawan teman sambil memasak atau makan supaya tak sunyi sangat sendiri.

Tambahan saya sejenis yang ambil masa lama untuk makan, maka ada masa saya akan gunakan masa tersebut juga untuk layan hiburan (selalu Running Man la haha) atau live tazkirah (bagi diri insaf sikit huhu).

Bila berinteraksi dengan orang lain sama ada keluarga atau kawan-kawan, seboleh mungkin kurangkan juga bercakap hanya perkara serius dan fokus kepada perkara-perkara yang menaikkan semangat atau share lawak.

Saya turut memberitahu mereka mengenai perancangan harian saya dan meminta mereka mengingatkan saya supaya saya tidak terlupa dan lebih bersemangat untuk menjalankan kehidupan harian. Ayat saya setiap kali saya merasa tidak bersemangat (tambahan nak mulakan waktu pagi nak bangun dari tidur dan start masak) :

“I need to stay alive” “I need to prove it that i can do it” dan semestinya untuk tidak merisaukan ibu saya, maka setiap aktiviti yang saya lakukan akan saya update dan ini menambahkan lagi semangat saya untuk capai target harian saya.

Saya pernah juga demam masa PKP ni (sebab overwork) dan ayat inilah yang menguatkan saya memandangkan saya set kesedaran yang hanya saya boleh menjaga diri sendiri, maka digagahkan diri bangun masak maggi dan makan ubat (segala bekalan ubat memang disediakan dari sebelum PKP).

Saya sarankan juga kurangkan view story atau update kawan-kawan yang spend time kat rumah kalau perkara itu hanya menimbulkan perasaan negatif dalam diri saudari.

Macam facebook saya, sememangnya saya set highlight post from page-page tertentu seperti page motivasi dan news, makanya saya jarang nampak post dari kawan-kawan atau keluarga.

Berkenaan ayah saudari, saya doakan semoga cepat sihat dan segala urusan saudari dan keluarga dipermudahkan. Doakan juga saya di sini terus kuat dan istiqamah dengan jihad saya.

Sekiranya saudari memerlukan tempat meluahkan perasaan dan mendapatkan motivasi, saya yakin ramai yang komen di post saudari sudi membantu kurangkan beban perasaan saudari di samping boleh juga hubungi talian-talian hotline di luar sana. Maaf juga sekiranya ada penulisan saya yang terkasar bahasa atau terguris hati.

Ps : semenjak PKP fasa 2 ni, saya hanya keluar rumah 2 minggu sekali hanya untuk beli barang dapur (malas nak keluar sebab banyak sekatan) maka juga belum ada interaksi dengan manusia di luar sana.

Dan alhamdulillah setakat ni masih belum merasa bosan berada di rumah walaupun tak pernah kira dah masuk hari keberapa PKP. Sunyi sekali sekala tu normal kot maka saya akan paksa kawan-kawan atau adik saya untuk layan saya haha

Pss : saya pelajar tajaan yang ada elaun bulanan tetap dan hanya bekerja sambilan untuk pengalaman dan dapatkan pendapatan sendiri, keluarga juga bukan orang susah alhamdulillah (andai ada yang risau tentang kewangan saya)

– Student (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *