Semangat Seorang Ibu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera untuk semua yang sudi meluangkan masa untuk baca kisah ini.

Ceritanya bermula disini, semasa aku tingakatan 4 barangkali aku dikejutkan dengan berita mak aku kena kanser payudara tahap 4. Masa tu Allah je tahu perasaan aku bila mak aku cakap dia dapat kanser. Aku dah mula nampak hikmah kenapa aku tak masuk sekolah asrama. Dulunya masa tingkatan 1, aku dapat juga tawaran masuk sekolah berasrama, tapi alasan aku tak nak tinggalkan kakak aku yang kelainan upaya. Mak aku puas pujuk, sampai aku masuk sekolah biasa je. Masa tingkatan 3 pulak, aku tak dapat juga tawaran sekolah asrama sebab result aku tak gempak sangat hanya dapat 6A je masa tu. Tapi aku still bersyukur sebab rupanya mak aku nak aku dekat sepanjang dia sakit.

Mak aku sakit dan bertahan lebih kurang 4tahun lamanya. selama 4tahun tu juga mak aku berusaha untuk pulihkan sakit. Pergi hospital,klinik, ubat kampung dan makan makanan untuk sihat demi mendapatkan kesihatan yang baik semula. Mak aku ni sebenarnya masa dapat kanser, dia taknak pun pergi hospital sebab dia takut. Masa tu abah mula la ikhtiar pergi klinik swasta yang boleh buat pembedahan untuk buang kanser tu. Tapi tak menjadi atas sebab tertentu. Kami pun ikhtiar ubat kampung. Macam2 tempat abah aku bawa untuk ikhtiar ubatkan mak yang sakit. sepanjang mak abah takde kat rumah, aku lah urus keadaan rumah memandangkan aku anak kedua daripada 4 adik beradik. Kakak aku seorang insan yang digelar kanak2 istimewa daripada lahir.

Jadi tugasan rumah aku yang urus sebab aku dah pegang tanggungjawab kakak sulung. Daripada aku tak tahu langsung masak sampai aku pandai sendiri untuk masakkan kakak dan adik2. Tapi ikhtiar abah bawa mak ubat kampung dan klinik swasta berhenti sampai 2 tahun. sebab mak aku dah terlalu lemah dan abah aku buat keputusan nak bawa pergi hospital kerajaan dan mak aku bersetuju. Sepanjang 2 tahun tu juga, aku belajar macam2. Erti kehidupan nak jaga orang sakit ni bukan mudah. Perlu kasih sayang. Tengah malam bangun menangis sebab sakit. Orang lain semua sedang berjuang nak study sungguh2 untuk SPM. Tapi aku tak,sebab aku sibuk bangun malam jaga mak aku yang nangis tak tahan dengan kesakitan.

Pernah juga aku tertidur kat dalam kelas sebab malam tu aku berjaga untuk jaga mak aku. Masa tu aku tak fikir dah masa depan. Yang aku tahu aku nak sama2 dengan mak aku selalu. Mak aku kena tahan wad dekat2 dengan aku nak amek exam SPM. Masa tu aku ingat lagi,mak aku nak operation buang kanser payudara. Doktor pun ada juga cakap dekat aku dan abah, mak aku dalam risiko yang tinggi. Hanya 50% peluang untuk hidup. Masa tu mata da berkaca tapi tahan sebab aku rasa itulah kekuatan aku. Mak adalah kekuatan aku. Sampailah mak selesai operation pertama aku temankan mak. sepanjang mak di wad.

Aku pergi sekolah pun dari hospital. Abah aku amek dan hantar sebab masa tu abah jaga adik2, aku jaga mak kat hospital. Pernah juga, aku tidur di hospital malam sebelum exam. Yang penting aku dekat dengan mak. Ya Allah masa ni aku rasa manja sangat dengan mak. Sebab aku selalu ada dengan mak. Aku rasa Allah bagi peluang yang besar dan luas untuk berbakti pada mak. Walaubagaimanapun, lepas mak dah buat operation yang pertama, mak menjalani kehidupan macam biasa. Mak kuat sangat semangat. Walaupun kadang2 baru habis rawatan kimoterapi, mak tetap nampak sihat. 1 je mak selalu kata kat aku,mak kuat sebab anak2. Dan aku baru faham keadaan tu sekarang bila aku dah berumahtangga dan ada anak.

Lepas aku dapat keputusan SPM yang tak berapa ok,mak tak marah pun aku. Sebab masa aku terluang banyak dengan mak. Aku selalu salahkan diri sendiri tak belajar betul2, tapi mak kata takpe sebab aku dah jaga mak dari tingkatan 4. Jadi masa tu aku banyak luang untuk mak. Namun begitu, aku tetap mohon untuk masuk u atau matrik sebab itulah harapan mak dari dulu lagi. Mungkin berkat jaga mak,aku dapat masuk matrik. Kalau diikutkan result aku tak layak untuk ke matrik. Tapi kuasa Allah, mak kata ganjaran Allah untuk aku yang dah jaga mak sepanjang mak sakit. aku teruskan cita2 mak dan masuk ke matrik.boleh kata hari2 aku akan call mak. kalau tak call aku akan mesej. Everyday aku nak dengar suara mak. Sebab mak aku kat johor, aku kat negeri sembilan. So kira jauh jugalah untuk aku yang tak pernah berpisah dengan family. Alhamdulillah kat matrik keputusan aku memuaskan. Dua2 sem aku dapat keputusan atas daripada 3.68. Masa tu mak suka sangat walaupun tak dapat 4flat. Aku tetap bersyukur.

Selepas SEtahun kisah dimatrik tu berlalu, tahun seterusnya merupakan tahun keempat mak kena operation kali kedua sebab doktor kata ada sikit lagi macam ketumbuhan di tempat yang sama sakit tu. Masa tu aku dah masuk universiti. kisahnya macam biasa hari2 aku akan call mak atau mesej. Satu hari tu mak kata mak ada berita, mak nak kena operstion kali kedua. masa tu aku ingat lagi, berita tu aku tahu sebelum test mathematics engineering. Tapi macam mana pun, aku rileks je. Aku jawab dengan tenang. Alhamdulillah sekali lagi, aku dapat jaga mak aku masa operation kedua. Sebab aku punya u kat johor jugak. ALLAH letak aku dekat je dengan mak. Sebab hikmah Allah tu cantik.

Tahun keempat tu juga banyak sangat perkara jadi. Mak dah selesai operation, buat kimoterapi dan beberapa rawatan lain. Sampailah 1hari doktor panggil aku seorang je masuk bilik doktor. Kebetulan abah masa tu cari parking di hospital, parking penuh. Jadi amek masa sikit untuk ke bilik appointment. Dalam masa yang sama line handphone pun tak ok sebab dalam hospital. So aku seorang je masuk bilik doktor. Masa tu, doktor cakap aku perlu sabar dan tenang sebab perkara yang doktor nak bgthu ni tentang mak yang sangat lemah dah sekarang walaupun kadang2 mak tak tunjuk pun dia lemah. Doktor kata kanser mak,dah merebak ke hati.

Kemungkinan mak tak boleh bertahan lagi. ALLAH sekali lagi aku dengar benda yang aku tak sanggup nak dengar. Air mata mula nak berjurai. Tapi aku tahan sebab aku tak nak mak nampak aku nangis. kali ni betul2 mak dah tak boleh bertahan. sebulan sebelum puasa, mak sangat lain dengan aku. Kebetulan aku tengah cuti sem. Jadi aku kat rumah dengan mak 24 hours. Kadang2 mak ok dengan aku,kadang2 tak ok. Tapi aku faham orang sakit memang macam tu. namun keputusan exam aku kt u masa tu gembirakan mak semula sebab hadiah terakhir aku dapat bagi sebelum mak pergi adalah keputusan dekan untuk exam kali tu.

Genap raya ketiga mak pergi selamanya tinggalkan kami. Kuatnya adik2. Seorang adik nak amek SPM. Seorang lagi baru darjah 5. ALhamdulillah aku dan adik2 masih diberi peluang untuk memandikan jenazah arwah mak dan mengkafankan. ALLAH. detik tu aku tak kan lupa. Moge Allah tempatkan arwah mak dalm kalangan para solehah. Adik2 aku juga walaupun tidak berpeluang belajar tinggi tapi mereka masih ada bakat lain yang aku yakin 1hari nanti adik2 juga akan berjaya macam yang arwah mak nak tengok sebelum dia pergi. Kuasa Allah juga mungkin adik2 akan dapat ganjaran yang amat besar sebab masing2 bekerjasama jaga kakak yang teristimewa buat kami.

Untuk yang masih ada mak,ibu,mama,mummy,umi.sila hargai kerana akan tidak lagi merasa kasih ibu apabila mereka pergi.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit