Semangat Untuk Hidup

Normal ke rasa tak de semangat nak hidup? Adakah gejala aku ni sebagai kecanduan gajet? Aku Anis (bukan nama sebenar), umur 34 tahun, single, bekerja swasta, BMI overweight, kulit tak cerah.

Hari-hari aku lalui bangun pukul 5 pagi kalau puasa sunat, atau pukul 6 pagi kalau tak puasa. Solat, sarapan, bersiap utk pergi kerja. Kerja 8 pagi sampai 5 petang.

Rehat pukul 12-1 aku akan isolate diri dari rakan, kadang je terpaksa duduk semeja makan bersama dengan rakan. Rakan sekerja pun bukan la rakan sangat. Mereka ni terdiri daripada orang yang suka ambil kesempatan. Bila aku dah sedar jenis mereka ni, aku cuba jarakkan diri.

Mereka memang tak boleh terima aku sebagai kawan. Pelik. Mungkin sebab beza umur, mereka semua dah 40-an. Tapi kenapa aku tak rasa pun beza umur tu penting. Aku cuma nak keluar lepak dengan mereka tanpa rasa diambil kesempatan.

Kenapa aku tahu mereka ni ambil kesempatan? Yang seorang ni bila dah selesai kemahuan dia akan cepat-cepat ajak aku balik. Tanpa mengira urusan aku yang belum selesai.

Yang seorang lagi, walaupun sepejabat, sanggup keluar duit untuk belanja makan, dan arahkan orang lain yang ajak aku keluar. Apa masalah dia ajak aku keluar, kami satu pejabat. Kenapa kena guna orang lain?

Kembali kepada cerita diri aku, hari ni cuti hujung minggu. Aku tak ada semangat nak keluar. Padahal aku teringin nak ke pantai sekadar picnic. Atau ke pasar malam untuk cari barang yang memang ada dijual hanya di pasar malam tu. Atau pergi berjogging.

Sebelum ni pagi sabtu atau ahad aku akan pergi ke sebuah bukit untuk berjogging. Memang ramai orang datang situ untuk bersenam. Dan ada seorang yang jadi crush aku untuk rasa bersemangat untuk ke sana. Tapi sekarang, dia pun tak boleh bagi aku semangat tu.

Aku tak nak terus berharap dengan dia, aku tak tahu status dia entah suami orang, entah bujang. Nak cuba berkenalan, lagi la aku tak berani, takut dihina macam suatu masa dulu.

Sabtu dan ahad aku habis dengan bermain fon, game dalam shopee untuk kumpul coin, anime dekat youtube, atau kdrama. Kadang sambil makan dengan mak pun aku share tunjuk video lucu dekat mak aku. Tu aku syak aku ni ada gejala kecanduan gajet.

Cuma waktu bekerja aku fokus bekerja. Tu pun dah dibagi amaran sejak dari mula aku masuk kerja. Selain tu, adalah juga sejam-dua aku akan layan hobi aku suatu masa dulu.

Aku suka jaga kaktus dengan sukulen. Aku ada koleksi aku sendiri. Tapi pokok ni bukannya perlukan perhatian sangat. Aku juga ada tanam kangkung, dan sekarang baru cambahkan benih sawi. Seronok tengok diorang membesar.

Tapi tu pun berapa minit la sangat. Lepas tu aku tengok fon balik. Nak ajak mak aku keluar, mak aku dah tak minat nak keluar. Ajak ke pantai tak mahu, shopping mall tak mahu, kalau berdua je memang mak aku tak mahu. Mungkin mak pun bosan dengan perangai aku.

Kadang aku rindu ex-bf aku. Dulu asal hujung minggu je keluar dengan dia. Aku ada rasa nak cari orang baru. Tapi bila aku mulakan perkenalan, aku rasa hambar. Yang baru tak sama macam dia.

Ex-bf aku dulu, dia yang semangat nak berkawan dengan aku. Tapi yang baru ni semua nak aku yang mulakan. Tapi aku pun tak de idea macam mana nak mulakan, plus rasa rendah diri dengan fizikal aku.

Pernah sekali aku berkenalan dengan orang baru, seronok berbual dengan dia. Dia pun suka jogging. Dah rancang hujung minggu nanti nak pergi jogging dengan dia. Tapi semakin dikorek, rupanya dia suami orang yang sedang pjj dgn isteri dia. Cepat-cepat aku tarik diri.

Ada juga seorang kenalan lama, tapi dia lagi jauh muda dari aku, pun aku tarik diri. Kadang sunyi bila single ni. Tapi sekurangnya aku tak pening dengan masalah lelaki ni. Macam mana aku pening, hampir sakit jiwa dengan ex-bf aku dulu, yang menyebabkan aku tinggalkan dia.

Aku ada rasa nak berhenti kerja dan cari kerja lain, sebab aku stress juga la dengan kerja aku sekarang ni. Tapi tak yakin pula, sebab aku selalu dimomokkan dengan perempuan dah berumur macam aku ni susah nak diterima kerja.

Korang, tolong bagi kata-kata semangat, atau idea mahupun sepotong doa yang aku boleh amalkan untuk aku kembali bersemangat teruskan hidup. Hobi tak jalan, keluar berjalan tak jalan, bersenam pun tak jalan.

Tak tahu dah apa lagi aku nak buat bagi bersemangat balik. Aku cuma rindu aku yang dulu yang bangun tidur rasa happy nak pergi kerja, dan berhadapan dengan orang sekitar aku.

– Anis Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Take care of yourself first, create habit yang boleh memenuhi hidup seharian. mulakan dengan bangun awal + tahajud+ mengaji + solat sunat subuh + solat subuh + joging + pergi kerja. Kalau tak sempat joging waktu pagi, buat waktu petang, tapi cuba create satu habit yang boleh di amalkan setiap hari. Its like kalau awak tak buat sehari rutin awak, awak akan rasa tak sempurna hidup.

    Cook your own meal, ini penting untuk memastikan awak makan makanan yang sihat setiap hari. Cuba bersikap positif sentiasa dan find your own happiness. Banyakkan membaca buku-buku motivasi dan folow page2 yang bermotivasi di semua social media awak.

    Sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling dan sentiasa bersangka baik dengan semua orang. Sentiasa bawa mood ceria dan happy. Insya Allah you will fine your semangat hidup. Yang penting semua tu perlu effort dari kita. You will shine and fine finally.

  2. paksa kan diri awak. contoh awak suka jog kan tapi takda semangat sebab takda crush dah. beli je trademill atau walking pad. buat je dalam rumah sambil tgk tv. kat pejabat cakap hal penting je dan join kalau ada event . sekadar hadirkan diri saja. tak perlu ramah tamah sangat . yang penting senyum, cakap baik2, hormat sesama sendiri. saya dulu pun macam awak dan kini pun sama cuma dah byk positif. saya umur 35, janda tiada anak . perasaan rindu tu normal. kenangan memang tak boleh padam. awak lalui saja hari awak seperti biasa. yang penting, awak masih sihat, ada mak disisi, ada kerja.

  3. Masuk juga kelas/ kuliah/ majlis ilmu yg banyak disurau, masjid bila week end. Kawan dgn makcik2, nenek2. Ramai je yg seusia awak join kelas.mcm ni. Selain dpt ilmu, dpt kawan. Awak akan lebih motivate bila dengar ustaz, ustazah bg nasihat.
    Carila juga bekalan akhirat..

  4. Orang introvert ni dia kena buat pusingan lawah arah baru dia berjaya. tak kira apa bidang dan situasi. kalau ikutkan sifat introvert ni pasti jadi katak bawah tempurung. awak perlu pecahkan tembok introvert tu. Nak merendah diri bukan pada semua tempat tapi ikut situasi.

    Perkara yang lepas tak perlu pon nak hadap lagi. Sebab dia akan membuatkan kita down. Yang lepas jadi pengalaman atau pengajaran. Apa guna di banding2kan dengan yang lepas. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *