Assalammualaikum warga iium confession sekalian. Terima kasih banyak kalau admin siarkan cerita saya. Saya Yaya, 24 tahun. Tinggal di selatan tanah air. Saya merupakan graduan diploma di salah satu institut awam di utara tanah air. Ketika saya melanjutkan pelajaran dahulu saya memang tidak minat dengan kursus yang ditawarkan tetapi saya berusaha juga sampai ke semester akhir dan Alhamdulillah berkat doa kedua ibu bapa, saya lulus dalam peperiksaan.
Saya bukanlah pandai seperti kawan kawan yang lain setiap sem dean list. CGPA saya cuma 3.33 je. Tapi saya bersyukur kerana dapat habiskan diploma dengan jayanya. Saya sudah konvo pada pertengahan 2017. Kursus yang saya ambil pula memang susah nak dapat tempat di industri ni. Mostly kawan kawan semua sambung ke peringkat degree. Tapi saya terus mencari kerja konon tak nak lah menambah hutang ptptn yang sedia ada dan nak cepat habiskan hutang.
Dan Alhamdulillah saya bekerja sebagai guru tadika swasta. I love my job walaupun gaji tak besar mana dan tiada kaitan dengan kursus yang saya ambil masa diploma dulu. Ada jugak kawan kawan yang tak sambung degree dan bekerja. Sebenarnya kami struggle nak cari kerja yang betul betul kena dengan jiwa kami dan gaji yang agak lumayan. Tapi apakan daya zaman sekarang ni tak boleh nak memilih kerja. Kawan-kawan juga kerap bertukar-tukar pekerjaan. Tapi pada masa itu saya masih setia dengan pekerjaan saya.
Family saya pula agak mementingkan pelajaran dan kalau boleh mereka mahu saya sambung belajar ataupun bekerja dalam sektor awam. Ayah saya merupakan pesara kerajaan. Saya tinggal dalam keluarga yang besar, adik beradik yang ramai. Saya anak ke dua terakhir. Ada adik bongsu yang masih belajar lagi. Mostly abang dan kakak sedang berkhidmat dengan kerajaan. Saya pernah je mendapat tawaran temuduga kerajaan sebanyak dua kali. Dan dua-dua temuduga tu saya pergi tapi apakan daya tiada rezeki.
Actually keluarga saya kurang berminat dengan pekerjaan saya sebelum ni. Mereka seboleh-bolehnya minta saya untuk apply itu ini. Selalu tanya dah apply tu ke belum ? Dah apply ni ke belum ? Ye, saya tau mereka nakkan yang terbaik untuk saya. Saya tak pasti bahawa mereka sedar atau pon tak yang zaman sekarang ni memang susah gila nak cari kerja. Saya ada je apply jobstreet, jobsmalaysia, indeed, SPA, SPAJ dan sebagainya tapi tak ada lagi yang sangkut.
Sebenarnya saya suka je dengan pekerjaan saya sebelum ni tapi bila family tak support, saya jadi down gila dan tak happy dengan pekerjaan saya. Last-last saya pon buat keputusan bodoh untuk berhenti kerja. And now dah 3 bulan saya menganggur dan rasa sangat tertekan bila tak kerja. Yelah bila dah tak bekerja ni nak shopping pon tak boleh. Nak makan sedap pon tak boleh. Saya banyak habiskan masa dalam bilik sahaja. Saya terlalu terburu-buru untuk berhenti kerja tanpa memikirkan kesan buruk dan apa yang akan jadi lepas berhenti kerja.
Sebelum ni ayah pernah beritahu yang dia ada kawan kerja dekat satu company ni, agak besar dan terkenal juga lah company ni. Ayah minta saya kerja dekat company tu dan kawan ayah iaitu uncle Man minta saya hantar resume bagai. Ok saya just menurut sahaja dan dah settled pon part tu. Uncle Man minta saya sabar dan dia akan usaha untuk serapkan saya masuk ke company tu dengan jawatan yang agak selesa lah orang kata. Yes beb, cable !! Family, adik beradik semua happy bila dapat tau saya bakal bekerja di company tu. Tapi saya tak meletakkan harapan yang tinggi pon untuk jawatan dalam company tu. Tak tahu lah kenapa. Mungkin saya rasa saya tak layak pon untuk bekerja di sana. And Sampai sekarang saya rasa hampir 5 bulan jugak lah uncle Man masih belum panggil untuk bekerja.
Saya buntu sekarang ni kerana saya nak sangat bekerja. Ye lah, saya nak kena bayar ptptn lagi, bil internet lagi. Saya sampai malu nak keluar rumah. Kalau boleh saya tak nak orang tahu yang saya dah berhenti kerja. Mama dengan ayah selalu juga bising suruh saya cari kerja lain. Saya selalu fikir umur macam saya ni sepatutnya dah ada kerjaya, dah boleh kahwin. Sampai stress dibuatnya bila terfikir benda tu. Ye lah tengok kawan-kawan ada yang masih belum habis belajar (degree), ada yang happy dengan pekerjaan mereka. Ada pun yang dah kahwin. Seronoknya jadi mereka. Saya ? Hanya dengan dunia sendiri.
Mama ni kadang-kadang suka saya di rumah sebab saya boleh teman dia masak dan tanam bunga. Kadang-kadang Saya jadi down sangat lagi-lagi bila abang kakak balik rumah. Ada je sindiran yang saya terima. Saya bukan lah seorang anak yang suka meminta minta dengan ibu bapa. Saya sebenarnya adalah seorang yang suka usaha atas hasil sendiri. Tapi saya perlukan nasihat semua orang yang membaca ni tolonglah saya untuk pulihkan semangat saya yang hilang ni. Kepada sesiapa yang tahu dimana ada kerja kosong atau sebagainya beritahu lah ye. Saya amat memerlukan pekerjaan sekarang ni.
– Yaya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit